Isam bin Yusuf ialah seorang ahli ibadah terkenal khusyuk dalam solat. Tetapi, dia selalu merasakan bahawa ibadatnya masih tidak mencukupi. Suatu hari, dia menghadiri majlis seorang abid yang bernama Hatim Al-Isam. Di kesempatan itu, dia bertanya, "Bagaimanakah caranya tuan bersolat?"
Hatim menjawab dengan santun, "Apabila masuk waktu solatnya, aku berwuduk dengan wuduk zahir dan batin."
"Bagaimanakah caranya melakukan wuduk zahir dan batin itu?"
"Wuduk zahir tu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Manakala, wuduk batin adalah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu
- taubat,
- menyesali dosa yang dilakukan,
- tidak tergila-gilakan dunia,
- tidak mencari atau mengharapkan pujian orang (riyak),
- tinggalkan sifat; - berbangga
- - khianat atau menipu
- - dengki.
Kemudian, aku pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Aku bayangkan Allah berada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku. Aku bayangkan seolah0olah sedang berdiri di atas titian Siratul Mustaqim. Aku menganggap solatku waktu itu adalah solat yang terakhir, kemudian aku niatkan dan bertakbir dengan baik", terang Hatim.
Isam terdiam. (sama seperti diriku juga saat membaca ini)
"Setiap bacaan dan doa dalam solatku itu aku fahami maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk. Aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku salam dengan ikhlas. Begitulah aku menunaikan solat 30 tahun."
Tidak mustahil solat itu sendiri dapat membentuk kepasrahan seorang hamba secara sepenuhnya kepada Allah Taala. Justeru, solat bukan hanya gerakan tubuh, tapi dialog langsung antara hamba dengan Allah hingga tiada balasan yang direngkuh kecuali keampunan Allah dan ketenangan hati. :)
"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan salat. Dan salat itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya". [2:45,46]
"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat, mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya." [70:19, 22, 23]
Dulu mse lower form Ustaz Jawwad selalu ckp kat semua jemaah surau esp, students yg tengah naik tocang nakal2, "Check solat kamu." Hah..kdg2 gaya ckp cm lawak, tp mmg btul..everything begins from our 'solat'. So, kenelah selalu check solat kita taw. Mudah2an Allah redha..amin~
Lagi satu, ustaz pesan, "Jangan tinggal tahajjud". Mse mula2 dgr, wah~ bagus gle kalo x tinggal..bole ke..x pnh tersedar kalo xde org kejut. Tido mati, bom mletup kat sbelah un x bagun! aish..cner nak bgun solat mlm neh! Tp..kenelah semangat! Niatkan betul2 setiap kali sebelum tido. Bole je bangun..insya-Allah.
"Dan pada sebahagian malam hari, bertahajjudlah kamu sebagai salah satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang lebih terpuji" (Al-Isra': 79)
No comments:
Post a Comment