Dr. Morsi menangg! \(^^)/ alhamdulillah alhamdulillah!
Senyum selebar-lebarnya :)
Terasa bahang kat Facebook, kat Twitter semua syukurrrr teramat!
Serius rasa asyik nak tersenyum sepanjang semalam & hari ni :)))))))))))))
Mesir bakal alhamdulillah telah berjaya diketuai oleh
seorang al-hafiz Quran.
1. Satu-satunya calon
yang mana dia, isteri dan lima anaknya menghafaz al-Quran.
2. Satu-satunya calon
yang berjanji dan berbaiah di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan
syariat Islam di Mesir.
3. Satu-satunya calon
yang pernah menjadi pensyarah di 5 buah universiti antarabangsa.
4. Satu-satunya calon
yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA.
5. Satu-satunya calon
yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun
2000-2005.
6. Satu-satunya calon
yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh Majlis Syura.
7. Satu-satunya calon
yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu
Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation.
8. Satu-satunya calon
yang berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Parti Kebebasan
dan Keadilan (Freedom and Justice Party).
9. Satu-satunya calon
yang berdiri di belakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Jemaah Ikhwan
Muslimin.
10. Satu-satunya calon
yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan menggabungkan 1000 orang
pakar dalam semua bidang kepakaran.
[copy dari facebook, huraian
pada gambar di atas]
Rasa nak lari kemas barang pergi Mesir sekarang! Dengan misi mengejar pemimpin ituu.
Err hey hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
makanya lebih baik di Johor sendiri.
makanya lebih baik di Johor sendiri.
Wahaha angkat jari telunjuk dan jari hantu serentak tanda aman.
Ok ok. So persoalannya sekarang, kenapa kita perlu kisah kejayaan Dr.Mursi ni? Kenapa, kenapa macam suka sangat???
Begini ye. Khilafah Islam mula jatuh pada 1924. Keadaan ini sangat mendukacitakan kerana graf Tamadun Islam menjunam jatuh teruk teruk pada tahun itu dan pada masa yang sama, kebangkitan Eropah mula mendaki naik dengan senyum sinisnya kepada khilafah Islamiyah. Pada tahun 1928, Imam As-Syahid Hasan Al-Banna telah mengasaskan Ikhwanul Muslimin dengan tujuan yg tidak lain dan tidak bukan, untuk menegakkan semula khilafah Islam di muka bumi ini. Beliau menjadi penyambung bagi menyampaikan risalah yang dibawa Baginda Rasulullah S.A.W, yang akhirnya meninggalkan pelapis hebat sepanjang zaman. Pemikir dan ulama besar seperti Sheikh Dr. Yusuf al-Qardhawy, Syed Qutb, Musytafa Masyhur, Dr.Said M.Ramadhan dan ramai lagi telah meninggalkan kitab dan ilmu kepada kita yang menjadi rujukan umat manusia seantero dunia sepanjang zaman. Makanya, kejayaan mereka dalam pilihan raya ini insha Allah bakal memperhebat lagi usaha untuk menegakkan semula panji-panji Islam. Ditambah pula dengan kaliber yang dimiliki Dr.Mursi, biidznillah, Islam pasti menang, pasti, pasti dan pasti!
Seterusnya, Mesir merupakan pintu bagi membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis dan Israel. Dr. Mursi sendiri (jurutera profesional berkelulusan Amerika Syarikat ketika kejadian) pernah dipenjarakan ketika pemerintahan Hosni Mubarak. Daripada seorang yang tidak popular, dipandang hina, dinafikan hak, dikritik, diherdik dan menerima pelbagai bentuk penindasan, mereka semua (Ikhwan) bangkit dengan semangat luar biasa selepas Revolusi Mesir 2011. Pesaing Dr. Mursi, Ahmed Shafik pernah bekerja di bawah pemerintahan Hosni Mubarak. Hal ini sudah tentunya mewujudkan sedikit sebanyak pandangan skeptikal masyarakat dunia, hewhew. Oh berbalik kepada Palestin tadi, usaha-usaha pembebasan Pelestin diharapkan semakin mudah dengan pemerintahan baru di Mesir ini. Oh bukan sahaja Palestin, Syria, Bosnia, even masalah etnik dan agama di Myanmar juga diharapkan selesai dengan aman tanpa penindasan yg menyayat hati lagi! Ameen ameen, permudahkanlah urusan pembebasan saudara seIslam kami ya Allah, tiada lain yg kami harapkan selain pertolongan-Mu jua ya Reheem :')
Inilah dia graf yg menunjukkan kejatuhan khilafah Islam pada tahun 1924. Tsk tskk |
Seterusnya, Mesir merupakan pintu bagi membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis dan Israel. Dr. Mursi sendiri (jurutera profesional berkelulusan Amerika Syarikat ketika kejadian) pernah dipenjarakan ketika pemerintahan Hosni Mubarak. Daripada seorang yang tidak popular, dipandang hina, dinafikan hak, dikritik, diherdik dan menerima pelbagai bentuk penindasan, mereka semua (Ikhwan) bangkit dengan semangat luar biasa selepas Revolusi Mesir 2011. Pesaing Dr. Mursi, Ahmed Shafik pernah bekerja di bawah pemerintahan Hosni Mubarak. Hal ini sudah tentunya mewujudkan sedikit sebanyak pandangan skeptikal masyarakat dunia, hewhew. Oh berbalik kepada Palestin tadi, usaha-usaha pembebasan Pelestin diharapkan semakin mudah dengan pemerintahan baru di Mesir ini. Oh bukan sahaja Palestin, Syria, Bosnia, even masalah etnik dan agama di Myanmar juga diharapkan selesai dengan aman tanpa penindasan yg menyayat hati lagi! Ameen ameen, permudahkanlah urusan pembebasan saudara seIslam kami ya Allah, tiada lain yg kami harapkan selain pertolongan-Mu jua ya Reheem :')
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka."
