Thursday, May 3, 2012

Sesegar rindu dari Mekah & Madinah ;)

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil a’lamin, segala puji-pujian hanya layak bagi Allah. Assalamua’laikum warahmatullah :) hyeeee sihat ke? Semoga kita sentiasa berada dalam naungan rahmat dan kasih sayang Ilahi :)

Sorryy menyepikan diri.
Sorryy tak wish birthday.
Sorryy tak or lambat gila reply semua benda online yada yadaa.
Sorryy tak bagitahu pergi umrah TT
Sorryy tak dapat jadi kawan yg baik tsk tskk

Di sebalik tabir,
Hey aku sama je, biarlah senyap buat masa sekarang.
Hey ingat je, cuma tak terucap. Didoakan terus barangkali.
Hey hey hey kalau penting call je lah. Internet medium paling lambat. Ahhaha.
Maaf eh kamu semua. Terasa je nak excited cakap, terasa jugak serba salah tak terbagitahu esp yg rapat-rapat tu. Ramai terasa ngan kitee sbb tak bagitahuu dah nak pergii senyap sesenyap senyapnyaa tsk tskk -takpelahhh jgn amek hati, biar Allah lebih tahu segalanya :) ampun maaf zahir batin.

Alhamdulillah wa syukurillah ;) dah selamat semuanya.

Kutatap Ka’abah, bukan dengan mataku seorang. 
Tapi kubawa sayu pandanganmu bersama.
Kulambai Hajarul Aswad, bukan dengan tanganku seorang. 
Tapi kubawa lambaian tanganmu bersama.
Kuberdoa, bukan sepenuh jiwaku seorang. 
Tapi kubawa doa dan jiwamu bersama.
Kubertawaf, bukan dengan langkah kakiku seorang. 
Tapi kuhadirkan langkahmu bersama.
Kubersai’e, bukan dengan jiwaku seorang merasai hebatnya pengorbanan 
Siti Hajar untuk Nabi Ismail,
 tapi kubawa fikiran dan jiwamu bersama.
Walau jasad kita terpisah jauh, 
kuhadirkan nama dan jiwamu di bumi Anbiyaa’ ini.

Biar kita sama-sama rasa agungnya Allah.
Biar kita sama-sama rasa dalamnya rindu Rasulullah SAW
Biar kita sama-sama rasa syahdunya menatap Ka’abah.
Biar kita sama-sama rasa tenangnya Masjid Nabawi.
Biar kita sama-sama rasa dekatnya dengan Baginda Rasulullah SAW
Biar kita sama-sama rasa beruntungnya solat di Raudhah
Biar kita sama-sama rasa khusyuknya solat sepenuh jiwa.
Biar kita sama-sama rasa indahnya sujud di atas marmar putih
Biar kita sama-sama rasa besarnya pahala solat jenazah
Biar kita sama-sama rasa syukurnya limpahan nikmat Allah beri.
Biar kita sama-sama rasa hinanya diri berdoa minta diredhai
Biar kita sama-sama rasa peritnya bergunung dosa minta diampuni
Biar kita sama-sama rasa istimewanya dipilih Allah
Biar kita sama-sama rasa sejuknya rasa cinta Allah beri
Biar kita sama-sama rasa meriahnya melipatgandakan ibadah
Biar kita sama-sama rasa hidupnya suasana masjid di sini
Biar sama-sama kita rasa seronoknya berbuka puasa di sini
Biar kita sama-sama rasa segarnya kemanisan iman di sini

Subhanallah Alhamdulillah Alhamdulillah Allahuakbar.
Laa haula walaa quwwata illa billah.
Allah Allah Allah~ Terima kasih ya Allah TT

