Assalamualaikum w.b.t. Resipi ni sebenarnya ditujukan khas untuk my dear Zafirah Fatini. Tapi sy jadikan je makanan tambahan sempena Mother's Day kat uma atuk nih. Hehe..sorry taw, lambat bagi. Zaf..kinda busy ouh..kat kampung nih sibuk mengemas nak kenduri kahwin 6 Jun nanti+hari nih jiran sebelah sambut menantu. Maaf okie? (: Masa makan dgn bwp, dyorg panggik kek batik 'buluh' sebab ia panjang2 sebelum dipotong. Masa makan ngn clsm8, kek batik bulat2. Haha..ape2 je la nak bagi nama dy. So, here it goes~
1kg Biskut Marie
3 sudu besar serbuk koko
300g Milo (1 pek kecil, tp bukan yg 3 in 1)
1 Buttercup
1 tin Susu pekat
Sedikit air (separuh tin susu tadi)
2 genggam kacang tanah yg telah disanga. Badam yg ditumbuk pun boleh saja.
Chocolate emelco paste (xtaw lah betul tak ejaan nih..haha)
Beberapa helai plastik transparent
Senang+sekejap saja buat nih..tp rajin tak rajin je laa..=D
1. Patahkan semua 1kg biskut Marie kepada dua. Tapi kalo beli 3 paket, ada 900g je taw. Layan je 900g pun boleh.
2. Didihkan air yg separuh tin td. Tak pun, agak2 jangan banyak sangat air, sebab tak nak lembik sangat.
3. Bila dah mendidih, masukkan milo, serbuk koko, buttercup dan susu pekat. Yang choc emelco paste tuh kalo xde pun xpe. Itu untuk lagi hitam, wangi n rasa koko lebih. Tp biase kite tak letak pun..hehe
4. Kacau dan biarkan sehingga mendidih. Pastikan xde ketul2 coklat. Buttercup pn mesti cair completely. Dah ok, matikan api.
5. Then, berhati-hati tuang biskut tadi dalam periuk yg dah siap coklat.
6. Kacau-kacau sepenuh tenaga sehingga semua biskut disaluti coklat.
7. Campurkan kacang yg telah disanga tadi.
8. Ok, sekarang bolehla masukkan dalam plastik. Mampatkan dan gulung plastik tadi. Siap! (:
Akhir sekali, susun kek batik 'buluh' tadi dalam peti ais. Dah keras, sila potong2 mengikut kretiviti anda ok.
Selamat mencuba, especially to Zafirah! <3 anything, text me ya. Dessert mcm dadih, coconut jelly, puding semua tuh biasanya nak buat mudah je, tp kena rajin la. kui3. Daa~ wassalam.
Eyh, kalau ada yg dah lupa atau tak tahu, ni namanya dadih. hihi..
p/s: Bahasa aku sangat kucar-kacir kan? cis dah la nak start blaja nih! -.-












