Wednesday, January 30, 2013

Takdir

Bismillahirrahmanirrahim.

Memang hukum alam eh manusia ni kalau ditimpa ujian baru betul-betul serah diri kepada Allah tanpa dipaksa?

Memang macam tu eh bila sesuatu hilang dari kita, baru kita terasa semua nikmat yg pernah atau sedang dinikmati ni pinjaman semata-mata?

Kita ni baru pandai bersyukur dan menghargai sesuatu bila nikmat itu ditarik balik oleh Allah (kan?)

Memang kalau berdoa dalam keadaan diuji lebih khusyuk daripada doa waktu biasa-biasa eh? Boleh ke macam tu, Allah sudi terima ke.

Tskk. Malu dengan-Mu ya Allah.

“Am in the process of healing. Rasanya semua orang idamkan, ingin satu hati yg bersih. Bersih dari segala jahiliyyah yg pernah dilalui.. Kita rasa kita dah pass that one level of test but deep inside, we are still being tested with the same thing. Over and over again. Sebenarnya tak lepas pun lagi”.


Ya Allah, ya Allah Yang Maha Halus lagi Maha Teliti. Berikanlah sedikit lagi kekuatan-Mu kepadaku ya Allah. Pulihkanlah hati ini. Sembuhkan segala luka yg ada. Jangan biarkan aku rebah ya Allah. Merendam roh dalam kesedihan yg berpanjangan hanya akan merosakkan! Aku mahu pantas bangun dan melangkah lagi. Hidupkanlah hati ini dalam cinta yg menyubur kepada-Mu jua ya Allah.

Allah jagalah aku ya Allah. Aku berlindung daripada kalimah Allah yg sempurna, daripada segala kejahatan yg diciptakan. Peliharalahku dalam jagaan-Mu sentiasa.
Ameen, insha Allah.

Masih belajar untuk sabar, redha dan bersyukur. 
Bukan untuk siapa-siapa. Hanya kerana Dia.
Saya yakin Allah jaga saya.

*
"Saya belajar kerana Allah. Jadi, keputusan exam baik atau buruk tidak menjadi masalah buat saya, saya bersyukur dan tetap akan berusaha lagi".

"Walaupun murabbiyah bertukar, atau usrahmate bertukar sekalipun, saya tetap akan datang usrah. Saya hadir kerana Allah, mahukan ilmu-Nya, bukan kerana keberadaan mereka."

*

Subhanallah! Mukmin sejati manusia juga. Tapi mereka tidak bersedih terlalu lama.
Bukankah kita juga perlu wajib beriman dengan qada' dan qadar?

Memetik tulisan Hilal Asyraf :
Segala yg berlaku, kami percaya ia susunan-Nya, tanpa menafikan ruang dan peluang untuk kami berusaha bagi menjadikan hari kami lebih baik dan selesa.
Kami tidak dengan mudahnya menyalahkan takdir atas kesusahan yg menimpa, tidaklah pula menyatakan itu dan ini adalah takdir kami. Kerana ternyata, kami tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu.
Di sini kami mempercayai ruang usaha dan ikhtiar terbentang luas. Berusaha dalam keadaan kami yakin bahawa Allah yg memberikan bantuan dan keizinan kepada kami.

Segala yg berlaku pasti wujud suratan hikmah dan kebijaksanaan-Nya.
Allah hanya inginkan yg terbaik untuk kami.
Mengenangkan hakikat qadak dan qadar, jiwa kami terpujuk semula.

Kita berusaha kerana kita tidak tahu.
Takdir Allah di hujung usaha manusia.
Berusaha sampai mampu!
-The Italic @ Hilal Asyraf : Fanzuru, Irkam Ma'ana, VT-


Allah is the best of planners. Seek help from Him while decorating, be it ur soul or future ;)
Alhamdulillah. 
Sudah boleh tersenyumm? :)
Yakin Allah jaga kita.
Jauh lagi, jangan putus asa dpd rahmat-Nya.
Jaga iman. Iman dalam hati, so jaga hati  jugak.
Tahukah, saat Allah mencintai seseorang,
tempat pertama mendapat sentuhan cinta itu 
ialah hati mereka.
Allah lenyapkan segala putus asa 
dan kesedihan akibat dosa.
Diganti dengan harapan dan keinginan
untuk menjadi insan bersih.
Sweet kan Allah? 
Senyum.
Ingat Allah selalu. Keep selawat-ing.
May Allah ease, may Allah bless.

Wallahua'lam, wassalamua'laikum wbt.

Wednesday, January 23, 2013

Setenang baginda :)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua’laikum warahmatullah. Apa khabar hati? :)

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah habis semester tiga. Sekejap sangat rasanya. Ada kekesalan jugalah kerana merasakan diri teramat sibuk, lalu terabai perkara-perkara kecil yg turut boleh membawa keuntungan akhirat. Update blog misalnya. Wahehe. Tak mengurus masa dengan baik sebenarnya, ditambah rasa malas untuk berlama-lamaan duduk di zon wifi. Salah sendiri.

Sesibuk mana pun kita, apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan sibuknya Rasulullah SAW. Saya malu sendiri apabila menemui petikan ini beberapa hari sebelum exam :

Walaupun Baginda merupakan seorang pemerintah pada era dakwah di Madinah, ujian demi ujian tetap datang tidak bertepi. Peperangan demi peperangan, urusan dengan Yahudi, dan juga kaum munafik, semuanya datang tak henti-henti.

Namun, baginda masih tetap ada masa untuk isteri dan anak-anaknya. Baginda tetap ada masa untuk memberikan penyampaian dan pengisian kepada para sahabatnya. Tetap ada masa bergurau-senda dengan anak-anak kecil dan melayani orang tua yg hidup bersamanya.

Jelas sekali baginda menunjukkan resipi ketenangan dalam hidup ini kepada kita. Walaupun kehidupan baginda penuh kesibukan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yg berat dan pelbagai, diuji tak henti-henti, namun tidak pernah sekali pun direkodkan baginda seorang yg tertekan, beremosi, hilang kawalan dan pemarah. Jauh sekali ingin membunuh diri dan melakukan tindakan-tindakan gila.”

See? TT Sungguh hebat. Umpama air yg tenang tak berkocak walau bahaya macam-macam menanti dalam air, termasuklah buaya yg berkira-kira untuk menyerang bila-bila masa. Baginda tak melatah langsung. Sungguh jauh kita ni. Kesibukan kita, ujian kita sangatlah kecil. Perjalanan kita atas jalan Allah ini tak berdarah lagi, paling hebat pun cuma berpeluh. Berpeluh-peluh pun sudah mengeluh! Ujian umpama duri pun tidak banyak mana, sekecil duri Aloe vera mungkin. Permusafiran yg memakan masa berjam-jam semata-mata untuk mendapatkan pengisian setiap minggu mungkin tidaklah sesukar mana dengan menaiki kereta atau bas, dibandingkan dengan menaiki unta tua lagi kurus atau berjalan kaki di padang pasir.

Sungguh berbeza umpama langit dan bumi. Ya, zaman memang berbeza. Tahap keimanan juga sungguh berbeza. Tidak?

Penulis itu menyambung, “Apakah resipi ketenangan baginda?”.

Jawapannya, “Baginda merapatkan diri kepada Allah.”

Pengajaran :

1. Salimul aqidah ; Aqidah yg sejahtera. Beriman dan bergantung kepada Allah dengan sepenuhnya. Yakin tiada yg mampu menjaga diri yg lemah ini, melainkan Allah dan dengan izin-Nya jua. Baginda melaksanakan urusan dan tanggungjawab dengan hati yg sentiasa berhubung dengan Allah. Tenang. Maka tiada ruang untuk tertekan dan beremosi walau dalam kesukaran yg dahsyat, kerana hatinya telah dipenuhi dengan keimanan kepada Allah yg tak berbelah bahagi. Hanya takutkan Allah, bukan pada musuh-musuh. Baginda juga bertawakkal hanya kepada-Nya, tiada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.

Semua urusan kita jika dilakukan dengan merasai kehadiran Allah, insha Allah tiada ruang untuk tertekan. Sebab kita sedar, kita buat bukan atas usaha kita semata-mata, tapi kita ada Allah yg izinkan kemampuan kita, melihat usaha kita. Antara kita dan urusan itu, ada Allah sebagai perantara. Bukan semata-mata kita dan urusan itu sahaja, dengan melupakan Allah itu wujud, Maha Melihat, Maha Memahami, Maha Berkuasa. Dan hanya Dia dan dengan izin-Nya sahaja segala urusan berjalan lancar. Maka, ingatlah Allah banyak-banyak, dan bergantunglah hanya kepada-Nya agar kamu beruntung :)



2. Haarithun a’la waqtihi ; Sangat menjaga masa & Munazzamun fi syuunihi ; Tersusun dalam urusan. Nabi kita tetap merasa cukup dengan 24 jam yg diberi, malah boleh memberi manfaat kepada orang lain lagi. Kita juga perlu lebih berdisiplin menjaga waktu dan lebih kemas dalam menyusun urusan. Yang tak perlu, tolak sahaja ke tepi. Utamakan yg utama.

Pesan seorang Dr., antum boleh pilih nak fokus apa dalam hidup sebagai pelajar ni. Zaman keemasan, zaman pemuda ni kena buat pilihan yg tepat. Laburkan masa dan tenaga di tahap produktif ini pada tempat dan jalan yang menguntungkan. Pilih jalan yg boleh memberi manfaat kepada diri, keluarga, agama, masyarakat, dan negara. Jadilah orang-orang yg berfikir, mahu tergolong dalam golongan orang-orang yg beruntung di akhirat kelak? Atau mahu jadi golongan yg menangisi kehidupan dunianya sewaktu Hari Kebangkitan nanti? Baiklah, misalnya, antum pegang dua ni je dan commit. Study sungguh-sungguh, dakwah dan tarbiyah sungguh-sungguh. So, segala apa yg tak berkaitan dengan kedua-duanya, boleh tolak tepi. Dah tahu perkara yg perlu diutamakan, set matlamat dan plan masa dengan kemas.

3. Nafiun li ghairihi ; Bermanfaat untuk orang lain.

Ulang ayat, “Namun, baginda masih tetap ada masa untuk isteri dan anak-anaknya. Baginda tetap ada masa untuk memberikan penyampaian dan pengisian kepada para sahabatnya. Tetap ada masa bergurau-senda dengan anak-anak kecil dan melayani orang tua yg hidup bersamanya. Jelas sekali baginda menunjukkan resipi ketenangan dalam hidup ini kepada kita.”

"Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan bahagiaanmu di dunia, dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yg berbuat kerosakan."
[Al-Qasas 28:77] 

*
A big Alhamdulillah. Done with postmortem and planning. Harapan 2013 kugantung setinggi bintang di langit. Dongaklah ke langit malam, melihat bintang bertaburan, tersenyum merasai luasnya rahmat Allah! Semoga semester 4 akan datang lebih teratur langkahnya dan kemas urusannya dalam menagih redha Ilahi. Insha Allah. 
Hai hati, ayuh perbaharui niat bersama? :)
Wallahua'lam.