Thursday, February 25, 2010

Jom selawat bnyk2!


KELEBIHAN BERSELAWAT

1. Mendapat syafaat  Nabi Muhammad s.a.w
"Orang yg paling hampir denganku pada hari akhirat adalah orang yg paling banyak berselawat ke atasku di dunia".
2. Dirahmati Allah dengan dilipatgandakan sebanyak sepuluh kali dengan sekali selawat.

3. Mendapat keampunan dosa.
"Sesiapa yg berselawat ke atasku sekali, maka akan dituliskan baginya 10 kebaikan, dihapuskan doripadanya 10 kejahatan dan ditinggikan 10 darjat, dan diperlihatkan kepadaku amalannya itu dan dikurniakan kepadanya sama dengan apa yg dimintakan itu."
4. Mendapat doa para malaikat.

5. Ditinggikan darjatnya di sisi Allah.

6. Dapat berhubung  secara langsung dengan Rasulullah s.a.w

7. Doa dimakbulkan oleh Allah.

8. Membersihkan hati.
"Berselawatlah kamu ke atasku kerana selawatmu itu membersihkan hati kamu dan mohonlah kepada Allah agar mengurniakan kepadaku al-Wasilah".
9. Mendapat perlindungan pada hari akhirat.

10. Terselamat daripada bersikap bakhil.
"Orang yg bakhil ialah apabila disebut namaku, dia tidak berselawat ke atasku".
AL-KISAH...


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. 

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar." 

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu." 

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu." 

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi." 

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. 

Dengan kisah yang ini, semoga kita tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat. Insya-Allah.. :)


Tuesday, February 23, 2010

Diet Rasulullah S.A.W

JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya..


Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING


Jangan makan DAGING bersama IKAN


Jangan makan IKAN bersama SUSU


Jangan makan AYAM bersama SUSU


Jangan makan IKAN bersama TELUR


Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD


Jangan makan SUSU bersama CUKA


Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL


CARA MAKAN


* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah..... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.


* Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

 

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:


  • Mandi pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Wassalam...


Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..


Sumber: Group USRAH JEMAAH ANK MUDA, then shared by Rose in the facebook's note. :) terima kasih~

Sunday, February 21, 2010

Adik comel 2 thn jawab soalan ttg Islam!



Some comments for this video :

The scholars of tafseer have explained it according to the Arabic language for 'fi' in this context to have the meaning of above as it is not possible for Allah to be surrounded by His creation i.e. the heavens.Also, sometimes the word 'fi' is used in the meaning of'ala'(on)as mentioned in another verse:
"I will surely crucify you 'fi'(on)the trunks of palm-trees."
Now, obviously the 'fi' in this verse refers not to 'in' but to 'on' as one cannot be crucified within a trunk! Allah know best.

See this verse:Do you feel secure that He, Who is fis-sama (above the heavens), will not cause the earth to sink...Or do you feel secure that He, Who is fis-sama (above the heavens) will not send against you a violent whirlwind?" [67:16-17] 

Btw, dis lil girl is..whoa! Comel nyerrr! Suke2! Geram tgk! hehe =D may Allah bless her to b a pious muslimah. :)

Saturday, February 20, 2010

Bagaimana Syaitan Menakluki Hati Manusia?

Al-Tahtawi menjelaskan dalam kitabnya, Fathu Al-Mannan Bi Ahkam al-Jan, gambarannya seperti berikut:


"Hati laksana benteng, benteng itu berpagar dan pagar mempunyai pintu. Penghuni di dalamnya ialah akal. Para malaikat sering berjaga di kawasan benteng itu. Tetapi di situ juga ada tempat bersembunyi yang akan didatangi oleh syaitan
Peperangan sentiasa berlaku antara penghuni kota iaitu akal dan syaitan berserta gurkhanya iaitu nafsu. Syaitan tak pernah berhenti mencari helah dan waktu untuk menyerang. Maka, penjaga hendaklah mengetahui bilangan pintu kota dan cara untuk menangani kemaraan musuh. 
Kota ini akan diterangi dengan zikir yang diamalkan, menjadikan padanya cermin yang akan menterbalikkan imej setiap yang melaluinya.
Maka syaitan dan tenteranya akan berusaha mencari helah, antaranya dengan mewujudkan kepulan asap. Asap yang akan menggelapkan suasana hingga pengawal tak nampak apa yang berlaku.
Asap ini juga akan melekat pada cermin yg mengakibatkan kita tak nampak imej yang sebenarnya. Istiqamah dengan zikir mampu membersihkan cermin menjadikannya reflektif semula.
Demikianlah pertarungan sengit sentiasa berlaku dalam diri kita. Semakin kuat keimanan, semakin dahsyat cabaran yang harus ditempuhi.
Kadangkala, angin kencang bertiup menyemarakkan asap nyalaan iblis sehingga para penjaga terlepas musuh masuk ke dalam mempengaruhi penghuninya iaitu akal."

-101 Doa dpd Hadis2 Sahih, Ustz Zahazan Mohamed.-

Hal ini ditegaskan Ibn Taimiyah: “Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?”
Kebanyakan masyarakat faham zikir hanya kata-kata yang dilafazkan saban kali habis menunaikan solat fardu, solat sunat atau membisik doa ketika ingin makan, memulakan sesuatu kerja yang baik, terjaga dan tidur serta bersin.

Padahal hakikat zikir kepada Allah sebenarnya tak tertentu kepada zikir lisan semata-mata seperti yg ditegaskan Al-Imam An-Nawawi, bahawa zikir tidak terbatas kepada tasbih, tahlil, takbir dan lain-lain zikir lisan, mereka yang bekerja kerana Allah juga orang yang berzikir kepada Allah. Lillahi ta'ala..

Pendapat beliau disokong Basri Ibrahim Al-Azhari dalam bukunya Salah Faham Terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir, bahawa setiap orang yang taat kepada Allah, mengikut segala diperintahkan dan meninggalkan larangan-Nya dikira sebagai orang yang berzikir. :)

Thursday, February 18, 2010

Akhir perjalanan seorang ibu


              Seorang ibu muda yang baru ingin menjejakkan kaki ke alam yang baru bertanya, “Adakah perjalanan ini jauh?”. Kedengaran satu suara yang memberi respons, “Ya, ia suatu perjalanan yang berliku, tetapi di hujung perjalanan inilah yang paling bermakna berbanding permulaannya”.
                Ibu muda tersebut memulakan perjalanannya. Kasih sayang terhadap cahaya mata yang masih kecil tidak berbelah bahagi. Bermain bersama anak-anak, memetik buah-buahan sepanjang perjalanan untuk anaknya, memandikan anaknya apabila melalui air terjun yang jernih dan sebagainya. Ibu muda tersebut berasa sangat bahagia. Dia menangis sambil berkata, “Tiada yang lebih berharga dan membahagiakan selain ini”.
                Apabila menjelang malam, hujan dan ribut melanda. Lorong yang mereka lalui gelap. Anak-anak ketakutan dan berada dalam keadaan sejuk. Si ibu membalut badan anaknya dengan gebar dan memeluknya. Si anak memberitahu ibunya, “Ibu, kami tidak takut lagi sebab ibu ada bersama kami”.
                Menjelang pagi, si ibu bangkit daripada lena. Sang mentari memancarkan bahang sinarnya. Tiada lagi ribut seperti semalam. Di hadapan mereka terdapat sebuah bukit. Mereka mendaki ke puncaknya. Si ibu dan anak lelah. Tetapi ibu berpesan, “Bersabar sikit ya sayang..nanti kita akan sampai ke puncak”. Anak-anak tidak berputus asa dan terus mendaki sampai ke puncak. Apabila tiba di puncak, anak berkata, “Ibu..kami tidak akan sampai ke sini tanpa ibu”.
                Siang mengundur diri, kegelapan malam membalut seisi alam. Si ibu baring memandang kerlipan bintang sambil berkata, “Hari ini lebih bermakna berbanding semalam dan aku rasa amat bahagia. :) Anak-anakku telah belajar untuk bersabar ktika berdepan dengan kesusahan. Semalam aku telah berikan mereka keberaniaan dan hari ini aku telah berikan mereka kekuatan”.
                Hari berikutnya, awan gelap menyelubungi alam semesta. Itulah awan kejahatan dan kebencian. Anak-anak teraba-raba dalam kegelapan dan terjelupuk jatuh ke tanah. Si ibu berkata, “Anak-anakku, jadilah seorang yang kuat dan berani. Allah akan sentiasa bersama kita.. Yakin ya dengan janji Allah. Jangan pernah merasa putus asa dengan-Nya.”
                Anak-anak mula sedar dan kembali tenang. Kata-kata itu menjadikan mereka terpandu dalam kegelapan. Pada waktu malam, si ibu bermonolog sendirian, “Hari ini ialah hari yang terbaik dalam hidupku. Aku telah tunjukkan mereka jalan yang benar. Alhamdulillah Ya Rahim...=)”
                Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Si ibu kian makin tua dan lemah. Anak-anak pula makin besar dan menjadi insan yang mampu berdiri di atas kaki sendiri.
                Kini tibalah masanya si ibu akn kembali ke dunia yang kekal abadi. Dia berkata, “Alhamdulillah.. Aku telah sampai ke penghujung pengembaraanku. Kini aku sedar penghujung perjalanan ini lebih bermakna berbanding permulaannya. Kini anak-anakku telah kuat. Tidak selemah semasa usia mereka masih setahun jagung.  Mereka mampu berhadapan dengan ujian juga onak duri dalam kehidupan ini. Semoga mereka terus terpandu ke arah jalan yang lurus dan penuh keberkatan. Mudah-mudahan limpahan kasih sayang-Mu sentiasa bersama mereka. Kini aku boleh pergi dengan tenang kerana doa-doa mereka menemaniku. Aku rasa bahagia dan bersyukur di atas nikmat yang tidak putus-putus ini. Subhaanallah walhamdulillah wa laa ilaaha illallahu wa allahuakbar...”
 p/s: Maaflah..akhir perjalanan seorang bapa x da di sini..hee~

Ketika Cinta Berbuah Syurga

Di bumi Kurdistan, ada seorang raja yang adil dan soleh. Dia memiliki seorang putera yang tampan, pintar dan berani. Saat-saat paling menggembirakan raja itu ialah apabila ia mengajar anaknya itu membaca al-Quran. Raja juga menceritakan kepada anaknya kisah kepahlawanan para panglima tenteranya di medan pertempuran. Anak raja yang bernma Said akan berasa kecewa apabila ayahnya sedang bercerita, tiba-tiba ada orang yang mengganggu.
Maka dinasihatkan anaknya, “Said, anakku, sudah tiba masanya untuk kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka. Seorang teman yang baik, yang akan membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh diajak bercinta untuk syurga”.
Said tersentak mendengar kata-kata ayahnya.
“Apakah maksud ayah dengan teman yang boleh diajak bercinta untuk syurga?”, tanyanya dengan nada hairan.

“Dia ialah teman sejati yang benar-benar mahu berteman denganmu, bukan kerana darjatmu, bukan kerana paras rupamu, tetapi kerana kemurniaan cinta itu sendiri, yang tercipta daripada keikhlasan hati. Dia mencintaimu kerana Allah. Atas dasar itu, kau pun dapat mencintainya dengan penuh keikhlasan; kerana Allah. Kekuatan cinta kamu akan melahirkan kekuatan cinta yang dahsyat yang membawa manfaat. Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa kamu masuk syurga.”

“Bagaimana cara mencari teman seperti itu, ayah?”, tanya Said.
Ayahnya menjawab, “Kau harus menguji orang yang hendak kau jadikan teman sejati itu. Undanglah sesiapa pun yang kau anggap sesuai untuk menjadi temanmu,supaya bersarapan pagi bersama, di rumah kita ini. Jika sudah sampai di sini, jangan terus dihidangkan makanan. Biarkan mereka lapar. Lihatlah apa yang akan mereka lakukan! Itu cara yang paling mudah bagimu. Syukur, jika kau dapat mengetahui peri lakunya lebih daripada itu.”

Said sangat gembira mendengar nasihat ayahnya. Mula-mula, dia mengundang anak-anak pembesar kerajaan seorang demi seorang. Sebahagian besar daripada mereka marah-marah kerana hidangannya tidak disajikan. Bahkan, ada yang pulang dengan hati yang kesal. Ada yang memukul-mukul meja, ada yang melontarkan kata-kata tidak terpuji; memaki hamun kerana menunggu terlalu lama.

Terdapat seorang anak menteri yang bernama Adil. Dia anak seorang menteri. Adil kelihatan seperti seorang yang baik hati dan setia. Maka, dia ingin mengujinya. Adil memang lebih sabar daripada anak-anak pembesar sebelumnya. Dia menunggu keluarnya hidangan dengan setia.

Setelah dirasa cukup, Said mengeluarkan piring berisi tiga biji telur rebus. Melihat itu, Adil pun berkata, “Hanya ini sarapan kita? Ini tidak cukup untuk mengisi perutku!”. Adil tidak mahu menyentuh telur itu lalu pergi begitu sahaja. Said diam. Dia tidak perlu meminta maaf kepada Adil kerana meremehkan makanan yang disediakan dengan kedua tangannya. Dia memahami bahawa Adil tidak berlapang dada dan tidak sesuai menjadi teman sejatinya.

Keesokan harinya, Said menjemput anak seorang pedagang kaya untuk bersarapan di rumahnya. Pada malam harinya, anak saudagar kaya itu sengaja berlapar dan mengosongkan perutnya. Dia membayangkan makanan anak raja pastinya lazat-lazat akan dihidangkan.
Pagi-pagi lagi, anak saudagar itu sudah datang bertemu Said. Dia juga mesti menunggu waktu yang sangat lama sehingga makanan keluar. Akhirnya, Said mengeluarkan piring dengan tiga biji telur rebus di atasnya.

“Ini makanannya. Saya ke dapur dulu untuk mengambil air minum”. Said berkata lalu meletakkan hidangan tersebut di atas meja.
Apabila Said masuk ke dalam, anak saudagar itu terus melahap telur rebus yang dihidangkan satu persatu. Tidak lama kemudian, Said keluar sambil membawa dua gelas air putih. Dia terkejut melihat tiga biji telur rebus sudah tiada!
“Di manakah telurnya?”, tanya Said pada anak saudagar.
“Aku telah makan”.
“Semuanya?”
“Ya, aku habiskan kerana tersangat lapar”.

Melihat hal itu, Said terus mengetahui bahawa anak saudagar itu tidak boleh dijadikan teman sejati kerana dia tidak setia. Tidak dapat berkongsi suka duka bersamanya. Sesungguhnya, Said juga belum makan apa-apa.

Said berasa sangat kecewa dengan anak-anak pembesar di sekitar istana kerana mereka tidak bersikap setia kawan.

Pada suatu pagi yang cerah, ketika berada di luar kota, Said bertemu dengan seorang anak pencari kayu api yang berpakaian sederhana. Diam-diam Said mengikutinya sehingga ke rumah. Dia melihat anak itu mengambil wuduk lalu mendirikan solat sunat dua rakaat.
Selesai solat, Said datang dan menyapa. “Kawan, kenalkan Said namaku. Jika tidak keberatan, bolehku tahu namamu? Tadi kau solat apa?”
“Namaku Abdullah. Tadi itu solat dhuha.”

Said meminta anak itu bermain dengannya dan menjadi temannya. Anak itu menolak dengan baik seraya berkata, “Aku rasa kita tidak sesuai menjadi teman. Kau kelihatan seperti anak seorang kaya atau pembesar, sedangkan aku hanya anak seorang pencari kayu api.”

Said menyahut, “Tidak baik kau berkata begitu. Mengapa kau membeza-bezakan orang? Kita semua adalah hamba Allah. Semuanya sama, hanya takwa yang membuatkan seseorang itu mulia di sisi Allah. Adakah aku kelihatan seperti anak yang jahat sehingga engkau enggan berkawan denganku? Mengapa tidak kita cuba berkawan dahulu untuk beberapa waktu? Nanti kau boleh menilai adakah aku sesuai menjadi temanmu.”

“Baiklah, kita berkawan. Tetapi dengan syarat, hak dan kewajipan kita sama, sebagai teman yang seia-sekata.”

Said bersetuju dengan syarat tersebut. Kemudian, mereka ke hutan dan bermain bersama, memancing dan memburu anak arnab juga bersama. Abdullah juga mengajar Said berenang, menggunakan panah dan memanjat pokok di hutan. Said sangat gembira dengan anak pencari kayu api yang pintar, rendah hati, berlapang dada dan setia. Akhirnya dia kembali ke istana dengan hati yang sangat gembira.

Hari berikutnya, Said pergi lagi berjumpa teman barunya. Abdullah terus mengajak Said makan bersama di rumahnya. Dalam hati, Said berasa tewas kerana Abdullah terlebih dahulu mengundangnya makan.
Mereka makan seadanya. Sepotong roti, garam dan air putih. Said makan dengan berselera. Ingin sekali dia minta tambah kalau tidak mengingat, siapa tahua anak pencari kayu tadi sedang mengujinya. Jadi, dia berasa cukup dengan apa yang dihidangkan.

Mereka kemudian terus bermain bersama. Abdullah juga mengajar Said tentang pokok yang beracun, boleh dimakan atau dibuat ubat. Ketika matahari sudah condong ke barat, Said mahu pulang, lalu dia memberikan secarik kertas kepada temannya. Dia mengundang Abdullah untuk bersarapan pagi di rumahnya pada hari esok.
“Insya-Allah aku akan datang”, jawab Abdullah.

Keesokan paginya, Abdullah sampai di istana. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa Said ialah anak raja dan enggan untuk masuk. Apabila mengingati kerendahan hati dan kebaikan Said, dia masuk juga ke istana.

Said menyambutnya dengan hangat dan gembira. Seperti sebelum ini, Said juga manguji temannya itu. Selama menunggu, Abdullah tidak memikirkan makanan sama sekali. Dia hanya berfikir, sekiranya semua anak bangsawan sebaik anak raja ini, tentu dunia akan aman tenteram.
Akhirnya, telur rebus pun siap lalu dihidangkan dia atas meja. Said mempelawa Abdullah untuk makan dahulu. Anak pencari kayu itu mengambil sebiji telur lalu mengupasnya dengan perlahan-lahan. Sementara itu, Said mengupas dengan cepat dan menyantapnya. Kemudian, dengan sengaja Said mengambil telur yang ketiga. Dia mengupasnya dengan cepat dan melahapnya. Temannya tadi selesai mengupas telur. Said ingin melihat apa yang akan dilakukan temannya dengan sebiji telur itu.

Anak miskin itu mengambil pisau yang ada di situ. Kemuadian dia membelah telur yang ada itu menjadi dua; yang satu dipegang dan yang satu lagi diberikan kepada Said. Said terus menangis terharu. Said pun memeluk anak pencari kayu api itu erat-erat seraya berkata, “Engkau teman sejatiku! Engkau teman sejatiku! Engkau temanku masuk syurga.”
Sejak itu, kedua-keduanya berkawan akrab. Persahabatan mereka melebihi saudara kandung. Mereka saling menyayangi dan menghormati kerana Allah.

Setelah berganti bulan dan tahun, kedua-duanya menjadi dewasa. Said menggantikan ayahandanya yang meninggal dunia. Menteri yang pertama sekali dipilihnya ialah Abdullah, anak pencari kayu itu. Abdullah benar-benar menjadi teman seperjuangan dan penasihat raja yang tiada duanya.
Meskipun telah menjadi raja dan menteri, kedua-duanya masih sering melakukan solat dhuha, tahajud dan mengaji al-Quran bersama. Kepintaran dan kematangan jiwa kedua-duanya mampu membawa kerajaan itu kepada kemajuan, kemakmuran dan kegemilangan. =)
Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa.
(Az-Zukhruf, 43:67)
Kekayaan itu bukanlah pada harta yang banyak, tetapi kekayaan yang sebenar ialah kekayaan hati. 
(Riwayat al-Bukhari no. 6446, Muslim no. 1051, dan Ahmad no. 7316)

Jazakallahu khairan kerana membaca sampai habis. :)
Salam ukhuwah! Jaga diri hiasi peribadi~

Saturday, February 13, 2010

Surah pendek2 je..

Surah al-Insyiraah 
  • Melapangkan dada, memudahkan segala urusan
  • "Barangsiapa yg mengamalkan surah Al-Insyiraah padahal sempit dadanya, nescaya dilapangkan Allah dadanya"
Surah al-A'laq
  • Mendapat pahala berganda, seolah-olah membaca seluruh surah Mufasil.
  • Mudah mempelajari ilmu, "Barangsiapa membaca dan mengamalkan surah al-Alaq terutama ayat 1-5, nescaya diberi oleh Allah ilmu penerang hati dan mudah mempelajari sesuatu ilmu".
Surah al-Qadr
  • Mendapat pahala orang yang berpuasa Ramadhan, "Barangsiapa yg mengaji surah al-Qadr, nescaya akan dianugerahi Allah akan dia pahala orang yg puasa Ramadhan"
  • Dimudahkan bangun malam untuk solat tahajjud dan sentiasa mendapat kejayaan dalam pekerjaan
Surah al-Kautsar
  • Mendapat minuman syurga
Wallahualam~ :)

yeay P kereta! :)

Alhamdulillah... smlm da berjaya lulus bhgian 2 n 3 test jpj. Tapi kan, aku mmg rase aku akan fail! wahaha.. nak pertikai lak nape lulus.. Haih..hati aku mngatakan, "Habes r..mcm nak fail saja...". Tp ade gak terdetik, kalo lulus ni, mmg rzki la..eceyh! Sbb nyer kan, tester sbelah aku ni, tnye mcm2.. Knape x tu lah, x ni lah... Nseb baik la, aku msih bole berfikir waktu tuh, xde la kaku je en..hee tapi, x lalu jalan A or jln B pun.. cz mse tuh da 12 lbeyh. Nak sembahyg Jumaat kan. Pegi msuk taman2 berdekatan je.


Aku dpt kreta A, tp kreta lain yg skali ngn aku mse tuh pn same gak, msuk taman2.. Syukur2! hehe.. Last2, bile nak kua kreta tuh after ckp terima kasih kt encik jpj, aku cm x brani nak tgk markah..huahua huh, msti fail ni! Tapi....yeay yes2 alhamdulillah! 17/20..haha ok la tuh! 3 markah hilang kat trafic light, kaki x letak kat brek n ape tah lg 1. Hmm, memangla. Cz x lalu trfic light p0wn. Kalo g jln A or B, barulah bole judge kan.. Tp, kwn2 aku sume dpt 17 markah gak...kesalahan pn same..hahaha bertuah badan jpj co0l saja~ =) mse kat parking pn, encik jpj tuh baik2 je.. so, x de lah terkejut or nervous mse parking kat bukit..muahaha!


So, skg ni tinggal nak selesaikan motor je.. patutnye bile amek skali kreta n moto, tp ade masalah berbangkit masa awal2 tuh, so amek la kreta dulu. :)


Ade makcik ni kan, ksian dy..pregnant. Tp x lepas mse kat bukit. Pakcik jpj yg baik kt bukit tuh kate, "Awk mengandung ek..tp tuh la, sy nak tolong pn da x bley.." makcik tuh ckp, "Tak pe la encik..saya ulang lepas bersalin je la..". Rase ksian lak tgk dy..pnt2 cm semput je aku tgk..da la pns mse tuh. Nseb bek aku mmg bawa air ke mana2, elak dehydrate la kononnye. hahax.. Tp bila hulur, dy x nak la pula..huhu ade makcik sorg tuh pn kate haus, tp segan kut nak minum air aku..sbb mayb dy nampak aku pn haus+kepanasan! waha.. hah, petugas kat institut tuh kate aku nak g skola, cz bwk botol air!!!!! huwaaa~~~ malu jek! haha..tp bekas air tuh tupperware, bukan yg gambar kartun2 taw..! Isk3..da sume org gelak..huwaaaa~ siap suruh aku minum air lg b4 dy panggil bwt parking.. hee aku senyum sengih2 je la cm biase..=D
Congratz!! Rakan2 seperjuangan, Nad, Nabela Aziz, Ety, Halim SDAR, Shafikah Rahman, Farah, Izzatul, Syaraini, Ainul n semua yg amek test kreta o moto o both pd hari Jumaat, 12 Feb 2010! Jadilah pemandu berhemah ok. Eceyh! =p
Thank you!! goes to those who wished me best of luck on dat nice Fri ..hee Ibu, fmly members, Ajiem, Nuna, Afnan, Shikin, Anem, Mia, Faris Napi, Dila, Syifa, Yunie, Wanie.. :)

Saturday, February 6, 2010

Driving in rain..;)

Hye..assalamualaikum~
waha lama x update blog..kinda busy lately..(padahal mls update..=p)
u know what..i was driving in rain this evening! haha..excited je! tp xde la nak jerit2 kan dalam keta tuh. nanti pakcik tuh pelik plak.. Jauh tau bawak td. Sejam gak. 60km/h. Tp bes! Bile da patah balik odw blek uma, nampak pintu gerbang, "SELAMAT DATANG KE PONTIAN". I wonder..-aku da keluar Pontian (my current place) ke nih?- waa~~ rasa cm nak jerit je! haha..knapa mcm x pernah sampai sini je..tah sampai kat mana2 je bwt long distance sekarang nih.. nak kata sampai Tanjung Piai, cm jauh lg.. Tanjung Bin? Urm..not really. Senang cite, kat area Kukup la..hehe bes2!

Sepanjang jalan td dengar radio, bila bosan borak2 la ngn Wak Nen tuh.. Memandangkan mmg knl ngn family dy, tanyelah pasal Dina yg kat PASUM skg.. Bes pulak dgr crite kt UM tuh..cm nak masuk jugak je..hehe insya-Allah.. :) Ainin Sofia, kakak si Faris Napi pun kat PASUM. Aha suka dgr crite mereka~

04/02/2010, Thurs.

Besday bos! Hepy besday to Ahmad Zulhilmi! :)
Hari ni juga dalam tarikh Islam, bersamaan dgn 19 Safar. Hol almarhum ke-15 tahun arwah ayah yg dirindui, Almarhum Ismail bin Tahoid. Hadiahkan pahala bnyk2 dpd anakanda. :) Al-Fatihah~ semoga rohnya sentiasa dicucurkan rahmat oleh Allah. Amin..

Uhum..on the same day, i had QTI! kirenye cm ujian kelayakan la b4 jumpa JPJ. Ade markah! haha..ngn pak cik garang lak tuh. Huwaa~ nervous gila seyh! Sejukkkk je tangan pagi tuh..esp masa nak isi form. gosok2 tgn sume da bwt..sampai da x taw mane nak kumpul haba bg heat sket.. =D masa tgh tunggu kawan baik, Nadzirah yg test dulu, duduk2 la kat cafe (warung sebenarnya..hahax) yg ada.. strt test dlm pkul 9am. Sambil2 tuh bual2 dgn makcik n kwn yg da amek QTI last week. Dyorg dpt 10 n 11 markah je! Uh..terasa semakin susah lak..da la kene berhadapan ngn pak cik garang tuh..huhuii.. Tp lek2 je..cool babe~ mcm2 la bg tips.. kaki jgn x letak kat brek ms berhenti kt simpang, nak belok kene toleh tepi sekejap, signal jgn lupa, selalu tengok cermin, ikut had laju jgn lembap sangat..(heh..anda bukan baru blaja sekali kan...)..bnyk lg la dyorg pesan. So, sumbat2 la semua tuh dlm kepala..xtaw la, mcm x masuk je dlm keadaan nervous ni..haha

Masa bwk keta tuh, da kurang la rasa gementar. Beri salam~ bwt parking belakang, alhamdulillah lulus semua. yey! jln raya lak.. ha, masa mamandu tuh, mcm999 pak cik tuh crite..psl mat rempit la semua Melayu la, org mabuk memandu, budak sekolah tepi jalan, beca lalu, workshop..bla..bla..bla..iyekan je la, gelak2 sket..jwb pe dy tanya..ahah..melayang gak otak fikir pe dy crita semua tuh..hehe tp still concntrate la driving. Ada dy crita, sorang aunty nih hon tekan kat tengh2 sterring!! huahua..lawak je. Kereta kancil kan kat tepi..hihi kantoy lak dy x pernah main2 hon bila blaja. Bila da selesai menempuh halangan lalu jalan A, dptla markah..uhum..10 kesalahan, so minus 10. Dpt 10 je! haha same je ngn mereka2~ tp xpela..pak cik tuh explain apa yg sepatutnya. Dalam 20 minit tuh je, da bley trace kesalahan2 kecil yg selalu terlupa dan x perasan. Mudah2an JPJ Jumaat depan lulus..amin3~
                         

                                  panggil ni, kereta Potatik~ haha cm chumel kan? ^.^