Monday, September 19, 2011

Jangan baca, kisah lapukk sebelum ke UMK

Assalamua'laikum semua pembaca budiman :)

my rumate, Wani buat waktu dy takde kerja (haha) -Dewan Keusahawanan, Minggu Mesra Mahasiswa

Hye jumpa lagii! Mungkin benda ni agak lapuk la kalau nak dicerita daripada awal. Tapi tu la, dulu macam manusia tak bersyukur je kan terpilih ke sini. Haha takla, sengaja nak mencari keyakinan dulu untuk sedapkan hati. Bila dah kononnya cari hal-hal untuk sedapkan hati, tapi lain pula jadinya. Banyak jumpa realiti yg terlebih sedapkan hati kat sini. Alhamdulillah, alhamdulillah :)

Ini bukan nak berlagak ke hape, just as a way of promoting UMK, especially fr my course la kan. Ahaha. Takde maknanya nak berlagak, kalau dapat UM ke, USM ke, medic ke, dentistry ke, mungkin la kan ade rasa (sikit atau banyak) "Waahhh~" haha jgn nak tipu, been there, felt that. Jadinya, pertama sekali, bila dapat universiti yg baru, tak glamour dan BELUM naik nama macam UMK ni, sepatutnya rasa bersyukur la sebab Allah pilih kita untuk tak rasa bangga, riyak, sombong dan semua perasaan masalah hati tu untuk kesekian kalinya (note-to-self heh). Rasa terhina tu bagus juga, untuk sedar diri. Biar tertampar, reti reti la untuk kembalikan semua kepada Allah. Jangan ingat kita manusia bagus sangat, semua benda boleh dapat. Sedarlah insan hina, kita ni hamba, sehebat mana pun kita di mata manusia, Allah lagi Maha Kuasa Maha Hebat untuk tentukan sesuatu ke atas diri kita. Jangan sombong, kita hanya seorang hamba Tuhan.

Kedua,  mungkin juga akan rasa terpilih untuk diuji sebab tak dapat apa yg kita nak. Yang kita nak sangat tu tak semestinya baik untuk kesudahan diri, agama, bangsa dan negara kita. Allah yg mencipta kita, so Dia lebih tahu apa yg kite semua perlu untuk kesudahan pada masa ini dan pada masa akan datang. Semuanya sudah disusun cantik penuh hikmah oleh Allah, so jangan risau, Allah tak pernah zalim :) yakin je dgn Allah, memang semua hak Allah untuk tentukan segalanya. Kita usaha, doa dan gantung setinggi tawakkal.

Kalau dah usaha habis daya tapi tak dapat juga, nk cakap macam mana? "Oh haha padan muka! Tu laa, duduk KL memang enjoy je la semua hiburan depan mata kan. Budak asasi ni memang ingat dah pandai, dengan result SPM bagus, sebab tu masuk asasi belajar main-main. Patutlah tak score tak dapat masuk UM balik".

Tak pun, "Takpela..aku tahu kau dah usaha betul-betul! Bukan Allah taknak bagi, tapi Allah dah sedia dengan rancangan istimewa yg disimpan untuk kau. Kite je tak nampak lagi, ni baru permulaan. perjuangan. Rezeki dan kelebihan setiap orang kan berbeza..yakin setiap yg Allah beri tu yg terbaik. Biarlah orang lain nak kata apa, orang tak tahu. Sekarang ni antara kau dengan Allah je. Sabarlah, semoga terus kuat, I can feel that Allah loves you :')"

You choose nak pujuk hati dengan ayat yang mana satu :)

Okay, sekarang ni, ini semua cerita lamaa. Ahaha. Sometimes the wrong choices bring us to the right places. Pada mata kita je salah pilih la ape la, tapi pada Allah itu yg terbaik. Sebab tu la kena istikharah dan hajat banyak2. Kalau waktu nak pilih UPU tu pun dah istikharah dan kita memang tak rasa pun nak pilih apa-apa kursus di fak sains UM (contoh), dah dah tak perlu menyesal sekarang. Ada hikmah semua rasa-rasa pada awalnya itu. Apa yg pasti, Allah takkan letak kite dalam sesuatu keadaan yg akan rosakkan kite. Allahu Allah, mari bersyukur :)) alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi mu ya Allah~ terima kasih, terima kasih :')

Nak catat sikit sementara masih ingat isi ni untuk keluaran berkenaan UMK akan datang :
  • Isu menarik apabila dekan fakulti, canselor dan naib canselor bercakap di hadapan -meeting kotak
  • Kampus baru dan moden : Bachok & Kampus Jeli - kami rasmikan semester dua! ^^
  • Doa makbul dapat rumate okay okay. Syukur ;) 
  • Jadi orang kaya pun, tapi kalau tahun 2050 takde langsung beras, takleh hidup jugak. So, courses kita di UMK ni memang diperlukan :) jangan underestimate bila dapat UMK and jangan cepat sgt fikir untuk tukar course.
  • Applied Science of Natural Resources ;) Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dengan Kepujian (SBN), Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA), UMK. [*Start 2013 ni sudah dibahagi jadi dua fakulti : Fakulti Sains BUmi (FSB) dan Fakulti Industri Asas Tani (FIAT)]
Sekian sahaja. Gambar di bawah ni, memang betul kan, sukaaa rasa dekat sgt dgn Allah, lagi-lagi waktu kita rasa diuji. Have faith :)




Lagi entry mengenai kehidupan di UMK (terutamanya Kampus Pengkalan Chepa untuk fakulti Keusahawanan dan Perniagaan) : Konvokesyen pertama UMK

Apa yang berlaku dalam hidup seseorang itu tak penting, yang penting ialah bagaimana dia menghadapinya :)

Sekian, wassalamua'laikum warahmatullah. All the best! Allah kan ada :)

6 comments:

Anonymous said...

Peace be upon you. :) Nak tanya, kalau kita minta tukar jurusan di UMK ni kan, kena buat dalam minggu orientasi ke? So, kalau dapat tukar kena tunggu berapa lama? Tolong ye. Saya dpt offer dekat UMK and course yang saya tak minat. Saya dapat husbandry science. Nak tukar ke geoscience. Harap2 dpt. T_T

Asfarina :) said...

Ouh geoscience mmg biasanya ramai students. husbandary tu fakulti industri asas tani (FIAT), yg geoscience tu fak sains bumi (FSB).

my coursemate ada je yg tukar course waktu sem dua. 1st sem basically same je subjek yg semua course balaja, except geoscn got basic physics.

so, takyah tukar waktu orientasi ni pun xpe. insya-Allah sem dua dapat tukar :) ni email kalo nak tanya, asfarinaismail@gmail.com


goodluck, welcome to UMK Jeli :)

Anonymous said...

Thank you! Kiranya boleh tukar course lah ni? Sebab tgk website dia kata tak boleh tukar program masa sem 1. :( kena tulis surat ke? Tahu tak procedure dia?

Ramai orang kutuk habis habis UMK ni tao, so I was wondering, apa yang best dekat sana? Facilities in Jeli and let's say kena pindah rumah to make room for new students, nak duduk mana?

Sorry banyak sangat soalan.

Asfarina :) said...

assalamua'laikum. so sorry dont reply comment above, eheh. facilities tak best mcm u lain :S told u if got umk pc, seriously it's far better than here in J**i. n boleh tukar course sem 2 nty, insha Allah.

#new readers fr this entry can directly email me : asfarinaismail@gmail.com :)

seriously entry ni dah lapuk and mcm talk crap :D insha Allah, everything will be just fine here in Jeli :) have faith :)

Anonymous said...

assalamualaikum, post ni mabye da lama for you.but im from lepasan matrik 2012/2013, my intake this sept and dapat course keusahawanan(keruncitan) nak tukar ke perbankan. kalau bidang ni sem1 pon sama jugak keuntuk smua? and boleh tukarke? thanks.sorry tanya banyak do send me answer , kikiqirah@yahoo.com

ain nursolehah said...

Tumpang tanya, klau agrotech dibwh fakulti apa?