Saturday, January 23, 2010

Ego Si Katak



Seekor anak katak pulang ke pangkuan ayahnya dengan tercungap-cungap.
“Ayah, saya baru pulang dari sawah padi. Tadi saya jumpa binatang yang namanya kerbau.”
“Apa nak dihairankan?”, tanya bapa katak walaupun sebenarnya dia tidak pernah melihat seekor kerbau.
“Kerbau tu sangat besar, ayah”.
“Ala, ada sebesar ni?”, tanya bapa katak sambil mengembungkan perutnya.
“Tak ayah, lebih besar lagi..”
“Ada besar macam ni?”, kata bapa katak sambil membesarkan lagi perutnya.
Anak katak menggeleng-gelengkan kepalanya. Bapa katak semakin geram dan marah.
“Ada besar cam nih?”. Perutnya menjadi sangat besar sehingga nafasnya tercungap-cungap.
Anak katak terus menidakkannya. Perut bapa katak dikembungkannya lagi. Begitulah berlaku berulang-ulang kali hingga...
Pop! Perut bapa katak meletup. Bapa katak pun mati. Anaknya kebingungan. Mengapa bapanya sanggup mati hanya kerana hendak menandingi ‘kebesaran’ seekor kerbau.


Moral
Ukur baju di badan sendiri. Contohnya, janganlah kita berlagak kaya, kerana hal itu hanya akan menjadikan kita papa. Ada pihak yang begitu beria-ia yang ingin mempromosi atau menunjuk-nunjuk kekayaannya. Padahal, ahli hikmah mengungkapkan, jika seseorang perlu memberitahu orang lain yang dia kaya, dia sebenarnya tidak kaya. Misalnya, perlukah Bill Gates misalnya memberitahu dunia yang dia kaya? Ironinya, ramai si kaya ‘jadi-jadian’ yang menanggung hutang secara diam-diam atau hidup menjadi penipu sepanjang zaman atau terpaksa mati sebagai seorang yang miskin pada akhir hayatnya.



4 comments:

Anonymous said...

hoho. terasa aku everytime org membicarakan pasal katak. xD

betulx3... stuju!
berlagak tuh x bawa kemana2~

Asfarina :) said...

haha.. x taw plak de org nak terasa.. =p

Anonymous said...

haha. xP

btw, kenal x sesape dr skolah ko yg dpt spc jugak? :)
klu blh aku nak tahu semmuuaaaa bebudak medic russian sblom daftar?

help me? ;(

Asfarina :) said...

siti hajar.. kcik2 je dak nyer, putih2..
dy rapat gak ngn aku..dak mktb aku yg len xtaw r..blum tgk2 o tnye2 lg..hahax

xpelah, nty da lme2 knl rmai gak..same2 blaja..:) bes2!