[An-Nuur 24:55]
Allah :') maka nikmat Tuhanmu yang manakah mahu engkau dustakan?
Satu panggilan telefon, 25 Jun 2012
"Beb, Dr. Morsi menang! Ya Allah memang alhamdulillah. Syukur gila. Senyum je."
"Ha'ah! Alhamdulillah, takde ucapan yang lebih bermakna. Haha senyum je jugak. Tapi, aku takut..kiamat dah nak dekat".
"...kita-semua-rasa-benda-yang-sama-..masa dah tak panjang, yeah anytime anywhere"
...
...
"Pensyarah aku cakap, nak tahu pemimpin tu bagus ke tak, tengok family dia. Tengok perjuangan yang dibawa dan orang-orang di belakangnya"
"True, well said".
Kenangan ceramah Revolusi Arab
"Ingat tak yang video Revolusi Arab tu?"
"Yang mana?"
"Intro kebangkitan rakyat Syria kut, lepas tu ending dia mereka ulang-ulang dengan yakin surah an-Nasr?"
"Oh. Ingat. Meremang bulu roma, sungguh la. Sangat semangat, lepas tu terus tergerak bukak terjemahan surah an-Nasr tu. tak belum sampai feel kat Malasyia."
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, seseungguhnya Dia amat menerima taubat"
[110:1-3]
Sungguh aku rindu. Rindu keadaan sebaik-baik tentera yang diperintah oleh sebaik-baik raja, iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh penakluk Konstantinopel. Bakalkah kita berpeluang merasai secebis dua suasana di zaman Sultan Muhammad itu tidak lama lagi?
Sungguh laa aku teringin.
Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Allahu Ahad, Allahu Ahad.
Kita seakidah, kita satu ummat, kita satu Islam.
Kejuaraan mereka adalah kejuaraan kita juga.
Perjuangan mereka adalah perjuangan kita juga.
Sekarang mahu sertai gerabak kejuaraan kami? Hoyeahh, marilah kita bergerak bersama-sama ^^ (err walau di mana jua anda berada). Anda dialu-alukan ;) alhamdulillah. Kita beli tiket bersama-sama untuk ke syurga-Nya, mahu? Kita kan di jalan yang sama, semoga kekal ke akhir hayat, semoga Allah redha, sayang kamu fillah :) alhamdulillah a'la kulli hal ya Ilahi!
Ini permulaan bagi detik-detik manis kejayaan mendatang yang lebih gah, bukan? Pasti, biidznillah. Senyum lagi.
p/s: Kredit banyak-banyak kepada Gabbana ha ha. Jazakallahu khairan kathiraa :) Isi yang tersebut di atas adalah idea utama beliau, diolah dalam bahasa kanak-kanak supaya lebih senang ingat dan meriangkan wahihi wallahua'lam.
4 comments:
my <3 asfa...yeah..alhamdulillah..syukur ats kemenangan dr morsi..entri yg bermanfaat..keep it up gurl..ana uhibbuki fillah~~
:') asfa, rindu nk dgr tazkirah dri asfa. thanks dear for lovely info in ur blog.. eyh eyh, lovelyflowers? :P
salam perkenalan:)
syukran khaer sudi ziarah blog.
tak kenal kamu tapi dapat rasa bahang ukhuwah. blog yang penuh info brguna.
jom taaruf!
ayuni : alhamdulillah, syg ayuni fillah jugak hihi
zaf : ahaha. i lg rindu zaf bg tazkirah :')
Post a Comment