Assalamua'laikum warahmatullah :)
Alhamdulillah alhamdulillah syukur Allah masih beri kita peluang untuk kita memanfaatkan bulan Sya'ban ni kan. Semoga kita dapat mengurus sebaik mungkin masa 24 jam yg diberi :) Inilah antara caranya (:
[source : Tumblr} |
Membaca al-Quran, mantadabbur maknanya, memahami maksudnya
Saya tahu al-Quran ni manual hidup kita kan, daripada kecil ibu ayah saya didik untuk mengaji tiap-tiap hari. Tapi bila dah besar ni ada rasa malas baca hari-hari, macam useless je baca sebab bukan faham pun.
Lagipun dah khatam berkali-kali. Makanya, cukup cukup sudah cukup sampai di sini saja.
(Erk. Heyy!)
Cuba klik sambil teruja utk tengok cerita di sini - Do we need to recite Quran? :)
Ingat tak waktu kecik-kecik dulu, kalau Pak Ngah and Mak Ngah balik kita semua berebut nak mengaji?
Ingat. Bila ada orang balik kampung je rasa excited nak berebut like heyy aku nak ngaji dulu la!
Lepas tu selalu lawan siapa naik juzuk paling cepat! Hihi. Siapa khatam dulu dia menang boleh kahwin dengan anak raja Gopal! (hah? ok ni tipu)
Tapi bila dah besar ni, lama-lama dah hilang rasa excited nak baca Quran tu. Tak tahu la kat mana silapnya.
Sebab kita ni tak faham maksud and tak feel, maybe?
Senyum dengan gelak pendek, sambil merenung tafsir Quran di tangan.
Kau tahu, kalau Allah maksudkan 'faham' tu sebenarnya kan, bukan faham dengan akal, tapi faham dengan hati. Ikut skala Ilahi.
Kenapa hati?
Sebab semuaa manusia ada hati yg sama. Maksudnya, semua hati kita ni boleh disucikan dengan cara yg sama, iaitu dengan ayat-ayat suci al-Quran. Walau sekeras mana pun hati kita, pasti boleh dilembutkan dengan ayat-ayat al-Quran tu. Sebab Allah dah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 74, walau hati kita kering, hati batu malah lebih keras daripada batu sekalipun, masih ada harapan untuk lembut bila kena caranya dan dengan izin-Nya.
Sebab apa? Dalam ayat tu jugak, Allah berfirman, sedangkan batu yg keras tu pun masih boleh air sungai melalui celah-celahnya, ada pula yg pecah terbelah dan keluar mata air, dan ada juga yg jatuh ke bawah atau tenggelam kerana takutkan Allah, jadi tak mustahil hati kita (yg lebih lembut dpd batu ni) masih ada harapan untuk dilenturkan dengan kalam-Nya :)
-Contengan Jalanan-
Apa kena mengena faham dengan hati or akal tadi? Hehe.
Setiap individu berbeza tahap IQ. Ada orang boleh belajar sampai PhD, ada orang nak lulus subjek pun semput haih. Lelaki dan perempuan pun lain, lelaki ada 9 akal, perempuan ada 9 nafsu. Tapi hati? Semua ada satu hati, dan boleh disucikan dengan cara yg sama. Sebab tu Allah tak letak faham tu dengan akal :)
Faham dengan hati contohnya macam kita baca novel la. Kita baca tu dengan hadirkan hati dan perasaan sekali. Sebab tu la bila part sedih sedih takpun marah, kita pun akan terikut rasa nak menangis dan geram tu. Patutnya baca Quran kena feel macam kita baca novel, malah sepatutnya lebih lagi! Menghayati kisah nabi kita, simpati ujian nabi lain. Bila sebut syurga, rasa seronok dengar janji Allah. Bila sebut neraka, rasa takut sebab tak sanggup nak terima azab neraka. Feel sampai terfikir-fikir ya Allah, aku ni teringin sangat..tapi tak layak ke syurga-Mu, namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu. Sampai boleh terbawa-bawa feel tu lepas baca Quran. Ini semua hakikat kebenaran, Allah yg berfirman. Novel tu nama pun 'novel' ; benda yg belum pernah dijumpai, fantasi semata-mata. hehew.
Hebatnya al-Quran itu!
"Ya, Al-Quran dengan bait-bait kata yang sama inilah yang menjadi perubah kehidupan sebuah bangsa Arab Jahiliah menjadi Khayru Ummah. Al-Quran dengan mesej yang sama sejak dulu inilah yang menjadi inspirasi terbebasnya Constantinopel di tangan Islam. Al-Quran dengan suruhan dan tegahan yang sama sejak dulu inilah yang menjadi sebab tertegaknya pemerintahan Islam.Namun, mengapakah kita tidak menjadi sebegitu hebat dengan Al-Quran ini? Adakah salah Al-Quran atau salah Umat Islam?"
[source]
Allahu Allah~ kenapaa kita ni tak menjadi sebegitu hebat walau kita punyai al-Quran yg sama? Sungguh bukan salah al-Quran.
