Ok, petua ini adalah untuk mengekalkan daya komunikasi yang menyeronokkan. :) baca baca!
Setiap kali mesyuarat diadakan, Dan Minuta (daripada Western Instructional Television) akan membawa satu bakul span basah dan satu bakul bunga. Kemudian, span basah dan bunga itu dibahagi-bahagikan kepada setiap ahli mesyuarat yang hadir.
Apakah kegunaannya? Gunanya macam nih.. dibaling untuk meyatakan persetujuan ataupun bangkangan secara fizikal. Apabila ahli mesyuarat seronok mengenai sesuatu idea, maka dia akan membaling bunga ke arah si pemberi idea itu. Sebaliknya, apabila tidak senang dengan sesuatu idea, dia akan membalingkan span basah. Ringkas je kan?
Memang ringkas, tapi petua nih menarik. Dan Minuta menceritakan lagi.. Dalam satu mesyuarat, dia tidak bersetuju dengan pendapat daripada seorang pekerjanya. Lantas, dia mengambil span basah dan membalingkannya kepada pekerja itu. Ish..lepak je la dulu patutnya. Tapi..nak tahu apakah yg terjadi selepas drama itu? Semua ahli mesyuarat yang lain membaling span basah yang mereka ada ke arah Dan Minuta! *beliau kebengangan* =D
Konklusinya, mesyuarat itu menyeronokkan jika kita berkomunikasi dengan seronok! Hee..x bes langsung kalau mesyuarat yang masing-masing tunjukkan muka 'ketat+muram+kusam' ala-ala singa betina. Nasib baik meeting Badan Wakil Pelajar 08/09 selalu dihiasi lawak jenaka sambil menyumbang idea yang gila-gila. [Rindu oh nak meeting BWP..=/] Bos memang agak cerewet, tapi berkat kesabaran+kerjasama semua ahli, everything seemed to be great! ;) Cubalah selitkan sedikit humor pada mesej-mesej yang sukar agar orang lain berasa seronok memandangnya. Berkomunikasi secara seronok dan tidak menekan mendorong hasil yang di luar jangkaan! Percayalah. Macam dah banyak kali terbukti je kat maktab. Ceyh..haha.
Before meeting while waiting for our advisors. In LC5 room, MARESMART Terbilang! (:
5 comments:
meeting gila-gila?
hahaah!
terasa!!
=)
eh kalo terasa tuh xtahu lah..aku x cakap ko pun. haha.
sungguh seronok uoolss,
salamm,
mwahaha
meeting kte slalu ade glak2 smpai boz slalu bengang.
but, that memories are priceless..
rindu BWP! :D
tau xapa, rndu sgt!
korg semua ahli mesyuarat yg terbaik! :)
our memories unforgotten~
Post a Comment