Tuesday, April 10, 2012

Sekiranya engkau mengetahui



A017
(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.

A018
Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.

A019
Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).

A020
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.

A021
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

A022
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

A023
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

A024
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.

A025
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).

A026
Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.

A027
Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.




"Ya Allah jadikanlah cahaya pada hatiku, cahaya pada lidahku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada mataku, cahaya dari arah belakangku, cahaya dari arah depanku, cahaya dari atasku, dan cahaya dari bawahku. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku cahaya. Ya Allah tiada Tuhan yang benar melainkan Engkau, janji-Mu adalah benar, perjanjian dengan-Mu adalah benar, dan syurga itu adalah benar, dan neraka itu adalah benar, para nabi adalah benar dan Nabi Muhammad S.A.W itu adalah benar. Tentukanlah kebaikan untukku walau di mana sahaja kuberada, sesungguhnya engkau berkuasa di atas segala sesuatu, Ya Qohhar. Ampunilah aku, Ya Tawwab, aku mohon keampunan-Mu Ya Ghoffar


Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan perkara yang susah boleh Kau jadikan mudah, apabila Kau mengkehendakinya. Kurniakanlah, dan jangan Kau tarik nikmat hati ini agar sentiasa segar mensukuri nikmat-Mu, badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu, lidah yang lembut basah memuji-memuji keagungan-Mu. Damaikanlah hati ini ya Latiff, penuhilah piala hati ini dengan keyakinan yang benar-benar mantap, ilmu yg berguna dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku ya Allah. Tenangkanlah hati mereka. Ya Hakeem, balaslah kebaikan mereka semua, berikanlah yg terbaik, lapangkan dada, muliakanlah mereka di sisi-Mu jua ya Allah.


Semua ini kerana-Mu ya Allah, semata-mata kerana-Mu jua ya Allah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillahi rabbil a'lamin atas semua limpahan nikmat yg tidak terkira ini. Ya Rozzaq, aku mahu yg terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih dalam kalangan jutaan hamba-Mu. Hasbunallahu wani'mal wakiil wani'malmaulaa wani'mannasir. Laa haula wa laa quwwata illa billah. Tetapkanlah hati-hati kami di jalan-Mu, tingkatkanlah rasa cinta dan lipat gandakan kesungguhan untuk berjuang dan mati di jalan-Mu. Redhailah setiap langkahku. Ampunilah aku ya Ghoffar, pandanglah aku ya Allah, pandanglah doa hamba-Mu yang hina ini ya Allah.


ya Allah..berikanlah kejayaan kepada kami di dunia dan akhirat. Tempatkanlah ku dalam kalangan org yg beriman dan beramal soleh dalam syurga-Mu yang teristimewa, syurga Firdaus ya Allah. Mohon redha-Mu ya Allah. Astaghfirullah astaghfirullah Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Ameen ameen ameen ya rabbal a'lamin."


Inspirasi doa insan-insan yg terkenal  di dunia dan akhirat, insya-Allah :)

Thursday, March 1, 2012

Anugerah Dekan

Assalamua’laikumwarahmatullah :)

“Dan pada nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)”
(Ad-Dhuha93 : 11)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.

Sedar Anugerah Dekan bukan atas usaha sendiri, tetapi kurniaan Allah. Ditambah pula dengan tiupan doa-doa tak berbayar daripada insan-insan tersayang, mungkin disedari atau tidak.

Satu anugerah? Mungkin nikmat, mungkin ujian. Syukur Alhamdulillah. Banyak ujian sebelum dapat keputusan lewat seminggu. Itulah masa yang Allah beri untuk betul-betul bersedia agar redha dan bersyukur dengan apa sahaja keputusan. Betul dah habis redha kalau terukk uhuk mestilah sedih. Dupp dapp akhirnya, alhamdulillah!! :))

Mulanya tak berniat menulis entry sebegini, tapi rasa malu sendiri. Bila mahu exam, mengemis doa ibu abah adik ahli keluarga pensyarah pakcik makcik sanak saudara sahabat handai, tapi bila sudah berjaya, dilupakan terus untuk menyatakan kesyukuran. Astaghfirullah astaghfirullah. Tak mahu dipandang hamba yang kufur nikmat di mata-Nya. Kalau tidak pandai bersyukur dengan yang sedikit, berani berjanji akan bersyukur ketika mendapat yang banyak? Mohon keampunan-Mu ya Tawwab T T

Kita faham dan tahu, keputusan apa pun yang kita dapat ialah kurniaan Allah, bukannya semata-mata disebabkan usaha kita. Usaha hanya asbab untuk Allah berikan keputusan yang terbaik untuk kita, hamba-Nya. Jangan sesekali kita menisbahkan kejayaan yang diperoleh ni pada hasil usaha sendiri, tapi sebenarnya ia kepunyaan Allah!

 Allah yang bagi kekuatan untuk kita belajar dan menjawab exam dalam keadaan sihat wala’fiat, segala kecerdasan, keyakinan, ketenangan, kekuatan dan kemudahan semua tu datang daripada Allah, dengan izin Allah. Allah jugalah yang melembutkan hati para pemeriksa (when giving marks for quizzes, midsem test, presentation etc) dan memudahkan segala urusan. Jadi, memang selayaknyalah kita kembalikan semua puji-pujian dan kesyukuran kita kepada Allah, kita insan fakir lagi hina yang tiada apa, memang hanya Dia yang layak diagung-agungkan. Tskktskk T T astaghfirullah astaghfirullah, mohon keampunan-Mu, ya Ghaffar.

Let the best of your past be the worst of your future

Tak boleh selesa di mana kita pernah berada. #Jauh lagiii, awok ad 7 sem lagiikk Asfarinaa. Terasa mereka ni semua semangat ohh semester dua ni. Wahaha best ;) 

Berilah kejayaan kepada aku dan rakan-rakanku yang Engkau tahu kami ikhlas menuntut ilmu kerana-Mu, mencari keredhaan-Mu, ya Allah. Semoga kami dapat membangun ummah, berjaya bersama-sama menunjukkan yang Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam!

Kami sama-sama dalam proses menuntut ilmu-Mu, aku sedih jika kami tidak berjaya bersama. Redhailah perjuangan kami, tentukanlah kebaikan untuk kami bagi kesudahan diri kami pada masa ini dan akan datang, di dunia dan akhirat. Tentukanlah kebaikan bersama kami, semoga hati kami sentiasa segar mensyukuri nikmat-Mu, badan kami sentiasa ringan menyempurnakan ketaatan kepada-Mu dan lidah kami sentiasa lembut basah memuji dan mengagungkan kebesaran-Mu ya Rozzaq. Ameen.



Islam itu tinggi :)

Belajar dalam kalangan non-Muslim memang mencabar kan? Mereka STPM sudah tentu lebih berpengetahuan. Yang membezakan kita dengan Zhen Fei, Kie Teck, Hew, Jaxy, Nathan, William, Yen Chen, Ai Ting, Kelsey, Dhanya dll adalah niat kita dan kepatuhan kepada Allah. Di mana kita meletakkan Allah dalam hidup? Buku ke solat? Mesti yakin dengan janji Allah. Yakin Allah akan tolong. Yakin segala-galanya boleh terjadi dengan izin-Nya. Dia boleh memuliakan, Dia juga yang boleh menghinakan kita di mata mereka.
Mohon keampunan-Mu, ya Allah.. T T

Mungkin ada antara pembaca sahabat handai rakan taulan umat Nabi Muhammad sallallahua’laihiwasallam (sama ada dikenali ataupun tidak) yang sudi mendoakan kejayaan kita bersama. Terima kasih diucapkan :) Tentu sekali saya bersyukur atas segalanya. Saya tahu pasti ada antara kalian yang doanya lebih dipandang Allah (mungkin keikhlasan berdoa yang membezakan kita di hadapan Allah. tskk T T). Saya yakin itu. Sebab itu saya buang rasa malu jika ingin mengemis doa kalian. Makcik makcik yang kurang berdaya tetapi terpancar kesucian dan keikhlasan hatinya pun saya rasa rugi besarrr jika bersalaman seterusnya bertegur sapa tapi tidak terkeluar permintaan, “Doakan ye cik” di akhir pertemuan.

Mungkin juga bila kita selalu mendoakan orang lain tanpa pengetahuan mereka, para malaikat pula meng-amin-kan doa yang sama kembali kepada kita semula. Siapa tak nak didoakan malaikat? T T Subhanallah, terlalu banyak nikmat-Mu ya Allah.. Ahamdulillah.

Bukan wang ringgit, pertunjukan atau pemberian barang mewah mewah, platinum emas perak yang saya idamkan, cukuplah hanya sepotong doa ikhlas dari hati terus kepada Allah untuk kita semua umat akhir zaman yang lemah umpama buih-buih di lautan. T T hamba memohon kekuatan dan keampunan-Mu, ya Qohhar.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
(Surah Ar-Rahman)

Allah Allah Allah

Whatever we decide to go after, we must make an absolute commitment. Whenever there is doubt between the easier path and the one that requires you to stretch, get in the habit of stretching. We must commit ourself to true standards, Asfarina..which are those that we consistently stand by, regardless of their difficulty. These standards are those that we consistently uphold even when no one else is watching. Be consistent, be someone who is honourable whether people are watching or not.

-nota kaki lepas membaca buku TJ Hoisington-


p/s : Mohon maaf jika anda rasa entry ini ada berbaur egoistik, takabbur, berlagak sombong dan sebagainya. Saya benar-benar tak berniat begitu. Semoga Allah menghargai usaha-usaha kita, walaupun sedikit tapi berkat di sisi-Nya T T chaiyok chaiyokk! :) Oh btw, Jeli best! Esok PM datang UMK Kampus Jelli ;) okengg, wassalam.

Tuesday, February 14, 2012

#2 Cinta Muka Buku ke Muka Kitab :O

Assalam :) eh eh perasan tak, sebenarnya aku nak cakap pasal ni kat entry lepas, tapi mcm dah berjela-jela buat luahan perasaan sendiri pulak. Ngahaa tak perasan kan? Peace (V)

Oh sebelum terlupa, sangat-sangat berterima kasih kepada mereka berdua [yg saya letakkan link mereka di entry #1 sebelum ini] kerana isu yang diketengahkan oleh antunna telah menarik minat saya untuk menghadamnya insya-Allah. {Dalam erti kata lain : Shoot! Bila membacanya, memang terasaaa pedas dan sedikit sarkastik di situ. Ahhaha}

1 : Seorang kawan ni pernah cakap, “Susahnya nak fahammm. Dah banyak kali baca nii  ._. Rasanya Comel (bukan nama sebenar) kena berhenti cakap orang handsome lah, As. Nanti hati semakin hitam, legap tak masuk nur untuk belajar sampai fahamm.”

“Aaa bagusnyaaaa! Astaghfirullahala'zim astaghfirullahala'zim. Sama je Comel, ni la masalah kalau dah namanya perempuan. Tapi kite cam tak pandai menilai handsome ke tak, kalo suka tu asek cakap dia 'bagus la' je. Ngaha. Kadang dalam hati je tercakap pasal lelaki pun dah boleh buat titik hitam kan. Pffft".




Dalam entry Sofia [begitu begini], suka jawapan Sofia : "Siapa yang sempurna, kak? Mereka sama macam kita tapi beza dengan mereka sebab mereka nak berusaha. Walaupun mereka tak boleh nak ubah style cerita lelaki belakang tu. Tapi diorang cuba jaga hubungan antara lelaki dan perempuan dengan tundukkan pandangan bila terserempak. Mungkin kita tak berapa nak nampak sebab bagi kita tegur-tegur kawan bila terserempak tu, biasa lah kan. Tapi usaha mereka itu yang kita tak nampak. Dan kawan yang baik sepatutnya support usaha mereka tu dengan tidak bersangka buruk dengan mereka, doakan dan tolong mereka ke arah jauh dari benda-benda yang buat mereka lebih nak borak pasal lelaki."


Jangan mengutuk atau memandang rendah orang yang kelihatan teruk di mata kita saat ini, sebaliknya berdoalah untuk mereka.  Siapa tahu bila orang tu berubah, dia menjadi lebih baik daripada kita?


Ada satu kisah Fadl bin Abbas (sepupu Rasulullah, dan juga abang kepada Abdullah bin Abbas) yang memandang kepada jemaah wanita yang mengerjakan haji. Dia memandang sampai terteleng kepalanya, lalu Rasulullah menolak wajahnya. "Jagalah pandanganmu, nescaya kamu akan mendapati kemanisan beribadah." Cerita ini unik, kerana Rasulullah bukan menghalang dia memandang kepada orang buka aurat, tetapi memandang kepada orang perempuan yang sedang mengerjakan haji. Tahu bagaimana pakaian orang perempuan yang sedang dalam ibadah haji? Kalau tak tahu, boleh google gambar tu. Betapa orang yang begitu sempurna dia menutup aurat pun, Rasulullah halang kita daripada sembarangan memandang... inikan pula orang yang pakainya tak sesempurna jemaah haji wanita.

Wahai otak, jika si mata tertarik kepada perkara yang haram dilihat yang membuatkan kamu lupa terus pada ajaran al-Quran untuk menundukkan pandangan, cepat-cepatlah bantu si mata itu wahai otak. Kamu ada ilmu, rugi benar jika kamu tidak mampu aplikasikan. Apabila kamu tersedar, cepatlah wahai hati untuk beristighfar meminta keampunan dari-Nya atas apa yang kamu lakukan.
 *Sumber : Zetty. 
Lebih tepat lagi rasanya jika digantikan dengan wahai akal. Tapi bunyi wahai otak lebih sedap eheh*

Dari mata turun ke hati. Hati takkan suka kalau mata tak mula mencari. Oh teringat, ramai je kanak-kanak perempuan excited jerit diam-diam (ehh?) bila nampak kanak-kanak lelaki itu sudahlah kacak bergaya, pergi ke surau pulaknya, tambah lagi waktu qiyamulail. (taktahu la celah mana kegiatan ini terbongkar muahaha) sekarang sudah tahu mana lebih baik, bukan? Jaga pandangan, jaga hati. So buat apa kau cakap. 

2 : “Owhhh stalk orang eh kau?” 
“Apaa? Kawan la, saje tengok wall dia, benda yang dia share selalu bagus and best. Hee.” 
“Ececeh, ni minat ilmunya ke minat orangnya?” 


Dushh harap tidak terkantoi di situ. Minat ilmunya, kemudian terlajak pula minat kepada orangnya. 


Pada awalnya ligat mencari ilmu, lama-kelamaan tercari-cari juga perkembangan semasa dia. Ouchh ok then what to do, what to do? Dia bukan tahu pun aku melawat wall dia kat FB ni. Kalau Friendster dulu lain lah - maluuuu, tapi bila orang yang kau suka sikit-sikit tu melawat wall kau, maluuu tapi mahu. Sekarang zaman FB, lagi hebatlah kegiatan tersebut, bukan dapat trace pun entah berapa kerap lawatan yang diterima. Scary, isnt it? 


Ilmu tu ilmu Allah, dia share tak salah pun kalau kau pun nak kutip ilmu dari situ. Alhamdulillah, dapat pahala dua-dua orang :) lagi baik kalau ilmu tu dipanjang-panjangkan. Siapa tak nak bonus berlipat kali ganda kan? Tapi janganlah kita berterima kasih dengan cara memberi dosa kepada dia dengan terlebihh minat kepada tuan punya wall/timeline daripada perkongsian ilmu Allah di situ. Kamu berdua yang memberi dan menerima, LURUSKAN NIATMU.



3 : “Kenapa tak online Chat? Chat la pengerat hubungan dengan kawan-kawan yg baru kenal kat facebook (muka senyum bear dapat bunga).” 
“Er? Perlu ke 'dgn kawan2 yg baru kenal kt FB'? Tak rajin lah. Buang masa nanti kerja tak siap” 
“Berlagak laahhh! Nanti orang kata sombong.” 
“Bukan laaahh! Cuma rasa memang tak perlu. Biaq pi la nak kata apa. Chat tu menjadikan aku tak peramah dan cepat menyampah. Haha. ”

Chat boleh diibaratkan seperti anda berbual secara real walau tidak bersua muka! Bermula dari SALAM, kemudian bertanya khabar, buat apa, kemudian bertanya tempat belajar, tinggal di mana dan secara perlahan2 anda telah banyak berkongsi latar belakang yang sepatutnya menjadi privasi. Dari chat, hubungan yang biasa akan menjadi intim. 


Tapi kalau anda jenis yang rajin berkenalan, ehee okay je :) pastikan orang yang boleh dipercayai la, apa-apa pun, jangan percaya bulat-bulat sangatt!

Di wall anda nampak gah bermujahadah tetapi bila dalam chat tidak padan wall anda jika dibandingkan dengan chat anda. Jika tiada keperluan, offline sahaja Chat anda terutamanya akhowat. – darah muda, tak mampu menjangka bila diuji soal hati. 


Dalam blog Bayyinat, dia tulis :


Nak jaga ikhtilat adalah dengan rasa 'tak suka diketahui orang'. 
Dan saya mendakap rapat fatwa hati saya. Bila saya rasa tak kena, rasa serba salah, dan rasa gusar bermukim, saya akan tinggalkan perbualan saya di Facebook dengan wanita. Kerana bila dah sampai pada tahap itu, saya yakin memang saya dah nak sampai limit!

We do have a limit. Dan limit itulah yang menjaga ikhtilat di alam maya.

Islam menyarankan supaya kita bersederhana. Boleh je like & comment sana sini, as long as we arent exceeding our limit :) aku sendiri tak suka chatting yg fb tu. wuhuu sorry to say, no offense.

4 : “Nak tanya ke takk Kiki (lelaki, bukan nama sebenar). Haritu and tadi dah tanya dyorang, tapi semua tak tahu. Ish daripada aku serabut dengan benda ni, baik tanya terus je kat orang yang berpotensi tahu jawapan, bukan ada niat tersembunyi pun, insya-Allaj”


Kalau la ada tersimpan perasaan melebihi -kawan je- kat Kiki tu, maka lebih baik la kita luruskan niat berkali-kali. Apa? Malu bertanya sesat jalan? Okayy tapi jangan soalan-soalan tadi dijadikan bahan sebagai pengikat kasih antara vanila & coklat (Ehh ahaha) Bertanya dengan serius dan benar-benar ikhlas.  


Winkk ;) Again, LURUSKAN NIATMU, lillah!

Biasanya, (same je lelaki perempuan) kalau kita perlukan pendapat ke nasihat ke ape, kita akan cari orang yang kita senang dengan dia kan? Kalau dia patuh agama, insya-Allah dia pun faham limit yang perlu. Kalau rasa dah tersasar je dia ni, cepat-cepatlah buat ayat terakhir yang berguna dan bla. Ngahaha. Bab nasihat pula, kalau kita meminta nasihat daripada orang yang salah, adakah kita mengharapkan mereka akan memberikan jawapan yang betul? Pssstt akak-akak yg berdakwah janganlah muka ketat sangat, nanti adik-adik tak berani nak cari akak-akak minta nasihat, then lariiikk cari tempat berkongsi suka duka  di sisi lelaki-lelaki itu :(


Kalau ada rasa lain dan tak cukup ikhlas lepas tanya dia tu, akan terdetik, “Ya Allah..menyesal tanya ._.”  kan kan? Mula lah fikir takut nanti Kiki fikir lain lah ape lah, padahal orang tu lepak je kut ikhlas jawab/nasihat dengan baik sekali. *Perempuan memang selalu over-thinking. Haha* Luruskan niatmu, kalau betul-betul ikhlas nak ilmu Allah tu, takde nak menyesal2 tanya.

Ambillah semalu menjadi contohmu, tidak memikat si kumbang, jua berduri malah menguncup saat disentuh. Maka tidak akan ada iman adam yang bakal kau ranapkan sekaligus mengangkat lagi martabatmu dengan menjadi yang 'tersembunyi'. Tundukkan pandangan indah anda itu kerana kasihanilah hati ikhwah2 yang merana diragut anda tanpa sengaja.

5 : “Saya memerlukan insan untuk membimbing saya ke arah Islam”

Adakah keperluan terhadap insan yang MEMBIMBING melebihi perkataan ISLAM itu sendiri? Maka akan terbayang2 lah insan yang membimbing melebihi BIMBINGAN ISLAM itu sendiri. Carilah yang sejantinamu, berkasih sayang lah dan berukhwah bersama mereka, Insya-Allah di sana akan bertemu kemanisan tarbiyah yang anda cari :)

Kerana jika seiring jalan tarbiyah, cinta Mukabuku tidak pernah wujud. Kerana seiring jalan mencari Ilahi, serentak mencari cinta hamba ciptaan-Nya juga tidak pernah wujud.
Anda yang sedia ditarbiyyah dan sedia mentarbiyyah, sentiasalah luruskan niatmu kerana Allah semata-mata. Moga beroleh redha-Nya dalam setiap langkah. Ameen.
Jika benar kerana Allah, 
kau takkan terkesan dengan pujian mahupun tohmahan manusia-manusia itu :)
malah membakar semangat untuk lebih tamak meraih cinta-Nya!


Islam takkan tertegak jika umatnya hanya elak bercouple dan fikir hal nikah-kahwin saja. Terlalu luas skop Islam ini yang perlu banyak diterokai dan dipelajari.
*Rasanya dah tepu, kita bincang lain kali okengg*


Tapi kalau dah rasa suka sangat kat vanila/coklat tu, doalah agar Allah pusing-pusing takdir, dapat jumpa lagi beberapa kali pertemuan yang dirancang-Nya, dan diakhiri dengan pernikahan yang dirancang-Nya juga. Wuhuu macam novel! It's possible, semua orang pun tahu, ada jodoh tak ke mana. Bukankah orang yang haram disentuh dengan tangan boleh disentuh dengan doa? 


Hakikatnya, makin anda penasaran, makin wajib anda dekati Tuhan!
Puasalah. Zikir ingat Allah selalu, ingat mati.


Kita semuaaa aset untuk agama! Duta untuk agama Islam juga :)


Sebenarnya, sama je cinta muka buku ke muka kitab. Cuma cinta muka kitab ni mungkin nampak lebih baik dan islamik ehehee tapi tanpa disedari, kita telah memberi peluang kepada syaitonirrajim dan anak cucunya menari dan berpesta hoyeahh.
Baik cegah sebelum parah :)


Sama-samalah kita bermujahadah. Entry ini lebih untuk peringatan diri sendiri.
Saya minta maaf la eh kalau terkasar bahasa, atau anda tak boleh terima.
Saya okay je bila pertama kali membaca teguran mereka, ngehee rasa bestt!
Rasa Allah masih sayang sebab tunjukkan ini semua. Alhamdulillah alhamdulillah :)


Dengan izin Allah, ini semua berkat idea yang dijana daripada pengalaman dan dilema wanita (baca:remaja) sekeliling, juga ilham dan perkongsian daripada blog Bayyinat, Fatin dan Zetty Sofia, untuk peringatan kita bersama, tanggungjawab kita bersama, demi meraih syurga-Nya bersama :) 


No one will hear the voice of my heart. I'm okay with that, it's better that way. 
wekkwekk haha.



[64:4] Dia mengetahui apa yang ada di langit dan bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati. He knows what is within the heavens and earth and knows what you conceal and what you declare. And Allah is Knowing the innermost thoughts.

Wassalamua'alaikum w.b.t :)