Thursday, December 27, 2012

Kekayaan di kampung :)

Assalamua'laikum :) apa khabar imaan? Ya, tahu tahu, walaupun turun naik, semoga graf iman kita tetap berbentuk dakian ke puncak dalam sedikit turun naik itu.

Beberapa hari yg lepas, aku capai Majalah ANIS (rasanya la hihi) di rak majalah dan duduk berehat-rehat sambil menyelak majalah tersebut di dalam perpustakaan UMK yang comel, lalu tertatik dengan sebuah kisah ini. Buat rasa nak balik kampung! Ditambah lagi dengan status FB sepupuku yg melaporkan keadaan buah-buahan yg berjuntai-juntai menunggu masa untuk dipetik, juga aktiviti memancing ikan besar fresh yg dilakukan anak-anak bandar itu sebaik sahaja pulang ke kampung. Pfft jealous! And alhamdulillah, finally I'm home today ;)

Kisah si ayah dan anaknya. Bismillah.

Si ayah bermonolog sendirian, “Anakku perlu belajar makna kemiskinan dan kekayaan. Dia perlu belajar bersyukur kerana dilahirkan dan hidup dalam keluarga yg kaya raya”. Maka, si ayah mengambil keputusan untuk menghantar anak lelaki tunggalnya itu ke rumah sahabat lamanya yang terletak di sebuah kampung yang sederhana. Penduduknya mencari rezeki dengan bertani dan melakukan kerja-kerja kampung.





Setelah beberapa hari ditinggalkan, si ayah datang untuk mengambil semula anaknya. Ucapan selamat tinggal dan berjanji untuk datang lagi ke kampung itu mengiringi perpisahan mereka berdua dengan para penduduk kampung. Si ayah gembira kerana anaknya cepat menyesuaikan diri, berpeluang pula melihat kehidupan miskin harta dengan kemudahan yg sangat minimum. Pasti anaknya sudah banyak belajar untuk bersyukur dengan kekayaan yg mereka miliki jika hendak dibandingkan dengan kehidupan sederhana di kampung itu.

Lalu, si ayah pun bertanya. “How was the kampung? Best?”
“Wahah best sangat, ayah!”

“Mesti kamu dah faham kita hidup di dunia ni ada yang kaya dan ada yang miskin. Ceritalah pengalaman kamu tiga hari di sana. Ayah nak tahu jugak best macam mana tu”.

Dengan penuh yakin dan bersemangat, si anak pun memulakan cerita.

“Haiwan peliharaan mereka banyak. Kucing, kambing, lembu, ayam, angsa semua ada. Kat rumah kita takde pun kan, ayah.

Kolam renang belakang rumah kita kecil sahaja. Kat kampung ada kolam yg besar, sungai pun ada. Semua orang boleh mandi dan berenang.

Kebun bunga kita pun kecil. Di sana, seluruh kampung ada bunga. Tepi parit pun banyak pokok bunga.

Rumah kita di bandar tak ramai kawan datang. Kat sana semua orang boleh datang rumah orang lain. Ramai-ramai dan bila-bila masa, terutamanya waktu petang boleh duduk di pondok bawah pokok. Tempat main pun luas taw ayah. Senang nak lari bila main kejar-kejar. Kawan-kawan pun ada ajar main basikal, layang-layang, guli dan tin ting.

Ikan pula banyak. Boleh pancing dan menjala, tak payah bayar dan fresh! Kita selalunya beli ikan di pasar saja. Sayur-sayuran dan buah-buahan pun macam tu. Boleh petik je keliling rumah dan panjat pokok sendiri. Di kawasan rumah ada pokok buah-buahan, di kebun pun ada. Oh saya dah pandai panjat pokok rambutan dan pulasan, ayah!


Kita beri duit kepada pengawal keselamatan utk jaga rumah kita. Kat kampung, tak ada pun orang jahat. Kalau ada, kawan-kawan kata mereka kejar ramai-ramai dan sama-sama serahkan kepada pihak polis.

Setiap kali solat Maghrib dan Isyak, Pak Teh akan bawa saya ke masjid kampung. Ada ceramah agama selepas maghrib. Bila balik ke rumah pula, Mak Teh akan ajar kawan-kawan sebelah rumah mengaji. Saya pun ikut sekali. Seronok, saya suka sangat, ayah.

Adik-beradik mereka semua ramai. Saya takde abang, kakak, ataupun adik…um.

Ayah ayah! Nanti kita datang kampung tu lagi ya. Nak belajar jadi orang kayalah macam mereka”.

Si anak terus tersenyummm lebar sendirian sambil terus mengimbau suasana indah di kampung.

Si ayah terdiam. 
Hati kecilnya berkata, “Macam mana pandangan aku boleh berbeza sekali dengan anakku? Nampaknya aku yg perlu banyak belajar daripada kehidupan mereka di kampung. Kaya bukan hanya pada harta seperti yg kusangka selama ini. Nampaknya mereka itu kaya jiwa, pengalaman, ilmu dan mereka hidup lebih tenang dalam suasana bersederhana begitu".

Insaf.




Comel budak tu cerita kan. Fitrah hatinya bersih dan belum tercemar. Hatinya cukup subur dengan inspirasi sifat Al-Ghani (Maha Kaya) dan Al-Mughni (Maha Pemberi Kekayaan) Allah.


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda : Kaya itu bukan kerana banyaknya harta melainkan kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati (cukup apa yg ada).

[Hadis Riwayat Muslim]

Ada lagi sabda Nabi Muhammad SAW, HR Muslim juga :

Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-Nya yg bersifat taqwa, kaya jiwa, serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walau berpangkat tinggi).

Berkenalan dan yakinlah dengan sifat Al-Ghani dan Al-Mughni Allah :) insha Allah, hati akan menjadi tenang dan damai dalam usaha untuk mengumpul kekayaan berbekalkan rasa taqwa kepada-Nya.


Org kaya yg terinspirasi oleh Al-Ghani sentiasa menjadi ‘wakil’ Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki) mengagihkan kekayaan dalam pelbagai bentuk. Sadaqah, membayar zakat dan hadiah jika kaya harta, memberi nasihat, bimbingan dan motivasi jika kaya pengalaman, dan mengajar jika kaya ilmu.

Apabila dia mempunyai keyakinan yg teguh kepada jaminan Allah, hati akan ringan untuk memberi dan berkongsi sesama insan. Dia melihat kekayaan bukan dari aspek apa yg mampu dimilikinya atau berapa banyak simpanan dalam akaunnya, tapi dia melihat kekayaan dari aspek apa yg dapat dinafkahkan. Itulah kaya hakiki :)

Wallahua'lam.


p/s : Ada seorang kawan yg tak malu mengaku dia budak kampung. Malah aku rasa dia proud gila membesar dalam suasana kampung. Waktu mula-mula kenal dia orang pertama angkat tangan laju je mengaku bila ada yg bertanya siapa dalam kalangan kamu ini dari kampung. Ish, terkesima sekejap. Kagum kagum. Bila tersedar dari kekaguman, betul la, nak malu apa, kan? Junjungan mulia Nabi Muhammad SAW kita pun membesar dalam suasana kampung. Banyak Allah nak tarbiyah baginda dalam suasana terbaik ketika itu sebelum menjadi rasul ; berdikari, merasai perit jerih kehidupan, terhindar daripada kehidupan bandar yg menyesakkan, meluaskan ilmu dalam pelbagai kemahiran hidup yg praktikal.

Btw, oh suka orang kayaa ^^ kaya yg macam mana? Kaya yg macam dalam hadis Nabi ;) Suka jadi, suka kawan, suka tengok sahabat yg ada ciri-ciri yg Allah sayang. Ya Allah, Ya Ghani, Ya Mughni, jadikanlah kami hamba-Mu yang kaya dalam kesyukuran kepada-Mu. Kaya hati, kaya ilmu, kaya akhlak, kaya pengalaman, kaya tarbiyah, kaya rohani. Aameen ya rabbal a'lameen.

Kredit gambar-gambar kali ini [ di sini :) ] 
Suka gila menonton Upin & Ipin. Super comel dan meriangkan. Wahihi

Sunday, November 25, 2012

Dek kerana Palestina

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua'laikum warahmatullah.


Kaifa halukum? Alhamdulillah bikhayr. Seriously lama gilaaa tak update. Mohon keampunan-Mu ya Allah. Asif jiddan! Maaf sungguh semua :S alhamdulillah, syukur kali ini Allah berikan keizinan, kesempatan dan  kecukupan untuk berkongsi sepatah dua kata.

Gaza, Palestin. 
Selepas 4 hari Gaza diserang bertubi-tubi baru aku ikuti. Itu pun selepas kembali ke dunia kampus dari program mencabar fizikal, mental dan spiritual di Gunung Brinchang dan Gunung Berembun, Cameron Highlands. “Eh kenapa dari tadi scroll down news feed fb ni semua pasal Palestin? Default picture semua  ramai orang pun tukar?”. Tak tahu apa-apa pun? Sungguh rasa ketinggalan!

Sekarang ini, baru sahaja selesai menonton video 19 November 2012 19:02.
Ya ya memang dah lama simpan tapi baru tengok tadi.
Habis tisu (T__T)

"Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu) Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan, sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."

[An-Nisa' 4:104]

Suka ayat ini. Kita sakit, mereka pun sakit. Segala macam hal dunia yang akan binasa, mereka punya pun akan turut binasa. Cuma yang istimewanya, kita Muslim ada Allah untuk bergantung harap, mengadu segala-galanya. Kita boleh terus-terusan panjatkan doa kepada-Nya, kepada Tuhan seluruh alam. Itulah sumber kekuatan sebenar kita.

Ramai yang menjadi mangsa kekejaman Israel adalah dalam kalangan kanak-kanak dan wanita. Mungkin sebab dia tahu lelaki lemah kerana wanita. Tanpa wanita. Ya Allah. Sungguhhhh dapat bayang gelak besar Israel laknatullah melihat tangisan dan raungan si ayah, si suami meratapi kehilangan isteri dan anak-anak.

Kuatkan tangan mereka ya Allah.
Tabahkan hati mereka ya Allah.
Kobarkan semangat mereka ya Allah.
Hebatkan ketangkasan mereka ya Allah.
Rapatkan mereka dengan-Mu ya Allah.
Terimalah peluh dan darah mereka di jalan-Mu ya Allah.
Jangan biarkan mereka lemah ya Allah.

Aameen aameen aameen ya rabbal a'lamin.

"Dan Tuhanmu maha Pengampun, memiliki kasih sayang. Jika Dia hendak menyiksa mereka kerana perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan siksaan bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada waktu tertentu (untuk mendapat seksa) yang mereka tidak akan menemukan tempat berlindung dari-Nya. 

Dan penduduk negeri itu telah kami binasakan ketika mereka berbuat zalim, dan telah Kami tetapkan waktu tertentu bagi kebinasaan mereka."

[Al-Kahfi 18:58-59]


Boleh je kalau Allah nak hapuskan musuh-musuh Islam sekarang, tapi dia Maha Penyayang. Banyak hikmahnya yang boleh kita cari. Banyak, terlalu banyak. Sungguh, al-Haq pasti akan menang. Cuma bila waktu yang ditetapkan itu, rahsia Dia.

Menurut Amir Shakib Arslan (seorang pemikir Islam berketurunan Lubnan) ketika menjawab persoalan tentang faktor kelesuan dan kekakuan umat Islam yang dilontarkan oleh Muhammad Bisyooni Umran - seorang ulama dari Borneo - dalam artikelnya, "Kenapa orang Islam mundur, sedangkan orang lain maju" menjelaskan bahawa faktor kelemahan umat Islam ialah kurangnya semangat pengorbanan untuk Islam atau jihad. 

Menurutnya, takda satu pun negara umat Islam pada zaman moden ini yang sanggip berjuang habis-habisan dan berkorban harta dan nyawa untuk mempertahankan maruah Islam. Hal ini sangat bertentangan dengan cara pemikiran orang Kristian Eropah yang sanggup berkorban apa sahaja demi kedaulatan dan kehebatannya.

Jerman, Itali, Perancis, Britain, juga Jepun sanggup berbelanja berbilion ringgit semata-mata untuk membuat senjata canggih dan juga menghantar jutaan askar-askar mereka dalam peperangan demi mempertahankan kedaulatan negara. Realitinya, sejak dahulu lagi ketika Jepun sibuk membangunkan teknologi supaya tak lagi bergantung pada teknologi ciptaan Barat, negara-negara umat Islam pula sibuk berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit dan masjid yang indah-indah.

Sedih. Betul tu. Ke tak?

Belum lagi jika kita menyedari umat Islam amat sedikit berkorban harta benda untuk Islam itu sendiri. Arslan ada memberikan contoh, sumbangan 20 juta orang Yahudi untuk negara Yahudi di Palestin adalah jauhh lebih banyak daripada sumbangan 400 juta umat Islam untuk pembebasan Palestin daripada cengkaman Yahudi! Ya Allah, rasa terduduk dengan kenyataan itu. Mungkin isu-isu sebegini hangat diperkatakan dalam kalangan kita ni je, masyarakat kat luar sana kelam kelam kelabu je tak terkesan apa sangat pun. Kesiannya Palestin kena bom. Tu. je. kot.

Sobsob. How to explain, what to do, man.

Mungkinkah kelemahan negara Islam ini juga berlaku atas faktor perbuatan umat dan pemimpin Islam sendiri yg sanggup bersekongkol dengan Barat - yg terang-terangan memusuhi Islam?

Memang tak dinafikan la, waktu kejatuhan zaman Turki Uthmaniyyah dulu pun, antara faktornya ialah para pemimpin ada yang belot dan bersekongkol dengan pihak musuh. Makanya, tak mustahil la perkara yang sama dilakukan para pemimpin zaman kini, malah mungkin lebih dahsyat lagi? :O semoga hidayah Allah menyapa hati para pemimpin kita untuk bangkit menegakkan kebenaran sekalipun pahit.

Perbuatan ummat yang terpengaruh dengan propaganda Barat. Perang pemikiran yang dilancarkan Barat secara besar-besaran tetapi sangat halus dan secara senyap-senyap membarahi ummat Islam di seluruh dunia. Dunia macam dah wujud polar tunggal. Masyarakat secara umumnya melihat nilai baik buruk mengikut neraca yang ditentukan mereka. Ditamabah lagi, keseluruhan media cetak dan elektronik utama dunia hari ini dikawal oleh Yahudi dan Barat. Jadi, agak mudahlah pergerakan mereka untuk meracuni pemikiran masyarakat, golongan muda-mudi terutamanya.

