Friday, February 4, 2011

Sinergi + Jangan saya marah ('.')"v

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
:) hiiiiiiii! Alhamdulilah, x berapa sihat. ehe tak tanya pun. awak sihat? adik sihat? seeemuuaa ssiiihhaat? alhamdulillah.
  [mood : excited. haha maaf la ye ttbe excited]

ok, breath in. outtt. selsema. lagi. al-maklum, Johor snow baru2 nih, tuh yang balik uma je trus demam. banyak jalan ditutup, tp syukur Kampung Sungai Bunyi terselamat daripada banjir besaq.  ohye, bersyukur demam kat uma. ;) bukan masa exam, or hari sekolah  yg mungkin bisa menyebabkan ketidakhadiran ke kelas. mesti tak bes kan kalo aku tak datang kelas. :P kaan? tolong r angguk.
ehem. mmg da lama x blogging. tp still baca blog jiran tetangga. saja nak tahu perkembangan dunia. fesbuk da busan la kan? melainkan group je meriah sikit. cepatlah tutup fesbuk. kite kawan ngn kawan2 kat alam nyata je. heh blagak. hak3

*******

Bermulanya kisah cuti ini. Seperti biasa, aku hidup bersama buku2 yg menarik utk dihadam. Paling dekat sekarang ini ialah Solusi isu 28, dan novel Sinergi karya Hilal Asyraf. Pada 3 hari yg berbeza, aku terbaca pesanan yg sama dpd Rasulullah SAW, diriwayatkan oleh Bukhari, iaitu :
Jangan kamu marah
Seorang pemuda brjumpa Rasulullah dan berkata "Ya Rasulullah, berikan aku nasihat".
Rasulullah menjawab, "Jangan kamu marah". 
Lelaki itu bertanya lagi, "Adakah nasihat yang lain?"
Rasulullah menjawab, "Jangan  kamu marah".
Sekali lagi lelaki itu bertanya. Rasulullah tetap menjawab "Jangan kamu marah".

Kedua-dua pesanan ini aku jumpa. Selang beberapa hari kemudian, Nur Amira menghantar sms yg serupa.  Ditambah pesanan utk perbanyakkan beristighfar dan memberi kemaafan. :) 

Berjaya utk sabar adalah ukuran kondisi keimanan seseorang. Sabar tidak bererti kalah. Malah yg sabar itu adalah pemenang, Dimenangkan oleh Allah di sisi-Nya. 
[2:249 --> "Dan Allah itu bersama-sama orang yg sabar" ]

Siapa yg tidak berasa Allah bersama dengannya ketika ia bersabar? Siapa yg rasa bahawa kesabarannya itu adalah sia-sia? Maka jangan tanya kenapa diri tidak boleh bersabar. Jangan tengok diri, emosi dan sebagainya. Mari kita tengok kembali dan periksa iman kita. Apabila kita tak mampu bersabar, maksudnya iman kita ada masalah. Kerana imanlah yg membuatkan kita yakin bahawa Allah SWT bersama dengan kita.

~ Sinergi, Hilal Asyraf ~

Bila sudah tiga kali membaca pesanan yg sama daripada sumber bahan bacaan yg berbeza, terasa macam memang diri sedang ditegur. Sebab aku garang? Patutla. Eh entah, mana ada garang. Bengis ja. >.> yg rapat2 je taw garang tahap giga ke tak. haha.

Ingat tak kisah Saidina Ali yg tak jadi memenggal kepala orang Yahudi yg meludahnya sewaktu perang? Walaupun sudah berada di atas badan si Yahudi, kenapa dia tak nak penggal terus je kepala si Yahudi? Cuba teka.

Yep, sebab Saidina Ali takut dia membunuh orang tersebut bukan semata-mata kerana Allah, tapi kerana ikutkan nafsu amarahnya. Masya-Allah, ni la contoh orang beriman. Kita macam mana pula ye kalau dalam keadaan macam tuh?



Kawan-kawan,
Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa, tertinggi suara, terjerit di telinga, tertepuk tampar sengaja cubit mana2, termarah yg buat2 sengaja atau tak, bergurau yg x dianggap mesra dan sebagainya. Harap maaf ek salah silap zahir & batin. :)

Saya sayang anda kerana telah memeriahkan, menceriakan dan menconteng 1001 warna dalam hidup saya! ;) Terima kasih jadi kawan Asfarina. Kemanisan ukhuwah terasa membahagiakan jiwa. Kesatuan itu membina sesuatu yg luar biasa apabila dikaitkan dengan keimanan. 

Bak kata saudara Hilal, "Keimanan adalah paksi" 1+1=3 ;)


***
Wassalamua'laikum wbt Wallahua'lam.


No comments: