Friday, January 29, 2010

Erti Suatu Kebaikan :)


Ombak besar dan ribut melanda sebuah kampung nelayan. Di pantai terdampar ribuan ketam-ketam kecil yg dibawa bersama ombak besar itu. Apabila ribut reda dan cuaca tenang semula, kelihatan seorang tua sedang mengutip ketam-ketam yang sudah nyawa-nyawa ikan kerana kekeringan itu. Dia pun mencampakkannya ke dalam laut seekor demi seekor.
Sekumpulan anak muda memerhati perlakuan orang tua tadi. Pelik. Tekun betul atuk tu mengutip ketam satu demi satu untuk dicampakkan ke laut.

"Atuk buat apa tu?”, tegur seorang daripada anak muda itu.

“Kutip ketam ni untuk buang semula ke laut”.

“Kenapa?”

“Kalau dicampak ke laut kan ketam-ketam nih berpeluang untuk hidup..betul tak?”

“Atuk nak kutip semua ketam ni ke?”, tanya mereka sambil menunjukkan ribuan ketam yang terdampar di pantai itu.

“Urm..begitulah. Tapi mana atuk terdaya..sekarang nih pun da cukup letih”, akui orang tua itu. Namun tangannya masih sibuk mengutip dan mencampakkan ketam-ketam itu ke laut. Perlahan-lahan.
Anak muda itu senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Sia-sia saja, tuk.. Ribuan ketam ini akan mati. Atuk tak kan sempat dan mampu menyelamatkan semuanya.”

“Eh, taklah.”

“Kenapa?”

“Bagi kita mungkin nampak sia-sia sebab apalah ertinya seekor dua ketam ni berbanding ribuan lain yang akan mati. Tapi, bagi seekor ketam yang kita selamatkan tu, ia terlalu besar ertinya”.

“Kenapa atuk?”

“Kerana ia melibatkan soal hidup atau matinya, betul tak?”, tanya orang tua itu.

Anak-anak muda yang memandang sinis sejak tadi terdiam melihat kebijaksanaan dan keprihatinan orang tua itu. Mereka pun turut mambantu mencampakkan ketam-ketam yang berdekatan ke dalam laut semula.

Moral:


Jangan fikir besar atau kecilnya sesuatu kebaikan apabila kita ingin melakukannya. Mungkin apa yang kita anggap kecil tu sangat besar maknanya kepada orang yg menerimanya. Apatah lagi bila kita sedar Allah menilai setiap kebaikan yang kita buat. Mungkin sesuatu dianggap kecik oleh kita tu adalah besar pada pandangan Allah. Justeru, marilah kita sama-sama menanamkan keikhlasan hati dan kesabaran dalam melaksanakan sesuatu kebaikan.


(Solusi isu no.5)


>> smlm mkn ketam msk lemak..sedap!!! bulan pnuh, bnyk isi.. ^.^

No comments: