Thursday, July 12, 2012

Strategi hati mewah rezeki


  بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua’laikum! Senyum simpul.

Di pagi hari Khamis 22 Sya’ban 1433H ini sukacitanya ingin saya berkongsi strategi hati menambah rezeki. Barangkali pendek sahaja entry kali ini, makanya mari mari marilah kita bersedia untuk hadam sampai lumat ;)

Yang pertama, buka minda kita luas-luas dan celikkan mata hati kita tentang konsep rezeki itu sendiri. Rezeki yg murah dan mewah bukan hanya pada wang ringgit atau emas perak yg dimiliki. Segala kemudahan dalam membuat sesuatu kerja, perkara atau berita yg menyenangkan hati, suasana yg tidak mengganggu gugat hidup kita boleh diklasifikasikan sebagai rezeki kurnian-Nya. Mari kita senaraikan serba sedikit perkara yg biasa kita tak sedar ini semua nikmat dari Allah :

Kesihatan yg optimum, Mood yg ceria di pagi hari, Oksigen yg tak pernah tertahan untuk disedut, Pakaian yg selesa, Ilmu yg bermanfaat, Sahabat handai yg bersopan santun keliling pinggang, Masa lapang, Idea yg mencurah-curah di kepala, Panca indera yg masih lagi sempurna untuk beribadah, Makanan yg cukup setiap hari berbeza lauk pauk, Air yg mencurah-curah untuk kehidupan seharian, bekalan elektrik yg berterusan. Tak lupa juga, nikmat terbesar bagi mukmin ; nikmat iman dan Islam itu sendiri.

 Ahha cuba tengok, dengan meluaskan konsep rezeki, sekejap sahaja rezeki kita sudah bertambah :) Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tapi sebenarnya, nikmat tak mampu dihitung, ia untuk disyukuri. There’s no room fr harmful negative thoughts when our mind is focused on looking for things to be grateful for. Luaskan konsep rezeki kita :)

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

[Ibrahim 14:34]

Yang kedua, banyakkan memberi. Memberi senyuman ;) , berkongsi ilmu yg bermanfaat, memberi makanan, menyumbangkan tenaga di jalan Allah, takpun memberi apa sahaja yg kita ada. Semua yg kita beri pasti dapat meringankan beban orang lain dan  memudahkan urusan mereka.

Macam mana memberi boleh menambahkan rezeki kita? Ada RM100, beri RM 50. So, tinggal RM50. Tak ke kurang tu namanya?

Ketawa geli hati. Menarik, soalan bijak ;)

Ya iyalah, kurang di mata kita. Tapi di sisi Allah, sangatlah berlipat kali ganda pahala yg kita dapat. Bukan sekali atau dua kali ganda, tapi 700 kali ganda! Masha Allah. Setiap harta atau keringat yg dibelanjakan di jalan Allah, diumpamakan akan menumbuhkan 7 biji tangkai. Setiap tangkai akan membuahkan 100 biji. Makanya 7 x 100 = 700. Kalau RM50 yg dibelanjakan tadi, di sisi Allah akan jadi RM50 x 700 = RM35 000?

Tepuk tangan riang gembira. Waah pandainye! Clap clap clap.

Adik-adik, angka-angka itu kiraan di sisi kita manusia. Pada sisi Allah boleh jadi lebih lagi atau kurang daripada itu. Allah Maha Mengetahui sejauh mana keikhlasan niat kita :) Wallahua’lam. Yang pastinya, Allah akan menambahkan keberkatan rezeki sekiranya kita memberi kerana-Nya :)

Apa pula maksud rezeki yang berkat?

Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Rezeki yg tak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki yg tidak berkat analoginya macam minum air laut la. Semakin diminum, semakin haus.

Ilmu itu rezeki. Wang pun rezeki. Tapi kita selalu pilih kasih, ambil dan bersyukur dengan rezeki yg kita suka je. Tskk. Mohon kemapunan-Mu ya Allah. Contoh situasi, Pakcik PQR mahu memberikan wang, semua anak muda berebut-rebut. Apabila pakcik PQR ini ingin memberi ilmu, semua buat endah tak endah sahaja.

#Peringatan untuk diri sendiri juga : Ilmu ialah rezeki yg jauh lebih bermanfaat dan menguntungkan daripada wang. Jadi, kenapa selalu tolak rezeki itu?

Dalam entry Ikhlas ditindas 1 & 2, sudah terang lagikan bersuluh menunjukkan bahawasanya Allah membalas keikhlasan makcik tersebut dengan nikmat yg lebih disenanginya. Iaitu, anak-anaknya yang Alhamdulillah ‘menjadi’. Walaupun gaji atau pangkat kita kecil, tetapi Allah membalas keberkatan rezeki kita dalam bentuk yang selalu kita terlepas pandang. Misalnya, kebebasan diri dan keluarga daripada musuh, selamat daripada anasir keretakan rumah tangga, ahli keluarga yg mendamaikan, dan banyak masa lapang untuk dimanfaatkan.

Strategi seterusnya, solat Dhuha. Paling kurang dua rakaat. Tapi Rasulullah S.A.W buat paling kurang empat rakaat, dan selalunya baginda akan tambah lagi bilangan rakaat solat Dhuha. Ada seorang usahawan jutawan (err tak ingat la siapa) yg dijemput pihak universitas ketika Minggu Mesra Mahasiswa tahun lepas, dia bagi tips untuk solat Dhuha enam rakaat. Kalau tak buat hari-hari, buat la seminggu sekali. Tak pun sebulan sekali. Insya-Allah lebih kuat magnet rezeki kita :) tips beliau ini diperoleh selepas beliau meminta nasihat daripada err siapa entah. Wahaha. Point di sini mahu berkongsi yg enam rakaat itu hiihi

Sebelum bersurai, ada satu lagi iaitu perteguhkan diri dengan hati yang sentiasa bersyukur. Orang yg beriman tahu bersyukur atas segala kurnian-Nya. Sedikit atau banyak, pahit atau manis, itu bukan ukurannya. Sekiranya segala ujian dan rasa menjadikan kita kembali, lebih dekat dengan Allah, makanya insya Allah itu indikator kita sudah lulus cemerlang di sisi-Nya! Sebaliknya, sekiranya segala duka dan suka yg diterima semakin menjarakkan kita dengan Allah, itu petanda kita hampir gagal ujian di sisi-Nya. Segalanya berbalik kepada hubungan kita dengan Allah.

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
[Al-Maaidah 5:6]

Bukankah semakin kita bersyukur, semakin bertambah nikmat yg Allah akan beri? Ya, yakinlah dengan janji-Nya. Dalam surah Ibrahim, ayat 7 membuktikan hal ini.

Oh lagi sikit. Memanjangkan silaturahim juga bakal membuka pintu-pintu rezeki kita. Misalnya dengan mengadakan acara kunjung mengunjung, berbalas-balas mangkuk tingkat atau sambutan majlis-majlis tertentu. Saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga. Masakan tidak, misalnya apabila saudara-mara yg jauh didekat-dekatkan, yg dekat dirapat-rapatkan, maka akan terbentuklah banyak rangkaian kenalan walau di mana jua kita bermusafir nanti. hewhew. Bukankah di situ juga terbitnya cahaya dari pintu rezeki kita? ;)

Sekian sahaja, alhamdulillah. Rasanya banyak lagi yg boleh kita cari strategi hati mewah rezeki, cuma tetiba terasa mahu berkongsi perkara-perkara ini hari ini di sini. Hii, Okies wassalam.

# Entry ini dipilih untuk terbit barangkali kerana err tidak memerlukan gambar signifikan. Pak cik broadband ini kata bulan ini dah terlebih limit! :0 tak pernah pernah :o

Tuesday, July 3, 2012

Comforting your heart with ayatul Quran :)

Assalamua'laikum warahmatullah :)

Alhamdulillah alhamdulillah syukur Allah masih beri kita peluang untuk kita memanfaatkan bulan Sya'ban ni kan. Semoga kita dapat mengurus sebaik mungkin masa 24 jam yg diberi :) Inilah antara caranya (:  

[source : Tumblr}

Membaca al-Quran, mantadabbur maknanya, memahami maksudnya


Saya tahu al-Quran  ni manual hidup kita kan, daripada kecil ibu ayah saya didik untuk mengaji tiap-tiap hari. Tapi bila dah besar ni ada rasa malas baca hari-hari, macam useless je baca sebab bukan faham pun. 
Lagipun dah khatam berkali-kali. Makanya, cukup cukup sudah cukup sampai di sini saja.
(Erk. Heyy!)

Cuba klik sambil teruja utk tengok cerita di sini - Do we need to recite Quran? :)

Ingat tak waktu kecik-kecik dulu, kalau Pak Ngah and Mak Ngah balik kita semua berebut nak mengaji?
Ingat. Bila ada orang balik kampung je rasa excited nak berebut like heyy aku nak ngaji dulu la! 
Lepas tu selalu lawan siapa naik juzuk paling cepat! Hihi. Siapa khatam dulu dia menang boleh kahwin dengan anak raja Gopal! (hah? ok ni tipu)

Tapi bila dah besar ni, lama-lama dah hilang rasa excited nak baca Quran tu. Tak tahu la kat mana silapnya.
Sebab kita ni tak faham maksud and tak feel, maybe?
Senyum dengan gelak pendek, sambil merenung tafsir Quran di tangan.
Kau tahu, kalau Allah maksudkan 'faham' tu sebenarnya kan, bukan faham dengan akal, tapi faham dengan hati. Ikut skala Ilahi.


Kenapa hati?

Sebab semuaa manusia ada hati yg sama. Maksudnya, semua hati kita ni boleh disucikan dengan cara yg sama, iaitu dengan ayat-ayat suci al-Quran. Walau sekeras mana pun hati kita, pasti boleh dilembutkan dengan ayat-ayat al-Quran tu. Sebab Allah dah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 74, walau hati kita kering, hati batu malah lebih keras daripada batu sekalipun, masih ada harapan untuk lembut bila kena caranya dan dengan izin-Nya.

Sebab apa? Dalam ayat tu jugak, Allah berfirman, sedangkan batu yg keras tu pun masih boleh air sungai melalui celah-celahnya, ada pula yg pecah terbelah dan keluar mata air, dan ada juga yg jatuh ke bawah atau tenggelam kerana takutkan Allah, jadi tak mustahil hati kita (yg lebih lembut dpd batu ni) masih ada harapan untuk dilenturkan dengan kalam-Nya :)

Sedangkan dengan bah pantai boleh berubah. Sedangkan dengan air batu boleh pecah. Inikan pula hati yang dibawa kuasa Allah.
-Contengan Jalanan-


Apa kena mengena faham dengan hati or akal tadi? Hehe.

Setiap individu berbeza tahap IQ. Ada orang boleh belajar sampai PhD, ada orang nak lulus subjek pun semput haih. Lelaki dan perempuan pun lain, lelaki ada 9 akal, perempuan ada 9 nafsu. Tapi hati? Semua ada satu hati, dan boleh disucikan dengan cara yg sama. Sebab tu Allah tak letak faham tu dengan akal :)

Faham dengan hati contohnya macam kita baca novel la. Kita baca tu dengan hadirkan hati dan perasaan sekali. Sebab tu la bila part sedih sedih takpun marah, kita pun akan terikut rasa nak menangis dan geram tu. Patutnya baca Quran kena feel macam kita baca novel, malah sepatutnya lebih lagi!  Menghayati kisah nabi kita, simpati ujian nabi lain. Bila sebut syurga, rasa seronok dengar janji Allah. Bila sebut neraka, rasa takut sebab tak sanggup nak terima azab neraka. Feel sampai terfikir-fikir ya Allah, aku ni teringin sangat..tapi tak layak ke syurga-Mu, namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu. Sampai boleh terbawa-bawa feel tu lepas baca Quran. Ini semua hakikat kebenaran, Allah yg berfirman. Novel tu nama pun 'novel' ; benda yg belum pernah dijumpai, fantasi semata-mata. hehew.  


Hebatnya al-Quran itu!

"Ya, Al-Quran dengan bait-bait kata yang sama inilah yang menjadi perubah kehidupan sebuah bangsa Arab Jahiliah menjadi Khayru Ummah. Al-Quran dengan mesej yang sama sejak dulu inilah yang menjadi inspirasi terbebasnya Constantinopel di tangan Islam. Al-Quran dengan suruhan dan tegahan yang sama sejak dulu inilah yang menjadi sebab tertegaknya pemerintahan Islam.Namun, mengapakah kita tidak menjadi sebegitu hebat dengan Al-Quran ini? Adakah salah Al-Quran atau salah Umat Islam?"