# Mari doa. Doa sampai ke hati merayu agar Allah sudi pilih kita jadi tetamunya. Doa sampai ke hati biar yakin Allah mendengar permohonan terbesar kita ini setiap hari. Doa sampai ke hati agar Allah terima dan redhai usaha kita untuk jadi tetamu-Nya. Doa lagi agar Allah menjemput kita jadi tetamu-Nya sebelum ajal menjemput kita. Biar kita terpilih waktu muda ini, insya Allah banyak kelebihan dan banyak boleh tolong org lain. Doa sampai rasa, sampai basah hati dengan rayuan untuk jadi tetamunya yg istimewa. Biar terpilih dalam kalangan jutaan hamba-Nya. Biar Allah pilih kita. Yakin Allah pasti akan pilih kita. Yakin pasti ada jalan dipermudahkan urusan kita, walau dengan apa cara sekalipun, pasti ada. Yakin Allah akan tolong, berharap sangat-sangat Allah pandang harapan terbesar kita. Walau kita hamba yg sangat kerdil dan hina, kita berjiwa besar untuk merasa menjadi tetamu-Nya. Hanya ini harapan terbesar. Doa sungguh-sungguh, usaha sungguh-sungguh, selagi waktu berputar, selagi ada nyawa. Allah nampak kesungguhan kita, Allah pasti akan buka jalan, Allah takkan sia-siakan. Bila sampai giliran dijemput jadi tetamu-Nya, ya Allah tersangat bersyukur deras air mata mengalir Allah tunjuk segala peluang, diluaskan jalan. Biar kita terpilih waktu muda ini, insya Allah banyak kelebihan dan banyak boleh tolong org lain.Kita pergi ke sana bukan sebab duit. Jadi tetamu Allah sebab terpilih, dipilih oleh-Nya. Jadi, kita semua boleh pergi, dengan izin Allah tiada apa yg mustahil :) usaha usaha untuk pergi :) cuba baca Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman untuk dapat feel ;)

Nota kaki : Kembara Enterpretasi ke Bumi Anbiyaa’ UMK 2012  [anjuran JT-UnIPeN]
Terima kasih yg tak terhingga, ya Rozzaq menerima kami menjadi tetamu-Mu, tetamu yg cukup istimewa. Terima kasih banyak Ustaz Binyamin, Ustaz Nik. Ibu, abah, adik. Kak Umairah, Kak Kasyifah, Kak Ann, Abg Sharizal & Kak Azwa, Along, Hafiz, Qadir, Izwan. Semua mutawwif UFAT. Semua usahawan Malaysia di Kingdom of Saudi Arabia, esp Hj Arshad & geng Menara Jam. Semoga usaha-usaha kita sebelum, semasa dan selepas kembara ini dilimpahi taufiq hidayah, dan dalam redha Allah sentiasa, ameen insya-Allah :) Allah jua yg selayaknya membalas jasa baik kalian.


Salam seharum sesegar rindu dari bumi Mekah dan Madinah, 
Masjidil haram dan Masjid Nabawi.
Biar Mekah dan Madinah menjadi saksi.
<3

Tuesday, April 10, 2012

Sekiranya engkau mengetahui



A017
(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.

A018
Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.

A019
Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).

A020
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.

A021
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

A022
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

A023
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

A024
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.

A025
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).

A026
Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.

A027
Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.




"Ya Allah jadikanlah cahaya pada hatiku, cahaya pada lidahku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada mataku, cahaya dari arah belakangku, cahaya dari arah depanku, cahaya dari atasku, dan cahaya dari bawahku. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku cahaya. Ya Allah tiada Tuhan yang benar melainkan Engkau, janji-Mu adalah benar, perjanjian dengan-Mu adalah benar, dan syurga itu adalah benar, dan neraka itu adalah benar, para nabi adalah benar dan Nabi Muhammad S.A.W itu adalah benar. Tentukanlah kebaikan untukku walau di mana sahaja kuberada, sesungguhnya engkau berkuasa di atas segala sesuatu, Ya Qohhar. Ampunilah aku, Ya Tawwab, aku mohon keampunan-Mu Ya Ghoffar


Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan perkara yang susah boleh Kau jadikan mudah, apabila Kau mengkehendakinya. Kurniakanlah, dan jangan Kau tarik nikmat hati ini agar sentiasa segar mensukuri nikmat-Mu, badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu, lidah yang lembut basah memuji-memuji keagungan-Mu. Damaikanlah hati ini ya Latiff, penuhilah piala hati ini dengan keyakinan yang benar-benar mantap, ilmu yg berguna dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku ya Allah. Tenangkanlah hati mereka. Ya Hakeem, balaslah kebaikan mereka semua, berikanlah yg terbaik, lapangkan dada, muliakanlah mereka di sisi-Mu jua ya Allah.


Semua ini kerana-Mu ya Allah, semata-mata kerana-Mu jua ya Allah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillahi rabbil a'lamin atas semua limpahan nikmat yg tidak terkira ini. Ya Rozzaq, aku mahu yg terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih dalam kalangan jutaan hamba-Mu. Hasbunallahu wani'mal wakiil wani'malmaulaa wani'mannasir. Laa haula wa laa quwwata illa billah. Tetapkanlah hati-hati kami di jalan-Mu, tingkatkanlah rasa cinta dan lipat gandakan kesungguhan untuk berjuang dan mati di jalan-Mu. Redhailah setiap langkahku. Ampunilah aku ya Ghoffar, pandanglah aku ya Allah, pandanglah doa hamba-Mu yang hina ini ya Allah.


ya Allah..berikanlah kejayaan kepada kami di dunia dan akhirat. Tempatkanlah ku dalam kalangan org yg beriman dan beramal soleh dalam syurga-Mu yang teristimewa, syurga Firdaus ya Allah. Mohon redha-Mu ya Allah. Astaghfirullah astaghfirullah Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Ameen ameen ameen ya rabbal a'lamin."


Inspirasi doa insan-insan yg terkenal  di dunia dan akhirat, insya-Allah :)

Thursday, March 1, 2012

Anugerah Dekan

Assalamua’laikumwarahmatullah :)

“Dan pada nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)”
(Ad-Dhuha93 : 11)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.

Sedar Anugerah Dekan bukan atas usaha sendiri, tetapi kurniaan Allah. Ditambah pula dengan tiupan doa-doa tak berbayar daripada insan-insan tersayang, mungkin disedari atau tidak.

Satu anugerah? Mungkin nikmat, mungkin ujian. Syukur Alhamdulillah. Banyak ujian sebelum dapat keputusan lewat seminggu. Itulah masa yang Allah beri untuk betul-betul bersedia agar redha dan bersyukur dengan apa sahaja keputusan. Betul dah habis redha kalau terukk uhuk mestilah sedih. Dupp dapp akhirnya, alhamdulillah!! :))

Mulanya tak berniat menulis entry sebegini, tapi rasa malu sendiri. Bila mahu exam, mengemis doa ibu abah adik ahli keluarga pensyarah pakcik makcik sanak saudara sahabat handai, tapi bila sudah berjaya, dilupakan terus untuk menyatakan kesyukuran. Astaghfirullah astaghfirullah. Tak mahu dipandang hamba yang kufur nikmat di mata-Nya. Kalau tidak pandai bersyukur dengan yang sedikit, berani berjanji akan bersyukur ketika mendapat yang banyak? Mohon keampunan-Mu ya Tawwab T T

Kita faham dan tahu, keputusan apa pun yang kita dapat ialah kurniaan Allah, bukannya semata-mata disebabkan usaha kita. Usaha hanya asbab untuk Allah berikan keputusan yang terbaik untuk kita, hamba-Nya. Jangan sesekali kita menisbahkan kejayaan yang diperoleh ni pada hasil usaha sendiri, tapi sebenarnya ia kepunyaan Allah!

 Allah yang bagi kekuatan untuk kita belajar dan menjawab exam dalam keadaan sihat wala’fiat, segala kecerdasan, keyakinan, ketenangan, kekuatan dan kemudahan semua tu datang daripada Allah, dengan izin Allah. Allah jugalah yang melembutkan hati para pemeriksa (when giving marks for quizzes, midsem test, presentation etc) dan memudahkan segala urusan. Jadi, memang selayaknyalah kita kembalikan semua puji-pujian dan kesyukuran kita kepada Allah, kita insan fakir lagi hina yang tiada apa, memang hanya Dia yang layak diagung-agungkan. Tskktskk T T astaghfirullah astaghfirullah, mohon keampunan-Mu, ya Ghaffar.

Let the best of your past be the worst of your future

Tak boleh selesa di mana kita pernah berada. #Jauh lagiii, awok ad 7 sem lagiikk Asfarinaa. Terasa mereka ni semua semangat ohh semester dua ni. Wahaha best ;) 

Berilah kejayaan kepada aku dan rakan-rakanku yang Engkau tahu kami ikhlas menuntut ilmu kerana-Mu, mencari keredhaan-Mu, ya Allah. Semoga kami dapat membangun ummah, berjaya bersama-sama menunjukkan yang Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam!

Kami sama-sama dalam proses menuntut ilmu-Mu, aku sedih jika kami tidak berjaya bersama. Redhailah perjuangan kami, tentukanlah kebaikan untuk kami bagi kesudahan diri kami pada masa ini dan akan datang, di dunia dan akhirat. Tentukanlah kebaikan bersama kami, semoga hati kami sentiasa segar mensyukuri nikmat-Mu, badan kami sentiasa ringan menyempurnakan ketaatan kepada-Mu dan lidah kami sentiasa lembut basah memuji dan mengagungkan kebesaran-Mu ya Rozzaq. Ameen.



Islam itu tinggi :)

Belajar dalam kalangan non-Muslim memang mencabar kan? Mereka STPM sudah tentu lebih berpengetahuan. Yang membezakan kita dengan Zhen Fei, Kie Teck, Hew, Jaxy, Nathan, William, Yen Chen, Ai Ting, Kelsey, Dhanya dll adalah niat kita dan kepatuhan kepada Allah. Di mana kita meletakkan Allah dalam hidup? Buku ke solat? Mesti yakin dengan janji Allah. Yakin Allah akan tolong. Yakin segala-galanya boleh terjadi dengan izin-Nya. Dia boleh memuliakan, Dia juga yang boleh menghinakan kita di mata mereka.
Mohon keampunan-Mu, ya Allah.. T T

Mungkin ada antara pembaca sahabat handai rakan taulan umat Nabi Muhammad sallallahua’laihiwasallam (sama ada dikenali ataupun tidak) yang sudi mendoakan kejayaan kita bersama. Terima kasih diucapkan :) Tentu sekali saya bersyukur atas segalanya. Saya tahu pasti ada antara kalian yang doanya lebih dipandang Allah (mungkin keikhlasan berdoa yang membezakan kita di hadapan Allah. tskk T T). Saya yakin itu. Sebab itu saya buang rasa malu jika ingin mengemis doa kalian. Makcik makcik yang kurang berdaya tetapi terpancar kesucian dan keikhlasan hatinya pun saya rasa rugi besarrr jika bersalaman seterusnya bertegur sapa tapi tidak terkeluar permintaan, “Doakan ye cik” di akhir pertemuan.

Mungkin juga bila kita selalu mendoakan orang lain tanpa pengetahuan mereka, para malaikat pula meng-amin-kan doa yang sama kembali kepada kita semula. Siapa tak nak didoakan malaikat? T T Subhanallah, terlalu banyak nikmat-Mu ya Allah.. Ahamdulillah.

Bukan wang ringgit, pertunjukan atau pemberian barang mewah mewah, platinum emas perak yang saya idamkan, cukuplah hanya sepotong doa ikhlas dari hati terus kepada Allah untuk kita semua umat akhir zaman yang lemah umpama buih-buih di lautan. T T hamba memohon kekuatan dan keampunan-Mu, ya Qohhar.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
(Surah Ar-Rahman)

Allah Allah Allah~ 

Whatever we decide to go after, we must make an absolute commitment. Whenever there is doubt between the easier path and the one that requires you to stretch, get in the habit of stretching. We must commit ourself to true standards, Asfarina..which are those that we consistently stand by, regardless of their difficulty. These standards are those that we consistently uphold even when no one else is watching. Be consistent, be someone who is honourable whether people are watching or not.

-nota kaki lepas membaca buku TJ Hoisington-


p/s : Mohon maaf jika anda rasa entry ini ada berbaur egoistik, takabbur, berlagak sombong dan sebagainya. Saya benar-benar tak berniat begitu. Semoga Allah menghargai usaha-usaha kita, walaupun sedikit tapi berkat di sisi-Nya T T chaiyok chaiyokk! :) Oh btw, Jeli best! Esok PM datang UMK Kampus Jelli ;) okengg, wassalam.