Assalamualaikum warahmatullah :) semoga kita semua masih
berada dalam keampunan-Nya, di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad sallallahua’laihi
wasallam, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
Muka surat 154, aku berhentikan bacaan. So sad :’( rumates
bising tengok aku mcm nak (dah) ternangis! Novel ni setiap monolog dalamannya mengingatkan kita kepada Allah, Rasulullah s.a.w, kebesaran Allah, kekerdilan
kita, saat kita diuji dgn ‘hadiah’ hari jadi iaitu kehilangan kawan karib,
cinta kepada ibu ayah seperti mencintai syurga, ‘Tangan’ Tuhan yg menjaga aku,
harga diri yg dipertahankan, haruskah aku memilih?, bahagia itu masih milikku, ujian itu teman baikku dan banyak lagi.
Ya Allah..mmg dpd awal tengok
watak Amni ni dah timbul rasa kagum dengan prinsip hidup dia. Independent la
senang cerita. Sejujurnya, tak suka baca/tengok cerita yg watak perempuannya rapuh. Suka perempuan yg daripada
awal bacaan, monolog dalamannya menunjukkan dirinya seorang yg tabah, kuat, motivated dan semua yg best best
mcm Amni, akhirnya lagi hebat :) insya-Allah!
Pendapat saya, ini novel cinta terbaik dari Malaysia (2010-2011).
Novel apa?
Stanza Cinta, Galeri Ilmu Pub., Nurull Halawati :)
Beli di kedai buku POPULAR, KB Mall, 24 September 2011, selepas makan tengah hari bersama guru homeroom terbaik sejak muda dan selamanya, Kak Wana :)
Berilah hatimu untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaiknya :’)
Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala, daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya, daripada dikelilingi lelaki yg mencemarkan maruah diri.
Yang seterusnya ni dah 3x saya jumpa dalam masa terdekat ni (macam kisah saya jumpa hadis "Jangan marah" dulu tu yg 3x saya jumpa di tempat berbeza dlm masa terdekat). Kali pertama jumpa di board sebuah persatuan selepas sesi pendaftaran kolej. Kali kedua terbaca di surau blok. Kali ketiga jumpa dalam novel Stanza Cinta. Waktu kali pertama baca terus rasa terpadam keserian, "Memang tak bercahaya lah muka aku kat akhirat nanti". Nak tahu?
Kat akhirat nanti, ada 3 jenis cahaya di padang mahsyar. Cahaya pertama, seperti bintang yg berkelip-kelip, cahaya kedua seperti bulan purnama yg sangat terang, cahaya ketiga ialah cahaya matahari yg bersinar dgn sangat terang.
Cahaya apa?
Cahaya seperti bintang berkelipan tu datang daripada wajah orang-orang yg apabila mendengar azan, dia segera meninggalkan kerja dan urusannya, lalu melangkah untuk menunaikan solat. Cahaya seperti bulan purnama pula datang daripada wajah orang yg mengambil wudhuk sebelum azam berkumandang. Dan wajah yg terang-benderang seperti cahaya matahari itu pula ialah wajah mereka yg telah pun berada di dalam masjid sebelum masuknya waktu azan.
Subhanallah...mesti teringin nak wajah kita bercahaya di padang mahsyar nanti kan? Solat tu kuncinya. Ya Allah..tunjukkanlah jalan yg lurus kepada kami, bantulah kami dalam mencari cinta-Mu, izinkanlah kami merasai nikmat cinta-Mu..amin amin ya rabbal a'lamin...
Ok fine, Amni ni ada byk prinsip dan berfikiran macam Asfarina, sebab tu Asfarina suka dan sangat kagum dengan Amni Sorfina. Ternyata, sudah terang lagikan bersuluh Asfarina bukan Amni Sorfina.Terima kasih Amni Sorfina kerana menyedarkan Asfarina ttg erti tawadduk dsb. Ok Asfarina belum habis baca kisah Amni Sorfina lagi ni! kbye, wassalam.