بسم الله
الرحمن الرحيم
Assalamua’laikum! Senyum simpul.
Di pagi hari Khamis 22 Sya’ban 1433H ini sukacitanya
ingin saya berkongsi strategi hati menambah rezeki. Barangkali pendek sahaja
entry kali ini, makanya mari mari marilah kita bersedia untuk hadam sampai
lumat ;)
Yang pertama, buka minda kita luas-luas dan celikkan
mata hati kita tentang konsep rezeki itu sendiri. Rezeki yg murah dan mewah
bukan hanya pada wang ringgit atau emas perak yg dimiliki. Segala kemudahan
dalam membuat sesuatu kerja, perkara atau berita yg menyenangkan hati, suasana
yg tidak mengganggu gugat hidup kita boleh diklasifikasikan sebagai rezeki
kurnian-Nya. Mari kita senaraikan serba sedikit perkara yg biasa kita tak sedar
ini semua nikmat dari Allah :
Kesihatan yg optimum, Mood yg ceria di pagi hari, Oksigen
yg tak pernah tertahan untuk disedut, Pakaian yg selesa, Ilmu yg bermanfaat, Sahabat
handai yg bersopan santun keliling pinggang, Masa lapang, Idea yg
mencurah-curah di kepala, Panca indera yg masih lagi sempurna untuk beribadah, Makanan
yg cukup setiap hari berbeza lauk pauk, Air yg mencurah-curah untuk kehidupan
seharian, bekalan elektrik yg berterusan. Tak lupa juga, nikmat terbesar bagi
mukmin ; nikmat iman dan Islam itu sendiri.
Ahha cuba tengok,
dengan meluaskan konsep rezeki, sekejap sahaja rezeki kita sudah bertambah :)
Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tapi sebenarnya, nikmat tak mampu dihitung, ia
untuk disyukuri. There’s no room fr harmful negative thoughts when our mind is
focused on looking for things to be grateful for. Luaskan konsep rezeki kita :)
Dan Ia
telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati.
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan
bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu
pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
[Ibrahim 14:34]
Yang kedua, banyakkan memberi. Memberi senyuman ;) ,
berkongsi ilmu yg bermanfaat, memberi makanan, menyumbangkan tenaga di jalan
Allah, takpun memberi apa sahaja yg kita ada. Semua yg kita beri pasti dapat
meringankan beban orang lain dan
memudahkan urusan mereka.
Macam mana memberi boleh menambahkan rezeki
kita? Ada RM100, beri RM 50. So, tinggal RM50. Tak ke kurang tu namanya?
Ketawa
geli hati. Menarik, soalan bijak ;)
Ya iyalah, kurang di mata kita. Tapi di sisi Allah,
sangatlah berlipat kali ganda pahala yg kita dapat. Bukan sekali atau dua kali
ganda, tapi 700 kali ganda! Masha Allah. Setiap harta atau keringat yg
dibelanjakan di jalan Allah, diumpamakan akan menumbuhkan 7 biji tangkai.
Setiap tangkai akan membuahkan 100 biji. Makanya 7 x 100 = 700. Kalau RM50 yg
dibelanjakan tadi, di sisi Allah akan jadi RM50 x 700 = RM35 000?
Tepuk
tangan riang gembira. Waah pandainye! Clap clap clap.
Adik-adik, angka-angka itu kiraan di sisi kita manusia.
Pada sisi Allah boleh jadi lebih lagi atau kurang daripada itu. Allah Maha
Mengetahui sejauh mana keikhlasan niat kita :) Wallahua’lam. Yang pastinya,
Allah akan menambahkan keberkatan rezeki sekiranya kita memberi kerana-Nya :)
Apa pula maksud rezeki yang berkat?
Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan.
Rezeki yg tak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki yg
tidak berkat analoginya macam minum air laut la. Semakin diminum, semakin haus.
Ilmu itu rezeki. Wang pun rezeki. Tapi kita selalu
pilih kasih, ambil dan bersyukur dengan rezeki yg kita suka je. Tskk. Mohon
kemapunan-Mu ya Allah. Contoh situasi, Pakcik PQR mahu memberikan wang, semua
anak muda berebut-rebut. Apabila pakcik PQR ini ingin memberi ilmu, semua buat
endah tak endah sahaja.
#Peringatan untuk diri sendiri juga : Ilmu ialah rezeki yg jauh lebih
bermanfaat dan menguntungkan daripada wang. Jadi, kenapa selalu tolak rezeki
itu?
Dalam entry Ikhlas ditindas 1 & 2, sudah terang
lagikan bersuluh menunjukkan bahawasanya Allah membalas keikhlasan makcik
tersebut dengan nikmat yg lebih disenanginya. Iaitu, anak-anaknya yang
Alhamdulillah ‘menjadi’. Walaupun gaji atau pangkat kita kecil, tetapi Allah
membalas keberkatan rezeki kita dalam bentuk yang selalu kita terlepas pandang.
Misalnya, kebebasan diri dan keluarga daripada musuh, selamat daripada anasir
keretakan rumah tangga, ahli keluarga yg mendamaikan, dan banyak masa lapang
untuk dimanfaatkan.
Strategi seterusnya, solat Dhuha. Paling kurang dua
rakaat. Tapi Rasulullah S.A.W buat paling kurang empat rakaat, dan selalunya baginda
akan tambah lagi bilangan rakaat solat Dhuha. Ada seorang usahawan jutawan (err
tak ingat la siapa) yg dijemput pihak universitas ketika Minggu Mesra Mahasiswa
tahun lepas, dia bagi tips untuk solat Dhuha enam rakaat. Kalau tak buat
hari-hari, buat la seminggu sekali. Tak pun sebulan sekali. Insya-Allah lebih
kuat magnet rezeki kita :) tips beliau ini diperoleh selepas beliau meminta
nasihat daripada err siapa entah. Wahaha. Point di sini mahu berkongsi yg enam rakaat itu hiihi
Sebelum
bersurai, ada satu lagi iaitu perteguhkan diri dengan hati yang sentiasa bersyukur.
Orang yg beriman tahu bersyukur atas segala kurnian-Nya. Sedikit atau banyak,
pahit atau manis, itu bukan ukurannya. Sekiranya segala ujian dan rasa
menjadikan kita kembali, lebih dekat dengan Allah, makanya insya Allah itu
indikator kita sudah lulus cemerlang di sisi-Nya! Sebaliknya, sekiranya segala
duka dan suka yg diterima semakin menjarakkan kita dengan Allah, itu petanda
kita hampir gagal ujian di sisi-Nya. Segalanya berbalik kepada hubungan kita
dengan Allah.
Allah
tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia
berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya
kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
[Al-Maaidah
5:6]
Bukankah
semakin kita bersyukur, semakin bertambah nikmat yg Allah akan beri? Ya,
yakinlah dengan janji-Nya. Dalam surah Ibrahim, ayat 7 membuktikan hal ini.
Oh lagi sikit. Memanjangkan silaturahim juga bakal membuka pintu-pintu rezeki kita. Misalnya dengan mengadakan acara kunjung mengunjung, berbalas-balas mangkuk tingkat atau sambutan majlis-majlis tertentu. Saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga. Masakan tidak, misalnya apabila saudara-mara yg jauh didekat-dekatkan, yg dekat dirapat-rapatkan, maka akan terbentuklah banyak rangkaian kenalan walau di mana jua kita bermusafir nanti. hewhew. Bukankah di situ juga terbitnya cahaya dari pintu rezeki kita? ;)
Sekian sahaja, alhamdulillah. Rasanya banyak lagi yg boleh kita cari strategi hati mewah rezeki, cuma tetiba terasa mahu berkongsi perkara-perkara ini hari ini di sini. Hii, Okies wassalam.
# Entry ini dipilih untuk terbit barangkali kerana err tidak memerlukan gambar signifikan. Pak cik broadband ini kata bulan ini dah terlebih limit! :0 tak pernah pernah :o
3 comments:
patut la rasa macam elaun scholar selalu macam tak cukup je.
maybe kurang berkat. -.-
LIKE much this entry. bab solat dhuha tu paling best.
-salam rindu-
alhamdulillah :)
how come tak cukup
patut kau ni pun kena duduk kelantan takpun sarawak (kof koff)
Assalamualaikum kak...saya syazlina,n sya dpt tahu akak belajar di umk..alhamdullilah sye telah ditwrkn utk smbung belajar di umk...sejujurnya saya sedih sbb ini Bkn u pilihan saya. :( sya harp akak bole kasi info sdikit tntng belajar di umk....akak bole email saya
syazlina93@yahoo.com
Post a Comment