[source]

Allahu Allah~ kenapaa kita ni tak menjadi sebegitu hebat walau kita punyai al-Quran yg sama? Sungguh bukan salah al-Quran. 


Al-Quran tu hebat bukan sebab sains, tapi al-Quran itself memang mukjizat yg hebat, sempurna merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Sebelum ni, kita pernah dengar yang bila baca ayat-ayat al-Quran dekat air, nanti molekul air tu akan rearrange themselves sampai jadi cantik. Selain tu, setiap huruf dalam al-Quran ada malaikat yg menjaganya. Setiap huruf 10 pahala, tahu? ;) Ada ilmu perubatan Cina ni mengakui setiap huruf dalam al-Quran ada kaitan dengan urat/point/cell tertentu dalam badan kita. Oleh itu, bila kita sebut setiap huruf dengan betul, sempurna makhraj yg merupakan hak setiap huruf tu, panjang pendek bacaan semua cukup harkat, dengung wajibul ghunnah, idgham ma'al ghunnah sempurna dua harkat, makanya akan bergetarlah urat-urat/point tertentu dalam badan mengikut dos yg betul. Kesannya, urat yg ada masalah atau kurang bermaya akan dicas semula untuk perform dengan cemerlang sekali! Wahihi

Sama juga kadang kalau dah rasa penat sangat sangat, then kita berzikir sambil memicit-micit badan takpun baca al-Quran, akan rasa ringan dan lebih segar. Kenapa? Mungkin sebab sel dalam badan kita ni dah letih bekerja seharian, so bila touch sikit dengan ayat-ayat cinta-Nya, akan melonjak semangat la balik ^^


Source : Buku Indahnya Hidup Bersyariat [kredit to this blog]



Sekarang tahap istiqamah kita di tingkat yg mana? 3? 4 atau 5? Apa-apa pun, alhamdulillah :) selagi Allah masih izinkan kita untuk guna nikmat mata, lidah dan hati, apa kata kita teruskan bersyukur dengan luangkan masa membaca kalam-Nya?

Oh berbalik semula kepada al-Quran itself memang dah hebat. 

Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah.
[Ar-Ra'd 13:31]

Ada lagi. Ni all-time favourite kalau nak cerita kehebatan mukjizat al-Quranul kareem.

Had We sent down this Qur'an on a mountain, verily, thou wouldst have seen it humble itself and cleave asunder for fear of Allah. Such are the similitudes which We propound to men, that they may reflect
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
[al-Hasyr 59:21]


Tafsir al-Quran

Sekarang tafsir al-Quran sudah banyak dicetak dan dijual secara besar-besaran di pasaran, ramai sudah berebut untuk memilikinya. Memandangkan anda juga pengguna bijak, adalah sangat elegan jika anda juga turut join the club untuk membeli mana-mana tafsir yg comel di pasaran ;) Untuk mendalami lebih lagi tentang sesuatu ayat al-Quran atau asbabun nuzul (sebab diturunkan) sesuatu surah dengan huraian yg kukuh dan menyeluruh, tafsir Fi Zilalil Quran karangan Syed Qutb, atau tafsir Ibn Kathir boleh digunakan sebagai rujukan. Insya-Allah sesi bedah al-Quran akan lebih menarik dan mudah dihadam jika berguru, atau koreksi bersama rakan-rakan seangkatan. Mari, mari. Mari kita muliakan al-Quran bukan sahaja sebagai bacaan setiap hari, bahkan sebagai bahan rujukan sepanjang zaman, dan penyelesaian kepada semua masalah yg dihadapi dan dirasai :)

Kemanisan yg hakiki bakal kita kecapi. Insya-Allah hidup akan menjadi lebih terarah dan jauh lebih baik apabila kita istiqamah berdamping dengan al-Quran dan hidup dalam acuannya. Sungguh ia panduan ke jalan yg lurus. Cuba check/google surah al-Kahfi ayat satu :) 



"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya." 
[An-Nisa' 4:82]


Ini link untuk download Tafsir Fi Zilalil Quran *[ klik sini ]*. 

Akhirul kalam, sila scroll semula ke atas untuk lihat ayat yg warna pink. Semoga kita lebih lama ingat ;) ma'assalamah!





Nak beli tafsir baru, tafsir dia macam lagi detail dengan subtopik semua ada.
Tapi aku sayang al-Quran tafsir ni. Sayang gila-gila.
Aku pun. Senyum.

Tuesday, June 26, 2012

Senyum lebar untuk Dr. Mursi :)

Assalamua'laikum warahmatullah :) semoga kita semua berada dalam limpahan taufiq & hidayah Ilahi di bulan Sya'ban yang mulia ini. Berkenaan dengan keputusan pilihan raya Mesir 2012 :




Dr. Morsi menangg! \(^^)/ alhamdulillah alhamdulillah!
Senyum selebar-lebarnya :)

Terasa bahang kat Facebook, kat Twitter semua syukurrrr teramat!
Serius rasa asyik nak tersenyum sepanjang semalam & hari ni :)))))))))))))


Mesir bakal  alhamdulillah telah berjaya diketuai oleh seorang al-hafiz Quran.

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan lima anaknya menghafaz al-Quran.
2. Satu-satunya calon yang berjanji dan berbaiah di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam di Mesir.
3. Satu-satunya calon yang pernah menjadi pensyarah di 5 buah universiti antarabangsa. 
4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA.

5. Satu-satunya calon yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh Majlis Syura.
7. Satu-satunya calon yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation.
8. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party).
9. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Jemaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan menggabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.

[copy dari facebook, huraian pada gambar di atas]

Rasa nak lari kemas barang pergi Mesir sekarang! Dengan misi mengejar pemimpin ituu.
Err hey hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, 
makanya lebih baik di Johor sendiri. 
Wahaha angkat jari telunjuk dan jari hantu serentak tanda aman.

Ok ok. So persoalannya sekarang, kenapa kita perlu kisah kejayaan Dr.Mursi ni? Kenapa, kenapa macam suka sangat???

Begini ye. Khilafah Islam mula jatuh pada 1924. Keadaan ini sangat mendukacitakan kerana graf Tamadun Islam menjunam jatuh teruk teruk pada tahun itu dan pada masa yang sama, kebangkitan Eropah mula mendaki naik dengan senyum sinisnya kepada khilafah Islamiyah. Pada tahun 1928, Imam As-Syahid Hasan Al-Banna telah mengasaskan Ikhwanul Muslimin dengan tujuan yg tidak lain dan tidak bukan, untuk menegakkan semula khilafah Islam di muka bumi ini. Beliau menjadi penyambung bagi menyampaikan risalah yang dibawa Baginda Rasulullah S.A.W, yang akhirnya meninggalkan pelapis hebat sepanjang zaman. Pemikir dan ulama besar seperti Sheikh Dr. Yusuf al-Qardhawy, Syed Qutb, Musytafa Masyhur, Dr.Said M.Ramadhan dan ramai lagi telah meninggalkan kitab dan ilmu kepada kita yang menjadi rujukan umat manusia seantero dunia sepanjang zaman. Makanya, kejayaan mereka dalam pilihan raya ini insha Allah bakal memperhebat lagi usaha untuk menegakkan semula panji-panji Islam. Ditambah pula dengan kaliber yang dimiliki Dr.Mursi, biidznillah, Islam pasti menang, pasti, pasti dan pasti! 


Inilah dia graf yg menunjukkan kejatuhan khilafah Islam pada tahun 1924. Tsk tskk


Seterusnya, Mesir merupakan pintu bagi membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis dan Israel. Dr. Mursi sendiri (jurutera profesional berkelulusan Amerika Syarikat ketika kejadian) pernah dipenjarakan ketika pemerintahan Hosni Mubarak. Daripada seorang yang tidak popular, dipandang hina, dinafikan hak, dikritik, diherdik dan menerima pelbagai bentuk penindasan, mereka semua (Ikhwan) bangkit dengan semangat luar biasa selepas Revolusi Mesir 2011. Pesaing Dr. Mursi, Ahmed Shafik pernah bekerja di bawah pemerintahan Hosni Mubarak. Hal ini sudah tentunya mewujudkan sedikit sebanyak pandangan skeptikal masyarakat dunia, hewhew. Oh berbalik kepada Palestin tadi, usaha-usaha pembebasan Pelestin diharapkan semakin mudah dengan pemerintahan baru di Mesir ini. Oh bukan sahaja Palestin, Syria, Bosnia, even masalah etnik dan agama di Myanmar juga diharapkan selesai dengan aman tanpa penindasan yg menyayat hati lagi! Ameen ameen, permudahkanlah urusan pembebasan saudara seIslam kami ya Allah, tiada lain yg kami harapkan selain pertolongan-Mu jua ya Reheem :')

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka."
[An-Nuur 24:55]

Allah :') maka nikmat Tuhanmu yang manakah mahu engkau dustakan? 

