Tuesday, January 19, 2010

Hidup untuk memberi :)

Sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud, "Ya Allah, tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia memulakan pekerjaan melainkan turun dua malaikat yang satu malaikat berdoa, 'Ya Allah berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (menderma atau mensedekahkan hartanya). Sedangkan malaikat yang kedua berdoa, 'Ya Allah, binasakanlah harta orang bakhil' ". [Riwayat al-Bukhari]

Kekayaan sebenarnya bukan kerana banyak "memiliki" tetapi kerana banyak "memberi". Justeru, Allah itu zat yang Maha Kaya, kerana Dia-lah yang paling banyak memberi. Betul x? Alhamdulillah~

Jika kita banyak memberi, kita akan meningkatkan kualiti jiwa. Jika kita banyak menerima, kita hanya akan meningkatkan kuantiti harta. Kualiti jiwa itu matlamat, kuantiti harta itu cuma alat. Jangan tertukar antara matlamat dan alat..

Kata orang bijak pandai bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang yang berada di samping kita tidak bahagia. Ertinya, kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha membahagiakan orang lain. 

Berikanlah apa yang Allah berikan kepada kita kerana di sana ada hak orang lain yang diamanahkan kepada kita. Jangan jadi seperti Qarun yang menganggap kekayaan diri kerana kepandaiannya. Ye, kita yang memerah keringat. Ye, kita yang penat berfikir. Tapi...dengan tenaga siapakah kita berusaha? Tangan, kaki, bahu, dan segala panca indera itu hakikatnya milik siapa? Itu semua pemberian Allah. Kita hanya peminjam. Sebagai khalifah, kita memikul amanah untuk memberi kebaikan dengan segala kebaikan yang kita terima. Allah memberi untuk kita memberi. =)

2 comments:

Yusri said...

jazakallah, sikit nak tambah fakta
dan apabila kita memberi itu, kita juga menambah kuantiti harta.. kerana Allah telah berjanji akan menggantikan perkara yg telah disedekahkan oleh seseorang dgn perkara yang sama atau lebih baik..

harta itu bukan milik kita, tetapi ia menjadi milik kita secara mutlak apabila kita menyedekahkannya.. maka byk mane kaye org itu ditentukan oleh byk mane sedekahnya..

wallahualam..
salam..

Asfarina :) said...

syukran yus.. sohih3~
janji Allah itu pasti. =)