Thursday, July 12, 2012

Strategi hati mewah rezeki


  بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua’laikum! Senyum simpul.

Di pagi hari Khamis 22 Sya’ban 1433H ini sukacitanya ingin saya berkongsi strategi hati menambah rezeki. Barangkali pendek sahaja entry kali ini, makanya mari mari marilah kita bersedia untuk hadam sampai lumat ;)

Yang pertama, buka minda kita luas-luas dan celikkan mata hati kita tentang konsep rezeki itu sendiri. Rezeki yg murah dan mewah bukan hanya pada wang ringgit atau emas perak yg dimiliki. Segala kemudahan dalam membuat sesuatu kerja, perkara atau berita yg menyenangkan hati, suasana yg tidak mengganggu gugat hidup kita boleh diklasifikasikan sebagai rezeki kurnian-Nya. Mari kita senaraikan serba sedikit perkara yg biasa kita tak sedar ini semua nikmat dari Allah :

Kesihatan yg optimum, Mood yg ceria di pagi hari, Oksigen yg tak pernah tertahan untuk disedut, Pakaian yg selesa, Ilmu yg bermanfaat, Sahabat handai yg bersopan santun keliling pinggang, Masa lapang, Idea yg mencurah-curah di kepala, Panca indera yg masih lagi sempurna untuk beribadah, Makanan yg cukup setiap hari berbeza lauk pauk, Air yg mencurah-curah untuk kehidupan seharian, bekalan elektrik yg berterusan. Tak lupa juga, nikmat terbesar bagi mukmin ; nikmat iman dan Islam itu sendiri.

 Ahha cuba tengok, dengan meluaskan konsep rezeki, sekejap sahaja rezeki kita sudah bertambah :) Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tapi sebenarnya, nikmat tak mampu dihitung, ia untuk disyukuri. There’s no room fr harmful negative thoughts when our mind is focused on looking for things to be grateful for. Luaskan konsep rezeki kita :)

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

[Ibrahim 14:34]

Yang kedua, banyakkan memberi. Memberi senyuman ;) , berkongsi ilmu yg bermanfaat, memberi makanan, menyumbangkan tenaga di jalan Allah, takpun memberi apa sahaja yg kita ada. Semua yg kita beri pasti dapat meringankan beban orang lain dan  memudahkan urusan mereka.

Macam mana memberi boleh menambahkan rezeki kita? Ada RM100, beri RM 50. So, tinggal RM50. Tak ke kurang tu namanya?

Ketawa geli hati. Menarik, soalan bijak ;)

Ya iyalah, kurang di mata kita. Tapi di sisi Allah, sangatlah berlipat kali ganda pahala yg kita dapat. Bukan sekali atau dua kali ganda, tapi 700 kali ganda! Masha Allah. Setiap harta atau keringat yg dibelanjakan di jalan Allah, diumpamakan akan menumbuhkan 7 biji tangkai. Setiap tangkai akan membuahkan 100 biji. Makanya 7 x 100 = 700. Kalau RM50 yg dibelanjakan tadi, di sisi Allah akan jadi RM50 x 700 = RM35 000?

Tepuk tangan riang gembira. Waah pandainye! Clap clap clap.

Adik-adik, angka-angka itu kiraan di sisi kita manusia. Pada sisi Allah boleh jadi lebih lagi atau kurang daripada itu. Allah Maha Mengetahui sejauh mana keikhlasan niat kita :) Wallahua’lam. Yang pastinya, Allah akan menambahkan keberkatan rezeki sekiranya kita memberi kerana-Nya :)

Apa pula maksud rezeki yang berkat?

Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Rezeki yg tak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki yg tidak berkat analoginya macam minum air laut la. Semakin diminum, semakin haus.

Ilmu itu rezeki. Wang pun rezeki. Tapi kita selalu pilih kasih, ambil dan bersyukur dengan rezeki yg kita suka je. Tskk. Mohon kemapunan-Mu ya Allah. Contoh situasi, Pakcik PQR mahu memberikan wang, semua anak muda berebut-rebut. Apabila pakcik PQR ini ingin memberi ilmu, semua buat endah tak endah sahaja.

#Peringatan untuk diri sendiri juga : Ilmu ialah rezeki yg jauh lebih bermanfaat dan menguntungkan daripada wang. Jadi, kenapa selalu tolak rezeki itu?

Dalam entry Ikhlas ditindas 1 & 2, sudah terang lagikan bersuluh menunjukkan bahawasanya Allah membalas keikhlasan makcik tersebut dengan nikmat yg lebih disenanginya. Iaitu, anak-anaknya yang Alhamdulillah ‘menjadi’. Walaupun gaji atau pangkat kita kecil, tetapi Allah membalas keberkatan rezeki kita dalam bentuk yang selalu kita terlepas pandang. Misalnya, kebebasan diri dan keluarga daripada musuh, selamat daripada anasir keretakan rumah tangga, ahli keluarga yg mendamaikan, dan banyak masa lapang untuk dimanfaatkan.

Strategi seterusnya, solat Dhuha. Paling kurang dua rakaat. Tapi Rasulullah S.A.W buat paling kurang empat rakaat, dan selalunya baginda akan tambah lagi bilangan rakaat solat Dhuha. Ada seorang usahawan jutawan (err tak ingat la siapa) yg dijemput pihak universitas ketika Minggu Mesra Mahasiswa tahun lepas, dia bagi tips untuk solat Dhuha enam rakaat. Kalau tak buat hari-hari, buat la seminggu sekali. Tak pun sebulan sekali. Insya-Allah lebih kuat magnet rezeki kita :) tips beliau ini diperoleh selepas beliau meminta nasihat daripada err siapa entah. Wahaha. Point di sini mahu berkongsi yg enam rakaat itu hiihi

Sebelum bersurai, ada satu lagi iaitu perteguhkan diri dengan hati yang sentiasa bersyukur. Orang yg beriman tahu bersyukur atas segala kurnian-Nya. Sedikit atau banyak, pahit atau manis, itu bukan ukurannya. Sekiranya segala ujian dan rasa menjadikan kita kembali, lebih dekat dengan Allah, makanya insya Allah itu indikator kita sudah lulus cemerlang di sisi-Nya! Sebaliknya, sekiranya segala duka dan suka yg diterima semakin menjarakkan kita dengan Allah, itu petanda kita hampir gagal ujian di sisi-Nya. Segalanya berbalik kepada hubungan kita dengan Allah.

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
[Al-Maaidah 5:6]

Bukankah semakin kita bersyukur, semakin bertambah nikmat yg Allah akan beri? Ya, yakinlah dengan janji-Nya. Dalam surah Ibrahim, ayat 7 membuktikan hal ini.

Oh lagi sikit. Memanjangkan silaturahim juga bakal membuka pintu-pintu rezeki kita. Misalnya dengan mengadakan acara kunjung mengunjung, berbalas-balas mangkuk tingkat atau sambutan majlis-majlis tertentu. Saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga. Masakan tidak, misalnya apabila saudara-mara yg jauh didekat-dekatkan, yg dekat dirapat-rapatkan, maka akan terbentuklah banyak rangkaian kenalan walau di mana jua kita bermusafir nanti. hewhew. Bukankah di situ juga terbitnya cahaya dari pintu rezeki kita? ;)

Sekian sahaja, alhamdulillah. Rasanya banyak lagi yg boleh kita cari strategi hati mewah rezeki, cuma tetiba terasa mahu berkongsi perkara-perkara ini hari ini di sini. Hii, Okies wassalam.

# Entry ini dipilih untuk terbit barangkali kerana err tidak memerlukan gambar signifikan. Pak cik broadband ini kata bulan ini dah terlebih limit! :0 tak pernah pernah :o

3 comments:

Fauzan Suhairi said...

patut la rasa macam elaun scholar selalu macam tak cukup je.

maybe kurang berkat. -.-

LIKE much this entry. bab solat dhuha tu paling best.

-salam rindu-

Asfarina :) said...

alhamdulillah :)
how come tak cukup
patut kau ni pun kena duduk kelantan takpun sarawak (kof koff)

iena said...

Assalamualaikum kak...saya syazlina,n sya dpt tahu akak belajar di umk..alhamdullilah sye telah ditwrkn utk smbung belajar di umk...sejujurnya saya sedih sbb ini Bkn u pilihan saya. :( sya harp akak bole kasi info sdikit tntng belajar di umk....akak bole email saya
syazlina93@yahoo.com