Saturday, February 20, 2010

Bagaimana Syaitan Menakluki Hati Manusia?

Al-Tahtawi menjelaskan dalam kitabnya, Fathu Al-Mannan Bi Ahkam al-Jan, gambarannya seperti berikut:


"Hati laksana benteng, benteng itu berpagar dan pagar mempunyai pintu. Penghuni di dalamnya ialah akal. Para malaikat sering berjaga di kawasan benteng itu. Tetapi di situ juga ada tempat bersembunyi yang akan didatangi oleh syaitan
Peperangan sentiasa berlaku antara penghuni kota iaitu akal dan syaitan berserta gurkhanya iaitu nafsu. Syaitan tak pernah berhenti mencari helah dan waktu untuk menyerang. Maka, penjaga hendaklah mengetahui bilangan pintu kota dan cara untuk menangani kemaraan musuh. 
Kota ini akan diterangi dengan zikir yang diamalkan, menjadikan padanya cermin yang akan menterbalikkan imej setiap yang melaluinya.
Maka syaitan dan tenteranya akan berusaha mencari helah, antaranya dengan mewujudkan kepulan asap. Asap yang akan menggelapkan suasana hingga pengawal tak nampak apa yang berlaku.
Asap ini juga akan melekat pada cermin yg mengakibatkan kita tak nampak imej yang sebenarnya. Istiqamah dengan zikir mampu membersihkan cermin menjadikannya reflektif semula.
Demikianlah pertarungan sengit sentiasa berlaku dalam diri kita. Semakin kuat keimanan, semakin dahsyat cabaran yang harus ditempuhi.
Kadangkala, angin kencang bertiup menyemarakkan asap nyalaan iblis sehingga para penjaga terlepas musuh masuk ke dalam mempengaruhi penghuninya iaitu akal."

-101 Doa dpd Hadis2 Sahih, Ustz Zahazan Mohamed.-

Hal ini ditegaskan Ibn Taimiyah: “Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?”
Kebanyakan masyarakat faham zikir hanya kata-kata yang dilafazkan saban kali habis menunaikan solat fardu, solat sunat atau membisik doa ketika ingin makan, memulakan sesuatu kerja yang baik, terjaga dan tidur serta bersin.

Padahal hakikat zikir kepada Allah sebenarnya tak tertentu kepada zikir lisan semata-mata seperti yg ditegaskan Al-Imam An-Nawawi, bahawa zikir tidak terbatas kepada tasbih, tahlil, takbir dan lain-lain zikir lisan, mereka yang bekerja kerana Allah juga orang yang berzikir kepada Allah. Lillahi ta'ala..

Pendapat beliau disokong Basri Ibrahim Al-Azhari dalam bukunya Salah Faham Terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir, bahawa setiap orang yang taat kepada Allah, mengikut segala diperintahkan dan meninggalkan larangan-Nya dikira sebagai orang yang berzikir. :)

1 comment:

Yusri said...

jazakallah..
dr dlu kau suke en cite2 personifikasi nieh.. huhu