Sunday, February 12, 2012

#1 The other side of me


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua’laikum warahmatullah :)

Semenjak membaca – Adakah anda terlibat dengan cinta muka kitab? Kat [sini], gulp gulp ada sikit banyak terasa! Lepas tu esok lusa ada baca blog Sofia yang [begitu begini], rasa macam dush dush habis lah aku terasaaaa dosa lagikk! ._.

Aku sebenarnya macam taknak cakap pasal benda ni, tapi sebab macam dah menghantui (Ceh over je) hidup aku saban hari cuti ni, so rasa nak cakap. Tapi kalau cakap, aku selalu fikir orang tak dapat sepenuhnya mesej yang aku nak sampaikan atau berkongsi rasa tu. Haha. Mungkin ni lah alasannya kenapa aku lebih senyap dan malas bercerita sekarang (?) biasalah, situasi dah tak sama (senyum kelat)

Terseksa kau tahu tak bile kau selalu banyak je nak cakap tapi macam takde sape. Rasa banyak je kau nak mengadu tapi macam tercari-cari sape yang sesuai. Rasa macam nak nangis tapi nanti lagi lah orang tak paham ape jadi kat kau apehal budak ni tetibe menangis tersedu-sedu. Rasa nak call je manusia-manusia tersayang tu, tapi kredit membatasi. Benci betul lah. Rasa nak lari je jauh-jauh tapi tak cukup tanah, takde tempat privasi untuk sembunyi. Sampai satu tahap rasa macam nak jeriitttttttttttttttttttttttt sumpah kuat-kuat tapi macam la ade orang nak kesah kat kau Asfarina. Baik diam, tak mengganggu ketenteraman awam. Heh.

Keadaan ni jugak membuatkan aku akan nangis laju-laju kalau ada orang-orang tersayang itu call. I was like, “–borak-borak-sampai-satu-dialog-bile-rasa-kelenjar-air-mata-dah-bersedia-akan-cakap-Sedih la kau call aku/kite. Haha.” Ayuni, Nadzirah, Chyfica, Atieya, Anne, Izyan, Hanim.  Kadang waktu down ni jugak dapat sms best-best yang memang sejuk hati membaca. Macam tahu-tahu je aku sedih. Jamilatul Akmal la selalunya bagi msg on time :) Mata ni akan bagi alasan lapuk lagi – masuk habukk.

Waktu teruk macam ni baru sedar betul yang aku memang ada Allah je. Jatuh bangun aku lepas ni Allah je yang tahu segalanya, memang Allah je yang sudi dengar apa yang aku nak cakap banyak-banyak tu. Segala macam perasaan dalam hati ni, kebanyakannya tak terluah. Air mata je yang deras turun. Tapi aku tahu, aku yakin, Allah faham je ape aku rasa. Allahu akbar…Allah..Allah..aku dapat rasa Allah sangat pandai memujuk..I just can feel the warmth of His love.  I’m clueless, don’t knw how to explain this sensational feeling in a very beautiful way :’) Banyak kali Allah tunjuk ayat-ayat cinta Dia tu la penawar, buatkan aku yakin sangat dengan suratan takdir semua ni memang ini yg terbaik untuk seorang Asfarina binti Ismail :)

Dan buat aku tersedar, bukak mata hati besar besarr jugak yg iman aku tengah tgolek-golek jatuh, syaitonirrajim pula berpesta bersama angkatan anak cucu mereka! hohoi. Sudah terang lagikan bersuluh, punca utama stres anda : masalah iman dalam hati! Sebab tu tak bahagia. Benda ni kan inside-out, Asfarinaaa. Siramlah balik pokok iman anda! Sampai tahap boleh cakap kat iman tu, I, I love you like a love song, baby. Hahah. Apa-apa pun, ingat Allah :) luruskan niatmu.

Tahap stres bergantung pada kedudukan Allah dalam hati anda. 
Semakin tinggi Allah dalam hati, semakin kurang stres yang dihadapi :)
#first shared by mekna, from akak usm#

Aku malu tahu tak, aku malu sangat kalau nak doa macam-macam. Aku rasa Allah dah sangat sangat baik melayan aku. Padahal aku ni hina dina. Aku malu, tak rasa setimpal langsung setakat apa yang aku dah buat untuk Allah.. Banyak je lagi nikmat yang tak terfikir pun untuk disyukuri, tapi Allah bagi jugak. Tak berkira langsung! Pemurahnya Allah.. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. Allah, I love You. Cukuplah Allah bagiku, segala puji bagi-Mu ya Allah.. Tunjukkanlah jalan yang terbaik dalam hidupku, tentukanlah kebaikan bersamaku di dunia dan akhirat. Ameen ameen.


p/s : Esok lusa mesti aku malu post entry ni. Emosi je haha. Relief already, alhmdulillah :) Stres tu normal lah kan? Manusia akan bebas daripada stres bila dah mati je. Kalau tak pernah stres walaupun sebesar biji sawi, mesti hidup bosan! Kakakah. To be frank, memang Allah je tahu cerita aku, zahir batin. Dah Dia Yang Maha Mengetahui, kan? ;) Kau akan rasa bersyukur sangat sangat bila kau memilih Allah untuk dengar semuanya at the first place. Serahkan kat Allah segala-galanya, tawakkaltu a’la Allah setinggi-tingginya. Dia yang mencipta kita, Dia lebih tahu pasal diri kita berbanding kita sendiri. Then, Dia yang akan pilih dan hantar orang-orang yang terbaikk untuk membantu kita. Insya Allah, setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Allah tahu kita mampu. Thanks baca sampai habis :’) jzkk, Allah jua membalas doa-doa sesama kita. Jumpa lagi! :)


Sometimes we must get hurt in order to grow, 
we must fail in order to know,
  sometimes our vision clears 
only after our eyes are washed away with tears.
-someone somewhere-
Wassalamua'laikum wbt ;)

Monday, January 30, 2012

Bro Mc '12 - Graf Kehidupan :)



Bismillahirrahmanirrahim, Assalamua'laikum warahmatullah :)


Brotherhood Muslim Camp 2012 (Bro Mc '12) di Lopo Blue River, Hulu Langat, Selangor anjuran PMIUM :)   menariknya kali ni, bukan setakat pelajar UM yang menyertai. Ada juga peserta yang asalnya dari Singapore, Thai, Indon, UMK dan UKM (setiap tempat tu, seorang wakil je la) dan ada juga yang belum Islam! Subhanallah. Brandon nama diberi, Sabahan :) 
Kami semua er..tak tahu..er..alhamdulillah telah diatur oleh Allah untuk menyertai kem tersebut secara tiba-tiba. 
(Ahhaha utk kes aku, memang rasa ketandusan pengisian, so kena cari jugak cuti ni)

Semua slot menarik, tambah-tambah lagi bila ada IM Fakhrul :) sayang sekali, IM Hassan tak dapat datang sebab anak saudaranya meninggal dunia. So insha-Allah dirakamkan di sini satu resolusi daripada salah satu slot untuk hadaman kita bersama. 
#Doalah aku rajin update untuk slot osem yang lain ;)#

Graf Kehidupan

Slot paling touching (iskisk) ialah sewaktu LDK. Ditugaskan untuk melukis graf kehidupan sejak zaman kanak-kanak sampaila umur sekarang ni. Paksi X ialah umur, paksi Y ialah tahap kegembiraan (5 sampai -5 je cukup). Ehehh tak pernah pun buat graf ni semua, tapi boleh tahan menarik jugak ni. (dalam hati : tak suka betul kalo nanti kena share pasal kisah hidup -.-' aku nak dengar cerita orang lain j, crita sendiri takyah le )

Inilah hasilnyaaa, tadaaa! Takde pembaris, takde pemadam ke ape, hihi




*
Seperti alasan sebelum ini, gambar kat laptop kat rumah lain. eheh tapi dah lama simpan draft ni, so tak sabar nk publish dulu ;) sorry morry! Oh, btw, kauorang buatla jugak! Best ni. Refleksi hidup sejak zaman kita ingat apa yg berlaku. Buat sekarang taw, lepas offline mesti dah lupa punya. ehee dari kecik tu, sampaila umur sekarang ni dah tua bangka uhuk uhuk.
Nanti kita compare deh :) 


kena senget kepala nih ahaha atas ke bawah.
*


Lebih kurang 10 minit diberi masa lakar graf masing-masing. Kak Dila pun pilih orang pertama untuk bercerita..orang kedua..orang ketiga.."Okay, As pulak :)". Tercengang sambil tersengih dua saat. "Aaa? Kite ke? Heehe. Bismillah".

Membesar seperti kanak-kanak sihat riang yang lain, alhamdulillah semua bahagia ;) 11 tahun tahap kegembiraan menurun ke -1. Takda apa sangat pun, stres nak naik darjah enam mungkin. Kerja berlambak, Chess kena buang ke bawah lalu tingkap, ketuk ketampi beratus kaliiii dan banyak lagi kisah merepek waktu Darjah 5 ni :D Dengan pelbagai gaya lumba basikal, main getah, tingting, panjat pokok. Membesar..membesar..membesar..tiba-tiba dah nak masuk 20 tahun. Sekejapnya.
Long live the ol'school days! May Allah bless ;)
#The rest is history#

I pass on to you the same advice once given to me, 
"May the best of your past, be the worst of your future". 

Lepas dengar cerita kawan-kawan yang lain, felt like, "Ya Allah..diorang ni lagi la diuji macam-macam. Aku diuji sikit sangat je rasanya bila dibandingkan dengan mereka ni :(" 
Ya, setakat tak dapat apa yang aku nak keliling aku, yang lain tu ujian kecil-kecil. Dari segi hal-hal lain, alhamdulillah syukur syukur so far so good. Waktu hadapi ujian rasa macam kitalah yang diuji paling mencabar, ujian ni lah paling hebat, tapi kita tak tahu orang lain lagi ramai yang ditarik nikmat satu persatu. Zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat lagi la hebat. Tapi apa yang Allah beri pada Bilal bin Rabah, keluarga Yassir, Mus'ab bin Umair, Zinnirah, Hanzalah? Syurga. Yakinlah, lama kelamaan kita boleh handle, at least emosi. insha Allah. Allah takkan letak kita dalam keadaan yang akan rosakkan kita. Allah tahu kita mampu hadapi semua, untuk menjadikan kita manusia lebih baik. Kau faham itu, duhai diri? 

Ada tu ayah dia sakit waktu nak exam, macam-macam kena uruskan. Cari ubat sana sini, masalah duit lagi. Sahabat yang lain, ada yang setiap kali nak exam besar (UPSR, PMR & SPM) , kawan baik dy meninggal dunia, sebab kanser! Ya Allahh..sedih la tgk kwn sendiri duduk satu asrama hari-hari rambut gugur, muka pucat, pengsan. Ada lagi sorang, mak dia memang tak mengharap langsung pada dia. Belajar pun tak berapa pandai macam adik-beradik lain, paling nakal, paling tak dengar kata dan macam-macam lagi. Siapa tak sedih kan bila mak kita cakap macam tu? Tapi yang bersyukurnya, masa mak dia accident tulang belakang patah sikit dan takleh buat kerja-kerja rumah la, dia ni la yang menjaga mak dy. Menangis-nangis mak dy mengaku yang sekarang ni, dy je la yang boleh jaga mak waktu sakit. Lagipun dy ambil Nursing kat PPUM :) perangai pun semakin baik dan solehah, dah tak nampak muka nakal macam dulu hihi alhandulillah, cantik je Allah atur semua kan.

Bukan saja-saja Allah meletakkan kamu dalam bidang itu,
Bukan saja-saja Allah kurniakan kamu kepakaran itu, 
Bukan saja-saja Allah masukkan kelemahan itu,
Bukan saja-saja Allah memberikan ujian sebegitu,

Malainkan Allah tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu,
Melainkan Allah tahu kamu akan membiakkan ilmu-ilmu itu dan mentarbiyyah masyarakat di sekelilingmu,
melainkan Allah temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu,
melainkan Allah mahu menguatkanmu, 
melainkan Allah mahu kamu tahu betapa tinggi kasih sayang-Nya padamu.

Allah..Allah..Alllah <3

[ Thanks Along Atieya, you gave me the sms just on time ;) *prep fr final* ]



 Doakan aku mencintai Dia lebih daripada segalanya. Doakan aku ceria sentiasa. Doakan aku kuat & tabah. Doakan hatiku sentiasa segar mensyukuri nikmat-Nya. Doakan lidahku sentiasa lembut basah memuji-muji kebesaran dan keagungan-Nya. Doakan badanku sentiasa sihat dan ringan menyempurnakan ketaatan kepada-Nya. Doakan aku sentiasa berada dalam hidayah-Nya. Doakan aku sentiasa dilimpahi kasih sayang dan redha-Nya. Doaku, semoga doa-doa itu kembali untuk kau juga ;) 
sayang kamu fillah.

#Tangguh majlis dengan tasbih kaffarah & surah al-'Asr. Lapaq, chow wassalam.

Thursday, January 19, 2012

Jealous aaa ibadur rahman

Assalamua'laikum warahmatullah :)

Hye, dah nak masuk 10 hari habis exam. alhamdulillah alhamdulillah ;) terima kasih atas doa semua, may Allah repay your good deeds. Selepas perjalanan yang panjang untuk pulang ke tanah air tercinta, bermacam-macam tempat aku lawati. Dari Kelantan sampaila ke Johor. Hujung pantai sana sampaila hujung pantai sini. Wuhuu. Rumah Tok Guru Nik Aziz pun aku singgah. Rumah dia sangat biasa, takde maskot ke papan tanda ke semua tu. Macam rumah orang biasa je. Ye, memang aku tak salah rumah. Sebab ada tulisan jawi, "Menteri Besar Kelantan" kat kereta Merc hitam. Terharu la tengok depan mata pemimpin macam ni :'( 

