
Ibu muda tersebut memulakan perjalanannya. Kasih sayang terhadap cahaya mata yang masih kecil tidak berbelah bahagi. Bermain bersama anak-anak, memetik buah-buahan sepanjang perjalanan untuk anaknya, memandikan anaknya apabila melalui air terjun yang jernih dan sebagainya. Ibu muda tersebut berasa sangat bahagia. Dia menangis sambil berkata, “Tiada yang lebih berharga dan membahagiakan selain ini”.
Apabila menjelang malam, hujan dan ribut melanda. Lorong yang mereka lalui gelap. Anak-anak ketakutan dan berada dalam keadaan sejuk. Si ibu membalut badan anaknya dengan gebar dan memeluknya. Si anak memberitahu ibunya, “Ibu, kami tidak takut lagi sebab ibu ada bersama kami”.
Menjelang pagi, si ibu bangkit daripada lena. Sang mentari memancarkan bahang sinarnya. Tiada lagi ribut seperti semalam. Di hadapan mereka terdapat sebuah bukit. Mereka mendaki ke puncaknya. Si ibu dan anak lelah. Tetapi ibu berpesan, “Bersabar sikit ya sayang..nanti kita akan sampai ke puncak”. Anak-anak tidak berputus asa dan terus mendaki sampai ke puncak. Apabila tiba di puncak, anak berkata, “Ibu..kami tidak akan sampai ke sini tanpa ibu”.

Hari berikutnya, awan gelap menyelubungi alam semesta. Itulah awan kejahatan dan kebencian. Anak-anak teraba-raba dalam kegelapan dan terjelupuk jatuh ke tanah. Si ibu berkata, “Anak-anakku, jadilah seorang yang kuat dan berani. Allah akan sentiasa bersama kita.. Yakin ya dengan janji Allah. Jangan pernah merasa putus asa dengan-Nya.”
Anak-anak mula sedar dan kembali tenang. Kata-kata itu menjadikan mereka terpandu dalam kegelapan. Pada waktu malam, si ibu bermonolog sendirian, “Hari ini ialah hari yang terbaik dalam hidupku. Aku telah tunjukkan mereka jalan yang benar. Alhamdulillah Ya Rahim...=)”
Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Si ibu kian makin tua dan lemah. Anak-anak pula makin besar dan menjadi insan yang mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Kini tibalah masanya si ibu akn kembali ke dunia yang kekal abadi. Dia berkata, “Alhamdulillah.. Aku telah sampai ke penghujung pengembaraanku. Kini aku sedar penghujung perjalanan ini lebih bermakna berbanding permulaannya. Kini anak-anakku telah kuat. Tidak selemah semasa usia mereka masih setahun jagung. Mereka mampu berhadapan dengan ujian juga onak duri dalam kehidupan ini. Semoga mereka terus terpandu ke arah jalan yang lurus dan penuh keberkatan. Mudah-mudahan limpahan kasih sayang-Mu sentiasa bersama mereka. Kini aku boleh pergi dengan tenang kerana doa-doa mereka menemaniku. Aku rasa bahagia dan bersyukur di atas nikmat yang tidak putus-putus ini. Subhaanallah walhamdulillah wa laa ilaaha illallahu wa allahuakbar...”
No comments:
Post a Comment