Al-Quran tu hebat bukan sebab sains, tapi al-Quran itself memang mukjizat yg hebat, sempurna merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Sebelum ni, kita pernah dengar yang bila baca ayat-ayat al-Quran dekat air, nanti molekul air tu akan rearrange themselves sampai jadi cantik. Selain tu, setiap huruf dalam al-Quran ada malaikat yg menjaganya. Setiap huruf 10 pahala, tahu? ;) Ada ilmu perubatan Cina ni mengakui setiap huruf dalam al-Quran ada kaitan dengan urat/point/cell tertentu dalam badan kita. Oleh itu, bila kita sebut setiap huruf dengan betul, sempurna makhraj yg merupakan hak setiap huruf tu, panjang pendek bacaan semua cukup harkat, dengung wajibul ghunnah, idgham ma'al ghunnah sempurna dua harkat, makanya akan bergetarlah urat-urat/point tertentu dalam badan mengikut dos yg betul. Kesannya, urat yg ada masalah atau kurang bermaya akan dicas semula untuk perform dengan cemerlang sekali! Wahihi
Al-Quran tu hebat bukan sebab sains, tapi al-Quran itself memang mukjizat yg hebat, sempurna merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Sebelum ni, kita pernah dengar yang bila baca ayat-ayat al-Quran dekat air, nanti molekul air tu akan rearrange themselves sampai jadi cantik. Selain tu, setiap huruf dalam al-Quran ada malaikat yg menjaganya. Setiap huruf 10 pahala, tahu? ;) Ada ilmu perubatan Cina ni mengakui setiap huruf dalam al-Quran ada kaitan dengan urat/point/cell tertentu dalam badan kita. Oleh itu, bila kita sebut setiap huruf dengan betul, sempurna makhraj yg merupakan hak setiap huruf tu, panjang pendek bacaan semua cukup harkat, dengung wajibul ghunnah, idgham ma'al ghunnah sempurna dua harkat, makanya akan bergetarlah urat-urat/point tertentu dalam badan mengikut dos yg betul. Kesannya, urat yg ada masalah atau kurang bermaya akan dicas semula untuk perform dengan cemerlang sekali! Wahihi
Sama juga kadang kalau dah rasa penat sangat sangat, then kita berzikir sambil memicit-micit badan takpun baca al-Quran, akan rasa ringan dan lebih segar. Kenapa? Mungkin sebab sel dalam badan kita ni dah letih bekerja seharian, so bila touch sikit dengan ayat-ayat cinta-Nya, akan melonjak semangat la balik ^^
Source : Buku Indahnya Hidup Bersyariat [kredit to this blog] |
Sekarang tahap istiqamah kita di tingkat yg mana? 3? 4 atau 5? Apa-apa pun, alhamdulillah :) selagi Allah masih izinkan kita untuk guna nikmat mata, lidah dan hati, apa kata kita teruskan bersyukur dengan luangkan masa membaca kalam-Nya?
Oh berbalik semula kepada al-Quran itself memang dah hebat.
Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah.
[Ar-Ra'd 13:31]
Ada lagi. Ni all-time favourite kalau nak cerita kehebatan mukjizat al-Quranul kareem.
Had We sent down this Qur'an on a mountain, verily, thou wouldst have seen it humble itself and cleave asunder for fear of Allah. Such are the similitudes which We propound to men, that they may reflect
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
[al-Hasyr 59:21]
Tafsir al-Quran
Sekarang tafsir al-Quran sudah banyak dicetak dan dijual secara besar-besaran di pasaran, ramai sudah berebut untuk memilikinya. Memandangkan anda juga pengguna bijak, adalah sangat elegan jika anda juga turut join the club untuk membeli mana-mana tafsir yg comel di pasaran ;) Untuk mendalami lebih lagi tentang sesuatu ayat al-Quran atau asbabun nuzul (sebab diturunkan) sesuatu surah dengan huraian yg kukuh dan menyeluruh, tafsir Fi Zilalil Quran karangan Syed Qutb, atau tafsir Ibn Kathir boleh digunakan sebagai rujukan. Insya-Allah sesi bedah al-Quran akan lebih menarik dan mudah dihadam jika berguru, atau koreksi bersama rakan-rakan seangkatan. Mari, mari. Mari kita muliakan al-Quran bukan sahaja sebagai bacaan setiap hari, bahkan sebagai bahan rujukan sepanjang zaman, dan penyelesaian kepada semua masalah yg dihadapi dan dirasai :)
"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya."
[An-Nisa' 4:82]
Ini link untuk download Tafsir Fi Zilalil Quran *[ klik sini ]*.
Akhirul kalam, sila scroll semula ke atas untuk lihat ayat yg warna pink. Semoga kita lebih lama ingat ;) ma'assalamah!
Nak beli tafsir baru, tafsir dia macam lagi detail dengan subtopik semua ada.
Tapi aku sayang al-Quran tafsir ni. Sayang gila-gila.
Aku pun. Senyum.
No comments:
Post a Comment