# P/S : Gambar kat laptop lain, next time will do insha Allah. No wonder la..er..aa..orang Kelantan sayang Nik Aziz :) sultan Kelantan atas didikannya pun pandai berkhutbah. kalau nak tulis pasal keunikan kelantan dari kaca mata orang Johor ni mau panjang, ehhe. kadang-kadang tak berapa setuju bila baca paper -.-' tak habis-habis kondem Kelantan.  Padahal tak sedar ke yang Kelantan tu majoriti Melayu, bangsa sendiri.#


rumah yg belakang madrasah tok guru tuh,

baru perasan macam dua tingkat hihi


Menteri Besar Kelantan DV1 wuwu takde eskot pun jaga keta MB ;)

Jealous la bila balik rumah, bukak facebook, ramai post benda baik-baik best-best. Semua berlumba-lumba ke arah kebaikan. Rasa macam, "Ya Allah..alhamdulillah bagusnya. Baru disentuh dengan tarbiyah beberapa kali dah tahu mana nak cari gali pahala. Huwaa jealous! Ini serius. kalau diri sendiri takde kemajuan, lagi laa macam di takuk yang samaa selamanyaaa". 

Buat lagi rasa terharu bila kawan-kawan lama dah macam jadi baik. Eh, bukan macam. Dah memang baik, jadi lebih baik, dengan kefahaman Islam yang sebenar. Huwaa rasa macam nak nanges! Tiba-tiba rasa ada satu lagi tali persahabatan ghaib wujud dalam hati ni mengikat lebih kukuh tali persahabatan yg pernah terjalin dulu. Membawa hati-hati ini bersama di atas landasan yang haq, lebih jelas, menuju syurga-Nya. Subhanallah,  ya Allah.. alhamdulillah alhamdulillah terima kasih ya Allah. Daripada kawan biasa-biasa gelak ketawa gurau senda makan nangis sama-sama akan jadi sahabat kerana Allah. Inilah ukhwahfillah, bila didasarkan kerana Allah, indahnya bukan main terbuai-buai. Ini serius (muka garang!) Dan tiba-tiba aku akan rasa, "Sumpah rindu" (muka sedih mengharap dapat jumpaaaaaaa sekarang jugakk! ya Allah..tetapkanlah & temukanlah kami di jalan-Mu..)

Oh dah terlanjur singgah blog patik ni, apa kata tuan hamba menghadam ciri-ciri ibadur-rahman (hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih) ni :)

IBADUR-RAHMAN [Al-Furqan, 25:63-74]

● "Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka(dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan "Salam"

● "dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri

● "dan orang-orang yang berkata, "Wahai Tuhan kami, jauhkanlah azab Jahanam dari kami, kerana sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal"

● "dan orang-orang yang apabila menginfakkan harta, mereka tidak berlebihan, dan tidak pula kikir, di antara keduanya secara wajar

● "dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina; dan barangsiapa melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat, yakni akan dilipatkan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka diganti dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

● "dan siapa yang bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya

● "dan orang-orang yang tidak memberikan kesaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya

● "dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai orang-orang yang tuli dan buta 

● "dan orang-orang yang berkata,"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa".


[c&p from cik chihiroitusiapa]


Kan best kalau kita tergolong dalam kalangan hamba Allah Yang Maha Pengasih ni? Jealousnya :( Okay la, okay la susah ye? Tak payah nak asyik kata jealous-jealous je, berusaha la jom ;) Bak kata Cik Chihiroitusiapa dalam blognya mengenai hal ini, "Benar ia payah, ia susah. Tapi ganjarannya pasti yang paling indah. Indah yang tak akan dapat digambarkan oleh akal". wuu subhanallah, fanatik syurgaaa. Bak kata Inche Gabbana pula, ya berubah tu susah, tapi xde la sesusah membajak sawah! Ayuh kita berubah..? Nak lagi best, ayat 63-74 di atas ada sambungannya--:)

Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam syurga) atas kesabaran mereka, dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam, mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman".
Al-Furqan, 25:75-76


Semoga Allah merestui mimpi-mimpi kita. Semoga Allah redha setiap langkah dan hembusan nafas kita atas muka bumi-Nya ni. Insha Allah, ameen ameen. Saya doakan kita semua berusaha untuk semakin dekat dengan syurga-Nya, ameen ameen. Dan hanya rahmat dan redha Allah mengizinkan kita jadi ahli syurga. 

Fastabiqul khairat wa mardhotillah~ maka berlumba-lumbalah kamu ke arah kebaikan dan mencari keredhaan Allah :)