السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Di pagi hari yg agak mendung ni, tiba-tiba rasa nak sempatkan jugak berkongsi ilmu ini. Kenapa ye? Sebab membuatkan saya selalu teringat, "Hidup ini memang takda yg sempurna. :) Memang bagus betul la beliau yg sorang nih.. Kagum aku".Alkisah bermulanya selepas membaca Langit Ilahi 3: Fanzuru (Maka Lihatlah) karya Hilal Asyraf. Dipendekkan cerita ya di sini. Insan yg diceritakan Hilal dalam buku tersebut memang betul2 hamba Allah. Jazakallah. Insan tersebut merupakan sahabat karib Dr. A'la Hilat. Saya kenal ke? Tak, kenal melalui cerita2 dpd Saudara Hilal ja. Tapi jawapan insan tersebut bagi ujian yg menimpanya berjaya mencambahkan perasaan bersyukur yg mendalam dalam diriku ini.
Kita manusia. Tiada yg sempurna melainkan Allah. Namun manusia ditegaskan untuk berusaha mencapai yg terbaik, mencapai sesempurna mungkin supaya dia boleh mencapai yg tertinggi dalam apa yg dia boleh capai sebagai manusia. Pahit manis dirasai lantaran ketidaksempurnaan manusia.
Cerita Dr A'la, "Sahabat saya itu, dia seorang yg sangat tinggi, bertubuh sasa, berwajah kacak, amat kemas perawakannya, juga tersangat kaya, berasal dpd keluarga berada. Dia juga sangat genius dan amat pakat dalam bidang2 yg pernah diceburinya. Dia berkahwin dengan seorang wanita yg amatt jelita, menjadi rebutan ramai, dan memang padan dengan segala nikmat Allah yg ada padanya." Kiranya, memang setaraf dan sama hebat la mereka berdua. Lelaki itu mempunyai semua perkara yg diidamkan semua lelaki di atas muka bumi ini.
Namun tiada yg sempurna melainkan Allah. Mereka dikurniakan 3 orang anak yg masing2 mengalami penyakit otak lambat berkembang. Umur 10 tahun, hanya mampu berfikir seperti kanak2 berusia 3 tahun. Anak2 tsebut juga susah menghafal A-Z dan 1-10. Di sebalik kekurangan inilah, masyarakat mula berkata mengenai anak2 mereka (x dapat mewarisi harta dan anak perempuannya xda sapa yg mahu).
Rakan-rakan pasangan tersebut amat bersimpati dengan mereka. Betapa si hamba Allah itu seorang yg baik, pemurah, sering bersama rakan2 yg lain walaupun status hamba Allah itu sangat tinggi dan dia sangat bijak. Suatu hari, Dr A'la menyatakan rasa simpatinya kepada hamba Allah tersebut akan keadaan anak2nya. Tetapi kawannya itu hanya tersenyum lalu bertanya, "Itu sebabnya engkau kasihankan aku?"
Kemudian hamba Allah itu menyambung, "Apa yg berlaku pada aku bukan untuk bukan untuk disedihkan malah untuk disyukuri. Setiap hari aku akan bangun awal dan mengerjakan solat sunat 2 rakaat. Usai solat aku berdoa 'Ya Allah aku bersyukur Engkau mengurniakan anak yg sedemikian rupa kepadaku".
Dr A'la terpinga-pinga. Meminta diperjelaskan.
"A'la, aku mempunyai segala sebab untuk takabur, angkuh dan membesarkan diri dpd Allah SWT. Aku kaya, aku digilai ramai, aku amat genius, aku pakar dalam sains dan aku mendalami agama. Isteri aku juga merupakan orang seperti aku dan aku berkahwin dengannya.Aku mempunyai banyak ruang utk takabur wahai A'la..
..tetapi Allah mengurniakan aku anak yg sedemikian rupa, membuatkan aku beringat betapa Allah SWT itu lebih tinggi dan lebih berkuasa atas sesiapa sahaja. Setiap kali melihat anak2ku, aku menyedari bahawa aku ini hanya manusia, hamba kepada Allah Yang Maha Perkasa. Anak2 aku adalah peringatan kasih sayang Allah kepadaku. Aku rasa, Allah menghadirkan mereka dalam hidup aku, untuk menyelamatkan aku dpd takabur dan memasukkan aku dalam syurga-Nya. Insya Allah. Masakan aku tidak bersyukur? Andai anak2 itu bukan anakku, aku akan katakan bahawa anak2 itu adalah hadiah yg turun dari langit khas daripada Allah untukku. Menyelamatkan aku daripada menjauhi-Nya dan mendekatkan aku kepada-Nya." Subhanallah..
Itu dia yg melihat segalanya dari sudut positif dansangat bersyukur. Kita hidup tak sesempurna hamba Allah itu tadi. Hebat, kacak, kaya, berstatus tinggi semestinya lebih dipandang masyarakat. Kecacatan anaknya mungkin memalukan, tetapi cara dia mensyukuri apa yg Allah berikan itu tidak kurang hebatnya walau dalam apa jua keadaan. Bagaimanakah pula kita mengahadapi nikmat dan ujian dpd Allah? Kita yakinkah Allah tidak menzalimi kita langsung, malah amat sayang kpd hamba2-Nya? Mari duduk mengenang semula kehidupan kita yg telah lalu dan sekarang ini.
Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu.
Perbanyakkan bersyukur, jauhi takabur. :) Moga Allah redha. Ameen.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment