Friday, May 11, 2012

Travelog - Madinah :)

Assalamua'laikum warahmatullah :) ringkasan cerita perjalanan dari Malaysia ke Madinah. Oh btw, thanks to kawan-kawan sepanjang zaman, juga rakan seangkatan SBN1 yg merancang utk menghantar sehingga ke airport. Eheh. Adik Aina yg tak sempat ketemu kerana kakanda sudah berlepas, so sad oh. Tapi takpela, jasa kalian amat amat dihargai. Uh terharu dengan ucapan ucapan tulus ikhlas kalian. Tak minta, tak sangka. Tsk tskk, semoga Allah redha, Allah jua yg selayaknya membalas ;)

* Setelah lapan jam lebih perjalanan, Alhamdulillah kami telah selamat tiba di King Abdul Aziz International Airport pada jam 10 malam waktu Jeddah. Selesai urusan di lapangan terbang, kami bertolak ke Madinah dengan menaiki bas dan tiba di Hotel Haramain pada jam 2 pagi, 11 April 2012.

*     11 APRIL 2012, 19 Jamadil Awal 1433 , Rabu 

Seawal jam 3.30 pagi, kami bersiap untuk ke Masjid Nabawi. Masuknya waktu solat Subuh adalah pada jam 4.40 pagi. Hari pertama di Madinah ini sangat menyeronokkan. Walaupun keletihan, hati kami terhibur dengan hidupnya suasana di Masjid Nabawi dan permainya suasana pagi di Madinah.


Kurma sejuk, fresh mcm buah-buahan biasa

Pak Arab jual kurma di ladang kurma

Selepas Subuh, kami telah dibawa untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah di Madinah. Pada jam 8.00 pagi, kami telah melawat Masjid Quba’. Kami diberi masa selama 20 minit di sini. Kebanyakan Jemaah tidak melepaskan peluang bagi merebut pahala seperti mengerjakan umrah dengan menunaikan solat sunat dua rakaat di masjid ini. Selepas itu, lawatan diteruskan lagi dengan melawat Ladang Kurma. Kami berpeluang merasa kurma segar yang dipetik terus dari ladang. Terdapat juga jus kurma yang disediakan di atas mejadi kawasan ladang tersebut. Disebabkan masa mencemburui, kami hanya dapat melihat Masjid Qiblatain dari dalam bas sewaktu melintasinya.


Masjid Quba :)

Tak ingat ini apa . ehee


Seterusnya, kami telah dibawa melawat ke kilang Al-Quran. Jemaah lelaki berpeluang untuk masuk ke dalam kilang membuat Al-Quran tersebut bagi melihat dengan lebih terperinci proses menulis dan menghasilkan Al-Quran. Tidak cukup dengan itu, setiap seorang Jemaah lelaki yang telah beratur panjang untuk memasuki kilang tersebut akan diberikan senaskhah Al-Quran secara percuma. Di samping itu, Jemaah wanita telah berpeluang melihat pelbagai jenis dan saiz Al-Quran yang dijual di kedai kilang. Terjemahan Al-Quran dalam pelbagai jenis bahasa juga ada dijual di sini.


Beratur dengan sabar di bawah panas mentari

Seterusnya, kami telah dibawa melawat ke Bukit Uhud yang berwarna kemerah-merahan. Bukit ini menyaksikan kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada tahun ketiga hijrah. Di sini kami telah berpeluang menziarahi kubur para syuhada’ Uhud yang terkorban di medan perang fisabilillah, antaranya Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib dan Mus’ab bin Umair. Peristiwa kekalahan tentera Islam ini telah dirakamkan dalam al-Quran iaitu Surah al-Imran ayat 139-142 dan pada ayat 152-153. Kami bertolak pulang bagi menunaikan solat Zuhur pada jam 12.40 tengah hari.

