Haaaaaaii! Rasa macam baru dapat nyawa hari ni. yeay. Tak ingat bila dan di mana terbaca contengan lebih kurang begini bunyinya :
Yeah. Rasa macam tak suruh tinggalkan kehidupan. Tapi aku suruh -cuba tinggalkan dosa :)
Tak rasa nak cerita lebih2. Tak rasa juga awak yg membaca ni nak tahu lebih2.
Kalo rasa mcm nak tahu lebih sikit je, sini : Back to Alma Mater by Fauzan Suhairi.
Balik mengembara, de keracunan makanan. Jatuh semangat memandang laman-laman sesawang.
Tapi. Ish. aku memang dah yakin betul la tumblr tuh sesuai ngn jiwa aku. Ahahaha. Nanti jenguk kau balik taw, blogspot! Jaga kesihatan! :) semoga dalam peliharaan Allah selalu~
Semoga ayah bahagia di sana. Ayah memang baik sangat, terbaik.
Terima kasih terima kasih segalanya, ayah.
Maaf ayah.. akak tak berpeluang nak balas jasa baik ayah.
Hanya doa akak kepada Allah sebagai pengantara kite, kan.
Terima kasih Ya Allah untuk setiap satu takdirmu ke ats diriku.
Alhamdulillah, kupanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Mu Ya Allah Tuhan sebaik-baik perancang dan hanya kepada Engkau tempat aku bertawakkal dan mengharap.
Aku yakin jalan perancangan-Mu ini yg terbaik.
Aku tidak akan menyesal dgn pilihanku, kerana semuanya pilihan-Mu juga Ya Allah..
Tingkatkanlah kesabaran, kecekalan dan kegigihanku untuk terus mendambakan cinta-Mu
dan menagih redha-Mu dalam hidup dan matiku.
Sesungguhnya, hidupku...matiku..ibadahku..keseluruhan diriku ini
diperhambakan hanya kerana-Mu
Ya Rahman..Ya Rahim..Ya Hakim..Ya Wahhab..Ya Ghaffar..
Campakkanlah, Ya Allah.. taufik dan hidayahmu kepada ahli keluargaku, sahabat2ku, guru2ku
dan semua umat Muhammad yg berada di sekelilingku ini
Pilihlah aku Ya Allah..pilihlah aku untuk tetap di jalan-Mu ini.
Jangan, jangan pernah Ya Allah Engkau jauhkan aku daripada mendapat rahmat, kasih sayang,
redha-Mu, cinta-Mu, keberkatan, limpahan mawaddah wa rahmah serta keampunan
daripada-Mu jua Ya Rahim..
Hidup suburkanlah hatiku ini untuk sentiasa mengingati-Mu.
lembut basahkanlah lidahku untuk mengalun zikir kepada-Mu
ringankanlah badanku ini untuk melaksanakan ibadah kepada-Mu..
Sampaikan salam rinduku kepada junjungn mulia
Nabi Muhammad sallahua'laihi wasallam, ahli keluarga serta para sahabat Baginda..
Amiin aminn aminn ya Rabbal a'lamin..
Terima kasih banyak banyak, ibu. kerana telah menjadi seorang ibu dan ayah yg sangat sangat mithali kepada kami. Semoga semua doa ibu diperkenankan oleh Allah dan semoga bahagia di dunia dan akhirat. Ampunkanlah dosa ibu bapaku Ya Allah. Aku menjadi saksi mereka telah menjalankan tanggungjawab dengan sangat baik sekali, redhailah kami dan semoga syurga Firdaus tempat kami disatukan semula bersama hamba-hamba-Mu yang soleh solehah.
Ameen ameen ameen.
Maafkan akak yg banyak sangat buat salah, ibu ayah.
Salam sayang tak terhingga untuk ibunda dan ayahanda tercinta daripada anakandamu :)
Hye! Salam 18 Rejab 1432H. Okay, kembali kepada janji sebelum ini [janji dalam 'Laila Cantik' :)] Kite baca hadis pasal neraka dulu lah ye? Semu hadis ni ialah petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah.
Berfirman Allah S.W.T yg bermaksud : "Wahai anak adam, bagaimanakah kamu boleh melakukan maksiat, sedangkan kamu tidak berupaya menahan walaupun hanya kepanasan matahari.
Neraka Jahannam itu ada tujuh lapis di dalamnya. Ada api-api yang membaham antara satu sama lain. Setiap tingkat ada 70 ribu buah kampung daripada api. Setiap rumah ada 70 ribu bilik daripada api, Setiap bilik ada 70 ribu buah kotak di mana setiap kotak ada 70 ribu ekor kala jengking daripada api dan di atas setiap kotak itu ada 70 ribu pohon daripada zakkum.
Di bawah setiap pokok ada 70 ribu rantai daripada api. Pada setiap rantai ada 70 ribu malaikat dan 70 ribu ular daripada api di mana setiap ular itu panjang 70 ribu hasta, di dalam setiap rongga ular itu ada lautan daripada racun yg hitam.
Setiap kala mempunyai seribu ekor, di mana panjangnya ekor itu 70 ribu hasta. Pada setiap ekor itu ada 70 ribu tahil racun yg berwarna merah.
Aku bersumpah dengan diri-Ku, demi bukit Thur, demi kitab yg tersusun, demi lembaran yg terbuka, demi Baitul Makmur, demi atap yang tinggi dan demi lautan yg di dalam tanahnya ada api yg mendidih.
Wahai anak Adam, tidak aku ciptakan neraka melainkan untuk setiap orang kafir, pengadu domba, orang yg menderhakai ibu bapa, orang yg riak atau menunjuk-nunjuk, orang yg tidak mahu mengeluarkan zakat, orang yg berzina, pemakan riba dan peminum khamar.
Neraka juga disediakan kepada mereka yg menzalimi anak yatim, pengumpat serta penipu, perempuan yg meratap mayat, dan orang fasik yg menyakiti jirannya, kecuali mereka yg bertaubat, beriman dan beramal soleh.
Mereka itu Allah akan menggantikan kejahatan dengan kebaikan, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.
Hai hamba-hamba-Ku, kasihanilah dirimu, kerana tubuhnya tersangat lemah sedangkan perjalananmu amat jauh, bebanan amat berat, siratulmustaqim teramat halus dan pemerhati itu sangat melihat dan hakimnya Tuhan sekalian alam."
Pesanan Ustaz Zul : Perjalanan hari akhirat terlaaalu jauuuhh, janganlah kita jadikan dosa-dosa sebagai beban dalam perjalanan ini. Nak padam dosa senang je. Taubat nasuha dgn penuh keimanan dan buat amal soleh banyak2. Insya Allah dosa akan dugantikan dengan kebaikan.
Astaghfirullah..jauhkanlah kami daripada azab api neraka. Nau'zubillah..
Hadis Qudsi mengenai syurga akan datang la ek. :) mcm tak sempat sbb nak bersiap pergi mengembara hha. Cumanya nak cakap dulu, kenikmatan syurga itu teramat indahh dan tak tergambar oleh mata. Sungguh! Syurga dengan neraka memang betullah sangat sangat kontra. Sama juga, kebaikan dengan keburukan macam kutub utara dan kutub selatan. Semakin kite membuat kebaikan, semakin jauh daripada kejahatan. Semakin ke satu kutub, semakin jauhlah daripada kutub yang satu lagi. ;) sekali kau buat kebaikan, mesti ada rasa nak buat lagi. Sama juga halnya bila buat kejahatan. Tapi hati kita nanti yg akan membezakan, ketenangan tuh kite dapat ke tak ke cner?
Wallahua'lam Wassalamua'laikum.
Fastabiqul khairat wa mardhatillah~
Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan dan mencari keredhaan Allah :)
Pendahuluan : Ouh tadi tengok Keranamu Laila kejap2. Haha cantik laila tuh :) garang. tp seriously, suka aku tengok kau. Jaga diri, Izara Aishah :) kau baru 19, yg penting jagaa diri. takut aku tgk peminat kau yg gila hha. may Allah bless you. always. ish takyah buat mcm tadi, tak best la. kau kalau sopan, alahai kalo aku de abang, da lama amek kau jadi kakak ipar. xD *ape ke over sangat aku malam ni nak berangan puji2 org hha sorry*
Laila, perbanyakkan bersyukur :) dan jangan lupa kita hidup kat dunia ni bukan selamanya taw. Memangla orang cakap hidup hanya sekali, tapi mati itu pasti. Sepatutnya memang kena struggle untuk cari bekalan sebanyak-banyaknya sebab tak tahu macam mana lah nasib kita kat alam akhirat yg selama-lamanya tu nanti. :( Segala puji bagi Allah, sebab Allah tu baik sangat, tak terkira, tak terucap, tak terfikir semua nikmat yg Allah dah bagi kat kite. Kalau la setiap kali kite nak benafas sedut oksigen kena doa dulu, mesti setiap masa kita ingat Allah kan. Hakikatnya, bukan macam tu. Kite tak ingat Allah pun, apetah lagi selalu nak bersyukur, segala nikmat dan kebaikan tetap juga mengalir dalam diri dan sekeliling kite. Aih manusia, ape lagi yang kau nak? Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? setiap kali baca surah Ar-Rahman, boleh menangis tak berhenti. Kite ni selalu kufur nikmat, tapi Allah baagiii lagi peluang. Buat dosa banyak, Allah baagiii lagi peluang rasa nikmat-Nya. Sampai bila baru nak bersyukur, nak betul-betul jadi hamba? Sampai tiba2 disentap nikmat2 tuh satu persatu? Ape hak kau nak halang-halang marah-marah bila Allah dah tarik balik?
Okay, rileks. Rileks lagi :)
Cantik mana pun kita, bahagia mana pun kita, kaya mana pun kita, dihormati digilai disayangi mana pun kita, kecantikan, kenikmatan, kekayaan, kebahagiaan, segala-galanya teramat indah dan tak tergambar oleh mata di syurga nanti :) Allah dah janji, berkurun lamanya dah janji, tunggu nak buktikan je kat akhirat nanti.
Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali : al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah
Berfirman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Wahai anak Adam, harta itu milik-Ku dan engkau ialah hamba-Ku. Hartamu itu daripada harta-Ku jua kecuali yang sudah pasti untukmu iaitu apa yang kamu telah makan maka lenyaplah ia atau apa yang kamu pakai kemudian buruklah ia atau kamu bersedekah maka yang demikian itu kekal.
Antara Aku denganmu ada tiga bahagian, satu bahagian untuk-Ku, satu bahagian untukmu dan satu bahagian lagi antara Aku dan kamu. Bahagian untuk-Ku itu ialah rohmu. Bahagian untukmu itu ialah segala amalanmu. Bahagian antara kita berdua ialah doa daripadamu, manakala Aku memakbulkan doamu.
Wahai anak Adam, waraklah dan qanaahlah nescaya engkau akan dapat melihat Aku dengan mata hatimu. Beribadahlah kepadaku nescaya engkau akan sampai kepada-Ku. Tuntutlah daripada-Ku supaya engkau mendapati aku.
Wahai anak Adam, apabila engkau tergolong dalam golongan pemerintah yg memasuki neraka kerana kejahatannya, orang Arab disebabkan kemaksiatannya, para ulama disebabkan hasadnya, peniaga disebabkan khianatnya, ahli ibadah kerana riaknya dan yang memasuki neraka kerana kejahilannya, orang kaya kerana sombongnya dan orang miskin kerana penipuannya, maka siapakah sebenarnya yang inginkan syurga?"
Siapa? Siapa? Tergolong dalam golongan yg mane lah kite ni..kalau dijauhkan daripada neraka pun tersangatlah bersyukur. Harta yg dimilki kalau disedekahkan, pahalanya kekal sampai akhirat. Kalau kite belanjakan harta yg ada untuk kepuasan sendiri pun, memang takkan puas.
