Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran.
Kata Iman Syafi'e, "Mencari ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan sunnah"
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan, dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.
Setiap kemaksiatan ialah racun dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Justeru, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa, dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.
Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dapat meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.
Hairan2..orang yang sangat rajin mencuci wajahnya setiap hari, tapi tidak pernah mencuci hatinya walaupun sekali setahun!
Madu adalah penyembuh untuk penyakit, manakala Al-Quran adalah penawar bagi penyakit dalam hati. Maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-Quran.
Ibnu Munkadir berkata, "Bagiku, nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara iaitu, qiyamullail, silaturahim dan solat berjemaah".
No comments:
Post a Comment