Resolusinya, err.  Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di tempatmu :) Jihad. Konsep ini juga telah diracuni oleh Barat sehingga kita menganggap 'jihad' ini sebagai ekstremis agama, pengganas atau perjuangan bersenjata. Mari bersihkan semula konsep jihad kita. Sekarang ini, tugas kita ialah berjihad untuk belajar atau bekerja bersungguh-sungguh dalam apa yang kita ceburi. Sentiasa buat yang terbaik dan bersungguh-sungguhuntuk mendapatkan yang terbaik. Anggap semua bidang yang kita ceburi itu sama penting demi kemaslahatan umat, demi kedaulatan Islam itu sendiri. Kita selalu anggap bidang yang kita belajar ni bukan jihad, kesannya, dibiarkan orang bukan Islam yang menguasai. Hasilnya umat dan negara Islam banyak serta berterusan bergantung kepada orang bukan Islam dalam serba-serbi. Akhirnya siapa yang untung siapa yang rugi? 

Selain itu, mari boikot sungguh-sungguh ;) kalau tak mampu, sikit-sikit dahulu tinggalkan. No more McD, Coca Cola, Starbucks, Nestle, F&N.

Sekali lagi, tegakkan Islam dalam diri kita. Sentiasa perhebatkan mutabaah amal. Bersungguh dan sentiasa kobarkan semangat sesama kita untuk bangkit demi Islam. Kita mahu buktikan yang Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam. Terimalah jihad kami di sini ya Allah. Allahu akbar!

Mukmin yang kuat lebih disayangi Allah daripada mukmin yang lemah. Dear Asfarina, study hard smartly! Selamat mengharungi cabaran midlife yang pelbagai. Ramai yang tewas. Don’t be one of them. Stay super! :)

Allah’s slave, a good Muslimah, solehah daughter, superb student, incredible da’ie. 
BE ONE.

Wallahua'lam.

Senyum penuh syukur.
Be one. Stay super ;)

Alhamdulillah, done updating.
Kehkeh.
Next week test Soil Ecosystem & Resources. 
All the best, Asfarina! ;)
Salam 1434H, kawan-kawan :)


Wednesday, September 19, 2012

Berkenalan dengan hati yang suci :)


Bismillah. Assalamua’laikum :)

Alhamdulillah. Tahu tak, kampus Jeli dah ada surau yg lebih elok dan besar berbanding semester lepas. Rasa seronok pula bila melihat suasana lepas azan students n lecturers pantas mengatur langkah ke surau. Walaupun kampus ni kecil je, rasa hidup suasana :)

Sabda Rasulullah S.A.W : Tempat yang disukai Allah ialah masjid.
 [HR Muslim]

“Siapa yang pergi ke  masjid pada waktu pagi dan petang, maka Allah akan menyediakan untuknya hidangan di syurga  setiap kali dia pergi pagi dan petang”.
[HR Bukhari & Muslim]

Terima kasih, UMK Kampus Jeli! :) Semoga dipermudahkan segala urusan, dan diberikan yg terbaik oleh-Nya. Kita kan releven, unik, dan berbeza ;)

#Iklan iklan iklan : Sila mainkan lagu latar, Sebiru Hari Ini -Edcoustic & Menjadi diriku -Edcoustic. Hhehe

Apa-apa pun, cuti yg lepas serius rasa semangat nak balik kolej sebab tak sabar nak jumpa adik-adik. Lagi-lagi, adik-adik yg dah berkenalan melalui sms, muka buku dan apa-apa lagi. Hehehe Insha-Allah jaringan ukhwah saudara atas saudara kita diperkukuhkan kerana-Nya. Hye hye ukhwahfillah! :)

Lagi bertambah seronok bila teringatkan kakak-kakak yg bakal kembali semula ke kampus setelah tamat Industrial Training sepanjang semester lepas. Oh mereka dah masuk final year, kita second year, sekejapnya rasa! Ya Allah serius rindu gila. Mungkin sebab mereka lebih matang dalam segenap segi, baik, kaya hatinya dan caring enough layaknya sebagai kakak-kakak yang sejuk mata memandang lagi muslimah belaka ;)

Semakin lama hidup, semakin ramai hamba Allah yg kita jumpa. Semakin jauh kaki ini melangkah di atas muka bumi-Nya, maka semakin kayalah pengalaman masam manis yg Allah mahu kita rasa kan. Walau sesusah mana atau semewah mana pun hidup, yakin je, takkan ada benda yang Allah aturkan itu sia-sia. TAKKAN ADA. Ya, semuanya yg diberi itu terbaik untuk kita, pada waktu yg tepat dan terbaik. Maka, layaknya kita berbuat sesuatu sebagai tanda bersyukur yang tak terhingga. Berbuatlah sesuatu untuk Islam. Paling kecil pun, bersungguh-sungguh untuk cuba kembalikan diri kita kepada fitrah bertuhan, nikmati hidup dengan cara Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Cukuplah Allah bagi kita, HANYA kepada-Nyalah kita bertawakkal dan HANYA kepada-Nyalah kita memohon pertolongan. Laa ilaaha illallahu Muhammadur rasulullah. Datangkan rasa itu, ulang lagi, buat sampai betul-betul rasa hanya Dia segalanya.

Bersyukur, bersyukur, bersyukur. Semua yg kita dapat datangnya daripada Allah kan. Boleh jadi kita menyukai sesuatu, padahal itu buruk bagi kita. Dan boleh jadi kita membenci sesuatu, padahal itu baik bagi kita. Kita tak dapat jangka masa hadapan, sedangkan Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu. Walau tinggi mana pun kita berada, hebat mana pun pujian yg diterima, kita tetap perlu memiliki jiwa hamba kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Kembalikan segala puji-pujian kepada Allah, Alhamdulillah ; segala puji-pujian hanya untuk Allah :)

Ohya, berbalik kepada semakin ramai hamba Allah yg kita jumpa. Tahukah anda rukun pertama apabila kita berjumpa atau ta’aruf ; berkenalan dengan orang?

Mengucapkan Assalamua’laikum?
Senyum nampak gigi?
Salam diikuti laga pipi kanan kiri?
Pandang matanya dan bertanya, “Namanya siapa?”

Ya ya betul la tu! Amali ini sudah tentu ramai yg sudah lulus dgn cemerlang bagi mempraktikkannya. Itu secara fizikalnya, tapi dalam hati ni mungkin ada lagi yg tak settle.

Monolog dalaman, contohnya :
"Laa..budak ni bukan ke yang bertepuk tampar dgn budak lelaki lembut depan lab haritu? Senyuman dia, eh confirm confirm!"
"Muka ni lagi. Sebelum ni aku kenal sebab dia over gila buat bising waktu lecture."
"Eh, dia ni yg langgar aku kat kafe haritu. Jeling tajam! Padahal kau yang salah! Hmppph bermanis muka je lah berkenalan dgn dia."

Buat ke? Ya Allah, dalam hati ni macam-macam laa syaitan tak habis-habis menghasut itu ini. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullahala’zim TT. Makanya, perkara yg paling paling paling penting apabila kita berkenalan dengan orang ialah hati dan mindset kita mesti bersangka baik. Husnudzhon :)

Inilah serendah-rendah ukhwah – bersangka baik / berlapang dada ; salamatus sodr. Level pertama kena settle dulu semenjak hari pertama kenal. Baik buruk dia, sama juga dengan kita. Diri kita sendiri pun tak sempurna, terlalu banyak kelemahan dan kesalahan yg kita pernah lakukan. Maka, berlapang dada sesama kita dan bersangka baiklah bahawasanya dia mempunyai sisi yang jauh lebih baik daripada kita.

