20 Rejab 1433H, Ahad :)
Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullahala'zim
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillahi rabbil a'lamin
Dengan lafaz penuh kesyukuran..terima kasih ya Allah..
Dikurniakan kesihatan yg baik untuk menduduki peperiksaan, kefahaman yang baik untuk subjek ini, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatmu, rakan-rakan dan pensyarah yang banyak membantu tanpa henti, saling menyokong antara satu sama lain :)
Assalamua'laikum warahmatullah :) hye, semoga sihat dan ceria selalu, bertambah subur iman dan cinta kepada Ilahi. Macam mana ye iman bulan Rejab ni? Semoga diberi keinginan untuk menuai pahala dan bersedia menyambut kedatangan Sya'ban dan Ramadhan. Tak sabar tak sabar kan nak sambut Ramadhan! Ya Allah panjangkanlah umur untuk Ramadhan tahun ini, ameen.
Bersempena dengan musim peperiksaan yang melanda IPTA di Malaysia ini, adalah dengan rendah hatinya saya memohon maaf zahir dan batin, juga doa kalian agar kita semua diberikan yg terbaik, cemerlang dunia akhirat, exam akhirat yg lebih telus pemarkahannya berjaya kita tempuhi dengan jayanya, malah lebih gempak dpd exam dunia insya Allah :)
Semoga doa yg sama kembali kepada kalian juga. Er er ancient spiritual teachings say that, what we give to another person with a full heart returns to us a hundredfold #Hii rasa meriah dengan sapaan-sapaan doa insan-insan osem seperti anda. yeayyyyhey!
Semoga doa yg sama kembali kepada kalian juga. Er er ancient spiritual teachings say that, what we give to another person with a full heart returns to us a hundredfold #Hii rasa meriah dengan sapaan-sapaan doa insan-insan osem seperti anda. yeayyyyhey!
- 10 Jun, 9-11am Bahasa Inggeris 2
- 11 Jun, 2.30pm Biokimia & Mikrobiologi
- 12 Jun, 9am Hubungan Etnik
- 13 Jun, 9am Genetik dan Biologi Molekul
- 17 Jun, 2.30pm Asas Keusahawanan
- 20 Jun, 9am Kalkulus
Hey kite ada petua baruu! Ustaz kt TV9 (tak pasti rancangan kanak-kanak apa yg tengah bersiaran waktu ustaz tu bagi) ajar adik-adik tu cara mudah agar tak lupa apa yg dipelajari.
Masa : Sebelum Subuh, selepas solat sunat 2 rakaat (apa-apa pun boleh, yang afdhal - qabliyah Subuh)
Cara-caranya :
Baca Al-Fatihah, Surah Al-Insyiraah, selawat at least 3x, baca surah al'A'la, ayat keenam (87:6) sambil tangan kanan letak ke dada kiri. Bila habis baca ayat ke-6 surah ni, hembuskan ke tapak tangan yg dibuka dan lekapkan semula kat dada. Ulang 3x :)
Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa, (87:6)
Alhamdulillah Allah masih lagi sudi kurniakan getaran iman, supaya kita sedar, supaya kita perbanyak taubat, supaya mengalir air mata kita kerana-Nya. Sungguh Allah terlalu penyayang, teramat pemurah, tersangat pemaaf kan. Allah masih lagi bagi peluang, bagi masa. Bila kita mengengsot kepada-Nya, Dia akan merangkak ke arah kita, bila kita merangkak kepada-Nya, Dia akan berjalan ke arah kita. Malah, bila kita berjalan kepada-Nya, Allah berlari mendapatkan kita! Allahu Allah.. Maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg engkau dustakan?
"Sehebat dan sebesar manapun ujian dunia yang menimpa, al-Quran tidak pernah mengecewakan orang-orang yang beriman dalam memberikan satu motivasi yang memandu mereka ke arah menguatkan iman mereka.
Mereka seolah-olah melalui satu jalan berliku, berduri dan penuh halangan, tetapi tahu hala tuju mereka pada suatu peta yang jelas di penghujungnya, kenikmatan yang berkekalan."
-khadimulQuran-
Bittaufiq wannajah. Faizaa a'zzamta, fatawakkal a'la Allah.
Salam imtihan :)
No comments:
Post a Comment