Saturday, December 31, 2011

Bicara Peperiksaan ;)

Assalamua'laikum warahmatullah :)

Ya Allah..lama tak jumpa ye? *muka berseri-seri hee* ada sedikit je perkongsian bersempena dengan musim peperiksaan esok lusa ni :)

"Ilmu itu lebih baik daripada harta, ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan dan ilmu bertambah bila dibelanjakan"
- Saidina Ali -

"Aku mengadu kepada guruku Waki' akan kesusahanku menghafal. Maka dia menasihati supaya aku tinggalkan maksiat. Ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat"
- Imam Syafie -

Task #1 : Istighfar 20x setiap kali lepas solat. 20 x 5 = 100. Rasulullah sendiri beristighfar 100x setiap hari :) Umpama cawan yang baru lepas minum Nestum, dah sejam tak basuh-basuh. Nestum akan kering dalam tuh. Bila tambah air banyak-banyak pun takkan hilang Nestum tu. Jadinya, perlu bersihkan dulu dengan pencucui pinggan berjenama Q. Lepas tu letak air sikit, kocak-kocak je pun dah dapat hilangkan Nestum yang kering tadi. Macam juga hati kita, dosa yg ada perlu dibersihkan dulu. Cuci hati dengan istighfar dan taubat. Biar jadi bersinar kilat bergaya, barulah senang disapa taufiq dan hidayah Ilahi :)

Jadual Peperiksaan Akhir Semester September 2011/2012

1 Jan - Kenegaraan & Pembangunan Malaysia
2 Jan - Tamadun Islam & Tamadun Asia
8 Jan 9.00 am- Biodiversiti 
8 Jan 2.30 pm - Kimia Am
10 Jan - Aljabar

Kalau exam dunia, kita dapat jadual waktu, malah cara-cara nak jawab soalan pun kite tahu melalui latihan + formula yg kite hafal, kadang kite sendiri tak paham. Exam akhirat nanti kite tak tahu bila, takde jadual. Nak jawab soalan di hadapan Allah nanti hanya melalui amalan kite di dunia, tak boleh bantai-bantai teka. 

-ZettySofia-

Allahumma najjihna fi kulli imtihan fiddunya walakhirah:) Ya Allah, berilah kejayaan kepada kami dalam setiap peperiksan, di dunia dan di akhirat. Semoga kami istiqamah di jalan ini, merasai kemanisan mengajar risalah dan ijazah kerana-Mu. Ameen.

2 comments:

Fauzan Suhairi said...

sikitnya exam kau !!!!
aku ni 8 subjects weyh !

wish me luck too ! ameen.

Asfarina =) said...

ehee banyak la tu. bola baling dah lepas exam :) er tapi banyaknya lapan! haha. allahumma najjihna fi kulli imtihan.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me