Wednesday, April 7, 2010

Buku+Novel ini A+ ;))


Assalamualaikum w.b.t. Hye! Oke, aku nak membicarakan soal buku pula ya. Buku ini tak ingat pula tarikh kumembelinya. Yang penting, beli di Badan Cemerlang Sdn. Bhd, Plaza Angsana, Johor Bahru. (Tempat biasa 'beli-belah tingkap') rasanya dah nak dekat setengah tahun buku ni terbiar kat atas locker. Selalu kalau nampak, buat2 tak perasan je. Hee.. Satu hari yang cerah ni semasa mengemas, aku pun tergerak nak selak2 buku ni. Niat di hati kupasang untuk selak je dulu okay. Sebab weekend ni homework belum beres. Tapi..bila dah main selak2 tuh, terus berminat untuk membaca. Tapi part yg hot je dulu..*memilih naa..haha.. Tak ingat berapa lama khayal membaca tuh. Frankly, it's superb! Kalo dah habis baca pun, mcm perlu je baca lagi. Sikit2 dulu pun x pe lah kan..masa tuh busy, kekangan waktu nak SPM la katekan..ceyh kon0n..kon0n!! Lepas tuh terus usung buku ni ke mana-mana, letak je dalam beg. Bila baca buku ni kan, rasa macam ada 'aura' ketenangan, kesejukan, keindahan, ketaksuban, kegembiraan, kemurnian dan keinginan untuk terus membaca. Kesedihan pun beransur-ansur hilang. kira eksklusif la buku kesayangan aku ni. Tak percaya ke? Hehe..percayalahh~ tak kenal maka tak cinta ye tuan-tuan dan puan-puan. Siapa pernah baca The Secret karya Rhonda Byrne? mesti rasa, "Wah~!" Tapi kalau baca buku ni, mesti ungkapannya ada tambahan "Wow~! Sangat luar biasa!" Sebab ape? Sebab buku ni ditulis oleh seorang muslim, Ali Ahmad Maleya beerdasarkan Al-Quran dan hadis. AL QURAN RAHSIA TERUNGGUL, (RAHSIA KEBAHAGIAAN SEJATI) Semua isi dalam buku ini adalah berkaitan dengan mafhum Quran dan hadis. Cover depan buku ni pun mirip The Secret. (Aku x pernah baca pun lagi, masa jumpa tuh x cukup $fulus$..sedih je. T_T. Tp, masa duk usung2 buku ni, my classmate, Mia tegur yg cover sama mcm The Secret. Hehe..dlm buku ni mmg ada mention pun) Aku rasa, agak susah la kalo aku yang belajar dalam aliran pure science ni nak serap semua tafsir Quran tuh, so sebagai langkah yang lebih ringan dan efektif, buku ni memang sangat membantu. At least, dapat buka minda ni  luas-luas! For those who wishes to have towering personalities, you are greatly recommended to have one.  aku suka bahagian Rahsia Rezeki : Menarik kemewahan. Haha tipulah weyh kalo nak miskin je hidup ni. Jom berkenalan dengan buku yang kumaksudkan ini. :)


Dalam tempoh masa bercuti panjang lepas SPM ni, aku dah baca macam-macam bahan bacaan, tak kira lah atas talian atau atas helaian kertas. Siapa kata membaca tuh boring? Tak bosan taw! Aha..memang hobi pun, so tak pernah rasa bosan. Ada satu novel ni kan, bes beb! Zul pinjamkan (eh, aku yg beriya-iya nak pinjam) masa ambil result hari tuh. Dy cerita ala-ala Islamik orang Malaysia la, specifically between a doctor (Raudhah) and an engineer (Izzat). Kalau Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih kan banyak guna loghat Indonesia. Lepas tuh, cerita nih lawak2 gak..kui3 kadang2 rasa Raudhah tuh macam diri sendiri lak. *haha..perasantan! =p Ok, aku boleh kata, "Awesome!" ngeh2..Nuna, Zul, dan comment2 daripada para pembaca novel ni mmg menggalakkan aku untuk membaca juga. Isu kat Palestin pun ada gak. Rasa macam kita lak yang berada dalam situasi tuh. Baca sekali, sure nak lagi! ^^ Happy reading!! ;))

biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki, kerana cinta itu letaknya di hati seorang abdi

Kerana pasir, terbentuknya mutiara. Kerana tanah, lahirnya manusia.

Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan. Kembara hati dalam jiwa hamba. Kembara daripada hina kepada mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.
Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.

Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami
Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?
* * * *
Sebuah kisah cinta indah titipan daripada-Nya, tersusun tertib dalam Kemilau Mutiara Raudhah hasil kreatif seorang pelajar perubatan SAIDATUL SAFFAA.

Monday, April 5, 2010

Perlu ke air mata?

Kajian mendapati 85% wanita dan 73% lelaki berasa lega selepas menangis. :) Selain utk membersihkan mata, air mata juga dapat mengubati tekanan jiwa yg disebabkan oleh masalah kesihatan fizikal spt gastric ulser, hypertension, ulcerative colitis (radang usus besar). Air mata ni jgk ada pelbagai hormon dan cas yg x stabil yg dihasilkan badan masa tuh.  Kalo orang menangis depan saya atas sebab yg boleh diterima, mmg suruh dy nangis je puas2..so, betul la kan tindakan tuh? hehe..mmg saya x pujuk la masa tuh, baik cari idea macam mane nak pujuk. Dah ok sket, baru bukak langkah memujuk. 



Kelebihan menangis dari sudut perubatan :

Menyahkan zat berbahaya dari badan. Zat-zat kimia dlm tubuh ni dihasilakn ketika tubuh dlm ketakutan. 

Tingkatkan kadar degupan jantung. Latihan yg berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Lepas nangis, degupan jantung kembali normal dan kita pun rasa tenang...hee 

Menghalang penyakit. Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Temple, AS kepada 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 kajian lagi terhadap orang yg sihat. Hasil kajian mendapati hampir semua pesakit mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang sihat, mengatakan bahawa menangis adalah sesuatu yang semula jadi jika dilakukan pada waktu dan untuk tujuan yang sesuai.
Membebaskan racun daripada badan. Athur Frank, seorang ilmuwan Amerika berkata, “ Menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan dalam tubuh. Fitrahnya, wanita lebih banyak menangis daripada lelaki, secara umumnya, usia wanita lebih panjang berbanding usia lelaki kerana lebih banyak racun yang dibebaskan”. Para saintis dan pakar mata berpendapat sejumlah peratusan tertentu dalam badan manusia hanya dapat dikeluarkan melalui air mata, iaitu ketika menangis.


Bilakah masa yg sesuai utk menangis?
  1. Mengenangkan dosa-dosa lalu dalam taubat 
  2. Kerana takut Allah dan azab neraka di akhirat kelak. “Diharamkan neraka bagi mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah” (Al-Hakim)
  3. Ketika khusyuk dalam sujud dan solat. "Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk” [17:109]
  4. Ketika berdoa dgn khusyuk dgn mengharapkan hanya Allah shj tempat bergantung
  5. Ketika berjumpa saudara/sahabat yg dah lama berpisah
  6. Ketika melihat kemenangan tentera Islam
  7. Apabila melihat agama Islam diinjak-injak dan dihina oleh musuh Islam
  8. Ketika umat Islam semakin lalai mengerjakan amanah Allah, cthnya masalah kes jenayah umat akhir zaman. Perbuatan zina dan rogol semakin menjadi-jadi sehingga berlakunya kes buang bayi di sungai, tong sampah dan dibakar. Na’uzubillah..*Bancian JPN dari 2006-2008, anak luar nikah yg didaftar mencapai 200 ribu orang..huu T_T
  9. Ketika keadilan dianggap sbg tindakan yg memalukan
  10. Ketika seorang ayah di hadapan anaknya yg sakit lalu meminta bantuan si kaya namun tidak mahu menolongnya dengan alasan.
  11. Setelah mendapat redha kedua-dua ibu bapa. Ni, tiba2 ja gmbar Chef Wan semasa majlis pernikahan Serina & Salahudin Ghafar. *google je gmbar nih..XD

Konklusinya, jangan malu untuk menangis dalam keadaan tertentu. Semoga dengan tangisan kita itu amat tinggi nilainya di sisi Allah..insya Allah. =) Rujukan, majalah kesayanganku, Solusi isu 17.

Friday, April 2, 2010

Pekan Nanas..jemput2 melancong~

27 Mac 2010, Sabtu yg indah. :)

Okie, lately asek membaca buku, novel, blog org ja, then bz tanda kertas Chemistry f4 n f5 ok, excluding the essay. Teringat la masa mula2 belajar Chemistry, haih..mcm apa ja jawab. Sama la kut dgn pelbagai gaya jawapan students Cik Cop nih.. Dah semester 2 f5 baru best.. (:

Walaupun sibuk, kawan2 ajak jugak keluar pergi Pekan Nanas. Dekat je pun, 15 minit dari rumah dah boleh sampai. Alasan kukuh bgtahu Bonda (mmg selalu bajet2 kerabat, nk pnggil Bonda lak..XD), nak pergi Nurfa Farmstay tgk kambing! Hee..bukan main excited nak tgk kambing! Mcm kambing2 kat sana kenal mereka ja..=p x cakap pun nak mandi manda, sbb x confirm. Tp mmg bawak sepasang persalinan lebih laa..hee

Pkul 10 lebih sampai rumah Afiqah Hani.. Ktorg mmg plan nak masak Spaghetti kat rumah beliau.. Tp tersampai lambat lak..sbb kunci kereta Nadzirah hilang td..kecoh gile nak cari..haha so, bile sampai uma Fiqa tuh, spghetti n kuah dy semua da siap masuk tupperware. Tinggal nak goreng nugget lg sikit ja..hehe

Tanpa membazirkan cahaya matahari yg da semakin panas, ktorg naik satu kereta g Gunung Pulai, 15 minit gak dari uma Fiqa tuh. We~ seronok gile! Rase cm remaja lak sendiri2 je naik kereta..hahah *selama nih rase kanak2 so ni baru rse remaja kut..kui3

Ok, bila da sampai kat kaki gunung tuh baru teringat nak bgtaw bonda tempat anakanda berada waktu itu..hehe ^^ lawa ouh~ Subhanallah.. Kalo g ngn family, x pernah nyer nak naik kat tmpat air trjun sbb jauh nak mendaki. Nty ada la aunty2 yg sakit kaki lah, mkanan byk berat2 lak tuh..hehe Tp ni bile pergi ngn kawan2, naik sikit2 je tp bila sedar cam da jauh lak..ahah jumpalah air terjun! Whoa, bes nyerr!!

Mandi2~ kejap ja, dalam 13 minit je berendam.. (Nak mendaki un dah dekat stengah jam, mandi nyer 13 minit je? Tipo0~) XD siyes la ni! Tak main la berdusta ni beb..ibarat kata pepatah Melayu, "Berkatalah benar sekalipun pahit".. Ceyh..sempat lg ye ko Asfa..haha pepatah ke tuh? Slogan? Eh..hehe whatever~ tp bes kene air terjun tuh..rase cm kene urut ja air tuh terjun kat belakang badan..u gotta try n u'll know it then! (=

Lepas mandi mmg biasanya perut akan mula goreng gitar kan? Kui2..so makan la ayam goreng crispy, n apa2 yg dah sedia dimakan tuh. Spghetti n tong air x de lg ok, tngu makan kat farmstay nty..hiks.. Lepas tuh, lepak2 jap smentara tngu semua bersedia mangayun langkah pulang. Bersihkan badan kat bilik air kaki gunung tuh dgn bayaran 50 sen, then teruskan perjalanan g Nurfa Farmstay. Yey!

Ha..kat sini baru betul tujuan. Memandangkan farmstay ni milik ayah Nabila, Aziz so ktorg pun dijemput tengok2 chalet yg ada..hee lebih2 lak dyorg ni, siap duduk2 atas katil lg! =p kalo ada sesiapa nak datang, satu chalet tuh RM 80 je!! Dah la besar! Bes seyh..siap ada dapur, toilet un maju la..air cond, tv, refrigtr sume siap!

Dah kebulur, cepat2 hidang spghetti dan mulakan jamuan kat anjung chalet.. :) alhamdulillah.. Tp sempat gak terhidu bau2 harum semerbak dari kandang kambing nun di sana..haha faham kan? ok bagus, sangat faham. Dah kenyang, baru g melawat kambing2.. 

Sambutan dyorg camaner? Waha they were very friendly! ;) waktu ktorg jejakkan kaki kat dalam tuh je, banyak kepala kambing terkeluar dari celah2 kandang nak tengok ktorg yg famous nih..haha *perasantan. Bila ktorg buat2 mangembekkk kan, dyorg ulang! hahaha lawak je! Ada kambing tgh menyusukan anak dy, gemuk, berjanggut panjang, agresif, pasif, hitam, putih, kacukan, kelaparan, bunting, tanduk senget, sakit sume ada.. Bes taw! hehe.. Setiap minggu nty ada la pegawai kesihatan datang check2.. susu kambing pun boleh didapati di gerai berdekatan ye..maaf, harganya dah lupa.=p

Ok, pastuh kemas2 dan balik....udah kecapekan d0ng. Hepy2 day! ^^