Monday, July 26, 2010

Ikhlas ditindas? [1]


Assalamualaikum w.b.t. Artikel ini idea asal dpd 'Imam Global'. Sukacitanya saya ingin berkongsi...kerana...er.. Hee ok, jemputlah baca Ikhlas ditindas [1] dan [2]. (:

Saya tidak mempunyai harapan lagi pada organisasi saya.. Kaki bodek dan kaki ampu bermaharajalela. Saya tersekasa untuk bekerja secara ikhlas di sini. Saya bukannya panadai bermuka-muka, tak pandai nak ampu-ampu orang atas. Fokus saya kepada kerja sahaja, tapi setakat ni saya rasa tak pernah dihargai..

Mak cik tersebut sudah berpuluh tahun bekerja di sebuah organisasi  ni. Sungguh dia kecewa sekali kerana tak pernah dinaikkan gaji, apatah lagi pangkat. Perbualan ini berlaku antara seorang ustaz & that aunty.

Kakak ada berapa orang anak? Bagaimana dengan meraka?

Oh, ramai encik.. [mak cik ini begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Semuanya 'menjadi' dalam profesion masing-masing, e.g doktor, engineer, lecturer n etc. Tahfiz pun ada.]

Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang menjadi dengan naik gaji, yang mana akak pilih?
Antara naik pangkat, dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, akak pilih yang mana?

Hati ibu..mestilah saya pilih anak-anak yang menjadi, walaupun saya tidak dinaikkan gaji atau pangkat. Anak-anak harta yang paling berharga, encik..

Akak, sebenarnya segala kegigihan akak bekerja telah mendapat balasan. Allah telah membalas dgn ganjaran yg lebih baik dan lebih akak sukai. Apabila akak ikhlas bekerja dalam organisasi, Allah berikan kepada akak anak-anak yg menjadi.

Owh..alhamdulillah.. Tak pernah saya terfikir begitu..

Allah Maha Berkuasa. ada kalanya takdir-Nya terlalu misteri dan rahsia utk dijangkau oleh pemikiran kita. Tapi yakinlah, what you give you get back. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yg kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah. 

wlaaupun bukan daripada seseorang yg kita berikan kebaikan itu?

Ya, itulah yg saya katakan tadi, takdir Allah kadang-kadang terlalu misteri. Tapi ketetapan-Nya mutlak dan muktamad. Siapa yg beri kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Itu dipanggil golden rule!

Analoginya begini. Katakanlah kita sedang memandu di jalan yang penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita kerana tersalah lorong. Kita pun beralah, lalu memberi laluan kereta tersebut masuk di hadapan kita. Mungkin berpuluh-puluh kilometer kemudian, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong dan memberi isyaray untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya, logik tak kalau kita mengharapkan kereta yg kita tolong tadi beri laluan kepada kita?

Hehe..mestilah tak. Entah ke mana kereta tu dah pergi.

Tapi..rasa-rasanya ada tak kereta yg bersimpati dan memberi laluan kepada kita? 

Insya-Allah, pasti ada.

Haa..macam tuh la. Padahal, kereta yg akan beri laluan kepada kita itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tapi Allah telah menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yg kita beri kebaikan, tiada di situ untuk membalas kebaikan kita. Tapi..Allah yg menggerakkan hati orang lain, yg tidak pernah berasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita td. 

Subhanallah!

Macam itu juga lah dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tapi kadang-kadang bukan A yg akan membalasnya. Mungkin R, Z, S atau yg lain-lain akan mebalasnya. Inilah hakikat yg berlaku dalam kehidupan kita. ...

*p/s : Ikhlas ditindas [2] - next post. :) *

No comments: