Wednesday, December 18, 2013

Tiga kali detik : Solat, syukur, istighfar!

Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamua'laikum dan salam keceriaan!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, dua tiga hari ini aku seperti dikurniakan rezeki oleh Allah untuk menjumpai artikel-artikel, ebook, video dan sebagainya yang menghidupkan kembali semangat untuk bersyukur. Dan beristighfar.

Seiingatku, semua rencana Allah yang teratur sehingga hari ini bermula daripada kisah-kisah kematian. Bermula dengan kisah arwah Azim, pelajar kampusku yang mati lemas, dan Alhamdulillah pengakhiran yang sangat baik baginya. Kemudian, disusuli pula dengan kisah Ahmad Ammar, kematian yang..subhanallah sangat menghidupkan! 

Kematian orang-orang yang disayangi Allah ini, buatku rasa sangat tiada apa apa untuk dipersembahkan kelak di hadapan Allah dan kerdil sungguh diri. Aku juga sering terfikir entah bagaimanalah pengakhiran kehidupanku di dunia ini. Jujur kukatakan, setiap kali Facebook dibuka, pasti ada sahaja kisah Sehidimez (Syahid kita) Ahmad Ammar yang akan menyapa pandanganku. Manarik, banyak sangat kebaikan yang boleh dipelajari daripada kisah arwah. Walau bagaimanapun, mungkin bukan kali ini untukku membuat muhasabah lanjut mengenai kisah mereka. Cukuplah, aku ekstrak sedikit daripada kata-kata di statusnya, "Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat". 

[[credit]]
Apabila merasakan diri sangat tidak well-prepared untuk husnul khatimah, aku mula menyemak kembali perkara penting dalam urusan harianku.

Solat.
Bersyukur.
Istighfar.
.
.
.

Cukup tiga dulu.

Solat.

Ustaz dulu kecik-kecik selalu pesan, kalau ada masalah, "Check balik solat kamu". Tidak lama selepas sesi bermuhasabah, seorang sahabat yang sungguh saya sayangi dia kerana Allah, berkongsi tentang keajaiban solat di awal waktu dari segi saintifik. Dalam perkongsiannya, diterangkan lanjut bagaimana frekuensi beberapa bahagian badan kita sama dengan frekuensi alam. Justeru, secara saintifiknya, solat awal waktu pada kelima-lima waktu solat dapat menyihatkan tubuh badan kita. Misalnya, frekuensi alam pada waktu Zuhur berwarna kuning. Hal ini sama dengan frekuensi sistem di bahagian perut. Hamba Allah yang sering melewat-lewatkan waktu solat Zuhur, hidup mereka tidak ceria. Benarlah, sekiranya perut kita tidak sihat, pasti kita hilang ceria.

Bersyukur.

Tidak disyaki lagi, semakin merudum graf catatan kesyukuran setiap hari. Mungkin juga hati tidak cukup lapang di petang dan malam hari kerana kurang bersyukur seawal pagi?

Astaghfirullah.

Seterusnya, istighfar (memohon keampunan).

Ya, istighfar! Setiap minggu aku mendapati seorang adik yang sungguh, aku sayangi dia kerana Allah, istighfarnya 1000x seminggu. Kadang-kadang 1400x. Aku agak terkejut ketika awal-awal mengetahuinya. Hakikatnya, aku tak merasakan perlunya untukku terkejut-terkejut dalam hati. Bukannya kita tidak tahu betapa banyaknya kelebihan yang Allah janjikan kepada mereka yang melazimi istighfar. 

Alhamdulillah, aku menjumpai video yang pendek tetapi sarat mesejnya. Jom, tengok di link ini : [Ajaib istighfar]

Daripada kitab Ringkasan Riyadhus Salihin, daripada Aisyah r.a., beliau berkata, maksudnya : 


"Adalah Rasulullah S.A.W memperbanyakkan membaca sebelum wafatnya: Subhanallahi wa bihamdih. Astaghfirullaha wa atuubu ilaih. (Maha Suci Allah dengan segala puji-Nya. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya)."


[HR Bukhari No.817 dan Muslim No.484]

Alhamdulillah,
Untuk diriku dan semestinya kalian juga, didoakan agar Allah memberi kekuatan dan keinginan yang tidak berpenghujung untuk kita istiqamah beramal dengan ilmu yang Dia rezekikan kita mencedoknya. Alhamdulillah, Ameen.

All in all, pelan tindakan seterusnya : ACTION

Thursday, October 31, 2013

Short Note : Ingat Jumaat, ingat Al-Kahfi



Assalamua'laikum, alhamdulillah Khamis malam Jumaat dah sekarang ni. Happy Jumaat kareemah! Ingat Jumaat, ingat Al-Kahfi.

Surah yang ke lapan belas dalam Al-Quran, Surah Al-Kahfi. Ada empat kisah menarik di dalamnya, semua best dan byk sangat pengajaran :)) serious rugi tak tadabbur, at least baca terjemahannya. Lagi rugi sgt if hari Jumaat berlalu tanpa dihiasi bacaan Al-Kahfi :} panjang memang panjang, tapi boleh je habiskan. Study ke menghadap laptop sejam kita boleh tahan, baca Al-Kahfi setengah jam ke 40 minit pun mesti lebih lebih boleh punya lah.

***

"Split 3." Azri capai Quran terjemahannya dari tepi laptop. "Ayat ada 110, kan." Dia buka naskhah di tangan.

Ipin buka ke halaman Kahfi terakhir. Aah. 110 ayat. Dia angguk mengiakan. "Split masa jadi tiga, waktu bila?"

"Kau balik rumah pun dah nak Maghrib,kan? Tu kira dah masuk hari Jumaat. Start lepas Maghrib hari Khamis tu,kau habiskan ayat 1 sampai Ayat 31. Sebab ayat 32 tu dah masuk cerita lain, nanti tak syok nak follow up baca terjemahan dia kalau tergantung." Dan pastinya cukup-cukup la waktu sebelum ibu jerit suruh isi rumah tu turun makan malam.

Ipin capai post-it note dengan pen.

"Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu and onwards. Lepas Isya' kau sambung ayat 32 sampai ayat 59. Kalau larat sambung lagi dari 60 sampai 82. Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir."

Ipin laju menulis atas post-it.

"Subuh Jumaat tu kau habiskan je ayat 83 sampai 110 tu. Tak ada la semput sangat. Ayat 83 tu start dengan kisah Zulkarnain."

Pen masih berlari atas post-it.

Azri pandang si Ipin yang tengah menulis di balik sana talian. "Capish?"

"See how it goes la." Ipin tarik helaian post-it yang bertulis tu. Pap! Dilekat di dinding CPU.

"Kalau kau larat habiskan 110 ayat tu sekali harung Khamis malam tu, lagi la bagus."

Angguk.

"Bila split bahagian macam tu tak ada la rasa terkejar sangat.Boleh la savour maksud ayat dengan baca terjemahan dia sekali untuk each bahagian tu." Azri letak Quran di tangan ke meja. Tak berapa jadi makna la, kalau baca sampai mengah tapi tak dapat ibrah,tak ke?"

***
[source : of course copy paste, hii> [Hlovate]]

Kalau la kita boleh nampak pahala-pahala bacaan daripada setiap huruf daripada ayat Al-Quran tu umpama duit emas, sure kita teruja. Apatah lagi di hari Jumaat yg diberkahi ini, mesti lagi berlipat kali ganda pahalanya :)

Somehow, bersyukur sangat sebab kat Kelantan setiap Jumaat cuti. Kesedihan tak dapat pahala pergi kelas hari Jumaat, boleh diganti dengan amalan-amalan yang membuahkan pahala yang lain. Yang penting, manfaatkan Jumaatmu.

Have to go now.
Keep istiqamah with Al-Kahfi recitation every Jumaah and don't forget to make lots of du'a! May Allah bless, always.

Thursday, October 3, 2013

Nice part in Al-Fatihah

[Klik sini]
Assalamua'laikum warahmatullah.


Surah Al-Fatihah, setiap hari sekurang-kurangnya 17 kali kita  baca dalam solat wajib.
Hari ini berpeluang membaca perkongsian tentang surah Al-Fatihah, simple but 
Subhanallahi wabihamdih, it makes my day :)

Ayat pertama dalam surah ini dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.
Kita meletakkan semua amal kita atas nama Allah, jika mahu merasai sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya. Sekiranya timbul unsur-unsur riyak atau ujub selepas melakukan amal yang berbasmallah, maka amal yang pada mulanya bertujuan untuk membesarkan nama Allah, mensucikan nama Allah, dan mencari keredhaan-Nya bertukar tujuannya untuk membesarkan diri sendiri pula.

Akibatnya, segala kurniaan Allah dan rahmat-Nya akan terhenti di situ sahaja. Tiada lagi kesan hasil Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya kepada kita :(

Ayat kedua, Alhamdulillahi rabbil a'lamin.
Segala kejayaan yang diperoleh hasil amal yang berbasmallah akan dipermudahkan, diberkati dan membuka banyak pintu kejayaan dan kebahagiaan. Pada waktu ini, boleh jadi kita akan lupa diri dan merasa bangga dengan pujian-pujian yang diterima. Sekali lagi di check point ini kita berpotensi untuk tersasar daripada prinsip dalam ayat satu sebelum ini. Justeru, ayat kedua ini mengingatkan kita untuk mengembalikan segala puji-pujian yang diterima hanya kepada Allah. 

Refresh semula, kita beramal tadi dengan niat untuk Allah (bukan keuntungan peribadi/bangsa/persatuan/jemaah), jadi, segala pujian juga layaknya hanya untuk-Nya. Hamdalah di permulaan ayat ini juga menzahirkan kesyukuran kita kepada Allah kerana dengan hidayah dari Allah jugalah kita mengetahui kaedah beramal yang tepat, sehingga meyakini ia yang terbaik dari Allah, dan akhirnya berjaya melaksanakannya dengan baik sekali.

Ayat ketiga, arrahmanirrahim.
Sekiranya kita mampu kekal beramal atas nama Allah (basmallah) dan seterusnya kekal memuji Allah (hamdalah), ayat ketiga ini ialah kesinambungan hasil daripada kedua-dua ayat sebelum ini. Laksanakan secara istiqamah dan berturut-turut, hasilnya kesinambungan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah itu akan membawa rahmat dalam kehidupan seharian :)

Kesimpulan

Tanpa tunjuk ajar Allah, semua rahmat dalam kehidupan kita dan masyarakat tidak pernah akan terhasil. Jadi pastinya segala pujian dan kredit itu hanya untuk Allah belaka.

Mengambil pujian untuk diri sendiri akan memberhentikan hasil baik daripada sesuatu amal yang telah terdapat basmallah pada awalnya. Kesannya, rahmat dan kasih sayang Allah yang terhasil pada awalnya akan terputus dan tidak dapat dirasai lagi.

Semoga kita selalu berada dalam frame Bismillahirrahmanirrahim-Alhamdulillahi rabbail a'lamin, Ar-Rahman Ar-Rahim.

Keep on track :)
Have a barakah day ahead!


*Ref : Prihatin - Sains Fatihah #3