Saturday, August 21, 2010

Exam + Ramadhani + Cik Tikus ;)

Algebra & Geometry, Physics 1, Chemistry 1, Biology Cell, Chemistry 2, Calculus, Reproduction&Ecology, Physics2, English.

Mid-sem Examination

Assalamualaikum. Ohoh alhamdulillah peperiksaan pertengahan sem 1 sudah berakhir. Legalega ;) 9 subjek, 9 jam sahaja kami diuji. Enjoy! [enjoy la sangat -,-"] Hee..amek berkat bulan Ramadhan al-Mubarak. Soalan ok (kut), tapi jawapan yg tak berapa nak cun. :p Tough. Untuk mid-sem nih, soalan berbentuk objektif je semua, tapi tuh la, rambang mata  n xda dadu nak main lambung2. haha. Tawakal tawakal okies.


Ramadhani

Buka puasa kat sini tak hidup. Tak macam kat maktab dulu. Kat sini kalo berbuka, dengan rumate, clsmates muda2 dulu. Dengan clsmates baru pun tak berbuka puasa lagi. Wahaa cm best je :) Oh, ada resipi untuk sahur bg sesiapa yg malas cari makanan kat cafe. Hehe. Resipi ini sangat tak sesuai bagi mereka yg makan di Dewan Selera or Home Sweet Home. Ahah. -next entry-

Terawih+tadarus dalam Dewan Gemilang, sejuk ohh~ tapi guna karpet yg ada saf la, bukan tikar panjang zaman form 4 dulu. Hehe. 8 rakaat, siap witir kami dirikan dalam sejam. Agak mengantuk dan kadang2 tersengguk-sengguk dibuatnya. Wakaka. 

505 08/09. Tepi tasik Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah. Syg lebih mereka, tempat ngadu2, lepak2, study2!. haha
Dayah, Hanim, Fauzan (jemputan haha), Atieya, Hadiyani, Ayuni n me.

5 ekor kumbang dalam kelas tersingkir ke luar gelanggang bagi sesi ini. hak3 18 kuntum bunga je ye. ^^v sorry!
[Fariha, Yana, Asfa, Anne, Mira1, Tiq, Mira2, Syud, Fadilah, Syafini] By, Syuk, Fatin1, Izzah, Fatin2, Fina, Chibo, Amalina tiada dalam gambar. Mereka belum sampai di tempat kejadian hee

Cik Tikus
 
Minggu terakhir sebelum menuju ke gerbang peperiksaan, kami bergurau dengan tikus ternak. Kenapa tikus ek, kalo rabbit ke comel sikit..haha siap bole sembelih awal2, after experiment bole buat BBQ..yummy! Bak kata tutor Bio subjek Pembiakan, Ekologi dan Perkembangan Organisma, demonstrators yg prempuan tak sampai hati nak tengok cucuk2 gunting2 belah2 rabbit yg comel. hahaha. Kalau katak pulak, tak bes :p katak amphibia, xdak reproductive organs mcm kita. Cik Ti mammals.

Acikucikucii~
Ketaq oh masa awal2 nak operate beliau. Haha gunting dah la tumpul, ish. yg kiri tuh, forceps ye. mcm salah je tangan awoks handle forceps :p
From left : Yaya, Isyam, Fafa, Izzah n Fatin. Hisham mcm da biasa ja buat projek ngn Cik Ti nih. haha.
Isi perutnya dirobek oleh mereka. ;) She is female. Nampak tuh fallopian tube?
Rib cage beliau keras, so x operate pun atas tuh. Gunting x cukup tajam la wak..
Discussion n lab report. Oh masa nih terserlah bakat2 terpendam melukis dalam diri masing2. Haha. Bak kata Amyrul, lukis cantik2 pun, markah sama ja dengan orang yg lukis buruks~ hehe. Biala, at least puas hati lukis memoleks, kan kan? Terbaekk! [chibo la lukisan paling real..ecece :p]
Cuci cuci - xi shua shua xi shua shua ui ui - bye2 Cik Ti! ;)

Handle with care. Gambar ini gila. -.-"
Akhirul kalam, salam Ramadhan dan selamat beribadat! :)

Sunday, August 1, 2010

Ikhlas ditindas? [2]

... Ikhlas ditindas [1]

Kak, ikhlas sebenar tak minta dibalas. Tapi Allah Maha Kaya, mampu balas keikhlasan hamba-Nya di dunia lg walaupun tidak diminta.

Maksudnya?

Orang yg ikhlas akan diberi ketenangan, dan kebahagiaan hidup. Anak-anak soleh dan solehah. Isteri yg taat atau suami yg setia. Paling penting, hati yg sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yg utama dpd pangkat, gaji dan jawatan.

Jadi, org ikhlas akan terus ditindas, tak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki bodek lebih baik dalam organisasi? Mereka dapat  naik pangkat.

Tiada kebaikan yg diperoleh melalui jalan yg salah. Percayalah..kalau benar mereka kaki ampu, bodek sahaja..pangkat yg mereka dapat menyebabkan mereka melarat. Gaji naik tapi ketenangan hati menurun.Ingat Golden rule, what you give you get back. Kaki ampu mungkin dapat isteri yg berpura-pura, kaki bodek dapat anak yg pandai bermuka-muka.

Oh iya. Jadi, apa yg perlu saya buat?

Teruskan bekerja dengan gigih. Walaupun manusia tidak melihatnya, Allah kan Maha Melihat .
Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak mendapat penghargaan :)
Maksudnya, jangan mengaharapkan terima kasih dpd manusia atas kebaikan yg kita buat kepadanya.

Er..kenape?

Kita akan sakit jiwa. Kerana manusia hanya segelintir pandai berterima kasih. Kalau kpd Allah Yang Maha Memberi pun manusia tak pandai bersyukur, apatah lagi kepada sesama manusia yg pemberiannya terbatas dan berkala. Walaupun manusia tak berterima ksih kepada-Nya, sekalipun yg derhaka atau kafir, Allah tak berhenti memberi limpahan nikmat kepada manusia. Alhamdulillah..

--> Jadi, siapa kita yg tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih? Adakah orang yg benar-benar ikhlas sempat berasa tertindas kerana membuat kebaikan yg tidak dibalas? =,=" Wallahu'alam wassalam.

Monday, July 26, 2010

Ikhlas ditindas? [1]


Assalamualaikum w.b.t. Artikel ini idea asal dpd 'Imam Global'. Sukacitanya saya ingin berkongsi...kerana...er.. Hee ok, jemputlah baca Ikhlas ditindas [1] dan [2]. (:

Saya tidak mempunyai harapan lagi pada organisasi saya.. Kaki bodek dan kaki ampu bermaharajalela. Saya tersekasa untuk bekerja secara ikhlas di sini. Saya bukannya panadai bermuka-muka, tak pandai nak ampu-ampu orang atas. Fokus saya kepada kerja sahaja, tapi setakat ni saya rasa tak pernah dihargai..

Mak cik tersebut sudah berpuluh tahun bekerja di sebuah organisasi  ni. Sungguh dia kecewa sekali kerana tak pernah dinaikkan gaji, apatah lagi pangkat. Perbualan ini berlaku antara seorang ustaz & that aunty.

Kakak ada berapa orang anak? Bagaimana dengan meraka?

Oh, ramai encik.. [mak cik ini begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Semuanya 'menjadi' dalam profesion masing-masing, e.g doktor, engineer, lecturer n etc. Tahfiz pun ada.]

Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang menjadi dengan naik gaji, yang mana akak pilih?
Antara naik pangkat, dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, akak pilih yang mana?

Hati ibu..mestilah saya pilih anak-anak yang menjadi, walaupun saya tidak dinaikkan gaji atau pangkat. Anak-anak harta yang paling berharga, encik..

Akak, sebenarnya segala kegigihan akak bekerja telah mendapat balasan. Allah telah membalas dgn ganjaran yg lebih baik dan lebih akak sukai. Apabila akak ikhlas bekerja dalam organisasi, Allah berikan kepada akak anak-anak yg menjadi.

Owh..alhamdulillah.. Tak pernah saya terfikir begitu..

Allah Maha Berkuasa. ada kalanya takdir-Nya terlalu misteri dan rahsia utk dijangkau oleh pemikiran kita. Tapi yakinlah, what you give you get back. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yg kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah. 

wlaaupun bukan daripada seseorang yg kita berikan kebaikan itu?

Ya, itulah yg saya katakan tadi, takdir Allah kadang-kadang terlalu misteri. Tapi ketetapan-Nya mutlak dan muktamad. Siapa yg beri kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Itu dipanggil golden rule!

Analoginya begini. Katakanlah kita sedang memandu di jalan yang penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita kerana tersalah lorong. Kita pun beralah, lalu memberi laluan kereta tersebut masuk di hadapan kita. Mungkin berpuluh-puluh kilometer kemudian, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong dan memberi isyaray untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya, logik tak kalau kita mengharapkan kereta yg kita tolong tadi beri laluan kepada kita?

Hehe..mestilah tak. Entah ke mana kereta tu dah pergi.

Tapi..rasa-rasanya ada tak kereta yg bersimpati dan memberi laluan kepada kita? 

Insya-Allah, pasti ada.

Haa..macam tuh la. Padahal, kereta yg akan beri laluan kepada kita itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tapi Allah telah menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yg kita beri kebaikan, tiada di situ untuk membalas kebaikan kita. Tapi..Allah yg menggerakkan hati orang lain, yg tidak pernah berasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita td. 

Subhanallah!

Macam itu juga lah dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tapi kadang-kadang bukan A yg akan membalasnya. Mungkin R, Z, S atau yg lain-lain akan mebalasnya. Inilah hakikat yg berlaku dalam kehidupan kita. ...

*p/s : Ikhlas ditindas [2] - next post. :) *