Thursday, April 22, 2010

Jangan tidur je ye! ;D

Syeikh Abu Al-Haan al-Syazili berkata, "Kami telah membuktikan bahawa tidak ada ubat yang paling mujarab untuk mengusir mengantuk, selain makan makanan halal dan menjauhi haram atau syubhah. Barang siapa memakan makanan haram atau syubhah, banyak tidurnya."
> Konklusinya, makananlah makanan yang dijamin halal. Insya Allah diberkati  + badan sihat + otak cerdas. Syuh2! Pergi main jauh2 sana ngantuk! Syaitan jangan gayut2 kat mata naa..
> Kalau nak cuba sabun AQURA utk mghilangkan rasa mengantuk, anda dipersilakan untuk merujuk blog ini atau hantarkan email kepada Saudari Asfarina. ;)) sila2, jangan malu-malu untuk klik laman tersebut.

Kalu kite banyak tidur, kite dah buang masa dengan sia-sia kan? Para ulama sepakat bahawa tidur yg melebihi keperluan (8 jam sehari) dapat merosakkan mental dan kesihatan. Selain itu, tidur lebih2 juga akan menjauhkan diri kita daripada mendapat keuntungan duniawi dan ukhrawi. Yela, sebab semua kesempurnaan akan diperoleh semasa kite sedar. Sesiapa yg suka tidur, bererti ia menyukai kekurangan, meniru orang mati, lalai daripada amal kebaikan dan melambatkan keuntungan dunia akhirat.

Tidur yg berlebihan ni pencuri masa! Sama jugak kalau kite tercegat tunggu orang lama2. Cakap je, "Boleh tolong cepat sikit x, saudari? Tak baik curi masa aku nih..terseksa -.-". Okay, pernah cakap macam ni. Hehe..tp dengan kawan rapat2 je la. Mereka sudah sedia maklum akan hal ini. Hey, sadis ke? ;D baik baca buku, sambil2 layan mp3 sementara tunggu kawan tuh kan? Tapi macam x seronok la kalo dah lama sangat tunggu..da la aku cepat bosan..ho0~

Konklusinya, makanan yang halal --> elak mengantuk --> tidak tidur over2 --> tidak membuang masa anda dengan sia-sia. ((: u get it? Good then.
Salam segar tidak mengantuk.

Monday, April 19, 2010

Syaitan tuh sahabat awak ke saya? Nau'zubillah.

Sahabatku, manusia yang disayangi..aku melihat engkau menghabiskan duit dengan bershopping dan menikmati kemewahan dunia semata-mata. Syabas sahabatku! Engkau telah memilih jalan yang betul, daripada menggunakan duitmu untuk memberi sedekah kepada orang lain. Duit engkau hanya untuk engkau. Tak perlulah bersusah payah untuk orang lain. Giving is loving? Heh..no way man!

Aku lihat apabila engkau bertemu sahabat handaimu, bukan "Salam" atau "Assalamualaikum" yang diucapkan, tetapi engkau lebih seronok menggunakan "Oit..Hi..Hello..Whew!". Ini sangat bagus, sahabatku! Engkau mengikut peredaran zaman moden dan tidak kelihatan kekampungan. Engkau tergolong dalam kelompok yang mengikut 'trend' semasa. Memang itu yang engkau mahukan, kan? Yah..berbanggalah sahabatku.

Oh, pakaianmu tidak menutup aurat! Wah..engkau memang mempesonakan, sahabatku! Bagus, engkau memang perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Ah, apa-apa jua peraturan tersebut bukankah kelihatan konservatif? Pasti berpasang-pasang mata yang memandang engkau akan memuji dan menyanjung kecantikanmu. Sesungguhnya kecantikan tersebut memang perlu ditonjolkan kepada umum, sahabatku.

Sewaktu engkau hendak tidur, aku lihat tiada langsung engkau memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat Kursi, tidak membaca tiga Qul, apatah lagi mengambil wuduk. Oh, aku akan segera mendapatkanmu, sahabatku! Segeralah tidur duhai sahabatku. Alangkah baiknya kerana engkau tidak membuang masa dan melengah-lengahkan waktu tidurmu. Waktu ini bukan untuk membaca atau mengingati apa-apa wahai sahabatku. Tariklah selimutmu dan tidurlah seperti puteri kayangan. 

Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Di akhirat nanti, kita berjalan bersama, ya? Melangkah seiringan sambil berpegangan tangan menuju neraka jahannam. Alangkah romantik dan bertuahnya aku! Bisa memilki sahabat sejati sehidup semati di dunia dan akhirat sepertimu sayangku intan payung honey sugar..

Aku yang setia bersamamu selamanya, Syaitan.


Au'zubillahiminasyaitonirrajim~ huu..seram lak pe yg ditulis nih. Tadi terbaca then terasa nak buat untuk diri sendiri yang serba kekurangan dan sering terpedaya ini.. Eh, sebagai peringatan untuk kita semua jugak! ;)) saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran..  Dah pernah baca 'Bagaimana syaitan menakluki hati'? (Kalau nak baca, klik je kat tajuk tuh) Mintak dijauhkan daripada segala godaan. Janganlah asyik berkepit je dengan 'mereka'.. Tapi, kalau rasa nak berkawan jugak dengan family syaitan, sila2. 'Dyorg' confirm bangga! Sekian. Wassalam~

Saturday, April 17, 2010

Oh matrikulasi!

:)) salam. hye2! semoga semuanya sihat dan diredhai Allah. (: Lama x update blog kan..-.- pergi mana entah? Secret. ;D Lagi pun, awal bulan buku2 majalah2 beratur menunggu giliran untuk diselak..=p  uhum..ni baru jumpa, "Membaca ibarat memberi cahaya kepada roh kita". Eh, tapi ini bukan berkaitan bahan picisan taw.. Rasanya kalo baca Quran memang paling tepat. hii..

Eh, semalam 6.30am dah tercegat depan lappy nak check matrix. Hehe.. alhamdulillah~ Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Haha excited je! Lepas cek fb, lagi la seronok ramai dak Taiping dpt.. Classmate un same..waha lg excited bila balik uma atok terus serang czen. "Weyh, aku dapat melaka! Ko dapat mane, bang?". Hoo..dy terkejut pagi2 lg tgk aku excited2! ;D ha..dy un dengan riak x percaya, cakap "Yeke??! Aku un dapat melaka gak! Haha.." Bila call Zarifah (czen lg sorang), dy un gelak2 cakap dapat Melaka gak! HAHA..lawak je nak berkumpul family kat melaka semua. Er..tapi tunggu UPU dan lain2 dulu. Medic Mesir tuh da tolak kutt..heehe..baca surat tawaran tuh dua kali ja pastuh terus simpan. Goodbye Mesir~ Nty suatu hari yang indah kite jejak kat bumi tuh jugak taw! Insya Allah.. (;

Eh dengar kata Kolej MARA Kulim tuh the best college? Iye ke?? Aku cam nak deny je..*ceyh..mentang2 dapat melaka, seboleh-boleh nak deny kalo kulim tuh baguss..ueks!* Ni haa..Penang, Pahang, Melaka un ada kata bagus gak. Haih..ntahla..nty asyik nak gaduh lak psl bnde kecik ni je pun.haha macam kartun.! Belajar je la kat mana2 pun. Diri sendiri ni yg penting, kan? Life is about creating urself okie. Bila kat tempat baru nanti, semua kawan-kawan sama je..freshie. Let people underestimate you, but never underestimate people. :)

Sedar tak sedar dah nak masuk kelas semula..^^ yeay! Tapi kan..hee da sebati cuti, berbulan-bulan ni, mesti liat nty..kui3 Asfarina, wake up up up! Up in the air~ haha.. All the best ya!

> ni yg berjaya dikesan yg dapat KMM : Best friend aka room-mate, Adilah Hani, classmates ; Mia, Kid, Yusri, Al Adzharry, Fauzan, maresmartians ; Myra, Izzul, Baihaqi, Shafiq Aqmal, Fendi, Ros, n my cousins ; Amirul Faiz n Norzarifah. Confirm, tak semua g matrix nih..lol. pilihan di tangan anda, so fikir2lah yg terbaeekk~!!