Selepas Isyak pula, para Jemaah wanita telah dibawa oleh seorang mutawwif untuk menziarahi maqam Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat, iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Kami juga berpeluang untuk memasuki Raudhah yang terletak di antara mimbar dan maqam Baginda. Sesungguhnya penantian kami selama dua jam lebih beratur tidak terasa penatnya jika dibandingkan dengan perasaan syahdu dan lunaknya hati ketika berada berdekatan maqam Baginda. Begitu juga jika dibandingkan dengan kepuasan dan rasa teramat bersyukur yang diperoleh selepas berpeluang meluahkan segala hajat di Raudhah. 
اللهم صلي وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين
Subhanallah Alhamdulillah. #Tekan sini : Tempat mustajab doa di Masjid Nabawi :)

*     12 APRIL 2012, 20 Jamadil Awal 1433H, Khamis

Kami telah memperbanyak amalan di Masjid Nabawi. Selepas solat Asar, kami telah sempat membeli kebab ayam versi Madinah yang sangat menyelerakan. Sementara menunggu masuknya waktu Maghrib, kami telah dihidangkan dengan juadah berbuka puasa. Kain putih (orang Jawa panggil saprah :D) dibentang di antara saf pertama dan kedua. Kami berasa malu kerana tidak berpuasa. Walau bagaimanapun, ahli masjid bersungguh-sungguh menyuruh kami mengahadap kain putih yang telah dibentang itu sambil menyebut “Sodaqah, sodaqah!”. Kami terasa istimewa kerana diraikan sebegitu rupa, alhamdulillah. Setengah cawan kopi Arab, sepotong roti dan sekotak kecil kurma bagi setiap orang diberikan sebagai juadah berbuka puasa. Berbual dan berbalas senyuman dengan mereka dari negara yang berbeza, namun kami berpegang pada aqidah yang sama. Seronoknya suasana berbuka puasa di Masjid Nabawi ini :)

#Terasa kesal tidak berpeluang berpuasa di Madinah kerana terlupa langsung hari Khamis tsk tskk. Oh, ada jumpa pelajar Malaysia yg berpuasa kat sana. Kak Azwa, University of New Castle.

*     13 APRIL 2012, 21 Jamadil Awal 1433H, Jumaat

Pagi ini merupakan hari terakhir kami di Madinah. Selepas Subuh, kami telah melakukan ziarah Wida’ di sekitar Masjid Nabawi. Kami telah menziarahi Perkuburan Baqi’. Kita ke sini mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Nabi S.A.W. Perkuburan Baqi' ialah sebuah kawasan perkuburan yang sangat hampir dengan Masjid Nabawi. Perkuburan ini merupakan tempat persemadian Ahlil Bait (ummul mukminin - isteri-isteri Nabi, anak-anak, pakcik, dan sepupu Rasulullah S.A.W.) Turut bersemadi di sini dengan tenang ialah 10,000 para sahabat yang telah berkorban jiwa raga dan harta benda berjuang bersama-sama Rasulullah untuk menegakkan daulah Islamiah di muka bumi ini. Antara sahabat yang disemadikan di sini yang mana kuburnya mudah dikenali dan dikunjungi ialah Saidina Uthman Ibnu Affan. (Source click here) Seterusnya, pada jam lapan pagi kami telah dibawa sekali lagi untuk melawat maqam Baginda dan memasuki kawasan Raudhah. 
اللهم صلي وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين
Alhamdulillah. 

Bas telah bertolak dari Hotel Haramain, Madinah menuju ke Mekah pada jam tiga setengah petang, iaitu usai solat Jumaat. Kami telah berniat ihram di Bir Ali. Bacaan talbiah dan istighfar diperbanyakkan sepanjang perjalanan menuju ke Mekah.


Antara kawasan Madinah, berdekatan masjid nabawi

Sedap ;)

3 riyal. Mungkin la, lupa hihi. Air jus buah dia semua pekat-pekat. Lazat ;)

Perkarangan Masjid Nabawi

Meriangkan! Wahihi


*Madinah sangat cantik lah, teratur bandarnya :) sejukkk, lagi-lagi kalau lepas Subuh n Isyak. Makanan pun sedap-sedap ;) Masjid Nabawi pun sangat awesome la, haih rindu rindu rinduuunyaaaaa! (Jom weyh jom pergi sana, subhanallah serius best tak tipuu) Air zam-zam bertong-tong disediakan untuk kepuasan jemaah. Alhamdulillah alhamdulillah. Gambar nanti lain kali. Ok, sekian wassalam :) to be continued, insya Allah.

2 comments:

afiqahbaharin said...

Alhamdulillah, asfa dah smpai sana dan dah balik dgn selamat.
Sy pun mendoakan utk disempatkan sampai ke sana satu hari nnti, inshaAllah :)

Tkae care asfa~~~

Asfarina =) said...

alhamdulillah :) semoga dipermudahkan niat baik fieqa, ameen. take care too fieqa :)