Thursday, January 14, 2010

Abu Nawas

Suatu petang, Khalifah Harun Ar-Rasyid berjalan-jalan mencari angin di luar istananya. Ia jalan melalui pasar. Di sana, ia bertembung dengan Abu Nawas. Khalifah sangat terkejut melihat Abu Nawas membawa sebuah botol yang kelihatannya berisi arak dalam ukuran yang besar. Untuk meyakinkan apa yang dilihatnya, khalifah pun manghampiri Abu Nawas.

"Sejak bila kamu jadi pemabuk, Abu Nawas?", selidik khalifah.
"Saya tidak pernah mabuk. Khalifah jangan sembarangan menuduh saya sesuka hati!", jawab Abu Nawas.
"Lalu apa yang kamu bawa itu?"
"Botol."
"Apa isi botol itu?"
"Susu, khalifah."
"Susu kenapa warnanya merah? Sungguh aneh, bukankah di mana-mana pun susu warnanya putih?"
"Harap maklum, khalifah. Susu ini mulanya berwarna putih. Tapi kerana malu pada khalifah, jadi berubah merah. Ia lebih malu daripada gadis pingitan, khalifah.", jawab Abu Nawas penuh diplomatik.

Mendengar jawapan Abu Nawas itu, khalifah ketawa terbahak-bahak. Kenapa boleh susu memiliki sifat malu? Sungguh jawapan yang bodoh didengar, tapi boleh menyegarkan. Khalifah lalu meneruskan perjalanannya setelah tahu bahawa minuman yang dibawa Abu Nawas memang bukan arak, tetapi sejenis minuman sirap daripada kurma. :)

Jangan menimbulkan sebarang spekulasi tanpa menyiasatnya terlebih dahulu. Be a positive thinker. (^.^)v











No comments: