Wednesday, November 9, 2011

To-boost-iman list :)

Assalamua'laikum pembaca cantik segak bergaya :) semoga hidup kita sentiasa ceria dalam limpahan mawaddah wa rahmah.

Bismillahirrahmanirrahim


"Worrying about the dunya is a darkness in the heart, while worrying about the akhirah is a light in the heart"
[Uthman ibn Affan]



Sila pilih yg mana senang untuk dimulakan dulu. Seriously semua sangat sangat penting untuk dibuat setiap hari. Kalau tak mampu, seminggu sekali atau sebulan sekali. Yang penting, kita cuba istiqamah, insya-Allah jadi darah daging. Semua elemen ni sebagai bijirin rohani kita untuk jadi muslim produktif ;) biar hidup subur dengan tarbiyyah dari-Nya saban waktu, walau di benua mana jua kita berada.

:) Jaga hak-hak Allah
:) Jaga solat (muka bersinar-sinar -bintang/bulan/matahari? check Stanza Cinta's entry)
:) Jaga al-Quran (FaceQuran, continue reading)
:) Qiyamullail (Allah sendiri turun ke langit bumi sepertiga malam)
:) Majlis Ilmu (taman-taman syurga di dunia :) listen and then share share, it's ur saham!) 
:) Positive minded (recharge -Tumblr :P USRAH [Untuk Semua Rasa Allah Hebat!] ;)
:) Ingat mati, selalu. (org yg bijak selalu ingt mati, so akan takut utk buat dosa, kan kan)

Berbalik kepada hadis di atas sekali tu, memang betul kan, kita selalu sangat risau dan tergila-gilakan dunia tanpa ada kena-mengena dengan urusan akhirat. 


***

Namun begitu, karat-karat jahiliyyah itu rupa-rupanya masih menapak di dalam hati. Aisshh susah betul nak tanggal, walaupun setelah disental dengan kelorok dan berusjamban dawai.  Maka bukan jarang-jarang saya berasa cemburu apabila melihat mereka yang memandu kereta-kereta sumpah osem bergaya. Bukan sekali saya berasa jeles melihat anak-anak muda berpakaian sungguh bergaya. Dan boleh tahan selalu jugalah tergerak di dalam hati, "Holoiii muda-muda lagi dah sungguh berjaya dengan rumah mewah dan ada gelpren cunnn..!"

Errr... Pandang kiri, pandang kanan, lari laju-laju. Eh.

Tetapi begitulah. Kadang-kadang tu, pernah juga cemburu dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya dicemburukan. Maksudnya, er, seperti pakaian yang tidak pon selari dengan kehendak Islam, atau perbuatan yang jelas menyalahi syarak. Adohai. Sungguh pelik dan ekstrem bukan Inche gabbana ni..? Tunduk malu.

Saya kira, saya hanyalah seorang manusia yang sumpah marhaen lagi hina. Bukan nak berikan alasan, tapi nak beritahu di sini, betapa lemahnya iman saya sampaikan tergamak untuk berasa jeles meles dengan perkara-perkara yang tiada nilai pon di sisi Allah. Betapa nipis dan goyahnya iman saya...! Eh, kenapa baju saya tiba-tiba basah ni...?

TAPI.. Ada satu perkara yang menjadikan saya kuat. Ada satu faktor yang menghalang saya daripada berasa bawah yang teramat atau jeles tahap tenggiling. Ada satu benda yang kadang-kadang menyebabkan saya tersenyum seorang diri ibarat orang kena angau lagaknya.

Selanjutnya, anda dipersilakan untuk membaca perkongsian ini, hadiah daripada saya :) Fanatisme Sorga - Angel Pakai Gucci ;)) Subhanallah, ikhwah ini sungguhh osem :) suka ayat diaaa, perlu baca dengan penuh keterujaan dan kasih sayang, haha. 

Akhirul kalam, untuk Asfarina terutamanya ;) sentasa jaga diri, jaga iman, jaga hati. Berhati-hati dan sentiasa neutralkan diri daripada segala jenis racun dan virus.


"Dan jika kamu mengikuti kebanyakan manusia di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikut hanyalah prasangka belaka dan mereka hanyalah berbohong"
[6:116]


Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar
Salam Maal Hijrah 1433H, para pembaca tersayang :)
Wallahua'lam.

Sunday, October 23, 2011

Malu dengan Allah :(

Assalamua'laikum warahmatullah :)

Rindunyaa rindunyaaa rindunyaaa kat blog :( maaf sangat sangat sudah lama tidak menyiram dan membaja blog ini. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah masih dipanjangkan usia kita semua untuk berkongsi ilmu di sini ;) Macam mana ilmu, iman dan amal? Semoga sentiasa diperbaiki dan istiqamah, seterusnya diterima-Nya amalan kita yg sedikit itu..insya-Allah. Pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS), Pn. Mazidah [bukunya, Mendidik Anak Cara Islam (if im not mistaken)] selalu bercakap soal menulis. Ramai yg susah untuk konsisten menulis. Membaca memang senang, hari-hari boleh baca macam-macam bahan bacaan, tapi nak menulis ni susah kan? Nak menulis mesti kena baca atau timba pengalaman dulu, baru ada ilmu dan rasa untuk dikongsi :)
Dan pada petang ini, blog pertama yg dilawat ialah blog Saudari Husna, pelajar Pergigian, UIAM Kampus Kuantan. Rasa nak mengalir air mata baca entri-entrinya yg lalu :'(  Bercerita soal jodoh :) -HustaTaqwa, entah tak tahu kenapa jadi sedihh. Mungkin sebab lagu di blognya yg sedih, juga isi2 entrinya yg bermakna. Nak suruh saya bercakap serius soal jodoh, memang tak lah. Baca ja entry husna tu, clear cut fr all of us, insya Allah :) sangat suka dan menyokong entry tersebut.
Rintihan di suatu malam yg hiba :( kutahu Kau sentiasa mendengar ya Allah..

Ya Allah..i realize that the only way to escape now is to repent. Ya Allah..terimalah taubatku ya Allah..dengarlah rintihan hamba-Mu yg hina ini ya Allah.. am I too late this time?

Aku mendengar getaran hati, ternyata tiada tenang dalam keseronokan. Aku kenal benar situasi ini, compang-camping lagi. Yang ada hanya kebinasaan. Kerana tenangnya orang beriman, apabila ia kembali kepada Tuhan. Kuserahkan diriku ya Allah, pandanglah daku..peganglah aku ya Allah..pegang kembali hatiku ini ikut acuan-Mu. Aku mohon ya Allah..sehina manapun diriku di pandangan-Mu, kau pandanglah taubatku ya Allah..pandanglah hamba-Mu ini ya Allah..jangan ya Allah, jangan pernah lepaskanku.

Aku mahu siram kembali biar basah dengan tarbiyah. Terima kasih ya Allah kerana menjodohkan pertemuanku dgn akhawat USM, walau kami bukan dari tempat yg sama. Terima kasih ya Allah kerana rancangan-Mu sangat sangat cantik, aku tidak pernah membayangkan secantik ini aturan-Mu. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Sehingga kini, merekalah yg menampal compang-camping hati-hati kami di sini biar hidup subur dengan nur cinta-Mu, segalanya dengan izin-Mu jua. Syukur masih ada getaran ketenangan di rongga itu, ya Allah. Alhamdulillah.



Sungguh diri ni pun rasa malu sangat sangat nak berdoa kat Allah sebab tahu tengah banyak dosa. Kufur nikmat sekufur-kufurnya, bak kata Ucu Phia yg disayangi kat sini ^^  
 
Cukuplah minta diampunkan dosa, diterima amalan yg sikit sangat ni. Malu sangat sangat nak sebut hal lain. Rasa nak menangis tak berhenti. Rasa tak layak langsung meminta dengan diri yg penuh dosa. Lagi tertampar bila baca hakikat ni : "Kalau sudah niat betul-betul, tertib semua untuk bersedia bangun malam, tapi akhirnya kita tak bangun juga, cuba lihat kembali hari kita. Pasti ada dosa di siang hari yang mengikat roh kita daripada qiyam".

Sudah terang lagikan bersuluh, Asfarina. Sebab tu rasa malu, rasa sangat jahil, hina dina kotor berhadapan dgn Allah! Tak sanggup aku terus-terus berdosa yg aku sendiri sedar ini, itu benda salah. Dosa kecil diulang-ulang memang gelap hati nurani. Tapi kadang susah nak elak sebab memang  terjadi sekeliling kita.  Tapi syukur, sekurang-kurangnya belum ada perkara yg sangat sumbang di pandangan mata aku berlaku depan mata. Sama perasaan mcm Ucu Phia tulis : 

Siapa kata tak pahit? Siapa kata tak sakit hati? Siapa kata? Betapa perit dan malu nak minta doa dengan Allah untuk tunjukkan jalan yang benar dalam masa yang sama kita tahu kita menuju jalan yang salah. Malu tahu, minta Allah berkati perkara yang terang-terang lagi bersuluh perkara yang Dia murka. Betapa aku rasa, aku memang tiada harapan untuk hidup sampai aku rasa lebih baik aku ini dimasukkan ke lubang neraka itu. Sampai begitu sekali teruk perasaan bersalah aku.