Malu pun ada dengan Allah, dosa banyak tapi tetap lagi selalu meminta-minta merayu-rayu nak masuk syurga. :( dah la kite ni pun taraf HAMBA je. Kadang siap berangan-angan lagi nak berjiran dengan siapa kat syurga nanti ^.^
So, kite kenalah jadi hamba Allah yg taat, yg disayangi, yg diredhai, yg menjalankan tanggungjawab kat muka bumi ni sehabis kudrat. Yeah, saya sentiasa ada menyokong anda semua! [dan saya juga tak hebat untuk berjalan seorang diri, terima kasih Ya Allah memberi pinjam mereka semua sahabat2 saya dunia akhirat..:) tolong tegur saya salah silap, sekali lagi, minta tegur saya salah silap] Bersama kite (saya&awak yg membaca&kite semua umat Nabi Muhammad S.A.W) berjiran di syurga nanti ;) ameen.
p/s : Next sharing ; hadis qudsi syurga, hadis qudsi neraka. Insya-Allah. Doakan cepat post baru. hee :) ade sikit2 pasal syurga neraka kalau nak baca kat bahagian akhir2 post ini - faham dengan hati, bertindak untuk . . .
oh yeah Laila, di sini ada sedikit kata-kata ikhlas untuk awak (utk semua juga) :) Sekiranya kelebihan diri kita seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi.
[petikan dpd satu slot tazkirah Ustaz Zul Ramli] Ini OST Keranamu Laila.
Hha lagu ni okay best. Cuba kau berdoa. Cuba dan cuba kau meminta. Cuba tuk berserah. Cuba dan cuba tuk percaya. Pada baris butir doa kau memohon kau berserah Hanya pada Dia Dia~ so, cuba kaudengar.
Salam sayang takzim daripada penaja :) Mohon maaf salah silap. Semoga kita dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya. Ameen. Wassalam.
"Ada dua golongan daripada ahli neraka yang aku belum pernah lihat kedua-duanya itu. Kaum yg membawa cambuk seperti ekor sapi yg mereka guna untuk memukul orang (iaitu penguasa yg kejam). Dan perempuan-perempuan yg berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka itu tidak akan masuk syurga, dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian" [Riwayat Muslim]
Anggun ke? Tak tahu, besar kemungkinan kalau tanya jawapan aku, 'memang tak langsung'. Lebih sedih lagi, ada yang sanggup memakai sanggul tiruan, sebab rambut tak panjang mana pun. Mungkin ramai lagi tak tahu kan.. Tak boleh jugak nak salahkan si pemakai. Tapi, macam mana nak cakap? Ya Allah..ya Allah..ya Allah..
Pereka busana muslimah semestinya perlu tersangat prihatin soal ini. Mungkin dah ada pihak yg menegur. Tapi tuh la, bila sekarang ni banyak diwarnai nafsu duniawi. Dalam Solusi 30 ni pun ada cakap lagi, "Rekaan mereka itu masih tidak selari dengan kehendak Ilahi sebaliknya ia hanya meletakkan martabat ajaran Islam di bawah nama kretiviti seni. Ingatlah, jika kretiviti seni dan kehendak manusia dijadikan sebagai satu piawaian atau kerangka nilai, maka akan terjadilah kekacauan dan kepincangan".
"Katakanlah kepada kaum lelaki daripada golongan yg beriman, hendaklah mereka mengawal penglihatan mereka dan menjaga kehormatan kemaluan mereka". [Surah an-Nur 24 : 30]
Konklusi : Tidak melihat yg bersumberkan syaitan.
ahhah! ni dalam paper Iluvislam ;) wujud kat KL sentral ye. Jemputlah.
Siapa kata senang jadi lelaki? Eh jadi perempuan pun bukan mudah. Bersyukur :) awak, saya, dia, kite semua sebaik-baik kejadian. Alhamdulillah. Ini ada sedikit perkongsian daripada group maktab dulu :)
siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising perempuan, stoking pon kena pakai cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari komfem x tahan bertutup semua tapi, perempuan cool jek tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?
siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit nak pergi kelas pon susah cuba tengok budak lelaki , selamber jek kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit hebat kan perempuan?
siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul cepat je sensitif cuba tengok orang putus cinta selalu perempuan yg paling susah nak lupa lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru cuba pergi wayang tengok cerita hindustan siapa yg paling teruk menangis? perempuan kan? lelaki boleh gelak2 lagi lembut tak lembut hati perempuan tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki hebat tak perempuan?
disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil kenapa Allah lebihkan lelaki? kenapa perempuan kena dengar cakap suami? kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami? padahal jadi perempuan tu sangatlah susah bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon' diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati kesian kan kat diorang?
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil persoalannya sekarang betul ke Allah x adil dengan perempuan? betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya x adil lagikah Allah pada perempuan? Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu subhanallah, hebatnya perempuan kan?
kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio banyak lagu pasal perempuan kan? jarang kita dengar lagu pasal lelaki sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan? Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni perempuan senang nak masuk syurga tengok hadis ni
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
x adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah betapa sayangnya Allah padamu betapa cintanya Allah padamu tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayangkanlah, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah kesiannya dekat perempuan yang tolak untuk jadi seindah hiasan kan?
♥ Wanita muslimah kelihatan bebas dpd terperangkap dgn fesyen. Mereka bebas dpd menjadi bahan perbandingan, tidak perlu berbelanja besar utk mendapat pengiktirafan lelaki ajnabi, tidak perlu bersaing utk menunjukkan kemegahan. Namun mereka masih mempunyai daya tarikan tersendiri yg tersembunyi di sebalik rasa taqwa, akhlak dan kesederhanaan mereka. Tahniah dan semoga berjaya kite semua :)
Yang di atas ni sebenarnya kata2 ni tulisan wanita barat, R. Stevenson dlm The Toronto Star, 23/01/2010 :) terharu wanita barat buat pengakuan tulus ikhlas cmnih. Tapi ingatlah selau, musuh2 Islam sekarang ni sangat memerhatikan kite wanita2 islam. Dalam Solusi ni pun ada ditegaskan lagi, tujuan wanita berhias cantik adalah untuk menambah kasih suami.
Kalau jumpa saya kat mana-mana nanti, rambut warna warni highlight siap, ingatkan dan tegur saya. Tegur je salah silap, lagi2 yg pernah saya cakap atau tulis. Terima kasih.
Pesan kawan saya kepada kawannya yg juga pembaca blog ini :
I don't hate you, but I just don't care about you anymore. Thank you.
Ada awak kisah? Ahah siapalah saya ni pada awak nak kisah kisah.
Kita dihidupkan kat dunia ni untuk akhirat
Di dunia sebagai khalifah, dan beribadat kepada Allah
Tapi kite selalu tak sedar hakikat kehidupan ni
Manusia mati ketika di dunia dan hanya akan sedar apabila di akhirat kelak
As-Sajadah 32:12, Dan (sungguh mengerikan azab yang bakal menimpa) sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepala di hadapan Tuhan mereka (sambil merayu), "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya, maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin."
Kite selalu je suka suka sangat sangat kat dunia ni macam takde kehidupan lain lepas ni
Tahu je mati itu pasti dan bila-bila masa boleh ditarik nyawa kite ni
Tapi tak pernah pun nak selalu beringat, nak selalu istiqamah
Andaikata esok hari terakhir Allah izin bernafas kat muka bumi-Nya ni..
Ya Allah..memang rasa tak sedia langsung la aku ni. Tahu pun takut, kan.
Padahal tahu je selagi bernyawa, pintu rahmat terbuka luas, pintu taubat belum tertutup
Tapi tak pernah pun nak manfaatkan sebaiknya
Macam saje je kite ni buat tak faham, buat-buat lembap nak bertindak
Buat tak endah je peringatan demi peringatan untuk bertaubat ulang-ulang
Macam diri ni suci sangat sampai angkuh taknak bertaubat, malas istighfar hari-hari
Memangla sekarang ni macam tak sedar je buat dosa
Sebab bukan curi ayam kat reban ke, bunuh jutawan ke, tonggang botol kat Modesto ke
Yang sekarang dosa duk buat ulang hari-hari tak kira pulak ek
TERtengok aurat orang sana sini, TERdengar mengumpat itu ini, TERdetik kat hati itu ini
Itu tak dikira berdosa lah? Ohhh..mana pasti tak berdosa?
Dunia ni ladang orang yg beriman, akhirat tempat kite menuai hasilnya :)
Selalu la kite fikir pasal syurga, insya Allah semangat untuk beramal tu bertambah-tambah ;)
Kalau ingat pasal neraka, biasanya tak lama pun rasa takut azab tuh. Esok lusa seminggu dua lupa dah aih.
Jadinya, kite mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari redha Allah kat dunia ni!
Kenapa pulak? Dengan pahala amalan je tak cukup ke nak masuk syurga?
Hadis riwayat Muslim : “Amal soleh seseorang antara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya daripada azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah”.
Allah je yg boleh bg keizinan itu. Kalau ada rahmat Allah, insya Allah syurgalah tempat kita.
Nak dibandingkan amal kite yg tak seberapa dengan nikmat keistimewaan kekayaan kebahagiaan yg Allah janji dalam syurga nanti, memang tak setanding langsung!
Sebabnya, walau banyak mana amalan kite dan lama mana pun kita hidup kat dunia ni, (biasanya dalam 65 tahun je), balasan yg Allah janji tuh tempohnya SELAMA-LAMANYA. Infiniti! Kalau kite mula dapat kesedaran untuk beramal masa umur 20 tahun, tapi umur 20 tahun 2 hari dah kembali ke rahmatullah. Rasa-rasanya amal kite cukup tak nak dijadikan lesen untuk ke syurga? Mesti tak kan?
Ingat tak kisah pembunuh yg dah bunuh 99 orang, kemudian nak bertaubat. Dia bunuh orang yg ke-100 baru dia dapat jalan daripada seorang alim untuk bertaubat. Dalam perjalanan untuk ke negeri yg dituju tu, dia meninggal. Tapi diceritakan, dia dijanjikan syurga sebab bila malaikat mengukur jarak antara dia dengan negeri untuk bertaubat tu lagi dekat daripada negeri dia bunuh2 orang. Subhanallah..
So, sebab tu la dikatakan kite masuk syurga ni sebab rahmat Allah, bukan amalan kite semata. Baik kan Allah? Kat dunia ni, rahmat dan kasih sayang Allah sangat luas taw. Tapi kat akhirat nanti Allah S.W.T sangat teliti, halus dalam menghisab hamba-hambanya. Takda siapa yg boleh selamatkan kite lagi dah. Syafaat Nabi Muhammad sallallahu a’laihi wasallam mudah-mudahan berjaya kite peroleh. Tapi kalau kat dunia ni nak berselawat pun berat sangat mulut, tak rasa malu ke kite nak terhegeh-hegeh minta syafaat Nabi Muhammad nanti?! Ohh..dah macam jauh dari syurga, baru nak ingat Nabi? Ya Rasulullah..maafkan kami..maaf Ya Rasulullah..maaf Ya Rasulullah...
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم
Kalau difikirkan balik, nak cari redha n dapat rahmat Allah, mestilah perlu melipatgandakan amalan. Ye dak? Kite nak hadiah terbaik yg dah lama diidam-idamkan, mestilah (konon-kononnya) berhempas pulas menggembirakan org yg boleh beri kite hadiah tu kan? Tapi dengan Allah jangan ada ‘konon-kononnya’. Allah tahu segala. Minta dijauhkan amalan semua jadi sia-sia sebab kita tak ikhlas, riak, selalu harap dipuji.
Di kesempatan ini, saya Asfarina binti Ismail ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap sepanjang kite bersahabat, juga sepanjang anda membaca apa-apa yg saya tulis di sini. Maaf kalau terkasar bahasa, terasa hati, berjauh hati, tercubit tepuk tampar mana-mana, terlebih mengacau menyakat mengusik, terbanyak tanya dan menerima paksaan menjawab. Tegur saya jika saya silap. Jangan takut malu, saya manusia biasa, belum pernah makan manusia lain. Minta halal segala ilmu, makan minum, kerepek biskut roti, nasi mi bihun kuey teow, air cincau semua air mineral susu higoat air garam dan sebagainya. [ ahah rasanya ni banyak berkaitan pasum je, maaf tiada diskriminasi walau di mana pernah kite bersahabat :) ] saya maafkan awak semua, terima kasih segala :) takda hadiah atau belanja apa-apa, doa sahaja dititipkan dari jauh untuk antum walau di celah mana anda berada. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah. Ameen.
Tersebutlah sebuah kisah seorang cucu dan datuknya. Sumber daripada salah satu Little Books jualan pihak Krafhati. Macam cerita budak-budak je, tapi pengajaran bagus sangat :) saya ada tambah tolak sedikit di mana-mana bahagian yg perlu. :D
Di sebuah kampung yang permai, Atuk Imam Muda tinggal di sebuah rumah bersama cucu kesayangannya, Mia Sara. Pada setiap hari, Atuk akan bangun seawal jam 4.30 pagi. Dia akan duduk di meja sambil membaca al-Quran. Mia Sara sering berusaha bersungguh-sungguh untuk meniru semua perbuatan dan amalan baik datuknya walau dengan apa cara sekalipun.
Suatu hari, Mia bertanya kepada datuknya, “Atuk, Mia dah cub abaca al-Quran macam atuk tapi Mia tak faham apa-apa pun yg Mia baca tuh.. Dan kalau Mia faham pun, sekejap je. Lepas tutup Quran terus lupa balik. Kalau macam tuh, apa kebaikannya kalau kita baca Quran ye?”
Tuk Imam Muda pun senyum sahaja lalu mengambil sebuah bakul yg penuh dan sangat hitam dengan arang kayu. Dia membalas, “Mia ambil bakul ni bawa pergi sungai kat belakang kebun kita, dan bawakan atuk sebakul air.”
Mia patuh dan menurut sahaja arahan tersebut. Tapi, semua air keluar daripada bakul sebelum dia pulang ke rumah.
Atuk hanya ketawa hahhha dan berkata, “Mia kena lari laju lagi ni”. Semangat semangat!
Kali ini, Mia pecut sekuat hatinya. Tetapi, sekali lagi bakul itu kosong sebelum sempat dia sampai ke rumah. Setelah kepenatan, Mia sedikit mempertikaikan arahan datuknya, “Mustahil la Tok nak bawa air dalam bakul..” . Kemudian, dia segera pergi mendapatkan sebuah baldi.
Atuk pun berkata, “Mia..I don’t want a bucket of water, I want a basket of water. You’re just not trying hard enough”.
“Okay Atuk..I’ll show you. Walau macam mana pecut habis pun Mia lari, bakul ni memang akan kosong juga sebelum sampai rumah nanti”.
Mia pun seperti sebelum2nya, mencelupkan bakul ke dalam sungai dan berlari sekuat hati sekudrat yang ada. Ohh..seperti yang dijangkakan, “See Atuk..it’s useless”. Mia tercungap-cungap mengambil nafas huhhahuhha.
“Mia..jadi sekarang ni Mia rasa semua ini sia-sia?”
“Ha’ah. Tapi kenapa Atuk tanya macam tuh?”, tanya Mia sambil mengangkat kening kanannya.
Atuk Imam Muda tersenyum. “Cuba Mia tengok bakul tu”.
Mia melihat bakul yang basah itu, dan untuk pertama kalinya dia menyedari bahawa bakul itu telah berubah. Berubah yang macam mana? Ya, berubah daripada sebuah bakul yang hitam legam berarang kepada sebuah bakul rotan yang bersih luar dan dalam!
“Wah~~” [sila guna intonasi Upin&Ipin]
“Itulah yang terjadi apabila kita membaca Quran, Mia. Mia mungkin tak faham atau ingat semuanya. Tapi..bila Mia baca Surat Cinta Kekasih Abadi tu, Mia akan berubah, inside and out. Itu semua kerja Allah dalam hidup kita. Sebab al-Quran banyak sangat keistimewaannya.”
“Ouh,,terima kasih Atuk, terima kasih. Alhamdulillah, takda yg sia-sia walaupun Mia tak faham, kan Atuk. . Mia mesti baca Surat Cinta daripada Allah tu setiap hari! Mia kan nak tiru Atuk ;)”
Bacalah Quran walaupun satu muka..bacalah Quran walau sibuk mana pun hari kita. Ciumlah..dakaplah mukjizat teragung itu hari-hari. Moga amalan kita yg sedikit tetapi betul-betul ikhlas itu diterima Allah. Ameen :)
“Sungguh telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menjelaskan. Dengan Kitab itulah Allah memberi petunjuk kepada orang yang mengikuti keredehaan-Nya ke jalan keselamatan (dan dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu daripada gelap-gelita kepada cahaya dengan izin-Nya dan menunjukkan ke jalan yang lurus”.
[Surah al-Ma’idah 5 : 15-16]
Fastabiqul khairat wa mardhatillah~
Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan dan mencari keredhaan Allah. Wallahua’lam.