Sunday, August 1, 2010

Ikhlas ditindas? [2]

... Ikhlas ditindas [1]

Kak, ikhlas sebenar tak minta dibalas. Tapi Allah Maha Kaya, mampu balas keikhlasan hamba-Nya di dunia lg walaupun tidak diminta.

Maksudnya?

Orang yg ikhlas akan diberi ketenangan, dan kebahagiaan hidup. Anak-anak soleh dan solehah. Isteri yg taat atau suami yg setia. Paling penting, hati yg sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yg utama dpd pangkat, gaji dan jawatan.

Jadi, org ikhlas akan terus ditindas, tak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki bodek lebih baik dalam organisasi? Mereka dapat  naik pangkat.

Tiada kebaikan yg diperoleh melalui jalan yg salah. Percayalah..kalau benar mereka kaki ampu, bodek sahaja..pangkat yg mereka dapat menyebabkan mereka melarat. Gaji naik tapi ketenangan hati menurun.Ingat Golden rule, what you give you get back. Kaki ampu mungkin dapat isteri yg berpura-pura, kaki bodek dapat anak yg pandai bermuka-muka.

Oh iya. Jadi, apa yg perlu saya buat?

Teruskan bekerja dengan gigih. Walaupun manusia tidak melihatnya, Allah kan Maha Melihat .
Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak mendapat penghargaan :)
Maksudnya, jangan mengaharapkan terima kasih dpd manusia atas kebaikan yg kita buat kepadanya.

Er..kenape?

Kita akan sakit jiwa. Kerana manusia hanya segelintir pandai berterima kasih. Kalau kpd Allah Yang Maha Memberi pun manusia tak pandai bersyukur, apatah lagi kepada sesama manusia yg pemberiannya terbatas dan berkala. Walaupun manusia tak berterima ksih kepada-Nya, sekalipun yg derhaka atau kafir, Allah tak berhenti memberi limpahan nikmat kepada manusia. Alhamdulillah..

--> Jadi, siapa kita yg tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih? Adakah orang yg benar-benar ikhlas sempat berasa tertindas kerana membuat kebaikan yg tidak dibalas? =,=" Wallahu'alam wassalam.

No comments: