Sahabatku, manusia yang disayangi..aku melihat engkau menghabiskan duit dengan bershopping dan menikmati kemewahan dunia semata-mata. Syabas sahabatku! Engkau telah memilih jalan yang betul, daripada menggunakan duitmu untuk memberi sedekah kepada orang lain. Duit engkau hanya untuk engkau. Tak perlulah bersusah payah untuk orang lain. Giving is loving? Heh..no way man!
Aku lihat apabila engkau bertemu sahabat handaimu, bukan "Salam" atau "Assalamualaikum" yang diucapkan, tetapi engkau lebih seronok menggunakan "Oit..Hi..Hello..Whew!". Ini sangat bagus, sahabatku! Engkau mengikut peredaran zaman moden dan tidak kelihatan kekampungan. Engkau tergolong dalam kelompok yang mengikut 'trend' semasa. Memang itu yang engkau mahukan, kan? Yah..berbanggalah sahabatku.
Oh, pakaianmu tidak menutup aurat! Wah..engkau memang mempesonakan, sahabatku! Bagus, engkau memang perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Ah, apa-apa jua peraturan tersebut bukankah kelihatan konservatif? Pasti berpasang-pasang mata yang memandang engkau akan memuji dan menyanjung kecantikanmu. Sesungguhnya kecantikan tersebut memang perlu ditonjolkan kepada umum, sahabatku.
Sewaktu engkau hendak tidur, aku lihat tiada langsung engkau memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat Kursi, tidak membaca tiga Qul, apatah lagi mengambil wuduk. Oh, aku akan segera mendapatkanmu, sahabatku! Segeralah tidur duhai sahabatku. Alangkah baiknya kerana engkau tidak membuang masa dan melengah-lengahkan waktu tidurmu. Waktu ini bukan untuk membaca atau mengingati apa-apa wahai sahabatku. Tariklah selimutmu dan tidurlah seperti puteri kayangan.
Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Di akhirat nanti, kita berjalan bersama, ya? Melangkah seiringan sambil berpegangan tangan menuju neraka jahannam. Alangkah romantik dan bertuahnya aku! Bisa memilki sahabat sejati sehidup semati di dunia dan akhirat sepertimu sayangku intan payung honey sugar..
Aku yang setia bersamamu selamanya, Syaitan.
Au'zubillahiminasyaitonirrajim~ huu..seram lak pe yg ditulis nih. Tadi terbaca then terasa nak buat untuk diri sendiri yang serba kekurangan dan sering terpedaya ini.. Eh, sebagai peringatan untuk kita semua jugak! ;)) saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.. Dah pernah baca 'Bagaimana syaitan menakluki hati'? (Kalau nak baca, klik je kat tajuk tuh) Mintak dijauhkan daripada segala godaan. Janganlah asyik berkepit je dengan 'mereka'.. Tapi, kalau rasa nak berkawan jugak dengan family syaitan, sila2. 'Dyorg' confirm bangga! Sekian. Wassalam~
1 comment:
makasih sudah diingatkan, salam kenal :D
Post a Comment