Kajian mendapati 85% wanita dan 73% lelaki berasa lega selepas menangis. :) Selain utk membersihkan mata, air mata juga dapat mengubati tekanan jiwa yg disebabkan oleh masalah kesihatan fizikal spt gastric ulser, hypertension, ulcerative colitis (radang usus besar). Air mata ni jgk ada pelbagai hormon dan cas yg x stabil yg dihasilkan badan masa tuh. Kalo orang menangis depan saya atas sebab yg boleh diterima, mmg suruh dy nangis je puas2..so, betul la kan tindakan tuh? hehe..mmg saya x pujuk la masa tuh, baik cari idea macam mane nak pujuk. Dah ok sket, baru bukak langkah memujuk.
Kelebihan menangis dari sudut perubatan :
Menyahkan zat berbahaya dari badan. Zat-zat kimia dlm tubuh ni dihasilakn ketika tubuh dlm ketakutan.
Tingkatkan kadar degupan jantung. Latihan yg berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Lepas nangis, degupan jantung kembali normal dan kita pun rasa tenang...hee
Menghalang penyakit. Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Temple, AS kepada 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 kajian lagi terhadap orang yg sihat. Hasil kajian mendapati hampir semua pesakit mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang sihat, mengatakan bahawa menangis adalah sesuatu yang semula jadi jika dilakukan pada waktu dan untuk tujuan yang sesuai.
Membebaskan racun daripada badan. Athur Frank, seorang ilmuwan Amerika berkata, “ Menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan dalam tubuh. Fitrahnya, wanita lebih banyak menangis daripada lelaki, secara umumnya, usia wanita lebih panjang berbanding usia lelaki kerana lebih banyak racun yang dibebaskan”. Para saintis dan pakar mata berpendapat sejumlah peratusan tertentu dalam badan manusia hanya dapat dikeluarkan melalui air mata, iaitu ketika menangis.
Bilakah masa yg sesuai utk menangis?
- Mengenangkan dosa-dosa lalu dalam taubat
- Kerana takut Allah dan azab neraka di akhirat kelak. “Diharamkan neraka bagi mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah” (Al-Hakim)
- Ketika khusyuk dalam sujud dan solat. "Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk” [17:109]
- Ketika berdoa dgn khusyuk dgn mengharapkan hanya Allah shj tempat bergantung
- Ketika berjumpa saudara/sahabat yg dah lama berpisah
- Ketika melihat kemenangan tentera Islam
- Apabila melihat agama Islam diinjak-injak dan dihina oleh musuh Islam
- Ketika umat Islam semakin lalai mengerjakan amanah Allah, cthnya masalah kes jenayah umat akhir zaman. Perbuatan zina dan rogol semakin menjadi-jadi sehingga berlakunya kes buang bayi di sungai, tong sampah dan dibakar. Na’uzubillah..*Bancian JPN dari 2006-2008, anak luar nikah yg didaftar mencapai 200 ribu orang..huu T_T
- Ketika keadilan dianggap sbg tindakan yg memalukan
- Ketika seorang ayah di hadapan anaknya yg sakit lalu meminta bantuan si kaya namun tidak mahu menolongnya dengan alasan.
- Setelah mendapat redha kedua-dua ibu bapa. Ni, tiba2 ja gmbar Chef Wan semasa majlis pernikahan Serina & Salahudin Ghafar. *google je gmbar nih..XD
Konklusinya, jangan malu untuk menangis dalam keadaan tertentu. Semoga dengan tangisan kita itu amat tinggi nilainya di sisi Allah..insya Allah. =) Rujukan, majalah kesayanganku, Solusi isu 17.
3 comments:
da tu..
yang orang slalu anggap..
laki nangis tak gentle???
apekah??
bagi aku la kan..
ok je..
laki pon manusia biase..
ade feeling gak..
hee..aku rase ok je. lepak2 je sudeh.
tp cm jarang kut laki nangis2..
lg2 yg cm ganaz2 ttbe nanges..lolz.
nak rajin nangis la lepas ni. hehe.
Post a Comment