Akhirulkalam, bersama renungkan : Jika ada yang memujimu, maka ketahuilah betapa hebatnya Allah menyembunyikan keburukanmu [Ibn Ata'illah]

ya Allah..ya Allah... wa laa haula wa laa quwwata illa billah~

Kakak, bagi Ibu, Ibu mahu kakak jadi jutawan ilmu dan jutawan budi. Galilah ilmu dan pengalaman segunung yang tinggi, dan taburlah bakti untuk Islam semaksima mungkin. Kakak, kalau kita kejar akhirat, dunia akan mengikut di belakang. Jadi jangan risau pada dunia. Itu bukan matlamat kita. Lihatlah akhirat, Ibu yakin Kakak lebih jelas apa matlamat
-husnabaek.blogspot.com :)

Wallahua'lam. Selamat menuntut ilmu Allah yg sangat luas di dunia ini sebanyak mungkin! Semoga dibukakan jalan-jalan jihad kita untuk istiqamah berkebun sehabis kudrat di dunia ini dan bersama menikmati limpahan hasilnya di akhirat kelak. Ameen ;)

[30:69] Dan orang-orang yg berjihad untuk mencari keredhaan Kami, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yg berbuat baik.

Fastabiqul khairat wa mardhatillah~
Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan dan mencari keredhaan Allah :)

Friday, September 30, 2011

Stanza Cinta A.Sorfina :)

Assalamualaikum warahmatullah :) semoga kita semua masih berada dalam keampunan-Nya, di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad sallallahua’laihi wasallam, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

Muka surat 154, aku berhentikan bacaan. So sad :’( rumates bising tengok aku mcm nak (dah) ternangis! Novel ni setiap monolog dalamannya mengingatkan kita kepada Allah, Rasulullah s.a.w, kebesaran Allah, kekerdilan kita, saat kita diuji dgn ‘hadiah’ hari jadi iaitu kehilangan kawan karib, cinta kepada ibu ayah seperti mencintai syurga, ‘Tangan’ Tuhan yg menjaga aku, harga diri yg dipertahankan, haruskah aku memilih?, bahagia itu masih milikku, ujian itu teman baikku dan banyak lagi.

Ya Allah..mmg dpd awal tengok watak Amni ni dah timbul rasa kagum dengan prinsip hidup dia. Independent la senang cerita. Sejujurnya, tak suka baca/tengok cerita yg watak perempuannya rapuh. Suka perempuan yg daripada awal bacaan, monolog dalamannya menunjukkan dirinya seorang yg tabah, kuat, motivated dan semua yg best best mcm Amni, akhirnya lagi hebat :) insya-Allah!

Pendapat saya, ini novel cinta terbaik dari Malaysia (2010-2011). 
Novel apa?
Stanza Cinta, Galeri Ilmu Pub., Nurull Halawati :)
Beli di kedai buku POPULAR, KB Mall, 24 September 2011, selepas makan tengah hari bersama guru homeroom terbaik sejak muda dan selamanya, Kak Wana :)

Berilah hatimu untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaiknya :’)

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala, daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya, daripada dikelilingi lelaki yg mencemarkan maruah diri.

Yang seterusnya ni dah 3x saya jumpa dalam masa terdekat ni (macam kisah saya jumpa hadis "Jangan marah" dulu tu yg 3x saya jumpa di tempat berbeza dlm masa terdekat). Kali pertama jumpa di board sebuah persatuan selepas sesi pendaftaran kolej. Kali kedua terbaca di surau blok. Kali ketiga jumpa dalam novel Stanza Cinta. Waktu kali pertama baca terus rasa terpadam keserian, "Memang tak bercahaya lah muka aku kat akhirat nanti". Nak tahu?

Kat akhirat nanti, ada 3 jenis cahaya di padang mahsyar. Cahaya pertama, seperti bintang yg berkelip-kelip, cahaya kedua seperti bulan purnama yg sangat terang, cahaya ketiga ialah cahaya matahari yg bersinar dgn sangat terang. 

Cahaya apa?
Cahaya seperti bintang berkelipan tu datang daripada wajah orang-orang yg apabila mendengar azan, dia segera meninggalkan kerja dan urusannya, lalu melangkah untuk menunaikan solat. Cahaya seperti bulan purnama pula datang daripada wajah orang yg mengambil wudhuk sebelum azam berkumandang. Dan wajah yg terang-benderang seperti cahaya matahari itu pula ialah wajah mereka yg telah pun berada di dalam masjid sebelum masuknya waktu azan.

Subhanallah...mesti teringin nak wajah kita bercahaya di padang mahsyar nanti kan? Solat tu kuncinya. Ya Allah..tunjukkanlah jalan yg lurus kepada kami, bantulah kami dalam mencari cinta-Mu, izinkanlah kami merasai nikmat cinta-Mu..amin amin ya rabbal a'lamin...

Ok fine, Amni ni ada byk prinsip dan berfikiran macam Asfarina, sebab tu Asfarina suka dan sangat kagum dengan Amni Sorfina. Ternyata, sudah terang lagikan bersuluh Asfarina bukan Amni Sorfina.Terima kasih Amni Sorfina kerana menyedarkan Asfarina ttg erti tawadduk dsb. Ok Asfarina belum habis baca kisah Amni Sorfina lagi ni! kbye, wassalam.