Sunday, January 31, 2010

Shared by Ustazah Nabilah

Salam..ptg smlm ak ade g usrah..hee..t'igt usrah kt mktb dlu..usrah nie usrah pmpuan la..sume pmpuan..

bgusla jugak bwt santapan rohani..
nie sje nk share..time usrah tuh blaja :

1. Tafsir surah An-Nur
2. Hadis 40
3. Buku 'apa erti menganut Islam'

kte sbg pmpuan nie lau bleh fahamilah surah an-nur tu..surah tuh bgus utk kite jadikan panduan..bru la bley jd muslimah sejati yg beriman..:) insyaAllah..
jdi,,bace2 lah tafsir surah an-nur tuh..hiasi peribadi..kite kn pmpuan..:P
yg laki pn ape slhnye bce..jdikn pnduan utk crik isteri yg solehah..kn? hee..

pastu ustzh tuh ade ckp psl niat..nie bnda basic la..dlm Islam,sume yg kite bwt berdasrkn niat kite..
jd,klu kite bwt ape2 je pkara kite niatkn ape yg kite bwt tuh krn Allah..insyaAllah dpt pahala..niat je krn Allah..cm contohla kite on9 nie kn..niatkn la krn Allah..xdela sia2 kite on9,dpt jugak pahala..:)
yela,kite on9 la crik2 page psl Islam ke..dgr ceramah on9 ke..tp jgnla pesongkn niat..
contoh cm pegi clubbing tp niat kerana Allah..mrepek la tu kn..xkn la bwat maksiat krn Allah kn..
jauh2knlah dri kite nie dr maksiat ye..

other than dat,time tuh ade la ckp psl peribadi muslim..
kite nie jgnla jd Islam pd namanye sje..jgn jd muslim je tp jd mukmin..skrg kn byk org yg Islam pd nama sje..org Islam tp x solat,x puase,x byr zakat n len2 lg..doa2lah kite x jdi cmtuh..jdilah org2 mukmin yg dkt dgn Yang Maha Esa..cket jeh nie sbb lau bce pnjg2 nti msti x t'bace knn? :)

wallahua'lam..
syukran..:) afwan..


>> Written by my syg, Nabilah Husna~ :) thnx darl.. uwah imy!

Friday, January 29, 2010

Erti Suatu Kebaikan :)


Ombak besar dan ribut melanda sebuah kampung nelayan. Di pantai terdampar ribuan ketam-ketam kecil yg dibawa bersama ombak besar itu. Apabila ribut reda dan cuaca tenang semula, kelihatan seorang tua sedang mengutip ketam-ketam yang sudah nyawa-nyawa ikan kerana kekeringan itu. Dia pun mencampakkannya ke dalam laut seekor demi seekor.
Sekumpulan anak muda memerhati perlakuan orang tua tadi. Pelik. Tekun betul atuk tu mengutip ketam satu demi satu untuk dicampakkan ke laut.

"Atuk buat apa tu?”, tegur seorang daripada anak muda itu.

“Kutip ketam ni untuk buang semula ke laut”.

“Kenapa?”

“Kalau dicampak ke laut kan ketam-ketam nih berpeluang untuk hidup..betul tak?”

“Atuk nak kutip semua ketam ni ke?”, tanya mereka sambil menunjukkan ribuan ketam yang terdampar di pantai itu.

“Urm..begitulah. Tapi mana atuk terdaya..sekarang nih pun da cukup letih”, akui orang tua itu. Namun tangannya masih sibuk mengutip dan mencampakkan ketam-ketam itu ke laut. Perlahan-lahan.
Anak muda itu senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Sia-sia saja, tuk.. Ribuan ketam ini akan mati. Atuk tak kan sempat dan mampu menyelamatkan semuanya.”

“Eh, taklah.”

“Kenapa?”

“Bagi kita mungkin nampak sia-sia sebab apalah ertinya seekor dua ketam ni berbanding ribuan lain yang akan mati. Tapi, bagi seekor ketam yang kita selamatkan tu, ia terlalu besar ertinya”.

“Kenapa atuk?”

“Kerana ia melibatkan soal hidup atau matinya, betul tak?”, tanya orang tua itu.

Anak-anak muda yang memandang sinis sejak tadi terdiam melihat kebijaksanaan dan keprihatinan orang tua itu. Mereka pun turut mambantu mencampakkan ketam-ketam yang berdekatan ke dalam laut semula.

Moral:


Jangan fikir besar atau kecilnya sesuatu kebaikan apabila kita ingin melakukannya. Mungkin apa yang kita anggap kecil tu sangat besar maknanya kepada orang yg menerimanya. Apatah lagi bila kita sedar Allah menilai setiap kebaikan yang kita buat. Mungkin sesuatu dianggap kecik oleh kita tu adalah besar pada pandangan Allah. Justeru, marilah kita sama-sama menanamkan keikhlasan hati dan kesabaran dalam melaksanakan sesuatu kebaikan.


(Solusi isu no.5)


>> smlm mkn ketam msk lemak..sedap!!! bulan pnuh, bnyk isi.. ^.^

Thursday, January 28, 2010

Sakit?

Doa ketika menziarahi orang sakit:



Maksudnya, “Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, agar menyembuhkan penyakitmu.” (7x)


Nabi s.a.w bersabda maksudnya, “Tiadalah hamba yang muslim berkunjung orang sakit yang belum datang ajalnya, lalu membaca tujuh kali kalimat itu, melainkan orang itu akan disembuhkan Allah”, riwayat Al-Tirmizi.


Selain tu, Nabi s.a.w juga ada mengucapkan, “Tidak mengapa, semoga sakitmu ini membuat dosamu bersih, insya-Allah”, riwayat al-Bukhari.


Tak kesah la kwn kite tuh sakit ape pun..
Bukan untuk kite gelak2 kan.
Bende sakit nih bukan utk dibuat main.
Tak kesah la ape jenis sakit pun.
Pening2, ade ulser, sakit kaki, sakit tulang, hidung berdarah, gigi kekal tertanggal, patah tangan, jantung terbalik...


Dulu, ade sorang kawan nih cakap, "I x pernah gelakkan orang sakit..."
Masa tuh dy kena gelak ngn kawan dy sebab injured kat tangan, excident.
Bole lak kawan dy tuh ketawa kan org yg tengah menderita tahan sakit..
Jangan ingat kawan yg kite slalu gelak same2 tuh x de hati perasaan.
Dlm buku PAI ada ckp, org sakit nih emosi sensitif..ahah
Kalo rase x nak or x bole jd seorang sahabat yg caring pn, x perlu lah nak gelak depan dy..sindir2 ke.
Berdosa taw.
Lebih baik doakan dlm hati mudah2an cepat sembuh k, ingatkan makan ubat k, bg nasihat sikit2 je pn da ckup sesangat utk menyejukkan hati kawan tuh. :)
Kalo rase x mampu nak bg kata2 penyejuk jiwa, diam je, be a good listener n then ekspresikan kesedihan anda.
Hah bolela tuh..asalkan x menyinggung perassan si sahabat tadi. Kan?


Masa sakit la dpt taw perangai kawan2 nih sikit2..
Kalo dyorg nak gelak, gelak la..
Tunggu dah terlantar sakit x bole bwt pe nanti baru nak nyesal gaknye..
Tak pun, tngu diri sendiri sakit baru nak sedar dosa lampau gelakkan kawan sakit..
Jangan, jangan, jangan!
Beringat sebelum kena..!
Nama pun kawan kan, susah same2..senang pun same2 lah..
Baru bole bawa sampai ke syurga dengan redha Ilahi..insya-Allah.. =)
Terima kasih banyak2..kpd kawan2 yg tak pernah jemu bertanya khabar dan segala nasihat yg diberi. ;)
Barakallahu fikum!
Surah Az-Zukhruf ayt 67,


"Teman-teman karib pada hri itu (hari kiamat) saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yg bertakwa."


Kawan ketawa memang sekali petik je berduyun-duyun boleh datang. Tapi kawan masa susah, bole dibilang..
p/s : Sayangi dan hargai! :)

Tuesday, January 26, 2010

Sedikit vs Banyak


Sedikit yang mengingatkan
lebih baik daripada
banyak yang melalaikan
Mensyukuri sedikit nikmat
Mengundang limpahan berkat

Saturday, January 23, 2010

Ego Si Katak



Seekor anak katak pulang ke pangkuan ayahnya dengan tercungap-cungap.
“Ayah, saya baru pulang dari sawah padi. Tadi saya jumpa binatang yang namanya kerbau.”
“Apa nak dihairankan?”, tanya bapa katak walaupun sebenarnya dia tidak pernah melihat seekor kerbau.
“Kerbau tu sangat besar, ayah”.
“Ala, ada sebesar ni?”, tanya bapa katak sambil mengembungkan perutnya.
“Tak ayah, lebih besar lagi..”
“Ada besar macam ni?”, kata bapa katak sambil membesarkan lagi perutnya.
Anak katak menggeleng-gelengkan kepalanya. Bapa katak semakin geram dan marah.
“Ada besar cam nih?”. Perutnya menjadi sangat besar sehingga nafasnya tercungap-cungap.
Anak katak terus menidakkannya. Perut bapa katak dikembungkannya lagi. Begitulah berlaku berulang-ulang kali hingga...
Pop! Perut bapa katak meletup. Bapa katak pun mati. Anaknya kebingungan. Mengapa bapanya sanggup mati hanya kerana hendak menandingi ‘kebesaran’ seekor kerbau.


Moral
Ukur baju di badan sendiri. Contohnya, janganlah kita berlagak kaya, kerana hal itu hanya akan menjadikan kita papa. Ada pihak yang begitu beria-ia yang ingin mempromosi atau menunjuk-nunjuk kekayaannya. Padahal, ahli hikmah mengungkapkan, jika seseorang perlu memberitahu orang lain yang dia kaya, dia sebenarnya tidak kaya. Misalnya, perlukah Bill Gates misalnya memberitahu dunia yang dia kaya? Ironinya, ramai si kaya ‘jadi-jadian’ yang menanggung hutang secara diam-diam atau hidup menjadi penipu sepanjang zaman atau terpaksa mati sebagai seorang yang miskin pada akhir hayatnya.



Al-Mulk 67 by Maher Al-Muaqely

Recitation by him from Masjidilharam. =)

Thursday, January 21, 2010

Tahajjud Cinta-ct

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

-Allah A'za wa Jalla-

Semalam dan saya __

Kepenatan

Banyak bergerak seawal pagi, bermain dan berlari sambil diperhatikan arnab yang kelihatan sedih dikurung. Hah indahnya pagi itu bagiku. Kemudian, menari-nari manaiki motor di institut memandu.

Bowling. 2 game. Terjumpa pulak Azim, Nas, Kamarul, Shafiq, Akmal, Ijan. Ah sudah! -.- Tinggi2 semua ye. Jumpe Diba, Noriyah, Anep. Semua tgh kerja lepak2 xde org nak beli baju..haha ksian~

Petang main-main..seronok betul. Memang betul2 riadah gamaknya. =D badminton, basikal.
Menjadikan badanku letih sengal segala malam ni. Tadi kulena seketika disorong bantal kekabu di rumah atok. zZzzZ. Haha..dah tak selesa nak tdo. Jap lg tdolah. Urm..maafkan saya. (=,=)

Imam Ali bin Abi Talib berpesan, "Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih, ia akan menjadi buta".
:))Ingat Allah sentiasa..~ tenang-tenang saja okie. Jaga diri hiasi peribadi~ Salam ceria selalu ((:

Kata-kata Hikmah

Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran.

Kata Iman Syafi'e, "Mencari ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan sunnah"

Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan, dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.

Setiap kemaksiatan ialah racun dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Justeru, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa, dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dapat meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.

Hairan2..orang yang sangat rajin mencuci wajahnya setiap hari, tapi tidak pernah mencuci hatinya walaupun sekali setahun!

Madu adalah penyembuh untuk penyakit, manakala Al-Quran adalah penawar bagi penyakit dalam hati. Maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-Quran.

Ibnu Munkadir berkata, "Bagiku, nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara iaitu, qiyamullail, silaturahim dan solat berjemaah".

Solat Terakhir

Isam bin Yusuf ialah seorang ahli ibadah terkenal khusyuk dalam solat. Tetapi, dia selalu merasakan bahawa ibadatnya masih tidak mencukupi. Suatu hari, dia menghadiri majlis seorang abid yang bernama Hatim Al-Isam. Di kesempatan itu, dia bertanya, "Bagaimanakah caranya tuan bersolat?"

Hatim menjawab dengan santun, "Apabila masuk waktu solatnya, aku berwuduk dengan wuduk zahir dan batin."

"Bagaimanakah caranya melakukan wuduk zahir dan batin itu?"

"Wuduk zahir tu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Manakala, wuduk batin adalah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu
  • taubat,
  • menyesali dosa yang dilakukan, 
  • tidak tergila-gilakan dunia
  • tidak mencari atau mengharapkan pujian orang (riyak), 
  • tinggalkan sifat; - berbangga 
  • - khianat atau menipu 
  • - dengki.

Kemudian, aku pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Aku bayangkan Allah berada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku. Aku bayangkan seolah0olah sedang berdiri di atas titian Siratul Mustaqim. Aku menganggap solatku waktu itu adalah solat yang terakhir, kemudian aku niatkan dan bertakbir dengan baik", terang Hatim.

Isam terdiam. (sama seperti diriku juga saat membaca ini)

"Setiap bacaan dan doa dalam solatku itu aku fahami maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk. Aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku salam dengan ikhlas. Begitulah aku menunaikan solat 30 tahun."

Tidak mustahil solat itu sendiri dapat membentuk kepasrahan seorang hamba secara sepenuhnya kepada Allah Taala. Justeru, solat bukan hanya gerakan tubuh, tapi dialog langsung antara hamba dengan Allah hingga tiada balasan yang direngkuh kecuali keampunan Allah dan ketenangan hati. :)
"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan salat. Dan salat itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya". [2:45,46]
"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat, mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya." [70:19, 22, 23]



Dulu mse lower form Ustaz Jawwad selalu ckp kat semua jemaah surau esp, students yg tengah naik tocang nakal2, "Check solat kamu." Hah..kdg2 gaya ckp cm lawak, tp mmg btul..everything begins from our 'solat'. So, kenelah selalu check solat kita taw. Mudah2an Allah redha..amin~

Lagi satu, ustaz pesan, "Jangan tinggal tahajjud". Mse mula2 dgr, wah~ bagus gle kalo x tinggal..bole ke..x pnh tersedar kalo xde org kejut. Tido mati, bom mletup kat sbelah un x bagun! aish..cner nak bgun solat mlm neh! Tp..kenelah semangat! Niatkan betul2 setiap kali sebelum tido. Bole je bangun..insya-Allah.
"Dan pada sebahagian malam hari, bertahajjudlah kamu sebagai salah satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang lebih terpuji" (Al-Isra': 79)

Tuesday, January 19, 2010

Hidup untuk memberi :)

Sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud, "Ya Allah, tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia memulakan pekerjaan melainkan turun dua malaikat yang satu malaikat berdoa, 'Ya Allah berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (menderma atau mensedekahkan hartanya). Sedangkan malaikat yang kedua berdoa, 'Ya Allah, binasakanlah harta orang bakhil' ". [Riwayat al-Bukhari]

Kekayaan sebenarnya bukan kerana banyak "memiliki" tetapi kerana banyak "memberi". Justeru, Allah itu zat yang Maha Kaya, kerana Dia-lah yang paling banyak memberi. Betul x? Alhamdulillah~

Jika kita banyak memberi, kita akan meningkatkan kualiti jiwa. Jika kita banyak menerima, kita hanya akan meningkatkan kuantiti harta. Kualiti jiwa itu matlamat, kuantiti harta itu cuma alat. Jangan tertukar antara matlamat dan alat..

Kata orang bijak pandai bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang yang berada di samping kita tidak bahagia. Ertinya, kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha membahagiakan orang lain. 

Berikanlah apa yang Allah berikan kepada kita kerana di sana ada hak orang lain yang diamanahkan kepada kita. Jangan jadi seperti Qarun yang menganggap kekayaan diri kerana kepandaiannya. Ye, kita yang memerah keringat. Ye, kita yang penat berfikir. Tapi...dengan tenaga siapakah kita berusaha? Tangan, kaki, bahu, dan segala panca indera itu hakikatnya milik siapa? Itu semua pemberian Allah. Kita hanya peminjam. Sebagai khalifah, kita memikul amanah untuk memberi kebaikan dengan segala kebaikan yang kita terima. Allah memberi untuk kita memberi. =)

Kesejukan mengalir dalam hati =)



Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdMu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin amin ya arhamar rahiminn~

Monday, January 18, 2010

love ~Always and Forever~

Kerana hati kita miskin cinta dan rindu kepada Allah, kita dijajah oleh cinta dan rindu kepada yang lain.

Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah yang tidak. Jika kita mencintai seseorang ada dua kemungkinan diterima atau ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun jika kita mencintai Allah pasti diterima. Jika kita mencintai Allah, kita tidak akan pernah merasai kehilangan. Tidak akan ada yang akan merebut Allah yang kita cintai itu dari hati kita. Tidak akan ada yang merampas Allah. Jika kita bermesraan dengan Allah, hidup bersama-Nya, kita tidak akan pernah berpisah dengannya. Allah akan setia menyertai kita. Allah tidak akan berpisah dari kita. Kecuali kita sendiri yang berpisah dari-Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan ialah cinta kepada Allah A'zza Wa Jalla.

Senyum sket!  =)) alhamdulillah~ tq!

lovelovelove~

Cinta sejati kepada Allah itu menyembuhkan, tidak menyakitkan.
Ibnu Athaillah berkata : Tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana.

Kecintaan kita pada manusia itu syahwat. Hampir semua orang yang jatuh cinta itu merasakan apa yang kau rasakan. Dan perasaan seperti itu tidak mungkin dapat kita keluarkan, kita usir dari hati kecuali jika kita memiliki dua hal iaitu :

  1. Rasa cinta kepada Allah yang sangat luar biasa yang menggetarkan hati kita. Sehingga apa yang ada dalam hati ialah Allah, yang lain dgn sendirinya menjadi kecil dan terusir.
  2. Rasa rindu kepada Allah yang amat dahsyat sampai hati kita merasa merana. Jika kita merasa merana kerana rindu kepada Allah, kita tidak akan mungkin merana rindu pada yang lain. Jika kita sudah sibuk memikirkan Allah, kita tidak akan sibuk memikirkan yang lain.

Sunday, January 17, 2010

Semangat3!

Orang yang memiliki semangat, ia akan mencintai semua yang dihadapinya.
 Selalu ingat perkataan Al-Barudi yang selalu mengorbankan jiwanya... =)

Nasihat James Allen & Pythagoras

Jangan biarkan orang lain lebih tahu banyak tentang dirimu. Bekerjalah dengan senang hati dan dengan ketenangan jiwa, yang membuat kamu menyedari bahawa muatan fikiran yang benar dan usaha yang benar akan mendatangkan hasil yang benar!
Baginya, kampus utamanya di Mesir ialah masjid. Khutbah Jumaat, ceramah beberapa minit daripada imam masjid setelah solat Subuh ialah tempat utamanya menimba ilmu. Dia menganggap itulah yang terbaik untuk dirinya. Dan berulang kali dia mengatakan pada dirinya sendiri, jangan pernah engkau merasa terseksa dengan apa yang engkau anggap baik untuk dirimu! :)

Pythagoras pernah berkata, "Tetaplah puas melakukan perbuatan yang baik. Biarkanlah orang lain membicarakan tentang dirimu sesuka hati mereka".

Thursday, January 14, 2010

Abu Nawas

Suatu petang, Khalifah Harun Ar-Rasyid berjalan-jalan mencari angin di luar istananya. Ia jalan melalui pasar. Di sana, ia bertembung dengan Abu Nawas. Khalifah sangat terkejut melihat Abu Nawas membawa sebuah botol yang kelihatannya berisi arak dalam ukuran yang besar. Untuk meyakinkan apa yang dilihatnya, khalifah pun manghampiri Abu Nawas.

"Sejak bila kamu jadi pemabuk, Abu Nawas?", selidik khalifah.
"Saya tidak pernah mabuk. Khalifah jangan sembarangan menuduh saya sesuka hati!", jawab Abu Nawas.
"Lalu apa yang kamu bawa itu?"
"Botol."
"Apa isi botol itu?"
"Susu, khalifah."
"Susu kenapa warnanya merah? Sungguh aneh, bukankah di mana-mana pun susu warnanya putih?"
"Harap maklum, khalifah. Susu ini mulanya berwarna putih. Tapi kerana malu pada khalifah, jadi berubah merah. Ia lebih malu daripada gadis pingitan, khalifah.", jawab Abu Nawas penuh diplomatik.

Mendengar jawapan Abu Nawas itu, khalifah ketawa terbahak-bahak. Kenapa boleh susu memiliki sifat malu? Sungguh jawapan yang bodoh didengar, tapi boleh menyegarkan. Khalifah lalu meneruskan perjalanannya setelah tahu bahawa minuman yang dibawa Abu Nawas memang bukan arak, tetapi sejenis minuman sirap daripada kurma. :)

Jangan menimbulkan sebarang spekulasi tanpa menyiasatnya terlebih dahulu. Be a positive thinker. (^.^)v











T.E.K.A.D

Dia yakin itu tekadnya. Dia ulang-ulang tekad itu dalam hatinya. Dia rajut dengan doa. Dia bawa tekad itu ke dalam alam bawah tidurnya. Ke dalam mimpinya. Dan ke dalam alam bawah sedarnya.

.:Ketika Cinta Bertasbih Episod 1:.

Friday, January 8, 2010

.:Remember:.



REMEMBER - Christina Rosetti



Remember me when i am gone away
Gone far away into the silent land;
When you can no more hold me by the hand,
Nor i half to go yet turning stay.
Remember me when no more day by day
You tell me of our future that you planned;
Only remember me; you understand
It will be late to counsel then or pray.
Yet if you should forget me for a while
and afterwards remember, do not grieve;
For if the darkness and orruption leave

A vestige of the thought that once i had,
Better by far you should forget and smile
Than that you should remember and be sad.





[forget and smile]


Si Soleh dan Si Solehah ^.^

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si Soleh,


tetapi berusahalah menjadi yang solehah.

Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet mencari yang solehah,

tetapi berusahalah menjadi yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal.

Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..

kerana si Soleh dan si Solehah ialah insan biasa.

Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI. :)
 
 
hehe..suke2! Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik juga.. ( p/s : yg nih kat ayat mane ek? sape ingat, tlg bgtaw k. Surah An-Nur kwot..if i'm not mistaken ) Bila terbaca nih, ada satu doa ada dalam ayat Quran. Urm.. surah al-Furqan, ayat 74. Doa yang biasa gak kita baca, but maybe x taw maksud. Try seek ~
 
 
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.
 
Amin amin amin ya rabbal a'lamin.
 

It's the first + < DOA >

Assalamualaikum w.b.t

ahah my first entry here. Testing2~

Bright morning - listening to ikim.fm - ah, ustaz is giving his talk - about doa - yes, kinda enough to feed my rohani now - alhamdulillah - deeply love this. =)

* doa untuk org lain, doa tuh akan mengalir dlm diri kite juga (sama-sama dapat kebaikan doa tuh) *

* doa dari anak yang soleh kepada ibu bapanya akan langsung diterima Allah *

* doa dan usaha mesti seiring, ya friends *

* jangan pernah putus asa dengan takdir Allah taw*

* kita mestilah tanamkan kepercayaan dan sentiasa berbaik sangka dengan Allah Yang Maha Pemberi *

* selitkan nama-nama Allah yg indah.. Asma Ul-husna~ + ya Wahhab 7x agar mudah diperkenankan oleh-Nya. Insya-Allah *

* basmallah, selawat, utamakan doa untuk diri sendiri dulu, baru doakan orang lain. *

* yakin dan percaya sedalam-dalamnya akan pengabulan-Nya. Yakin! Ingat tuh.. *

* tahu waktu dan tempat mustajab doa *

* eg, hari Jumaat esp after solat Asar, antara azan dan iqamat, semasa perang, waktu hujan, bermusafir, berpuasa, masa nak minum air zam-zam *

* ikhlas mohon keredhaan dan petunjuk Allah *

* dipanjangkan umur dalam iman, dimurahkan rezeki yang halal, ditetapkan iman dalam Islam, dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya *

* jangan malas nak angkat kedua belah tangan dan rapatkan kelapan-lapan jari tangan ( kecuali ibu jari) *

* bersama-sama kita meng-amin-kan doa imam agar penghayatannya dirasai bersama *

* Spesifikkan doa tersebut dan doalah yang terbaik *

* Tawakkaltu a'la Allah. Irhamna ya ar hamar rahimin~ *

Akhir kata, yakin segala yang ditentukan oleh Allah di kemudian hari adalah yang terbaik untuk kita. Bersyukur sentiasa atas segala nikmat-Nya yang melimpah ruah selama ini.
~Say Alhamdulillah..thank you Allah~

Ia merasa begitu kecil dan kerdil. Begitu tidak ada ertinya. Ia baru merasa bahawa sesugguhnya manusia tidak boleh menentukan takdirnya. Manusia sama sekali tidak boleh sombong dapat menentukan takdirnya. Kesenangan yang diberikan Allah untuk manusia hanyalah berikhtiar dan berusaha. Adapun takdir sepenuhnya adalah hak daan keputusan Allah A'za wa Jalla. Allah jua lah yang berhak memutuskan segala-galanya.


           Dan Dialah Yang Maha Pemberi keputusan lagi Maha Mengetahui.
                                                                                                                                     ( Saba' : 26 )


Every cloud has a silver lining. =) yeah, be strong!