Thursday, February 10, 2011

dia pergi tak kembali lagi

Ke hadapan sahabatku,

Apabila seseorang yang kita cintai meninggal dunia, tidak cukuplah

hanya mengadakan tahlil sekali sekala, atau menziarahi kubur dipagi raya.

Seharusnya kita memperbanyakkan amalan kebaikan, agar roh mereka

dilimpahi kesejahteraan, dan jauhilah dari melakukan amalan-amalan

kejahatan yang menambah penyiksaan. Itulah sebaik-baik kiriman untuk
orang yang kita cintai, dan itulah yang dinamakan cinta yang suci.




"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar" 
(Al-Imran : 146)

"Sesungguhnya Allah bersama-sama mereka yang sabar" 
(Al-Baqarah : 153)




Kita datang daripada Allah. Dan kedatangan kita adalah kedatangan yg mulia. Tidak kuminta lahir ke dunia~ (Lagu yg selalu dinyanyikan oleh warga OKU) Tetapi Allah dengan penuh kasih sayang telah menghidupkan kita dan memberi peluang untuk membesar dan merasai keindahan juga kepahitan melayari bahtera kehidupan. So hakikatnya, hidup ini satu anugerah :) Hadiah yg bukan untuk dicampak-campak dilempar jauh jauh. Dari mana kita datang, untuk apa kita hidup dan ke manakah tempat kembali kita nanti? Matlamat hidup kita adalah ibadah dan hidup itu seluuruuuhnya adalah ibadah. Kita datang daripada Allah, akan kembali kepada-Nya. Tempat asal kita adalah syurga. Mari beruasaha untuk kembali ke sana dengan rahmat Allah. Bertanam di dunia, menuai di akhirat :)

Mari kita 'kembali' kepada Allah terlebih dahulu sebelum kita 'kembali' kepada-Nya dengan sebenar-benar pengembalian.

Allah tidak datangkan sesuatu ujian kecuali untuk mengenal pasti siapa yang ikhlas di antara hamba-hambaNya.


Allah tidak datangkan satu ujian kecuali agar kita membersihkan diri dengannya serta melangkah penuh gagah dengan iman yang semakin mantap.


Setiap permasalahan yang sedang dihadapi, akhlak diri yang perlu diteliti terlebih dahulu, bukannya kesalahan dan kelemahan orang lain. 



Adakah kita merasa bertambah nikmat dengan kemanisan iman setelah ujian demi ujian dibentangkan kepada kita? Atau kasih kita sesama sahabat sejemaah semakin pudar dan hambar?
Hakikat perjuangan kita benar atau tidak, tepuk dada tanyalah pada hati sendiri… semakin tenangkah jiwa kita atau semakin serabut? Bak kata Hilal Asyraf, "Ketenangan itu adalah natijah hubungan baik dengan Allah".
Sekadar renungan di hari Jumaat. :) Wallahu a'lam.

Friday, February 4, 2011

Sinergi + Jangan saya marah ('.')"v

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
:) hiiiiiiii! Alhamdulilah, x berapa sihat. ehe tak tanya pun. awak sihat? adik sihat? seeemuuaa ssiiihhaat? alhamdulillah.
  [mood : excited. haha maaf la ye ttbe excited]

ok, breath in. outtt. selsema. lagi. al-maklum, Johor snow baru2 nih, tuh yang balik uma je trus demam. banyak jalan ditutup, tp syukur Kampung Sungai Bunyi terselamat daripada banjir besaq.  ohye, bersyukur demam kat uma. ;) bukan masa exam, or hari sekolah  yg mungkin bisa menyebabkan ketidakhadiran ke kelas. mesti tak bes kan kalo aku tak datang kelas. :P kaan? tolong r angguk.
ehem. mmg da lama x blogging. tp still baca blog jiran tetangga. saja nak tahu perkembangan dunia. fesbuk da busan la kan? melainkan group je meriah sikit. cepatlah tutup fesbuk. kite kawan ngn kawan2 kat alam nyata je. heh blagak. hak3

*******

Bermulanya kisah cuti ini. Seperti biasa, aku hidup bersama buku2 yg menarik utk dihadam. Paling dekat sekarang ini ialah Solusi isu 28, dan novel Sinergi karya Hilal Asyraf. Pada 3 hari yg berbeza, aku terbaca pesanan yg sama dpd Rasulullah SAW, diriwayatkan oleh Bukhari, iaitu :
Jangan kamu marah
Seorang pemuda brjumpa Rasulullah dan berkata "Ya Rasulullah, berikan aku nasihat".
Rasulullah menjawab, "Jangan kamu marah". 
Lelaki itu bertanya lagi, "Adakah nasihat yang lain?"
Rasulullah menjawab, "Jangan  kamu marah".
Sekali lagi lelaki itu bertanya. Rasulullah tetap menjawab "Jangan kamu marah".

Kedua-dua pesanan ini aku jumpa. Selang beberapa hari kemudian, Nur Amira menghantar sms yg serupa.  Ditambah pesanan utk perbanyakkan beristighfar dan memberi kemaafan. :) 

Berjaya utk sabar adalah ukuran kondisi keimanan seseorang. Sabar tidak bererti kalah. Malah yg sabar itu adalah pemenang, Dimenangkan oleh Allah di sisi-Nya. 
[2:249 --> "Dan Allah itu bersama-sama orang yg sabar" ]

Siapa yg tidak berasa Allah bersama dengannya ketika ia bersabar? Siapa yg rasa bahawa kesabarannya itu adalah sia-sia? Maka jangan tanya kenapa diri tidak boleh bersabar. Jangan tengok diri, emosi dan sebagainya. Mari kita tengok kembali dan periksa iman kita. Apabila kita tak mampu bersabar, maksudnya iman kita ada masalah. Kerana imanlah yg membuatkan kita yakin bahawa Allah SWT bersama dengan kita.

~ Sinergi, Hilal Asyraf ~

Bila sudah tiga kali membaca pesanan yg sama daripada sumber bahan bacaan yg berbeza, terasa macam memang diri sedang ditegur. Sebab aku garang? Patutla. Eh entah, mana ada garang. Bengis ja. >.> yg rapat2 je taw garang tahap giga ke tak. haha.

Ingat tak kisah Saidina Ali yg tak jadi memenggal kepala orang Yahudi yg meludahnya sewaktu perang? Walaupun sudah berada di atas badan si Yahudi, kenapa dia tak nak penggal terus je kepala si Yahudi? Cuba teka.

Yep, sebab Saidina Ali takut dia membunuh orang tersebut bukan semata-mata kerana Allah, tapi kerana ikutkan nafsu amarahnya. Masya-Allah, ni la contoh orang beriman. Kita macam mana pula ye kalau dalam keadaan macam tuh?



Kawan-kawan,
Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa, tertinggi suara, terjerit di telinga, tertepuk tampar sengaja cubit mana2, termarah yg buat2 sengaja atau tak, bergurau yg x dianggap mesra dan sebagainya. Harap maaf ek salah silap zahir & batin. :)

Saya sayang anda kerana telah memeriahkan, menceriakan dan menconteng 1001 warna dalam hidup saya! ;) Terima kasih jadi kawan Asfarina. Kemanisan ukhuwah terasa membahagiakan jiwa. Kesatuan itu membina sesuatu yg luar biasa apabila dikaitkan dengan keimanan. 

Bak kata saudara Hilal, "Keimanan adalah paksi" 1+1=3 ;)


***
Wassalamua'laikum wbt Wallahua'lam.