Selain ituu, menjadi tanggungjawab kita untuk menyokong usaha mereka bagi menegakkan kembali syiar Islam di muka bumi ini. Perjuangan suci murni, yang semata-mata mahu melihat panji-panji Islam berkibar dengan megahnya dan khilafah Islam kembali tertegak! Allahu Allah, meremang bulu roma. Siapa taknak tengok dunia ni aman bahagia, jauh lebih mendamaikan daripada keadaan sekarang yang meggelisahkan dan merunsingkan?  Pastinya naluri manusia kita mendambakan keadaan bumi yang sudah tua uhuk uhuk ini menghabiskan sisa-sisa hidupnya dalam keadaan yang lebih tenang dan segar. Iaitu dengan alunan zikrullah tanpa henti penduduk bumi kepada Allah The Almighty. Kalau bukan dimulakan sekarang, bila lagi? Gelombang ini diharapkan bakal melanda tanah air kita, biar  seluruh dunia menjadi saksi, kelak tiada alasan yang diberi. Senyum. Peluh besaq.


Satu panggilan telefon, 25 Jun 2012
"Beb, Dr. Morsi menang! Ya Allah memang alhamdulillah. Syukur gila. Senyum je."
"Ha'ah! Alhamdulillah, takde ucapan yang lebih bermakna. Haha senyum je jugak. Tapi, aku takut..kiamat dah nak dekat".
"...kita-semua-rasa-benda-yang-sama-..masa dah tak panjang, yeah anytime anywhere"
...
"Pensyarah aku cakap, nak tahu pemimpin tu bagus ke tak, tengok family dia. Tengok perjuangan yang dibawa dan orang-orang di belakangnya"
"True, well said".

Kenangan ceramah Revolusi Arab 
"Ingat tak yang video Revolusi Arab tu?"
"Yang mana?"
"Intro kebangkitan rakyat Syria kut, lepas tu ending dia mereka ulang-ulang dengan yakin surah an-Nasr?"
"Oh. Ingat. Meremang bulu roma, sungguh la. Sangat semangat, lepas tu terus tergerak bukak terjemahan surah an-Nasr tu. tak belum sampai feel kat Malasyia."

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, seseungguhnya Dia amat menerima taubat"
[110:1-3]

Penangan novel Sultan Muhammad Al-Fateh
Sungguh aku rindu. Rindu keadaan sebaik-baik tentera yang diperintah oleh sebaik-baik raja, iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh penakluk Konstantinopel. Bakalkah kita berpeluang merasai secebis dua suasana di zaman Sultan Muhammad itu tidak lama lagi? 
Sungguh laa aku teringin.


Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Allahu Ahad, Allahu Ahad.
Kita seakidah, kita satu ummat, kita satu Islam.
Kejuaraan mereka adalah kejuaraan kita juga. 
Perjuangan mereka adalah perjuangan kita juga.

Sekarang mahu sertai gerabak kejuaraan kami? Hoyeahh, marilah kita bergerak bersama-sama ^^ (err walau di mana jua anda berada). Anda dialu-alukan ;) alhamdulillah. Kita beli tiket bersama-sama untuk ke syurga-Nya, mahu? Kita kan di jalan yang sama, semoga kekal ke akhir hayat, semoga Allah redha, sayang kamu fillah :) alhamdulillah a'la kulli hal ya Ilahi!

Ini permulaan bagi detik-detik manis kejayaan mendatang yang lebih gah, bukan? Pasti, biidznillah. Senyum lagi.

p/s: Kredit banyak-banyak kepada Gabbana ha ha. Jazakallahu khairan kathiraa :) Isi yang tersebut di atas adalah idea utama beliau, diolah dalam bahasa kanak-kanak supaya lebih senang ingat dan meriangkan wahihi wallahua'lam.