Tak baik pandang rendah orang lain, entah-entah lepas dia bertaubat dan berubah, dia jadi jauh lebih baik di sisi-Nya dan doa dia lagi Allah pandang daripada kita yang selalu perasan banyak pahala ni.

Allahu Allah, ampunkan dosa-dosa kami ya Allah… yang sengaja mahupun tidak sengaja. Bersihkanlah hati kami daripada sebarang dosa dan noda. Penuhilah piala hati ini dgn cahaya keimanan kepada-Mu jua ya Allah. Jauhkanlah kami daripada menghukum hamba-hamba-Mu yang lain dengan sangkaan buruk kami. Jangan kau tarik hidayah yg telah kau berikan kepada kami, tetapkanlah hati kami di jalan-Mu jua ya Allah. Terimalah taubat kami, terimalah solat kami, terimalah amal kami ya Wahhab. Wasallallahu a’la Muhammad, wa a’la alihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahi rabbil a’lamin. Ameen ameen ameen.

Buang segala tanggapan negatif yang pernah terlintas sebelum ini. Buang jauh-jauh. Istighfar banyak-banyak. Walau siapa pun dia dahulu yg kita pernah terperasan, walau sejahil mana pun dia di mata kita, tolak tepi dulu. Hari ini kita mahu kenal dia dengan dengan hati yang bersih nan suci murni. :)) ikhlas.

Selepas berjaya berlapang dada dan menerima seadanya, tingkat seterusnya ialah bersama-sama menikmati kejayaan dan mengharungi kesusahan. Level yang paling tinggi sekali ialah itsar ; mengutamakan sahabat daripada diri sendiri. Part ini paling terharu. Tak tahu ayat yg macam mana dapat menggambarkan perasaan kalau dah terharu. Satu kata, “Terharunya”, cukup kut? Selalu je tak terluah, dalam hati je hanya Allah yg faham. Kalau nak efek lebih, air mata terharu merembes keluar. Ahahah. Sob sob I’m not good in expressing terharu feeling la, yeah surely it’s not excited, this feeling  is more than that, it’s terharu. Kalau orang berubah jadi lebih baik takdela excited mana, tapi terharuuu seriously hanya mampu tersenyum. Rasa nak berlari peluk erat cakap, “aku sayang kau fillah / kite sayang [nama dia]” ada lah. Alhamdulillah semoga  segalanya istiqamah di jalan yg benar, dan ukhuwwah yg terjalin antara kita berkekalan sehingga ke syurga-Nya :)

“Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain,
kecuali mereka yang bertaqwa”
[az-Zukhruf : 67]

Apabila sahabat menemani, syurga itu makin indah.
Apabila bersahabat kerana Allah, syurga itu mengiringi langkah.
{c&p}
Aiwah!

Takpe susah dan diuji macam mana sekalipun. Berlian yg cantik tu takdenye tetibe jadi cantik berharga. Dalam perut bumi tu pressure tinggi daripada segenap penjuru, tapi dia batu hebat yg tahan je dgn tekanan2 berterusan dalam bumi. That’s why bila keluar dia jadi cantik berkilauan mahal pulak tu. Tarbiyah ni Asfa, tarbiyah luar biasa. Allah uji sebab Allah sayang. Boleh Asfa boleh :) TAKKAN ada yg sia-sia, remember that? Doa aku sentiasa ada untuk kau, bukan ke kita dah janji nak picnic sama-sama kat syurga nanti? ;)

Senyum :)

Tak sabar nak bersama mereka lagi! Manisnya jika segalanya kerana Allah ;)

p/s : Saya tak tujukan mana-mana bahagian spesifik kat sapa-sapa. Sungguh untuk bacaan umum, err especially kawan-kawan perempuan daripada kecik sampai umur 20 tahun yg dah lama tak jumpa tapi sekali sekala tetap ziarah blog ni :’) Maaf zahir batin andai banyak hak sahabat yg tak tertunai sepanjang bersama :’( 
  
Jaga diri hiasi peribadi, selamat bersangka baik bila jumpa sahabat baru, semoga sama-sama menjadi sahabat terhebat sehingga mampu berpimpin tangan ke syurga-Nya :) Sekian, wassalamua’laikum warahmatullah.


Monday, August 13, 2012

Saat-saat kecemasan!

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillahi walhamdulillah. Ramadhan yg ke-23.

Ramadhan berbaki lagi 6 hari, insha-Allah. Pasti ramai yg masih berlumba-lumba melakukan amal ibadah.

Atok Abu Hassan Din bertanya, "Nak buat apa kalau kita beribadah sebab nak tunjuk kat orang?".
Ramai yg tersedak. Berdehem di sana sini. Kof koff.

Mari luruskan semula niat kita. 
Semoga bebas daripada segala amalan yg terdapat unsur-unsur riya', takabbur, sum'ah dan ujub.

Minta diampunkan segala dosa-dosa. Terutamanya dosa yg tidak kita sedari. Semoga Allah menerima solat kita, puasa kita, qiyam kita, bacaan Quran kita, iktikaf kita, sedekah kita, dan semua kebajikan yg dilakukan dengan baik sekali.

Takut juga kalau kita rasa kita sudah bersungguh-sungguh mengoptimumkan bulan Ramadhan 1433H kali ini, tapi di akhirat kelak kelihatan seperti debu-debu yg berterbangan je. Semuanya dek kerana niat yg tidak benar dan tidak ikhlas. Mahu menyesal nanti. Masih bolehkah minta dikembalikan ke dunia, merayu berjumpa dengan Ramadhan semula? TT

Minta dihapuskan segala penyakit-penyakit hati seperti yg tersebut dalam gambar.
Mohon Allah terima segalanya.
Semoga Allah redha.

Tak rasa ke nak menangis kalau amal ibadah selama 22 hari yg lalu buat macam bersungguh tapi hakikatnya tak dapat apa-apa?
Gulp.

Menangis kemudian tiada gunanya. 

How do we plan to end our Ramadhan?

"One of my favorite memories from Hajj was the last hour of the day of Arafah when people around me all stood up and started frantically making last minute duas before the sun set and the day of Arafah ended.


I recall the above story as we enter the last 5 nights of Ramadan, and I try to remind myself to have the same feeling of desperation and urgency in order to charge my energies for these remaining nights.

Sometimes, when we think we have time to do something we become lazy and unproductive, but when we realise we don't have time, it charges our energies to get up and make the most of the moment.



You only have 5 days, i.e. 120 hours before the end of Ramadan. Half of that time will be spent sleeping, eating, and working, so you roughly have 60 hours of Ibadah time. 

What would your last 60 hours of Ramadan be like?"



-Abu Productive-


Wednesday, August 8, 2012

Si dia menarik dan berharga

Bismillah, assalamua'laikum.



Dapat sms sebelum pergi kelas. Pagi tadi.
Terasa lain benar sms kali ini. Haih makin sejuk tangan aku drive duk terfikir benda ni.

"Assalamua'laikum asfa..yada yadaa.. alhamdulillah dia dah pakai tudung labuh dengan purdah. Mintak tolong ..yadaa yadaa.. Tolong support dia ek.."

Seperti biasa, tak terus reply. 
Lafaz yg mudah, alhamdulillah.
Sepanjang dalam kereta aku macam, ya Allah ya Allah ya Allah ..
Sungguh hidayah milik Allah, hidayah milik Allah, Asfarina!
The very right time. He choose. 
Semakin yakin gila, perancangan Dia yg terbaik. Bukan kita.
Rasa macam doa kita satu per satu perlahan-lahan Allah makbulkan,dengan cara yg paaaling istimewa. 
Selama ni, mungkin doa je yg mampu istiqamah kita beri. Doa hari-hari --> Mekah --> Ramadhan. Malah, sekarang ini Dia beri jauh lebih baik daripada apa yg kita sangka! Baiknya Allah, baiknya Allah :')

Don't judge.
Iya, dulu dia pernah jahil. Couple umpama belangkas. Sekali pandang, aku yakin dia ada fikrah. Dia cantik, akhlak pun okay. Tapi sayang, dia semacam jahil dalam dunia fantasi percintaan ciptaan sendiri. Kita yg di alam realiti buat apa? Meraikan pengiktirafan bf-gf mereka? Tak pun, bila nampak mereka dating, kita tak habis-habis perli dan mengata belakang (baca:gosip) ? Tambah dosa kita sahaja. Macam kita bagus sangat nak menghakimi orang sana sini?Manusia terlalu suka menjadi hakim ke atas manusia lain. Padahal itu kan kerja Allah. Tugas kita sebagai khalifah, amar ma'ruf nahi munkar ; menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaranTak perlu menjadi hakim, tak perlu menjadi pengarah cerita orang lain, tak perlu juga menjadi pengkritik terhebat. 

Kakak adik saudari yg dikasihi sekalian :), mari kita sama-sama istighfar banyak-banyak, mahu? Sudah-sudah lah mahu tambah dosa kita yg sudah sedia banyak. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Kerana lidah badan binasa diazab Allah kelak TT
Astaghfirullahal a'zim.

"Hate the sins, not the sinner."
Don't judge. Doakan.
Kalau kita benci dosanya, kita boleh terima dengan senang hati dan berlapang dada bila dia berubah meninggalkan dosa jahiliyyah tersebut. Tapi kalau kita benci dia, sampai bila pun hati ni tak boleh nak terima macam mana baik sekalipun dia berubah. 
Hmm.. Mungkin kita yg perlu berubah membersihkan hati sendiri? Hii (V)

Berapa ramai yg doakan agar Allah buka pintu hati mereka itu untuk diberi nur hidayah yg bersinar-sinar? Kita tak jarang buat pun. Mungkin juga beranggapan, "Biasalah tu couple". Astaghfirullah. Semudah itu? Sampai bila nk buat tak endah saja?
Benci sungguh-sungguh dengan hati pun tidak, doakan jauh sekali. 
Sekarang dia berazam untuk berubah. (Kita ada?)
So please don't judge. Kita sama-sama doakan agar istiqamah, boleh?

Okay okay, berehat sebentar. Breath innn, outtt. Relaxxx :) 
oh barangkali anda mempunyai inisiatif lain? ;)

Berbicara dari hati ke hati. Kof koff. Pillow talk la bahasa kampungnya.

"Kau rasa, kau akan kahwin dalam masa terdekat ni ke?" Ahah. "Apa lagi yg tak cukup?"
Ini kalau dengan kawan yg rapat, boleh masuk, atau mereka jenis yg okay okay. Insha Allah, it works :) Lagi-lagi kalau dia pun mula bercerita yada yadaa. Kita kena kreatif menghidupkan perbualan tersebut dengan ayat-ayat basah hati. Wujudkan demand, luaskan persepsi. Pengakhiran perbualan santai tersebut mesti kena pilih ayat cantik yg berbalik kepada Allah. Pillow talk, it's fun ;)

Mungkin di akhir nanti, dia akan tepuk-tepuk tangan seterusnya berkata, "Best la. Bagusnya kalo [boyfren] dapat dengar sekali apa kita cakap hari ini. Parents sekali pun okay".
"Hah? Er oh memang bagus. (Habis la aku) Ahahha"

***
Sekarang dia sudah mula berubah ke arah yg lebih baik. Tidak mahu bergelumang dengan dosa dan noda jahiliyyah lagi. Mahu bebas jahiliyyah! Mahu mencari redha Allah. Mahu mengumpul bekal yg benar bagi kehidupan di akhirat yg selama-lamanya itu. Jika dalam dilema dek dibisik syaitan, dia segera menepis. Menyoal diri sendiri, kenapa masih teragak-agak mahu masuk syurga? Sungguh dia mula laju melangkah. Jalan yg membawanya mendekati syurga. Kadang membiarkan diri bertatih, asalkan tak tersungkur. Istiqamah. 
Aku kagum. Senyum.

Kemungkinan besar penghijrahannya menjadikan dia jauh lebih baik daripada kita.
Bila cahaya keimanan dan sinar taqwa semakin meresap dalam sanubari, pasti dia akan rasa benci kembali kepada perbuatan jahiliyyah umpama benci dicampak ke dalam api neraka. Dan benci apabila melihat orang lain turut melakukan jahiliyyah tak ingat Tuhan. Been there, done that. Aku tak mahu kau jadi tak bijak dalam hal macam ni macam aku dulu! 

Kau kata tak suka difitnah segala, tapi kenapa kau sendiri yg bukak ruang untuk orang sebarkan fitnah? Kalau kau okay je tak bermaksiat buat dosa dating segala, siapa nak fitnah tak tentu pasal? Popular dengan dosa nak buat apa? Diri sendiri juga yang mulakan, orang lain lagi tambah perencah bagi sedap dijaja dari mulut ke mulut. Fikir, fikir, ingat Allah. Malu sikit dengan Allah. Aku rasa nak cakap jugak, "You're missing all the finer and beautiful things in life because of love". Berkasih-sayang yg tak tepat dari segenap segi. Makanya ada perasaan seperti rasa nak tampar-tampar pipi gebu mereka tarik tangan lantas berlari masuk dalam alam realiti, kembali ingat Allah semula! The only solution for all the problems in this world is back to Islam and seek Him.
TT 
Jangan rasa bila berubah, anda keseorangan. Kami semua ada, insha Allah. Allah lagilah sentiasa ada :)

Ramadhan sarat dengan motivasi untuk berubah.
Kembalilah, kembali bulat-bulat pada-Nya.
Allah takkan hampakan hamba yg ikhlas kembali kepada-Nya. Menangisi dosa yg lalu.
(Dosa? Ke rasa tak pernah buat dosa? Belum pernah rasa diuji? Oh. Tskk kasihannya!)
Apabila kita merangkak ke arah-Nya, Dia berjalan ke arah kita.
Kita berjalan ke arah-Nya, Dia berlari mendapatkan kita! :')
Semoga Allah redha, semoga Allah redha.

***
Dia cantik. Bukan ke perempuan kalau kata perempuan lain cantik, dia memang cantik? Dia memilih untuk memakai niqab, insha Allah itu yg terbaik. Apa pun pandangan manusia, di mata Allah, tahap taqwa yg membezakan hamba-Nya. Hanya jauhari yg mengenal manikam. Hewhew.  Sebab itu, taqwa itu yang sepatutnya dikejar dan terus diburu. Lagi-lagi bersempena Ramadhan ini :) Dalam perintah untuk puasa, al-Baqarah ayat 183 Allah ada sebut, la a'llakum tattaqun ; mudah-mudahan kamu bertaqwa. 

Never forget your mistakes, because they keep you humble.Always remind yourself of them, but hide them away with diamonds.
-Dr Umar Abd-Allah-



Wallahua'lam. Akhirul kalam, segala yg baik daripada Allah, yg buruk daripada kelemahan si penulis sendiri.Wassalamua'laikum warahmatullah. Kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna :')

Tuesday, July 17, 2012

Ramadhan di Mekah :) 1433H


 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamua'laikum warahmatullahKe hadapan adinda yang dikasihi, Saudari NHA :)

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi tatkala mendengar adinda bakal menjadi tetamu Raja sekalian alam. Sungguh la, bertambah-tambah cemburu apabila mendapat berita yg umrah tersebut bakal dikerjakan pada semulia-mulia bulan! Kecemburuan yang dipendam mengalahkan cemburu sekalian gadis Malaysia ke atas perkahwinan Irma Hasmie! Eh. Terimbau kembali pelbagai kenangan sewaktu berada di Tanah Suci Mekah. Paling dirindui, saat sepasang mata ini menatap Ka’bah yang seakan bercahaya pada waktu malam. Allahu Allah, insya-Allah adinda juga bakal merasai nikmatnya nanti :)

Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang empat jam setengah. Suasana di Mekah dan Madinah sangatlah berbeza. Kakanda jamin, pengalaman berpuasa di Madinah terlebih dahulu pasti akan membina stamina adinda untuk berpuasa di Mekah. Seperti yg adinda sedia maklum, keadaan cuaca di Mekah lebih panas terik berbanding Madinah yg sejuk itu. Selain itu, sudah tentunya umat lebih berasak-asak di Mekah berbanding Madinah. Almaklum sahaja lah, pasti jutaan umat dari seluruh pelosok dunia ingin berebut pelbagai kurniaan Allah pada bulan Ramadhan ini, sama seperti adinda dan keluarga :) dimaklumkan pula, sekolah-sekolah di Mekah (Madinah juga mungkin) cutinya pada bulan Ramadhan. Maka maka maka tinggilah potensi kanak-kanak comel yg bakal menjadi mangsa cubitan pipi adinda. hiihaha. 


Hari Jumaat dan Sabtu juga ramai ummat, terutamanya di Masjid Nabawi dapat dilihat  ramai keluarga duduk-duduk di persekitaran masjid di luar waktu solat. Walau susah senang yg bakal dihadapi ketika mengerjakan ibadah umrah Ramadhan ini, adinda perlu mempersiapkan diri dan minda dari sekarang untuk sentiasa bersifat syukur, sabarrr dan ikhlas (SSI) walau di bumi mana sahaja kaki adinda melangkah nanti. ;)


Perkarangan Masjid Nabawi :)


Seperti yg dijanjikan, akan kakanda coretkan serba sedikit pengalaman ketika berada di Mekah & Madinah. Yang pertama, cuaca pada bulan Ramadhan ini kemungkinan besar akan lebih panas terik berbanding bulan April yang lepas. Memandangkan adinda bakal berpuasa penuh 7-8 hari di sana, kakanda amat menggalakkan adinda minum air zam-zam sebanyak-banyaknya ketika waktu berbuka puasa dan pada malam hari. Hal ini adalah untuk memastikan adinda mempunyai kudrat untuk berulang-alik ke masjid dan bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi yg melampau. Hehew. Setiap kali minum air zam-zam, berdoalah seperti yg telah diajarkan oleh baginda SAW, iaitu mohon dikurniakan ilmu yg bermanfaat, kesihatan yg unggul, dan kemewahan rezeki. Adinda boleh menambah dengan doa apa-apa sahaja, misalnya agar Allah memelihara kesihatan dan meningkatkan kesungguhan diri agar dapat beramal ibadat dengan baik sekali sepanjang bulan Ramadhan di Tanah Suci. Semoga dipermudahkan segalanya dan diperkenankan doa-doa adinda. Insya-Allah, ameen.


Antara deretan tong air zam-zam :) rasa air zam-zam di sana lebih sedap. Kat syurga pasti lebih sedap ;)


Oh memandangkan adinda berpuasa, rasanya masa adinda di waktu pagi akan lebih lama dihabiskan untuk beriktikaf di masjid. Hal ini kerana adinda tidak perlu berulang-alik hotel-masjid-hotel-masjid pada siang hari untuk menikmati sarapan dan hidangan tengah hari yg disediakan di hotel. Beruntungnya adinda pergi pada bulan Ramadhan ini :) Selepas Zuhur, bolehla merehatkan diri di hotel untuk memulihkan tenaga yg masih berbaki dan menyegarkan diri. Biasanya, jemaah yg berada di Masjidilharam & Masjid Nabawi akan duduk di masjid untuk waktu Asar sehinggalah Isyak sebelum pulang ke hotel masing-masing. Walau bagaimanapun, sekiranya hotel adinda berdekatan sahaja dengan masjid, selepas waktu Dhuha dan selepas Asar boleh pulang sebentar untuk menyegarkan diri. Hehe terpulanglah yg mana lebih diminati, sebagai seorang anak, semestinya berdasarkan kepada citarasa ayahanda dan ibunda adinda juga.


Adinda NHA, 


Kubah Hijau. Dua tiang ini adalah antara payung seperti gambar di atas, tetapi sedang menguncup.


Raudhah merupakan kawasan maqam Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman R.A. Sekiranya dilihat dari luar Masjid Nabawi, Raudhah terletak di bawah kubah hijau. Raudhah ini merupakan antara salah satu tempat mustajab doa di dalam Masjid Nabawi, dan ia merupakan kawasan kecil yg berkarpet hijau. Ia juga disebut sebagai salah satu taman syurga yg ada di dunia ini. Ketika zaman Rasulullah S.A.W dahulu, kawasan ini merupakan tempat bagi para sahabat berkumpul bagi mendengar tazkirah dan mengadakan majlis-majlis ilmu. Jemaah wanita hanya dibenarkan untuk masuk ke kawasan Raudhah selepas waktu Subuh dan Isyak sahaja. Hal ini berbeza dengan jemaah lelaki yg boleh memasuki kawasan Raudhah setiap kali selepas solat. Jemaah wanita perlu beratur mengikur rumpun masing-masing. Ehee maksudnya, jemaah dari Malaysia pasti akan berkumpul dan beratur panjang bersama jemaah Indonesia dan beberapa negara jiran yg lain sebelum dilepaskan sedikit demi sedikit untuk masuk ke kawasan Raudhah. Adinda perlu memelihara wudhuk dan banyak-banyak bersabar sewaktu menunggu giliran ini. Oh ya, baru sekejap ini Ibu kakanda memberitahu, rakan sekerjanya yg baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah menceritakan bahawa, sekarang ini lelaki pun sudah seperti wanita, perlu menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah. Sudah tidak mudah seperti dahulu.

Solat sunat sekurang-kurangnya dua rakaat di sini. Ya Allah, susah untuk mencari ruang untuk solat. Rasa nak menangis bertambah kuat. Tambah terharu bila ada makcik usai solat pusing ke belakang, dan terus tarik tangan kita untuk ambil tempatnya. Tersenyum seakan memahami. Allah, syukur tak terhingga. Waktu awal-awal diterangkan oleh mutawwif kita sudah sampai ke kawasan asal Masjid Nabawi, rasa terlalu dekat dengan Rasulullah. Teringat semua kebaikan baginda. Tanpa baginda, apa akan jadi kepada kita? Macam-macam terfikir, macam-macam rasa. Rasa nak bawak jugak kawan-kawan yg rindu dengan Rasulullah, rasa nak bawak sekali hati dan jiwa nenek atok sewaktu kursus haji yg belum berpeluang ke sini. Rasa nak bawak semua saudara mara sepupu sahabat handai datang sini sekali rasa sama-sama. Rasa..rasa..rasa..bersyukur sama-sama! Tapi..apakan daya. Doakan untuk semua, juga muslimin muslimat. Doakan kami taw adinda, terutamanya warga Pillow Talk Mahasiswi dan SBN. Sebutlah nama kalau teringat kami yg berada di kejauhan ini. Tskk bestnyaa, nak ikut pergi sanaa! Rindu teramat nak jumpa baginda. Semoga..mendapat syafaat baginda? Semoga. Semoga diperkenankan. Diterima sebagai ummat Muhammad S.A.W. Sampaikan salam kepada baginda eh, adinda. TT Assalamua'laikum ya Rasulullah..daripada ummatmu yg sentiasa merindui pertemuan denganmu, Asfarina binti Ismail.

#Rindu ahli wanita Masjid Nabawi yg berjubah hitam berniqab itu menjerit berulang kali kepada kami yang bertelekung putih, “Sini ibuk! Ibuk, sinnii~!”, dan juga “Ibu, duduk ibuu! Dudukk~!” wahaha style gile! Nanti adinda mesti tersenyum simpul mengalaminya ;) suasana teratur dan layanan sopan yg diterima daripada ahli Masjid Nabawi tidak sama dengan di Masjidil Haram. Oleh itu, hargailah detik-detik manis di Madinah, rakam dan hadam sampai lunyai di minda. Err. Adinda teww, ore pue kamera tokse bawok deh.

Ini belum lagi keadaan bandar dan makanan Arab yg lazat sehingga menjilat jari di kawasan luar Masjid Nabawi. Sudah saya ceritakan serba sedikit ***di sini*** Sekiranya ada yg bertanya keadaan di Madinah, adinda boleh menjawab dengan riang sekali, “Alhamdulillah :) Madinah is super duper awesomee!”. ^^

Seterusnya, ibadat umrah di Mekah. Umrah yg wajib hanya sekali. Namun begitu, adinda boleh juga melakukan beberapa kali umrah sepanjang berada di Mekah. Rekod pencapaian tertinggi ahli Kembara Enterpretasi ke Bumi Anbiyaa yg lepas ialah tujuh kali umrah. Subhanallah alhamdulillah :’) ok jealous di situ dengan kelebihan jemaah lelaki yg mudah bergerak tanpa muhrim. Anda lelaki? Alhamdulillah bersyukur la, tak terhitung kelebihan di sana. Sekiranya anda perempuan yg mempunyai muhrim lelaki, pun patut bersyukur sungguh. Tujuh hari berada di Mekah, dan setiap malam itu sekali umrah. Makanya, tujuh umrah dapat diselesaikan :)


[Nota kaki : Tertib umrah simple saja adinda tahu, kan? Perlu keluar ke miqat untuk berniat ihram (ke sana dengan menaiki prebet sapu yg diminati) - tawaf (mengelilingi Ka’bah 7x) – sai’e (ulang-alik Bukit Safaa dan Bukit Marwah 7x juga – Bercukur) Semuanya boleh selesai dalam masa dua hingga tiga jam sahaja, bergantung pada keramaian umat, tenaga yg berbaki, jiwa kental kita. Sebab tu tak mustahil kalau boleh dapat 7 umrah atau lebih sekali gus :)

Tawaf

120 rahmat dijanjikan Allah untuk jemaah di sekeliling Ka'bah. Yang bertawaf, yg bersolat, yg memandang semua dijanjikan rahmat oleh-Nya. Adakah kita masih boleh bertawaf ketika pulang ke tanah air nanti? Inilah istimewanya ke Masjidil Haram :) Yahaa, mengaji, solat sunat, berzikir, dan amalan sunat lain masih boleh kita lakukan di Malaysia, tetapi tidak bagi tawaf. Ketika tawaf ini dan Ka’bah sendiri banyak tempat yg mustajab untuk berdoa. Di bawah pancur emas, Hijr Ismail. Susah sekali untuk masuk ke kawasan ini. (PASTIKAN ADINDA BUKAN BERADA DALAM IBADAH TAWAF kerana tawaf akan terbatal sekiranya masuk ke Hijr Ismail yg merupakan sebahagian daripada Ka’abah) Cara terbaik yg diajarkan ialah kenal pasti bila waktu kawasan ini akan dicuci (melalui tv di hotel, pemerhatian atau penyiasatan adinda sendiri). Ketika dicuci, semua jemaah akan diarah untuk keluar daripada kawasan ini. So, cepat-cepat beratur di luar Hijr Ismail. Selepas habis dicuci, tali akan dibuka oleh encik polis tukang jaga, maka dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, masuk la :) bunyinya mudah, tapi tak semudah ABC123 kerana keramaian umat untuk berpusu-pusu masuk ke Hijr Ismail itu. Hehew.


Kerja yg sangat pantas dan efisien ;)


Selain itu, adinda pasti sudah sedia maklum bahawa Hajarul Aswad juga antara tempat mustajab berdoa. Sunat mengucup batu dari syurga (yaqut) ini. Ia menjadi saksi tempat pertemuan bibir para nabi, orang-orang soleh, para jemaah haji dan umrah di sepanjang lipatan sejarah. Hebat kan? Tapi untuk mengucupnya tak semudah ABC123, terutamanya  bagi kaum Hawa. Kakanda tidak berpeluang ketika umrah yg lepas, tetapi ada pakcik rombongan kami berpeluang sehingga 5 kali! Subhanallah subhanallah alhamdulillah. Mengelap air mata. Semoga ada dalam kalangan ahli keluarga adinda terpilih untuk mengucupnya :)


Masih ingatkan gambar dalam kamera kakanda yg ramai orang megusap-usap Rukun Yamani? Sekarang baru kakanda tahu ia dapat menghapuskan dosa, menurut riwayat Ahmad dan kata-kata Ibn Abbas. Seterusnya, solat sunat tawaf, doa, minum air zam-zam. Doa solat sunat tawaf itu mengharukan TT menatap Ka’abah sepuasnya. Sampai tahap adinda akan teringat semula, terbayang macam filem diri sendiri sebagai watak utama gelak ketawa tak ingat Allah kat Malaysia dulu. Malu, tak sanggup melihat filem diri sendiri walaupun beberapa siri hidup je yg terbayang. Kemudian rasa amal ibadah dulu buat macam debu-debu yg berterbangan. Mungkin tak dipandang langsung oleh Allah! Hina sungguh diri di hadapan Allah. Kerdilnya diri di hadapan Tuhan Yang Maha Hebat, Maha Perkasa, Maha Menguasai Hari Pembalasan, Maha Agung! Menangis sepuasnya, pasti Allah Maha Melihat. Allah Maha Mengetahui apa yg terbuku di hati, tak terucap oleh kata-kata. Malu meminta-minta. Allah Maha Memahami. Astaghfirullah. Ampunkanlah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami, terimalah amalan kami ya Allah..

Lampu hijau :)

Sai’e

Terkenang, “Ya Allah, jauhnya Siti Hajar berulang-alik antara dua bukit ini untuk mencari setitik air bagi Nabi Ismail.”Bayangkan, dalam keadaan panas terik. Diri sendiri kering kehausan, apatah lagi bayi kecil itu. Hebat sungguh pengorbanan seorang ibu, demi anaknya. Tanpa kehadiran suami. Tskk air mata mengalir laju. Terharu.

Syukur, sabar dan ikhlas (SSI). Syukur Nabi Ismail masih mempunyai ibu, syukur Siti Hajar masih ada tenaga untuk keluar mencari air bagi anaknya. Sabar sungguh Siti Hajar dalam terik mentari mencari sumber air di tengah kering-kontang padang pasir tak berpenghuni, sabar sungguh dengan satu demi satu ujian Allah. Ikhlas seorang ibu berkorban apa sahaja demi anak tersayang, ikhlas mengerjakan suruhan Allah tanpa berkira tanpa mengeluh. Sungguh bertawakal dan bersangka baik dengan pertolongan Allah Yang Maha Esa. Allahu Allah~

Sai'e di tingkat bawah sekali, jemaah yg berkerusi roda biasanya menggunakan laluan ini kerana kurang sesak

Bercukur

Simbolik menghapuskan dosa-dosa bertimbun yg telah lalu.


Ali namanya. Hehe. Berkenalan selepas bercukur err bergunting rambut di atas Bukit Marwah.

Alhamdulillah :) Kadang-kadang, bahan yang sama, tempat yang sama, suasana yang sama, tapi akan memberikan kesan yang berbeza kepada setiap orang. Doa banyak-banyak agar Allah lembutkan hati kita. Doa banyak-banyak agar Allah lunakkan hati kita masjid-masjid-Nya, mendengar bacaan ayat cinta-Nya. Doa lagi agar Allah mendidik jiwa kita lebih cinta akan-Nya, begitu juga mereka yg berada di sekeliling kita. Doa lagi supaya kita berpeluang menjadi tetamu yang paling istimewa di sisi-Nya. Doa banyak-banyak semoga ibadah umrah yg kita jalani adalah yg terbaik, paling istimewa dan cantik di sisi-Nya. Tak mahu yg sia-sia lagi. Tak mahu amal ibadah yg akan bertambah ujub, sombong dan bongkak lagi. Semuanya semata-mata kerana Allah. Serahkan jiwa tenaga untuk beribadah semata-mata kerana-Mu jua ya Allah. Kalau tak dapat rasa nak menangis kerana Allah, menangislah kerana ketidakmampuan itu. Kita yg rasa nak menangis kalau dengar orang mengadu tak boleh nak menangis kerana-Nya.


Semoga memperoleh umrah yg mabrur, semoga diampunkan segala dosa, semoga lebih dilimpahi taufiq dan hidayah-Nya, semoga sendiri merasai curahan kasih sayang Ilahi, semoga permusafiran yg barakah, semoga derap kaki di Tanah Haram menjadi saksi permohonan kecil untuk menjadi tetamu-Nya diperkenankan. Semoga lebih lebih bersyukur atas keistimewaan dari-Nya. Ya Allah. Jangan jadikan kami insan yg lalai. Jadikan kami manusia yg khusyuk bukan sahaja dalam solat, tapi biar melangkaui hati yg sentiasa berhubungan langsung dengan allah dalam segenap kehidupan. 


Kami mohon keampunan Allah.


Biar Mekah dan Madinah menjadi saksi kembalinya seorang hamba seluruhnya kepada Tuhannya Yang Esa. Allahu Akbar.

6.30 pagi

Pintu hadapan masjid menghadap Menara Jam :) Malam kemuncak Kembara Enterpretasi ke Bumi Anbiyaa' UMK 2012.
Menara Jam yg dibina oleh anak-anak Malaysia, majoriti anak Melaka :)

Mayat diusung setiap kali selepas solat. Boleh dilihat secara dekat sekiranya solat di tempat wanita di dataran Ka'bah.

Semua amalan sunat ketika ibadah umrah merangkumi solat sunat, bacaan dan doa-doa tertentu boleh dirujuk di mana-mana buku. Sejarah setiap tempat di mekah dan Madinah juga banyak di dalam buku. Ilmu yg telah diajar oleh ustaz ustazah selepas menghadiri kursus Haji/umrah adalah sangat berharga kerana mereka mempunyai pengalaman yg lebih dan lebih arif dalam bab ini. Jika ingin perencah rasa yg superb ikhlas semata-mata kerana Allah yg pasti ada getaran di dada, Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman oleh Muhd Kamil Ibrahim (MKI), terbitan PTS ini pilihannya. Adinda sudah sedia maklum, bukan? Untuk pengetahuan adinda juga, Prof MKI kini menetap di Madinah al-Munawwarah bersama keluarga dalam meniti kehidupan yg lebih bermakna. Ini nombor beliau untuk dihubungi, 0502127721. Beliau menanti kedatangan para pembaca bukunya dengan lapang dada :) pergilah hubungi beliau, buat kami jealous gilaaa lagi lah nampaknya wahai adinda NHA ;)


Akhirul kalam, banyakkan bertalbiah dalam ihram nanti. Serius syahdu. Alangkan di Malaysia ini sahaja sudah syahdu, inikan pula di sana. Allahuakbar.


HambaMu ini datang menyambut panggilanMu ya Tuhan! hambaMu datang menyambut panggilanMu! Sesungguhnya segala puji-pujian, nikmat dan kerajaan adalah milikMu dan tidak ada sekutu bagiMu.


Sekian sahaja perkongsian yg tidak seberapa ini adindaku. Doakan kami anak-anak kecil yg berjiwa besar ini menjadi mujahidah dan memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat. Doakan kekal di jalan-Nya, sama ada menang bersama Islam, atau syahid di pertengahan perjuangan! Didahului dengan jutaan terima kasih atas butir-butir doa adinda di sana. Dedikasi khas lagu Doa Rabitah (2nd lagu dalam playlist blog ini) untuk adinda. Rindu nak nyanyi bersama dgn adinda! kikiki. Semoga menjadi tetamu yg terbaik dan paling istimewa di sisi-Nya :) 


Anak Turkey barangkali. hehew. Selepas Maghrib di dataran Ka'bah.


Boleh klik klik sini juga, post yg lepas : Sesegar rindu dari Mekah dan Madinah :) & Travelog Madinah :) - updated with some photos!


Wallahua'lam. Uhibbukifillah adinda NHA ;* Happy becoming 20th birthday tomorrow :)


Para pembaca yg budiman, mari berazam sungguh-sungguh dari sekarang untuk jadi tetamu-Nya juga, mahu? Insya-Allah, dipermudahkan niat murni kalian juga. Persiapkan diri, sujud kembali kepada-Nya. Wassalamua'laikum warahmatullah.


p/s : NHA, baru sahaja dapat Pos Ekspress daripada adindaaa!! Alhamdulillah! Boleh publish entry ini sekarang ;)