Setelah lapan jam lebih perjalanan, Alhamdulillah
kami telah selamat tiba di King Abdul Aziz International Airport pada jam 10
malam waktu Jeddah. Selesai urusan di lapangan terbang, kami
bertolak ke Madinah dengan menaiki bas dan tiba di Hotel Haramain pada jam 2 pagi, 11 April 2012.
11 APRIL 2012, 19 Jamadil Awal 1433 , Rabu
Seawal jam 3.30 pagi, kami
bersiap untuk ke Masjid Nabawi. Masuknya waktu solat Subuh adalah pada jam 4.40 pagi.
Hari pertama di Madinah ini sangat menyeronokkan. Walaupun keletihan, hati kami
terhibur dengan hidupnya suasana di Masjid Nabawi dan permainya suasana pagi di
Madinah.
Kurma sejuk, fresh mcm buah-buahan biasa |
Pak Arab jual kurma di ladang kurma |
Selepas Subuh, kami
telah dibawa untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah di Madinah. Pada jam 8.00 pagi,
kami telah melawat Masjid Quba’. Kami diberi masa selama 20 minit di
sini. Kebanyakan Jemaah tidak melepaskan peluang bagi merebut pahala seperti mengerjakan umrah dengan menunaikan solat sunat dua rakaat
di masjid ini. Selepas itu, lawatan diteruskan lagi dengan melawat Ladang Kurma. Kami
berpeluang merasa kurma segar yang dipetik terus dari ladang. Terdapat juga jus
kurma yang disediakan di atas mejadi kawasan ladang tersebut. Disebabkan masa mencemburui,
kami hanya dapat melihat Masjid Qiblatain dari dalam bas sewaktu melintasinya.
Masjid Quba :) |
Tak ingat ini apa . ehee |
Seterusnya, kami telah dibawa melawat ke kilang Al-Quran. Jemaah lelaki berpeluang untuk masuk ke dalam kilang membuat Al-Quran tersebut bagi melihat dengan lebih terperinci proses menulis dan menghasilkan Al-Quran. Tidak cukup dengan itu, setiap seorang Jemaah lelaki yang telah beratur panjang untuk memasuki kilang tersebut akan diberikan senaskhah Al-Quran secara percuma. Di samping itu, Jemaah wanita telah berpeluang melihat pelbagai jenis dan saiz Al-Quran yang dijual di kedai kilang. Terjemahan Al-Quran dalam pelbagai jenis bahasa juga ada dijual di sini.
Beratur dengan sabar di bawah panas mentari |
Seterusnya, kami telah dibawa melawat ke
Bukit Uhud yang berwarna kemerah-merahan. Bukit ini menyaksikan kekalahan tentera
Islam dalam Perang Uhud pada tahun ketiga hijrah. Di sini kami
telah berpeluang menziarahi kubur para syuhada’ Uhud yang terkorban di
medan perang fisabilillah, antaranya Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib dan Mus’ab bin
Umair. Peristiwa kekalahan tentera Islam ini telah dirakamkan dalam al-Quran iaitu
Surah al-Imran ayat 139-142 dan pada ayat 152-153. Kami
bertolak pulang bagi menunaikan solat Zuhur pada jam 12.40 tengah hari.
Selepas Isyak pula, para Jemaah wanita telah dibawa oleh seorang mutawwif untuk menziarahi maqam Baginda Rasulullah
SAW dan para sahabat, iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Kami juga berpeluang untuk memasuki Raudhah yang terletak di
antara mimbar dan maqam Baginda. Sesungguhnya penantian kami selama dua jam lebih beratur tidak terasa penatnya jika dibandingkan dengan perasaan syahdu dan lunaknya hati ketika berada berdekatan maqam Baginda. Begitu juga jika dibandingkan dengan kepuasan dan
rasa teramat bersyukur yang diperoleh selepas berpeluang meluahkan segala hajat di
Raudhah.
اللهم صلي وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين |
Subhanallah Alhamdulillah. #Tekan sini : Tempat mustajab doa di Masjid Nabawi :)
12 APRIL 2012, 20 Jamadil Awal 1433H, Khamis
Kami telah memperbanyak amalan di
Masjid Nabawi. Selepas solat Asar, kami telah sempat membeli kebab ayam versi
Madinah yang sangat menyelerakan. Sementara menunggu masuknya waktu Maghrib,
kami telah dihidangkan dengan juadah berbuka puasa. Kain putih (orang Jawa
panggil saprah :D) dibentang di antara saf pertama dan kedua. Kami berasa malu
kerana tidak berpuasa. Walau bagaimanapun, ahli masjid bersungguh-sungguh
menyuruh kami mengahadap kain putih yang telah dibentang itu sambil menyebut
“Sodaqah, sodaqah!”. Kami terasa istimewa kerana diraikan sebegitu rupa,
alhamdulillah. Setengah cawan kopi Arab, sepotong roti dan sekotak kecil kurma
bagi setiap orang diberikan sebagai juadah berbuka puasa. Berbual dan berbalas
senyuman dengan mereka dari negara yang berbeza, namun kami berpegang pada
aqidah yang sama. Seronoknya suasana berbuka puasa di Masjid Nabawi ini :)
#Terasa
kesal tidak berpeluang berpuasa di Madinah kerana terlupa langsung hari Khamis
tsk tskk. Oh, ada jumpa pelajar Malaysia yg berpuasa kat sana. Kak Azwa, University of New Castle.
13 APRIL 2012, 21 Jamadil Awal 1433H, Jumaat
Pagi ini merupakan hari terakhir kami di
Madinah. Selepas Subuh, kami telah melakukan ziarah Wida’ di sekitar Masjid
Nabawi. Kami telah menziarahi Perkuburan Baqi’. Kita ke sini mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Nabi S.A.W. Perkuburan Baqi' ialah sebuah kawasan perkuburan yang sangat hampir dengan Masjid Nabawi. Perkuburan ini merupakan tempat persemadian Ahlil Bait (ummul mukminin - isteri-isteri Nabi, anak-anak, pakcik, dan sepupu Rasulullah S.A.W.) Turut bersemadi di sini dengan tenang ialah 10,000 para sahabat yang telah berkorban jiwa raga dan harta benda berjuang bersama-sama Rasulullah untuk menegakkan daulah Islamiah di muka bumi ini. Antara sahabat yang disemadikan di sini yang mana kuburnya mudah dikenali dan dikunjungi ialah Saidina Uthman Ibnu Affan. (Source click here) Seterusnya, pada jam lapan pagi kami
telah dibawa sekali lagi untuk melawat maqam Baginda dan memasuki kawasan Raudhah.
اللهم صلي وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين |
Alhamdulillah.
Bas telah bertolak dari Hotel Haramain,
Madinah menuju ke Mekah pada jam tiga setengah petang, iaitu usai solat Jumaat. Kami
telah berniat ihram di Bir Ali. Bacaan talbiah dan istighfar diperbanyakkan sepanjang perjalanan menuju ke Mekah.
Antara kawasan Madinah, berdekatan masjid nabawi |
Sedap ;) |
3 riyal. Mungkin la, lupa hihi. Air jus buah dia semua pekat-pekat. Lazat ;) |
Perkarangan Masjid Nabawi |
Meriangkan! Wahihi |
*Madinah sangat cantik lah, teratur bandarnya :) sejukkk, lagi-lagi kalau lepas Subuh n Isyak. Makanan pun sedap-sedap ;) Masjid Nabawi pun sangat awesome la, haih rindu rindu rinduuunyaaaaa! (Jom weyh jom pergi sana, subhanallah serius best tak tipuu) Air zam-zam bertong-tong disediakan untuk kepuasan jemaah. Alhamdulillah alhamdulillah. Gambar nanti lain kali. Ok, sekian wassalam :) to be continued, insya Allah.