Monday, January 18, 2010

lovelovelove~

Cinta sejati kepada Allah itu menyembuhkan, tidak menyakitkan.
Ibnu Athaillah berkata : Tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana.

Kecintaan kita pada manusia itu syahwat. Hampir semua orang yang jatuh cinta itu merasakan apa yang kau rasakan. Dan perasaan seperti itu tidak mungkin dapat kita keluarkan, kita usir dari hati kecuali jika kita memiliki dua hal iaitu :

  1. Rasa cinta kepada Allah yang sangat luar biasa yang menggetarkan hati kita. Sehingga apa yang ada dalam hati ialah Allah, yang lain dgn sendirinya menjadi kecil dan terusir.
  2. Rasa rindu kepada Allah yang amat dahsyat sampai hati kita merasa merana. Jika kita merasa merana kerana rindu kepada Allah, kita tidak akan mungkin merana rindu pada yang lain. Jika kita sudah sibuk memikirkan Allah, kita tidak akan sibuk memikirkan yang lain.

No comments: