Thursday, February 25, 2010

Jom selawat bnyk2!


KELEBIHAN BERSELAWAT

1. Mendapat syafaat  Nabi Muhammad s.a.w
"Orang yg paling hampir denganku pada hari akhirat adalah orang yg paling banyak berselawat ke atasku di dunia".
2. Dirahmati Allah dengan dilipatgandakan sebanyak sepuluh kali dengan sekali selawat.

3. Mendapat keampunan dosa.
"Sesiapa yg berselawat ke atasku sekali, maka akan dituliskan baginya 10 kebaikan, dihapuskan doripadanya 10 kejahatan dan ditinggikan 10 darjat, dan diperlihatkan kepadaku amalannya itu dan dikurniakan kepadanya sama dengan apa yg dimintakan itu."
4. Mendapat doa para malaikat.

5. Ditinggikan darjatnya di sisi Allah.

6. Dapat berhubung  secara langsung dengan Rasulullah s.a.w

7. Doa dimakbulkan oleh Allah.

8. Membersihkan hati.
"Berselawatlah kamu ke atasku kerana selawatmu itu membersihkan hati kamu dan mohonlah kepada Allah agar mengurniakan kepadaku al-Wasilah".
9. Mendapat perlindungan pada hari akhirat.

10. Terselamat daripada bersikap bakhil.
"Orang yg bakhil ialah apabila disebut namaku, dia tidak berselawat ke atasku".
AL-KISAH...


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. 

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar." 

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu." 

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu." 

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi." 

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. 

Dengan kisah yang ini, semoga kita tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat. Insya-Allah.. :)


No comments: